Thursday, 9 October 2014

PANDANGAN Dr. HASSAN ALI AL SAQQAF AL QURAYSI AL HASHEMI MENGENAI HADIS TSAQALAIN

Quran dan Sunnah Atau Quran & Itrah Ahlulbait? 
Ini satu lagi pembuktian ulamak ASWJ yang mengakui Hadis Tsaqalain adalah 
AL QURAN & AHLUL BAIT.
Jadi kenapa tidak di buat kembali kajian dan semakan akan kebenarannya?
Kenapa masih berlindung dalam payung kebathilan?

Mana satu yang sahih?

Ulamak dan Muhaddis Sunni kontemporer, Allamah Dr. Hassan bin Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Hasyimi (lahir 1961) menulis:

"Hadis yang thabit dan sahih itu adalah dengan lafaz 'Ahlulbait-ku'.
Sementara riwayat yang mengandung lafaz 'Sunnah-ku' adalah batil (palsu) dari segi sanad dan matan."

"Sementara lafaz 'Sunnah-ku', aku tidak ragu-ragu bahawa ia adalah palsu kerna dhaif dan lemah sanadnya.

Juga kerna anasir Bani Umayyah telah membekas padanya."

Sumber:
Sahih Sifat Solat an-Nabi,
Hasan bin Ali as-Saqqaf,
Darul Imam An-Nawawi,
Hal. 289-290.


AL QURAN DAN AHLUL BAIT YANG DI SAHIHKAN IBNU KASIR

Tidak dapat di ragukan lagi
Bila kalangan bukan ulamak syiah sendiri yang mengakui akan 2 wasiat penting/berat adalah Al Quran dan Ahlul Bait

Jadi kenapa masih lagi mencari alasan alasan bagi menutup segala kebenaran dari Allah?
Apakah kita sanggup berdolak dalih dengan apa yang di sampaikan Rasul saaw?
Apakah kita lupa setiap percakapan Rasul saaw tidak ada satu pun yang tersilap dan terkhilaf?

Maka janganlah kita menutup kebenaran seperti mana Yahudi dan Nasara
Jangan berdalih dengan kalimat wali itu kekasih 
Jangan berdalih dengan kalimat ahlul bait yang di maksudkan itu isteri isteri nabi

Mari kita lihat akan kenyataan ini:

Mereka bertanya, 'kenapa Ali?'. Kami katakan Ali as adalah bahagian dari Ahlulbait yang ditinggalkan oleh Rasulullah berserta Quran untuk memimpin ummat agar tidak tersesat setelah Rasulullah saaw.

Kami hidangkan Hadis Thaqalayn (Dua tinggalan Rasulullah saaw -- Al-Quran dan Itrah Ahlulbait), mereka takwil "Ahlulbait" itu kepada isteri-isteri Nabi saaw. Takwilan itu diciptakan atas keumuman ayat, sedang hadis yang sahih lagi jelas secara sembrono mereka abaikan.

Ketika kami hidangkan Hadis Ghadir (hadis Rasulullah saaw mengangkat Ali as sebagai pemimpin para mukmin menggantikan baginda di Ghadir Khumm), mereka menakwil makna "Wali" kepada "Kekasih".

Macam-macam helah mereka ciptakan untuk tetap menyesatkan dan mengkafirkan kami. Mereka memilih prasangka lalu menciptakan kesamaran di hadapan wasiat dan pesan Nabi saaw yang sahih lagi shorih (jelas).

Bagi mereka, "pengangkatan Ali as" dan "Itrah Ahlulbait penyelamat ummat"" adalah 2 hal yang tidak bersangkutan sama sekali. Dengan mencuba memisahkan 2 hal tersebut memudahkan mereka mencipta kesamaran, merubah makna "Ahlubait" kepada "Para Isteri Nabi" dan makna "Wali" kepada "Kekasih". Buruk sekali apa yang mereka perkirakan!

Melakukan hal itu, mereka mengira berjaya meremehkan pertabalan Ali, dan hanya menganggap ia satu ajakan untuk mengasihi Ali as dan tak lebih dari itu (Kalaupun begitu, itu pun mereka tak sahut. Bahkan, para pencerca dan pembantai Ali pula yang menjadi idola mereka).

Hadis sahih berikut menyanggah mereka yang memilih kesamaran dan menurut prasangka. Jelas, Ahlulbait (dalam Hadis Thaqalain) dan pengangkatan Ali (dalam Hadis Ghadir) adalah 2 hal yang tak terpisahkan!

عن أبي الطفيل عن زيد بن أرقم قال:(( لما رجع رسول الله ( ص) من حجة الوداع، ونزل غدير خم، أمر بدوحات فقممن، ثم قال: كأني قد دعيت فأجبت، إني قد تركت فيكم الثقلين، أحدهما أعظم من الآخر،
كتاب الله وعترتي أهل بيتي ، فانظروا كيف تخلفوني فيهما ، فإنهما لن يفترقا حتى يردا علي الحوض)). ثم قال : ((الله مولاي، وأنا ولي كل مؤمن)). ثم أخذ بيد علي، فقال: ((من كنت مولاه فهذا وليه، اللهم وال من والاه، وعاد من عاداه)). فقلت لزيد: سمعته من رسول الله ( ص)؟ فقال: ما كان في الدوحات أحد إلا ورآه بعينيه وسمعه بأذنيه.

Imam An-Nasaie (214 - 303H) meriwayatkan di dalam Sunannya bahawa Zaid bin Arqam berkata:

Tatkala Rasulullah saaw pulang dari Haji Wada', baginda singgah di Ghadir Khumm. Baginda mengisyarahkan ke pepohonan, lalu sekitarnya dibersihkan dan dirapikan. Kemudian beliau bersabda, “Sepertinya aku telah dipanggil dan aku memenuhinya. Sesungguhnya telah aku tinggalkan di sisi kalian dua pusaka berharga, yang satu lebih besar dari yang lainnya: Kitab Allah dan Itrahku (keturunanku) Ahlulbaitku.
Maka perhatikanlah, bagaimana kalian akan memperlakukan kedua-duanya sepeninggalanku. Kerana sesungguhnya kedua-duanya tidak akan pernah berpisah hingga bertemu denganku di Telaga Haudh (di Syurga).”

Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah adalah Maulaku dan aku adalah Wali setiap Mukmin.” Lalu baginda mengangkat tangan Ali seraya bersabda, “Barangsiapa yang aku Maulanya maka dia ini Wali baginya. Ya Allah bimbinglah orang yang menjadikan Ali sebagai Wali-nya dan musuhilah orang yang memusuhinya.”

Perawi, Abu Thufail berkata, “Lalu aku berkata kepada Zaid, ‘Apakah engkau mendengar sendiri dari Rasulullah saw.?’” Zaid menjawab, "Ya, tiada seorang pun di pepohonan itu melainkan menyaksikan baginda dengan kedua matanya dan mendengar sabda baginda dengan kedua teliganya".

Ibnu Kathir (701-774H) berkomentar: "Berkata guru kami Abu Abdillah Az-Zahabi, 'Ini adalah hadis sahih'".

Muhaqqid Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki pada nota kaki hadis ini menulis: "Al-Hakim telah menerbitkan hadis ini di dalam Mustadrak 3/109, dari jalur Habib bin Abi Thabit. Al-Hakim berkata, 'Hadis ini sahih'. Dan Imam Az-Zahabi mempersetujuinya."
Sumber:
Ibnu Kathir (701-774H),
Al-Bidayah wan Nihayah,
Tahqiq Dr. Abdullah bin Abdul Muhsin At-Turki
Cetakan Hajar, Jilid 7, M/s 668.


AGENDA HALUS MENGUBAH AHLUL BAIT KE SUNNATI !!!

Apakah suatu kesilapan?
Tidak mungkin tersilap
Tapi suatu perubahan tangan tangan tersembunyi
Akibat kebencian melampau 
Hingga umat Islam semakin bercelaru dari hakikat sebenarnya.......
Celaru antara Ahlul Bait dan Sunnati

Kitab "as-Sabā'ik adz-Dzahabiyyah bi Syarhil Aqiīdah at-Thahawiyyah" merupakan sebuah karangan Allamah Abdullah al-Ghanīmān, mantan pensyarah Universitas Madinah Munawwarah, Arab Saudi. Kitab ini mula dicetak pada tahun 1430H.

Pada halaman 463, beliau menulis: "Terdapat sebuah hadis di dalam Sahih Muslim dari riwayat Zaid bin al-Arqam bahawa Rasulullah saaw berkhutbah di sebuah tempat yang digelar "Ghadir Khumm" - sebuah tempat di antara Mekah dan Madinah sekembalinya dari Haji Wida'. Baginda bersabda, "...aku tinggalkan di tengah kalian Tsaqalain (dua perkara berat): Kitaballah (Quran) dan Sunnahku.."

Ia sebuah kesilapan. Kerna riwayat "Kitaballah wa Sunnati" tiada termuat di Sahih Muslim. Kitab ini diulang-cetak pada tahun 1433H dengan judul baru, "as-Jalasāt at-Thullabiyyah bi Syarhil Aqiīdah at-Thahawiyyah", namun kesilapan ini tetap tidak diperbetulkan. Lihat halaman 453.
Apa benar ia sebuah kesilapan atau ada agenda jahat di sebalik tajahul (buat-buat tak tahu) akan kesilapan ini?




Wednesday, 8 October 2014

AL QURAN DAN AHLUL BAIT ADALAH KEBENARAN HAKIKI

Tafsir Surah al-Māidah : 67

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّـهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ ﴿٦٧﴾ - سورة المائدة

Dalam khutbah baginda di Arafah, 9 Dzū al-Hijjah 10H yang lalu, Rasulullah saaw hanya menyampaikan pesan ats-Tsaqalain (Kitab Allah & Itrah Ahlulbait).

Baginda menangguhkan deklarasi pengangkatan Imam Ali as sebagai pengganti baginda saaw memimpin umat.

Ketika tiba di Ghadir Khumm, dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah, baginda disapa Allah swt dengan ayat di atas.
Ertinya:
"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." - Surah al-Māidah:67.

Amanat ini adalah mengenai pengangkatan Imam Ali bin Abi Thalib sebagai pemimpin orang-orang beriman.

Imam Jalaluddin as-Suyuthi di dalam tafsirnya ad-Durr al-Mantsur fi at-Tafsīr bi al-Ma'tsur (5/383), menukilkan sebuah riwayat bahawa Abu Sa'īd al-Khudri berkata, "Telah turun ayat ini di Hari Ghadir Khumm mengenai Ali bin Abi Thalib."


Beliau juga menukilkan bahawa Abdullah bin Mas'ud berkata, "Kami membaca di zaman Rasulullah saaw: ﴾Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu﴿ bahawa Ali pemimpin orang-orang beriman ﴾Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia﴿."

Tuesday, 7 October 2014

ANTARA SUNNAH KU & AHLUL BAIT KU

Percanggahan ini sering menjadi perdebatan dalam hujjah mencari kebenaran.
Apakah Al Quran dan Sunnah ATAU Al Quran dan Ahlul Bait?

Zaid bin Arqam berkata Rasulullah bersabda:

 "Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang manusia (basyar). Hampir sudah kedatangan Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan di tengah kalian as-tsaqalain (dua bekal berat):
Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya;" Baginda lalu mengajak orang kepada Kitabullah. Kemudian baginda berkata: "Dan Ahlulbaitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku."

Sahih Muslim
Hadis No. 2408.

Harus di fahami akan maksud tsaqalain adalah perkara yang berat, amat penting dan amat  wajib. Tsaqalain ini adalah antara amanah dari Rasul saaw agar manusia tidak sesat selamanya.
Dinyatakan Ahlul baitku sebanyak 3 x. menyakinkan kita bahawa begitu amat penting sekali amanah tersebut.
Keseluruhan umat Islam menyakini akan Al Quran, namun kebanyakan umat Islam mengingkari akan wasiat penting kedua iaitu Ahlul bait dan pengertian siapa Ahlul bait sebenarnya.
Jikalau kita sudah menyaksikan kebenaran kebenaran ini, kenapa kita tidak mencari siapakah ahlul bait sebenarnya.


APA SEBENARNYA 2 WASIAT UTAMA RASUL SAAW.

Terjadi 2 percanggahan apa sebenarnya 2 wasiat utama Rasul saaw?

1. Al Quran dan Sunnahku?
2. Al Quran dan Ahlulbait ku/ Itrah ku?


Hadis Tsaqalayn masyhurnya ada 2 versi. 

Versi pertama, itulah Quran dan Sunnah. Versi ini walaupun sumber dan jalan periwayatannya terhad dan diperdebatkan, namun ia meletup masyhur di kalangan ikhwan Madrasah Sahabat @ ASWJ. 

'Kebanyakan mereka tidak kenal versi kedua hadis ini 
Versi kedua, itulah Quran dan Itrah Ahlulbait. Versi ini dicatat dalam banyak sumber dan memiliki banyak jalan periwayatan. Versi ini disepakati kesahihannya oleh ulamak Syiah dan ASWJ. Walaupun sahih, ulamak ASWJ tidak gemar membawakan versi ini kerana tidak sesuai dengan ajaran Madrasah Sahabah.

Dalam hal ini, pendekatan Imam Syafiie, Al-Jam'3u (himpun/gabung) wat Taufiq (suaikan) boleh dipertimbangkan. Menghimpunkan dan menyuaikan kedua-dua versi di atas, kami sampai kepada kesimpulan kami berikut:
1. Dua sumber yang bisa menyelamatkan umat dari sesat: Quran (dengan tafsir dan takwil yang benar) dan Sunnah (yang sohih);
2. Apa cara untuk sampai kepada kedua-dua sumber itu? Jawapannya adalah Ahlulbait. Gandingan Quran yang takkan pernah terpisahkan selamanya. Penyelamat umat dari perpecahan. Bahtera Penyelamat dari kesesatan. Tiada yang memegang kunci ilmu Quran dan Sunnah yang sahih melainkan Ahlulbait, mulai dari Imam Amirul Mukminin Ali as sampai Imam Mahdi ajf.

Perhatikan apa kata Amirul Mukminin Ali mengenai ilmunya tentang Quran dan Sunnah. Al-Hafiz Ibnu Katsir menukilkan, di dalam Tafsirul Quranil Azhim, Surah Az-Zaariyaat, (Cetakan Dar Ibnil Jauzi: Cet. 1, 1431H), Jilid 7, m/s 26:
وثبت أيضاً من غير وجه عن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه، أنه صعد منبر الكوفة فقال: لا تسألوني عن آية في كتاب الله تعالى، ولا عن سنة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا أنبأتكم بذلك.

"..dan telah thabit (tetap; sahih) juga, bukan dari satu jalan periwayatan (banyak jalan), dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, bahawa ia menaiki mimbar Kufah dan berkata:

  "Tidaklah kalian bertanyakan mengenai sepotong ayat dalam KITAB ALLAH swt, dan tidak juga mengenai SUNNAH dari Rasulullah saaw, MELAINKAN akan kukhabarkan pada kalian dengannya."

Apa ada kalangan sahabat yang pernah berkata begini, selain dari Imam Ali as dan Ahlulbait as? Imam Ali as dan juga para Imam juga dalam banyak kesempatan berkata, "Tanyalah kalian padaku sebelum kalian kehilanganku".

Jelas bagi kami, kedua-dua versi hadis Tsaqalayn, menuntut kita selalu dan sentiasa berpegang dengan pintu ilmu Rasulullah saaw, Itrah Ahlulbait baginda, supaya kita sampai kepada Quran (dengan tafsir dan takwil yang benar) dan Sunnah (yang sohih), agar terhindar dari kesesatan selamanya.


Wednesday, 1 October 2014

MENGENAL KHAWARIJ

Maksud Khawarij adalah mereka yang keluar.
Mereka asal adalah pengikut setia Imam Ali as
Akhirnya keluar membentuk pasukan sendiri

Dalam sebuah hadis sahih 

Sifat ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya :
“Artinya : Akan muncul suatu kaum dari umatku yang membaca Al-Qur’an, yang mana bacaan kalian tidaklah sebanding bacaan mereka sedikitpun, tidak pula shalat kalian sebanding dengan shalat mereka sedikitpun, dan tidak pula puasa kalian sebanding dengan puasa mereka sedikitpun”. (Muslim II/743-744 No. 1064).

Dari segi akhlak luaran dapat di lihat Khawarij adalah ahli ibadat yang soleh dan tidak dapat di bandingi kehebatan mereka.

Dalam Fathu Al-Bari, XII/283 disebutkan 

 “Mereka (Khawarij) dikenal sebagai qura’ (ahli membaca Al-Qur’an), karena besarnya kesungguhan mereka dalam tilawah dan ibadah, akan tetapi mereka suka menta’wil Al-Qur’an dengan ta’wil yang menyimpang dari maksud yang sebenarnya. Mereka lebih mengutamakan pendapatnya, berlebih-lebihan dalam zuhud dan khusyu’ dan lain sebagainya”.

Pemikiran Khawarij sudah ujud sejak zaman Rasul saaw lagi

Sifat yang paling nampak dari Khawarij adalah suka mencela terhadap para Aimatul huda (para Imam), menganggap mereka sesat, dan menghukum atas mereka sebagai orang-orang yang sudah keluar dari keadilan dan kebenaran. Sifat ini jelas tercermin dalam pendirian Dzul Khuwaishirah terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan perkataannya : “Wahai Rasulullah berlaku adil lah”. (Hadits Riwayat Bukhari VI/617, No. 3610, VIII/97, No. 4351, Muslim II/743-744 No. 1064, Ahmad III/4, 5, 33, 224)

Akhir Zaman Mereka adalah KALANGAN GOLONGAN MUDA TETAPI BURUK AKHLAK

“Artinya : Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum, umurnya masih muda, sedikit ilmunya, mereka mengatakan dari sebaik-baik manusia. Membaca Al-Qur’an tidak melebihi kerongkongannya. Terlepas dari agama seperti terlepasnya anak panah dari busurnya”. (Hadits riwayat Bukhari, VI/618, No. 3611, Muslim, II/746 No. 1066)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menjuluki mereka dengan gelaran yang sangat jelek yaitu “anjing-anjing neraka” sebagaimana diriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa bahwa dia mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Khawarij adalah anjing-anjing neraka. (HR. Ibnu Abi Ashim dalam As Sunnah dan dishahihkan oleh al-Albani dalam Dlilalul Jannah)

Rumusan Sifat Khawarij

1. Memfatwakan mereka yang melakukan dosa besar adalah kafir

2. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

3. Matlamat menghalalkan cara.

4. Melindungi kebathilan dengan kebenaran.

5. Mentafsirkan Al Quran mengikut selera mereka.

Mereka di gelar sebagai golongan TAKFIRI

Cara Mengenal Munafik

■ Abu Sa'id al-Khudri berkata: "Kami mengenal Munafik di zaman Rasulullah saaw melalui kebencian mereka pada Ali (ra)."
~ Riwayat al-Ashbahānī dengan sanad "Hasan".
Sumber:
Sifat an-Nifāq wa Na't al-Munafiqīn,
Al-Hafiz Ahmad al-Ashbahānī (326-420H),

Darul Basyā'ir al-Islamiyyah, Riwayat No. 71.