Kebuasan Si Yazid memerintah 3 tahun
Menyebabkan Imam Husain as sejak awal enggan bait dengan beliau
Ibunya bernama Maysun
Kabilah Maysun bin Bajdal al-Kulaibi al-Nasrania dikenal sebagai para penganut Kristen, namun kemudian segelintir dari mereka masuk Islam.
Walaupun ayahnya bernama Muawiyah
Tetapi kejelasan sebenarnya tidak ada siapa yang tahu siapa ayahnya yang sebenarnya
Yazid seorang yang mengikut hawa nafsu haiwan
Arak menjadi bahan ketagihan beliau
Arak di jadikan minuman resmi dalam urusan kerajaan
Amat meremehkan urusan pentadbiran Bani Umayyah
Kegemaran bermain haiwan Cheetah dan Monyet
Sehingga beliau di gelar "Abi Qais"
GAMBAR HIASAN KEDAI MUSLIM JUAL ARAK DI NEGARA ARAB |
ADA 3 HAL DURJANA BERHATI HAIWAN YANG TELAH DI LAKUKAN SI YAZID
1. Tahun pertama ia memerintah 61H dia telah melakukan arahan memerangi Imam Husain as dan para keluarganya
2. Tahun ketiga ia memerintah telah berlaku peristiwa HURRAH di Madinah pada 28 Zulhijah. Ia telah memerintah menyerang penduduk Madinah dan membunuh lelaki dan anak anak mereka dan merosakkan harta benda dan wanita wanita mereka.
3. Tahun ketiga juga pada 3 Rabiul awal dengan arahannya telah mengepung Baitullah dan meruntuhkan Kaabah menggunakan Manjanik. Manjanik adalah meriam pelontar batu pada zaman itu.
Yazid meninggal ketika dalam keadaan mabuk. Kegemaran beliau mabuk ini menyebabkan beliau mengalami sakit di bahagian hati. Ketika berkhayal sambil menari nari, beliau jatuh tersungkur dan menyebabkan kepalanya terhantuk ke bumi. Beliau menemui ajal ketika itu. Ketika itu tenteranya sedang mengepung Kaabah dan apabila menerima kabar kematian beliau akhirnya tentera Bani Umayyah menghentikan kepungan tersebut.
Yazid menemui ajal dalam keadaan yang begitu hina setelah tiga tahun menjadi Khalifah Bani Umayyah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Sa’ib bin Khalad (RA) bahawa Rasulullah(saw) bersabda: Barangsiapa yang menyebarkan kezaliman dan menakutkan penduduk Madinah, maka Laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia ke atas orang tersebut.
[Musnad Ahmed bin Hanbal seperti diriwayat oleh Imam Ibn Kathir dalam Al Bidayah Wal Nihayah Jilid 8 halaman 274]
Ibnu Katsir, sejarawan Syafii menulis, “Yazid adalah orang yang tidak mampu mengalahkan hawa nafsu dan mengawalnya. Ia menyambut pertemuan-pertemuan maksiat dengan penuh gembira dan menghindar untuk melaksanakan kewajiban terpenting Tuhan yaitu shalat, dan ia termasuk dari orang-orang yang meninggalkan shalat… sesungguhnya Yazid adalah pemimpin orang fasik dan kafir dan patut untuk dilaknat.”
Az-Zahabi, seorang perawi dan sejarawan menulis, “Yazid adalah Nasibi (musuh Ahlul Bait as) ekstrim dan orang yang mudah marah, di mana ia memiliki akhlak seperti binatang. Ia meminum khamar dan tidak pernah berpaling dari maksiat dan kemunkaran. Pemerintahannya dimulai dengan pembunuhan terhadap Husain (as) dan diakhiri dengan penghancur Kaabah.”
Ulama Ahlussunnah seperti Ibnu Jauzi, Suyuti, Ibn Hazm, Sheikh Mohammad Abduh dan Ahmad bin Hambal menilai Yazid bin Muawiyah sebagai orang yang kafir dan fasik karena telah membunuh Imam Husein as. Para ulama tersebut membolehkan untuk melaknat Yazid.
KESIMPULAN PADA SEJARAH PEMERINTAHAN YAZID
1. Peminum arak
2. Pembunuh sahabat
3. Penyerang Makkah dan Madinah
4. Yang mengarahkan pembunuhan Husain as
No comments:
Post a Comment