Monday, 24 November 2014

IBNU TAIMIYYAH YANG MENGHARAMKAN TAWASSUL PADA RASUL SAW YANG TELAH WAFAT

Kontroversi Ibnu Taimiyyah
Sudah sekian lama
Mengujudkan jurang pemikiran dan fatwa 
Beliau banyak menghapuskan tawassul dan ziarah kubur
Sedangkan amalan itu sudah sekian lama
Menganggap amalan itu adalah suatu bidaah dan sesat dan kafir



Kontroversi Ibnu Taimiyyah 
Mengujudkan perselisihan kuat antara sesama Sunni sendiri
Mari kita lihat sejarah beliau 
Dan ulasan para ulamak ulamak tersohor dahulu

Nama penuh Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī
Seorang Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di Harran, Turki
Keluarganya bermazhab Hambali
Beliau seorang yang menguasai Sastera Arab
Selain ilmu matematik, sains dan kaligraphi
Ibnu Taimiyah pernah dipenjaran di Mesir kerana dituduh menyokong fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan) & mempertikaikan amalan ziarah kubur.

Dari pemikiran Ibnu Taimiyyah maka lahirlah pemikiran Wahabbi
Ramai dikalangan ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menolaknya samada dikalangan ulama terdahulu mahupun masakini.

Ibnu Tamiyah dalam memuji dan mencari pembenaran atas perbuatan manusia terkutuk Ibnu Muljam sang Khawarij dan pembunuh Ali yang tergolong Salaf Saleh dengan ungkapan:
 “Seseorang yang membunuh Ali iapun menegakkan shalat, melakukan puasa, membaca al-Quran. Ia membunuh Ali dengan anggapan bahwa hal itu akan mendapat ridho Allah dan Rasul-Nya”.
(lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 7 halaman 57 / 58)

Ibnu Taimiyah dalam rangka membela kelompok sesat Khawarij mengatakan: 
“Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan shalat, melakukan puasa dan membaca al-Quran. Mereka baik secara zahir maupun batin telah melaksanakan agama Islam”
(lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 4 halaman 37)

PENGHARAMAN TAWASUL & ZIARAH KUBUR

Syeikhul Islam Taqiyuddin as-Subki adalah seorang ulama ulung dari mazhab Sunni Syafi'i. Hakim Agung ini dijuluki sebagai Syeikhul Islam, Imam Besar, Ia disebut-sebut sebagai pucuk pimpinan Mazhab Syafi'i di Mesir. Karya ilmiahnya mencapai 150 kitab dalam berbagai disiplin ilmu. Biografinya terdapat di Thabaqat Syafi'iyah Al-Kubra (X/139-239), Syadzaratudz Dzahab (VI/180), Bughyatul Wu'aat (342), Husnul Muhadhdharah (I/321) dan Ad-Durrar Al-Kaminah (III/134).
Syeikhul Islam Taqiyyuddin as-Subki (683-756H) mengkritik ahli bid'ah sezamannya, "Syeikhul Islam" Ibnu Taimiyyah (661-728H). Dalam karya bantahannya kepada Ibn Taimiyah, berjudul "Syifa’ as-Siqam fi Ziyarati Khair al Anam”, beliau menuliskan:*
"اعلم أنه يجوز ويحسن التوسل والاستغاثة والتشفع بالنبي صلى الله عليه وسلم إلى ربه سبحانه وتعالى ، وجواز ذلك وحسنه من الأمور المعلومة لكل ذي دين، المعروفة من فعل الأنبياء والمرسلين، وسير السلف الصالحين، والعلماء والعوام من المسلمين ، ولم ينكر أحد ذلك من أهل الأديان، ولا سمع به في زمن من الأزمان، حتى جاء ابن تيمية فتكلم في ذلك بكلام يلبس فيه على الضعفاء الأغمار، وابتدع ما لم يسبق إليه في سائر الأعصار..."
“Ketahuilah bahwa harus dan baik melakukan tawassul, istighatsah dan tasyaffu’ (memohon syafaat sebagai wasilah) dengan Rasulullah (dalam berdoa) kepada Allah. Keharusan dan baiknya hal ini adalah perkara yang telah diketahui oleh semua orang beragama; ia dikenal sebagai amalan para nabi dan para rasul, jalannya para salafus soleh, para ulama, dan seluruh orang-orang Islam yang awam sekalipun. Tidak ada seorangpun yang mengingkari perkara ini, bahkan tidak pernah didengari dari zaman mana pun ada orang yang mengingkari masalah tawassul ini, hingga kemudian muncul ibn Taimiyah; lalu ia berbicara masalah tawassul dengan pembicaraan yang penuh tipu daya terhadap orang-orang awam, ia membuat bid’ah sesat yang tidak pernah dilakukan oleh siapapun di masa lalu (dengan mengharamkan tawassul, istighatsah dan tasyaffu’)...”
" إن التوسل بالنبي (ص) جائز في كل حال، قبل خلقه وبعد خلقه، في مدة حياته في الدنيا وبعد موته، في مدة البرزخ وبعد البعث، في عرصات القيامة والجنة..."
Sesungguhnya, tawassul dengan Nabi saaw itu harus pada setiap keadaan, sebelum dan selepas penciptaan baginda, sepanjang hayatnya di dunia dan setelah kewafatan baginda, sepanjang tempoh barzakh dan setelah kebangkitan, di medan berlangsungnya kiamat dan di dalam Syurga..."

Syifa’ us-Siqam fi Ziyarati Khairil Anam
Imam Taqiyuddin as-Subki,
Darul Jiil - Beirut,
Bab 8, m/s 153.

akan bersambung lagi mengenai kisah Ibnu Taimiyyah









No comments:

Post a Comment