Tuesday, 25 November 2014

PEGANGAN IBNU TAIMIYYAH BAHWA ALLAH ITU SEPERTI MAKHLUK SAMA SEPERTI YAHUDI & KRISTIAN YANG MENYELEWENG

Sering kita dengar awal agama mengenal Allah
Al Awalludin Makrifatullah
Hakikatnya dari siapa kita mengenal Allah
Agama Samawi menceritakan Allah
Agama Islam juga menceritakan tentang sifat sifat Allah
Yahudi mengistiharkan mereka anak anak Tuhan
Kristian mengatakan Isa as juga anak Tuhan
Hakikatnya kedua agama samawi memfatwakan Tuhan itu berjisim seperti manusia
Tidak kurang dalam sebahagian aliran Islam juga YAKIN  kepada Tuhan yang Bermakhluk

Dalam Islam sendiri mengenal Allah banyak percanggahan
Ada mengatakan Allah itu tidak sama dengan mana mana makhluk
Setiap yang kita bayangkan itu pasti bukan Allah
Allah ini tidak boleh di lihat dengan sebarang pancaindera
Di kenali dengan zat zat yang di sebut dalam Al Quran

Tidak kurang yang mengatakan Allah itu seperti makhluk 
Barang siapa yang mengatakan Allah itu tidak ada mata maka kafirlah dia
Barang siapa yang mengatakan Allah itu tidak ada tangan maka kafirlah dia
Kerana juga mereka berpandukan kepada riwayat riwayat hadis yang sahih menurut mereka


APAKAH INI WAJAH TUHAN?

Kita lihat beberapa Al Quran & Hadis serta ulasan ulamak mujasimah yang menurut mereka Allah itu berjisim

1. Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke dalam neraka pada hari Kiamat, sesungguhnya Dia turun dari langit kepada langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!
“Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim, Sahih, ii, hlm.482.

2. Apakah yang menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur’an menjelaskannya di dalam
Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris”, 
Surah al-Qalam (68): 42 “Pada hari betis disingkapkan” 
Surah al-Fath (48):10 “Tangan Allah di atas tangan mereka”.
Hadis telah menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!

3. Atas hujah ini maka Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim memfatwakan Allah itu berjisim seperti manusia

قال ابن القيم عن شيخه ابن تيمية: أنه ذكر شيئا بديعا ، وهو أنه صلى الله عليه وسلم لما رأى ربه واضعا يده بين كتفيه أكرم ذلك الموضع بالعذبة،

"Telah berkata Ibnu Qayyim mengenai gurunya Ibnu Taimiyyah:
'Sesungguhnya ia menyebut sesuatu yang menarik, bahawasanya baginda (Nabi) saaw tatkala baginda melihat Tuhan meletakkan tangan-Nya di antara kedua bahu baginda, baginda memuliakan bahagian itu dengan melabuhkan hujung serbannya'. 

FATWA FATWA USULUDIN IBNU TAIMIYYAH

Tuhan bersila di atas ‘Arasy, serupa silanya Ibnu Taimiyah.
Tuhan sama besarnya dengan ‘Arasy.
Tuhan turun setiap akhir malam ke langit dunia serupa turunnya Ibnu Taimiyah dari mimbar.
Tuhan bersabda di jihat atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.
Tuhan bertubuh, berjihat dan pindah-pindah tempat.
Tuhan bicara dengan huruf dan suara.
Sifat Tuhan hadits (baru) dan yang hadits itu melekat pada Zat Tuhan yang qadim.
Qur’an itu baru (Hadits) bukan qadim.
Nabi-nabi tidak mashum.
Bepergian ziarah ke makam-makam, seumpama makam Nabi di Madinah, makam Ibrahim di mesjid Rhanl, makam wali dan ulama adalah pekerjaan mashiyat (munkar).
Mendo’a dengan bertawassul syirik.
Istiqatsah dengan Nabi Syirik.
Neraka akan lenyap bukan kekal.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Inilah jawapannya bila beriman kepada Perawi yang salah
Kaab Al Ahbar umpamanya yang membawa cerita cerita dongeng si zaman sahabat
Abu Hurairah umpanya banyak berguru kepada Kaab Al Ahbar
Hingga umat Islam tidak mengenal Allah
Kalau tidak mengenal Allah bagaimana mengenal Agama

Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah  (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya.
( Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Add al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm 113,)

##TERNYATA RAMAI YANG CELARU DALAM MENGENAL ALLAH##

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

INI JAWAPAN PALING TEPAT DARI KAMI UNTUK RENUNGAN PEMBACA SEMUA

Fahamilah bahawa
Al-Qur’an ada ayat-ayat Muhkamaah  yang zahir diamalkan menurut zahirnya
Al Qur' an ada ayat- ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam bentuk majaaz dan kinaayah (maknanya tidak sah pada  akal dan syarak)

Contohnya
Allah berfirman di dalam Surah al-Israa’ (17) 72 “Dan barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”,

#Apakah semua orang buta akan menerima nasib yang malang di akhirat?
# Maksud buta bukannya fizikalnya buta, tetapi buta bermaksud sesat. 

Jadi, siapa sebenarnya yang boleh membawa kita mengenal Allah?
Awal agama adalah mengenal Allah melalui jalur yang di tentukan Allah
Kerana akal hanya mengetahui adanya Tuhan
Mereka yang tertentu sahaja yang mampu menjelaskan siapa sebenarnya Tuhan kita
Kerana akal itu mengetahui manusia perlu ada agama
Mereka yang tertentu sahaja yang mampu membawa mengenal agama sebenarnya

Lihat kembali Al Quran yang suci berkata

Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Pada kitab yang terpelihara. Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan (al-muthahharûn). 
(QS. Al-Wâqi’ah: 77-79). 

Apa maksud hamba hamba yang disucikan?
Ada ulamak menafsirkan nak sentuh Al Quran itu kena sucikan diri kerana berpandukan pada ayat ini.
Amat malang mereka yang tidak memahami antara disucikan dan menyucikan
Ayat ini jelas menunjukan HAMBA HAMBA YANG DISUCI ALLAH
Apa maksud menyentuh itu PEGANG, SENTUH atau MENAFSIRKAN?
Siapa pula HAMBA HAMBA YANG DI SUCIKAN ALLAH?

Sila rujuk ayat ini pula untuk mendapatkan jawapan
Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kalian, wahai Ahlul Bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya (yuthahhirakum thath-hirâ)
(QS. Al-Ahzâb: 33)

Maka Al Quran mengatasi segala galanya
Hadis yang di pilih sewajarnya tidak boleh sama sekali bertentangan dengan Al Quran

Maka sila rujuk hadis ini
Nabi SAW pernah mewasiatkan, “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara: Al-Quran dan Ahlul Bait.” (HR. Muslim)

Berdegil untuk tidak mahu menerima pewarisan sebenar dalam agama iaitu Ahlul Bait menyebabkan umat Islam ini berpecah dan malah beritikad seperti Yahudi dan Kristian dalam mengenal Allah swt.

Kenapa majoriti umat Islam tidak mahu menerima Ahlul Bait seperti dalam hadis di bawah ini yang ternyata selari dan tepat dengan apa yang di katakan dalam Al Quran.

Sahih Muslim memuatkan Hadis Tsaqalain dengan lafaz Quran (Kitaballah) dan Ahlulbait, bukannya Quran dan Sunnah.
Perhatikan dengan jelas Rasul saw menyebut sebut berulang ulang mengenai AHLUL BAIT KU. Kerana Rasul saw tahu sepeninggalannya manusia berpaling, memfitnah, mengeji dan memerangi AHLUL BAIT.

Zaid bin Arqam berkata Rasulullah bersabda:
"Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang manusia (basyar). Hampir sudah kedatangan Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan di tengah kalian as-tsaqalain (dua bekal berat): Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya;" Baginda lalu mengajak orang kepada Kitabullah. Kemudian baginda berkata: "Dan Ahlulbaitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku."
Sahih Muslim
Hadis No. 2408.









No comments:

Post a Comment