Tragedi Musibah Kejam Dalam Sejarah Manusia
Imam Husain as yang suci di belai Rasul saw telah di bunuh di penggal kepala
Karbala tidak sama dengan Badar dan Uhud
Kerana Karbala pertembungan dua kumpulan Islam
Antara Hak dan Bathil
Karbala bak sebuah hentaman dasyat
Mengatasi gegaran gempa bumi
Karbala
Menyaksikan kebuasan umat yang mengaku Islam
Zalim terhadap lawan yang kecil membawa kebenaran Rasul saw
Al Husain dan kumpulannya bertempur dengan penuh kehausan
Kejahatan Ibnu Ziyad mengarahkan Umar Saad mengepung lawan dari meneguk air
Mulut Shimir mencaci cucu Imam
Warisan caci berterusan hingga kini
Di kala setiap 10hb Muharam caci mencaci pada pencinta Al Husain berlanjutan
Ketika Al Husain parah ratusan panah
Al Husain sempat mengingatkan Shimir
Bahawa " Aku adalah cucu Rasul saw. Kau masih sempat bertaubat untuk ku berikan syafaat"
Namun Shimir berhati anjing lebih suka tawaran harta dan kedudukan Yazid
Al Husain di hiris di leher sedikit demi sedikit
Akhir terpisah kepala dan badan
Shimir menyerah kepala Al Husain penuh bangga kepada Khuli
"Bawalah ini untuk Umar bin Saad"
Kepala Al Husain di usung di arak
Dari Karbala ke Damsyik
Di bawa mengadap pada Sang Yazid manusia durjana
Yazid berpura pura tidak mengarah
Kerana takut rakyat membantah
Berpura pura mencela Ibnu Ziyad dan Umar bin Saad
Walhal mereka teman semabuk arak
Celakalah Yazid kamu pasti ke neraka
Karbala
Sejarah mengisahkan
Seluruh makhluk alam kecuali iblis dan syaitan
Menangis air mata berdarah
Bagaimana tanah simpanan rasul saw dirumah Ummu Salamah menjadi merah
Gugurnya manusia pembawa rahmat Ilahi
Akibat kebuasan sebuah kuasa manusia berhati binatang
Laknat Allah keatas manusia pembunuh pasukan Al Husain
Laknat Allah keatas manusia perangcang mengarahkan pembunuh Al Husain
Laknat Allah keatas mereka yang bersorak dan mabuk gembira di atas kematian Al Husain
Neraka lah mereka selama lamanya
Namun setiap Kebenaran pasti ada sinar
Menutup Kepalsuan pembawa Kebathilan
Karbala ada kejayaan
Hasil pengorbanan Al Husain dan teman teman
Islam di amal penuh keikhlasan
Kebenaran di tegak tanpa mengira akibatnya
Tanpa takut tanpa gusar
Kerana nyawa kita milik Allah
Korban diri tanpa keraguan
Pihak Yazid sebenarnya gagal
Tidak lama Yazid pun meninggal penuh kehinaan
Cukup laah sudah bagi yang mau berfikir
Kerana Karbala tidak akan padam
Bani Ummayah hancur
Bani Abbasiah hancur
SETIAP TAHUN KARBALA DI KUNJUNGI PULUHAN JUTA |
Namun Karbala terus di kenang
Setiap tahun selepas Karbala
Dan sehingga kini dan akan datang
Pasti Karbala di kenang
Puluhan juta menziarahi pusara Al Husain dari dekat
Ribuan juta berdoa ziarah dari jauh
Kerana Al Husain pemberi syafaat
Kepada mereka yang rindu dan kasih
Sayang dan cinta
Labaikaya Husain
Labaikaya Husain
Labaikaya Husain
PULUHAN JUTA BEARAK KE KARBALA DEMI CINTA HUSAIN AS |
Selagi dunia masih berputar
Selagi hayat di kandung badan
Karbala menjadi hari duka nestapa untuk diri ku
Harapan ku dapat menziarahi Al Husain
Membawa bersama keluarga tercinta
Ya Husain............MAJLIS ZIARAH IMAM HUSAIN AS DARI JAUH |
Karbala
Salam ku pada Al Husain
Salam ku pada Ali bin Husain
Salam ku pada putera puteri Husain
Salam ku pada sahabat Husain
Ketemu lagi di asyura akan datang
No comments:
Post a Comment