Friday 6 May 2016

FINAH DI ALEPPO YANG CUBA DI ULANGI SEMULA OLEH REGIM ZIONIS ISRAEL, SAUDI DAN AMERIKA



Siapa yang tidak sedih dengan isu di Syria dan Iraq.  Tidak ada yang suka dan tidak ada yang bertepuk tangan melihat kematian trajis dan menyedihkan khusus bagi yang berakal.

Namun bibit mulanya pembunuhan ini sudah pasti ada perancang utamanya. Persoalannya apakah isu konflik di Syria ini kerana sentimen mazhab atau kerana ada motif yang lebih luas untuk kita fikir bersama.  Kalau di amati Syria adalah sebuah negara yang sebelum ini aman. Ramai pelajar Malaysia menuntut di Syria. Umumnya Syria aman dan tidak ada pelajar yang ketakutan atau ada pengalaman ngeri semasa menuntut di sana.  Malah kalau saya tanyakan ketika itu di Syria sunni atau syiah? Secara spontan mereka menjawab sunni.

Hinggalah di awal sekitar tahun 2013, dunia di gegarkan dengan pembunuhan massa setelah ujud gerakan Arab Spring di sana. Masyarakat dunia khususnya umat Islam di viralkan dengan pelbagai video dan foto mengisahkan akan kekejaman pemerintah Basyar.  Sehubungan dengan itu timbul dengan serta merta beberapa gerakan media sosial yang melakukan kempen besar besaran menyahut seruan jihad. Malaysia tidak kurang hebatnya bukan sahaja dengan media sosial di internet, tetapi kuliah kuliah, seminar dan sebagainya melibatkan para NGO mendesak sesuatu tindakan wajib di ambil dengan segera.  Walhal isu di Palestine tidak sehebat ini.

Maka ketika itu para agamawan pro Saudi di import masuk dan bertindak memberi ceramah ceramah meniup kebangkitan jihad melawan Basyar Al Asad. Namun di celah keributan itu timbul ulamak Syria ( Al Syahid Ramadhan Al Butty) yang di jemput memberikan ceramah tetapi memberikan reaksi yang jauh berbeza dari agamawan pro Saudi. Di situ saya mulai berfikir dan bertabayyun sebentar dan mula untuk mengkaji dan menyemak sumber sumber dari pelbagai tempat.

Amat malang sekali terserlah sifat terburu buru, emosi, perseteruan mazhab dan mudah menelan dan memamah segala berita najis Zionis yang di lakukan para agamawan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia menambahkan lagi penderitaan rakyat Syria.  Tuduhan membabi buta, rekaan rekayasa menyebabkan majoriti umat Islam di dunia termakan hasutan dan propaganda Zionis dan akhirkan kita menyaksikan sendiri Syria hancur bukan akibat serangan musuh sebenar iaitu Israel, tetapi kalangan sesama umat Islam sendiri.

Syria merupakan satu negara Arab yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, Syria adalah laluan utama senjata bagi memberi bantuan kepada pejuang Palestin yang sekian waktu di lanyak Regim Israel.  Isreal telah berjaya menutup laluan terowong bantuan makanan dan senjata di sempadan Mesir dan Israel. Negara Arab lain seperti Arab Saudi, Qatar, Jordan dan sebagainya menjadi syaitan bisu dan hanya bersorak tanpa makna ketika Israel menyerang Palestin khususnya Gaza.  Israel melihat Syria wajib di huru harakan bagi melambatkan kejatuhan mereka. Israel melihat Hamas yang ketika itu menjadikan Damsyik sebagai Ibu Pejabat Antarabangsa mereka wajib di tutup segera. Israel melihat Iran antara negara yang banyak menyalurkan bantuan keewangan dan senjata melalui Syria wajib di sekat dengan segera. Maka kebijakan Israel adalah merancang pertembungan sesama umat Islam dan Israel memahami antara strategi utama memecahkan perpaduan umat Islam adalah dengan perpecahan dan meniup sentimen Mazhab.  Paling celaka adalah keterlibatan Arab Saudi bekerja sama dengan Israel bagi tujuan jahat ini.. Maka tidak hairanlah kalau kita melihat para NGO yang terlibat dengan kempen Syria Care dan Anti Basyar adalah mereka yang memiliki hubungan kuat dengan Arab Saudi.

Maka Aleppo di jadikan lokasi awal untuk menjayakan tujuan jahat mereka. Begitu mudah Zionis memperdayakan umat Islam dengan foto foto yang di edit yang tidak ada kena mengena dengan Syria dan akhirnya pejuang Jihad di import dari pelbagai negara termasuk Malaysia atas nama menyelamatkan umat Islam Syria. Awal lahirlah FSA. Namun kejahatan FSA di kesan awal setelah mereka dengan jelas di sokong Amerika dengan pembuktian senjata senjata yang mereka gunakan. Kemudia Jabat Nusra lahir di medan perang dan melakukan keganasan membunuh dan menyembelih seiapa saja yang mereka temui.  Akhirnya muncul ISIS yang cukup popular.  Ketika nama ISIS/L berkumandang, ramai yang menjulang nama ISIS sebagai pejuang sebenar dari yang lain.  Ikon lambang ISIS menjadi Ikon Facebook mereka.. Baju T dan stiker kereta lambang ISIS penuh merata. Agamawan mengatakan inilah pejuang sebenar. Tak lama ISIS muncul, umat Islam terkedu ISIS bukan sahaja membunuh rakyat Syria, tetapu pejuang jihad bertarung sesama sendiri. Persoalannya apakah ini pejuang jihad yang sebenarnya?

Kini Syria mendapat bantuan langsung dari Iran dan Russia dalam usaha menghapuskan pejuang palsu ini. ISIS yang masuk lewat sempadan Turki pada setiap hari di kalahkan Tentera Syria, Hizbullah, Rusia dan Iran.  Hampir setiap kota ISIS menemui kekalahan dan cabut lari. Rakyat Syria mula kembali ke kota kota asal mereka.  Israel menjadi bimbang akan kedudukan ini.  Maka tiada jalan lain melakukan provokasi ALEPPO pada kali keduanya.

Rumusan yang saya nak sampaikan adalah apakah umat Islam nak masuk ke lubang najis Zionis pada kali keduanya setelah di bodohkan pada kali pertama sebelum ini. Apakah kalian tidak merasa berdosa dengan berdoa pada Allah untuk menjayakan missi Zionis serba najis dan akhirnya mengakibatkan Syria hancur sekali lagi.

Saya paparkan sebahagian foto pembuktian kejahatan Syria Care menipu umat Islam mengenai isu Aleppo 2013 yang saya simpan supaya mereka yang membaca blog ini sedar akan geopolitik asia barat pada hakikat sebenarnya.

Apa yang dapat saya simpulkan Syria Care adalah alat agenda Zionis yang mereka perjuangkan dalam keadaan mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka membawa tangan jahat Zionis untuk merosakan umat Islam.





Tuesday 3 May 2016

BLOG INI AKAN DI AKTIFKAN SEMULA

Salam sejahtera
Blog ini akan diaktifkan semula dengan kisah kisah menarik termasuk isu semasa.
Terima kasih