Friday 31 October 2014

KEBUASAN UMAR BIN SAAD DALAM KARBALA

Dendam tidak menentu seolah mereka ini membalas kematian Khalifah Usman bin Affan yang dikepung tanpa setitis air.  Mereka lupa bahawa kedua putra Imam Ali as ( Hasan dan Husain) membawa air masuk ke Istana Khalifah Usman bin Affan.

Arahan Ubaidillah bin Ziyad kepada Umar bin Saad, " Usahakan pasukanmu untuk memisahkan antara Husain dan sahabat-sahabatnya dengan sungai Furat. Usahakan sedemikian rupa hingga tak ada setitis air pun yang sampai ke mereka, sebagaimana Utsman bin Affan dulu terhalangi dari air."

Mereka berteriak,  "Husain! ... Demi Allah ... Engkau tidak akan meminum air ini walau setetes pun hingga kehausan merenggut nyawamu."

Imam Husain menjawab,  "Ilahi!! Binasakan ia dengan kehausan dan jauhkan ia dari segala rahmat-Mu!"



KEBUASAN PASUKAN UMAR SAAD MEMBUNUH ANAK IMAM HUSAIN DAN MENGHALANG ABAS DARI MENDAPATKAN AIR DI SUNGAI FURAT

Pasukan Imam Husain kehausan akibat dari tindakan durjana Umar bin Saad. Imam Husain sempat memohon supaya sekurang kurangnya di berikan minum pada anak beliau yang masih kecil Abdullah bin Husain. Imam Husain keluar dari khemah sambil mengendong si bayi ini. Tanpa belas kasihan seorang Bani Asad meluncurkan anak panah tepat mengenai Abdullah bin Husain (Ali Asgar) yang masih bayi ketika itu. 

Abbas saudara kepada Imam Husain bangkit untuk melawan kebuasan pasukan Umar bin Saad dan cuba untuk mendapatkan air di Sungai Furat yang ketika itu di kepung 500 tentera berkuda. Beliau belum sempat meneguk air kerana mengenangkan Imam Husain lantas cuba untuk membawa bekalan air tersebut ke khemah Imam Husain. Namun bekalan air yang di bawa Abbas jatuh akibat di serang pasukan berkuda dan akhirnya tangan beliau di penggal. Abbas dalam keadaan parah sempat menemui Imam Husain dan akhirnya beliau syahid.

############################################

MASIHKAN ANDA BERGEMBIRA DI HARI ASYURA DENGAN PELBAGAI JUADAH BUBUR ASYURA?

MASIHKAH ANDA MAU MEMBELIT KONUNNYA IMAM HUSAIN DI BUNUH OLEH PENGIKUT SYIAH?

SIAPAKAH UMAR BIN SAAD? TIDAKKAH BELIAU GABENOR LANTIKAN YAZID? MASIHKAH MENUTUP CERITA DENGAN TEMPURUNG MUNAFIQ?

NASIHAT SAAT AKHIR IMAM HUSAIN AS SEBELUM PEPERANGAN BERMULA

Betapa mulianya Imam Husain as berusaha untuk menyelamatkan akidah musuhnya di saat akhir sebelum pertempuran bermula.
Tangisan Imam Husain as di medan Karbala bukan kerana Imam Husain takut menghadapi musuh.
Namun tangisan adalah kerana begitu sedihnya beliau gagal menyedarkan pasukan musuh yang terdiri dari kalangan umat Islam yang tidak sedar diri.
Inilah sikap kemunafikan yang berada dalam kebanyakan umat Islam sampai hari ini
Hari Asyura tidak dijadikan iktibar pada majoriti umat Islam
Media dan ceramah menyindir dan mengherdik para pencinta Imam Husain as
Malah mereka yang masih mempertahankan kedaulatan Bani Ummayah dengan menutup fakta sejarah.
Kebenaran di nafikan dan Kebathilan di angkat julang
Akibatnya Umat Islam gagal mencari titik sebenarnya di mana hakikat kebenaran
Namun cahaya Kebenaran tidak akan padam walaupun kuasa Kebathilan menguasai dunia Islam
Islam di katakan terbaik dan tidak ada yang terbaik
Tapi Kebathilan membawa Islam menjadi buih buih di lautan




Antara petikan Kutbah(nasihat terakhir) sebelum meletus pertempuran

Lihatlah diri ku! 
Telesuri garis keterunanku! 
Kemudian lihat siapa diri kalian
Apakah layak bagi kalian membunuhku dan menginjak injak kehormatanku?
Bukankah aku putra dari nabi kalian?
Bukankah aku putra penerima wasiat Nabi kalian?
Bukankah aku putra dari anak bapa saudara yang pertama kali mengimaninya?
Bukankah Hamzah, pemimpin para syuhada itu adalah bapa saudaraku?
Bukankah Jaafar ath Thayyar yang terbang ke syurga dengan dua sayap adalah bapa saudaraku?
Celakalah kalian membunuh ku!!!

Pasukan Kufah pimpinan Umar bin Saad laknatullah tidak sedikitpun terpengaruh dengan nasihat Imam Husain as kerana mereka hanya inginkan kebathilan mereka.

Mereka menjawab ajakan Imam Husain as seperti mana kaum Madyan menjawab ajakan Nabi Muhammad saw seperti Allah abadikan dalam Al Quran, " Kami tidak banyak memahami apa yang engkau katakan, kami melihatmu sebagai orang yang lemah(QS, Hud:91)

Hanya al Hur bin Yazid ar Riyahi yang terpengaruh dengan ucapan Al Husain. Beliau akhirnya bergabung dengan pasukan Al Husain as dan memohon ampun mencium tangan seraya bertanya pada Imam Husain as " Adakah pintu taubat bagiku?"

Imam Husain as menjawab " Ya Allah pasti menerima taubatmu kerana Dia Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang".

Al Hur menjawab " demi Allah aku tidak menganggap taubatku sudah di terima kecuali dengan berperang bersama mu dan terbunuh demi menyelamatkan jiwamu wahai putra Rasulullah!". 
Terus Al Hur mengingatkan kepada pasukan Kufah akan surat yang mereka tulis dan agar tidak memerangi Imam Husain as.  Lalu di menuju ke medan dan bertempur dan akhirnya beliau syahid.

Imam Husain as masih terus mau menasihati dengan pelbagai ajakan agar pasukan musuh sedar. Beliau mengambil Al Quran dan meletakkan di atas kepala beliau untuk mengajak berunding buat kali seterusnya " Wahai kaum!! Antara aku dan kalian terdapat kitab suci Al Quran dan Sunnah Nabi dan datuk ku Rasulullah saw". Beliau meminta untuk menyaksikan pedang, baju perang dan serban Nabi saw.

Mereka menjawab, " Kerana kami patuh kepada pimpinan kami Ubaidillah bin Ziad"

Imam Husain as lagi, " Celakalah bagi kalian........
Memang pengkhianatan kalian telah dikenali sejak dahulu kala"

Umar bin Saad memasang anak panah di busurnya dan membidiknya ke arah pasukan Imam Husain as sambil berkata , " Saksikanlah aku yang memulai peperangan". 

Gugurnya syahid satu persatu pasukan Imam Husain as. Sebelum syahadah mereka melaungkan" Salam pada mu ya Aba Abdillah". 






HADIS PEMBOHONGAN MENGENAI MUAWIYAH DAN YAZID


Hadis hadis laut tentang  keutamaan  Muawiyah PALSU  karena :

1. Nabi SAW difitnah berdua dua an dengan isteri orang (ummu haram) sambil tertidur dalam pangkuan wanita lain. Apakah akhlak Rasul saw bertandang di rumah sesaorang ketika suaminya tiada di rumah sambil tertidur???

2. Hadis tersebut memfitnah bahwa dikepala NAbi  banyak kutunya …Apakah Rasul saw begitu hina dina sehingga menyuruh seorang wanita (isteri orang) mencari kutu di kepala hingga tertidur??

Mereka  mengkhayalkan sejarah bahwa Muawiyah ikut berperang mengarungi lautan dan Yazid orang yang memerangi kota Qaishar. Tetapi tentu saja hujjah seperti ini adalah tergantung  karena mereka tidak memperhatikan fakta sejarah lain yang menyebabkan tunggang terbalik pendalilan mereka.

Dalam riwayat berikut :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْخُلُ عَلَى أُمِّ حَرَامٍ بِنْتِ مِلْحَانَ فَتُطْعِمُهُ وَكَانَتْ أُمُّ حَرَامٍ تَحْتَ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ فَدَخَلَ عَلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَأَطْعَمَتْهُ ثُمَّ جَلَسَتْ تَفْلِي رَأْسَهُ فَنَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ وَهُوَ يَضْحَكُ قَالَتْ فَقُلْتُ مَا يُضْحِكُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزَاةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَرْكَبُونَ ثَبَجَ هَذَا الْبَحْرِ مُلُوكًا عَلَى الْأَسِرَّةِ أَوْ مِثْلَ الْمُلُوكِ عَلَى الْأَسِرَّةِ يَشُكُّ أَيَّهُمَا قَالَ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَدَعَا لَهَا ثُمَّ وَضَعَ رَأْسَهُ فَنَامَ ثُمَّ اسْتَيْقَظَ وَهُوَ يَضْحَكُ قَالَتْ فَقُلْتُ مَا يُضْحِكُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي عُرِضُوا عَلَيَّ غُزَاةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَا قَالَ فِي الْأُولَى قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ قَالَ أَنْتِ مِنْ الْأَوَّلِينَ فَرَكِبَتْ أُمُّ حَرَامٍ بِنْتُ مِلْحَانَ الْبَحْرَ فِي زَمَنِ مُعَاوِيَةَ فَصُرِعَتْ عَنْ دَابَّتِهَا حِينَ خَرَجَتْ مِنْ الْبَحْرِ فَهَلَكَتْ

Telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Yahyaa, ia berkata : Aku membacakan (hadits) di hadapan Maalik, dari Ishaaq bin ‘Abdillah bin Abi Thalhah, dari Anas bin Maalik : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah menemui Ummu Haram binti Milhan isteri ‘Ubaadah bin Ash-Shaamit – yang kemudian ia (Ummu Haram) menghidangkan makanan untuk beliau. Setelah itu Ummu Haram menyisir rambut beliau, hingga Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wa sallam tertidur.

Tiba-tiba beliau terbangun sambil tertawa. Ummu Haram bertanya :
“Apa yang menyebabkanmu tertawa wahai Rasulullah ?”.

Beliau bersabda : “Sekelompok umatku diperlihatkan Allah ta’ala kepadaku. Mereka berperang di jalan Allah mengarungi lautan dengan kapal, yaitu para raja di atas singgasana atau bagaikan para raja di atas singgasana”- perawi ragu antara keduanya – .

Ummu Haram berkata :
“Wahai Rasulullah, doakanlah agar aku termasuk di antara mereka.”

Kemudian beliau mendoakannya. Setelah itu beliau meletakkan kepalanya hingga tertidur. Tiba-tiba beliau terbangun sambil tertawa.

Ummu Haram berkata : Lalu aku kembali bertanya :
“Wahai Rasulullah, apa yang membuatmu tertawa ?”.

Beliau menjawab :
“Sekelompok umatku diperlihatkan Allah Ta’ala kepadaku, mereka berperang di jalan Allah…” – sebagaimana sabda beliau yang pertama – .

Ummu Haram berkata : Lalu aku berkata :
“Wahai Rasulullah, doakanlah agar aku termasuk di antara mereka !”.

Beliau bersabda : “Kamu termasuk dari rombongan pertama”.

Pada masa (kepemimpinan) Mu’aawiyah, Ummu Haram turut dalam pasukan Islam berlayar ke lautan (untuk berperang di jalan Allah). Ketika mendarat, dia terjatuh dari kendaraannya hingga meninggal dunia

[Diriwayatkan oleh Muslim no. 1912].

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam Sohihnya dari Kholid bin Ma’dan dan bahwasanya Umair bin Mas’ud telah menceritakan kepadanya bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

  “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).”

Fakta sejarah mencatat bahwa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman ibn Affan Radhiallahu.

عَنْ ‏‏خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ ‏أَنَّ ‏عُمَيْرَ بْنَ الْأَسْوَدِ الْعَنْسِيَّ ‏حَدَّثَهُ أَنَّهُ أَتَى ‏عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ ،‏ ‏وَهُوَ نَازِلٌ فِي سَاحَةِ ‏ ‏حِمْصَ ،‏ ‏وَهُوَ فِي بِنَاءٍ لَهُ وَمَعَهُ ،‏ ‏أُمُّ حَرَامٍ ،‏ ‏قَالَ ‏عُمَيْرٌ :‏ ‏فَحَدَّثَتْنَا ‏‏أُمُّ حَرَامٍ ‏‏أَنَّهَا سَمِعَتْ النَّبِيَّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏‏يَقُولُ :‏ ‏أَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِي يَغْزُونَ الْبَحْرَ قَدْ ‏‏أَوْجَبُوا ،‏ ‏قَالَتْ ‏‏أُمُّ حَرَامٍ :‏ ‏قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا فِيهِمْ ، قَالَ أَنْتِ فِيهِمْ ، ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :‏ ‏أَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِي يَغْزُونَ مَدِينَةَ ‏‏قَيْصَرَ ‏‏مَغْفُورٌ لَهُمْ ، فَقُلْتُ : أَنَا فِيهِمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، قَالَ : لَا . رواه البخاري (2924) .

Dari Khalid bin Ma’dan bahwa Umair bin Al-Aswad Al-‘Ansiy bercerita kepadanya bahwa dia menjumpai ‘Ubadah bin ash-Shamith ketika dia sedang singgah dalam perjalanan menuju Himsh. Saat itu dia sedang berada di rumahnya dan bersama dengan Ummu Haram. ‘Umair berkata: “Maka Ummu Haram bercerita kepada kami bahwa dia mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 “Pasukan dari ummatku yang pertama kali akan berperang dengan mengarungi lautan pasti akan diberi pahala dan surga.” Ummu Haram berkata; “Aku katakan: “Wahai Rasulullah, aku termasuk diantara mereka?” beliau berkata: “Ya, kamu termasuk dari mereka.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda lagi: “Pasukan dari ummatku yang pertama kali akan memerangi kota Qaishar (Romawi) pasti mereka akan diampuni.” Aku katakan: “Aku termasuk diantara mereka, wahai Rasulullah?”. Beliau menjawab: “Tidak”. (HR. Al-Bukhari).

قال الحافظ ابن حجر في ” الفتح ” (6/120) : قَالَ الْمُهَلَّب : فِي هَذَا الْحَدِيثِ مَنْقَبَة لِمُعَاوِيَة لِأَنَّهُ أَوَّلُ مَنْ غَزَا الْبَحْرَ وَمَنْقَبَةٌ لِوَلَدِهِ يَزِيد لِأَنَّهُ أَوَّلُ مَنْ غَزَا مَدِينَةَ قَيْصَرَ .ا.هـ.

Al-Hafidh Ibnu Hajar dalam “Al-Fath” (6/120) Mengatakan: “Al-Muhallab berkata: “Dalam hadits ini terdapat  kelebihan bagi Mu’awiyah karena dia adalah orang pertama yang berperang di lautan, dan kelebihan bagi anaknya, Yazid, karena dia orang pertama yang menyerang kota Kaisar.

:::::::::::::::::::



Thursday 30 October 2014

SEKILAS PERJALANAN IMAM HUSAIN AS MENUJU KARBALA



IMAM HUSAIN DI INGATKAN MENGENAI WARGA KUFAH

Di dalam perjalanan awal ke Kufah, kafilah Imam Husain as bertemu al Farazdaq, seorang penyair terkenal di tempat bernama al Sifah. Al Farazdaq menasihatkan Imam agar tidak pergi ke Kufah, kerana walaupun hati mereka bersama Imam, tetapi pedang mereka adalah mengarah kepada Imam. Bagaimanapun, Imam Husain as tetap meneruskan perjalanan, dan beliau telah menerima berita baik, dari utusan Muslim Ibn Aqil. Surat dari Muslim Ibn Aqil menunjukkan masyarakat telah lebih dari bersedia untuk menyambut kedatangan Imam di Kufah serta menerima kepimpinan beliau. Imam Hussain, kemudiannya menghantar seorang lagi utusan kepada Muslim. Kafilah Imam Husain tetap meneruskan perjalanan ke Kufah. Beberapa hari berlalu, Imam tidak lagi menerima respon dari Muslim ibn Aqil.

YAZID MELANTIK UBAIDILLAH

Di Kufah, dengan bantuan Mukhtar Al Thaqafi dan Hani Ibn Urwah, Muslim terus mengadakan mesyuarat secara rahsia dengan para pengikut Imam Husain. Dalam masa yang singkat, pertemuan ini menghasilkan satu momentum yang kuat di kalangan para pengikut Imam Husain. Yazid, melalui para pengintipnya, telah berjaya mengetahui kejayaan ini. Sebagai tindak balas, beliau telah melantik Ubaidillah ibnu Ziyad, seorang yang berpewatakan kejam, sebagai gabenor Kufah, untuk menggantikan Nu’man ibn Al Bashir, yang dirasakan tidak efisien dalam menanggani pergerakan ini.

MUSLIM BIN AQIL & HANI IBN URWAH DI PANCUNG

Sementara itu, apabila kafilah cucunda Nabi semakin menghampiri Kufah, di suatu tempat bernama Zubalah, Imam Husain telah menerima satu berita yang sangat mengejutkan. Muslim ibn Aqil, bersama Hani Ibn Urwah, telah ditahan dan dipancung kepala mereka, oleh gabenor baru, Ubaidillah ibn Ziyad. Mukhtar at Thaqafi juga turut ditahan dan dipenjarakan oleh beliau.


IMAM HUSAIN MENERUSKAN PERJALANAN

Imam Husain telah mengumpulkan para pengikutnya dan menceritakan berita buruk ini dengan berkata: “Para pengikut kita telah meninggalkan kita, bagi kalian yang memilih untuk meninggalkan kami, bolehlah melakukannya tanpa sebarang rasa bersalah.” Dengan perasaan takut, beberapa orang sahabat beliau meninggalkan kafilah al Husain. Imam Husain tetap meneruskan perjalanan bersama para pengikut setia dan ahli keluarganya sehinggalah mereka bertemu secara berhadapan dengan 1000 orang tentera berkuda pimpinan Hur al Riyahi, yang mewakili pihak musuh. Kumpulan tentera ini menghalang kafilah Imam Husain dari meneruskan perjalanan. Ketegangan mula meningkat di antara kedua kumpulan. Imam Husain menerangkan bahawa tujuan beliau menuju ke Kufah adalah atas pelawaan dan jemputan masyarakat Kufah. Beliau malah menunjukkan sebuah beg penuh dengan surat-surat dari mereka.


HUSAIN AS TIBA DI NEINAWA (KARBALA)

Al Hur mengatakan bahawa beliau dan orang-orang beliau bukanlah penulis surat-surat itu. Imam Husain lalu berkata, jika mereka tidak menyukai pemergian mereka ke Kufah, maka beliau akan pulang semula ke Hijaz. Hur lalu menjawab: “Kami telah diarahkan untuk mengikuti kamu, sehingga kami membawa kamu berjumpa Gabenor Ibnu Ziyad.” Al Hur lalu mencadangkan Imam menuju ke satu tempat yang bukan Kufah atau Hijaz. Imam Husain mendapati cadangan itu adalah cadangan yang adil, lalu bergerak menjauhi Kufah. Hur dan tenteranya turut bergerak selari dengan kafilah Imam Husain. Kedua pihak akhirnya sampai ke sebuah perkampungan bernama Neinawa, di mana utusan Ibnu Ziyad membawa pesanan kepada Al Hur. Pesanan itu berbunyi: “Paksa Husain untuk berhenti. Biarkan dia berhenti di kawasan lapang, tanpa sebarang tumbuhan atau air.” Hur menyampaikan mesej itu kepada Imam Husain. Imam, ahli keluarga dan para sahabatnya, membantah perintah itu dan meneruskan perjalanan sehingga satu lagi pasukan musuh memintas mereka dan memaksa mereka berhenti. Apabila Imam Husain mendapat tahu bahawa tempat itu bernama Karbala, beliau merasakan telah sampai ke destinasinya, dan mengarahkan khemah-khemah didirikan. Hari itu adalah 2hb Muharram, tahun 61 hijrah.

Tuesday 28 October 2014

LEMAHNYA UMAT ISLAM KERANA MENGAGUNGKAN KEJAHATAN DINASITI UMMAYAH


Tragedi Karbala bukan pertembungan antara Muslim dengan Musyrikin
Seperti Perang Badar & Uhud
Tragedi Karbala adalah pertembungan dua kumpulan Muslim 
Tidak mungkin Kebenaran bertempur Kebenaran
Tragedi Karbala bukan hasil dari provokasi fitnah
Kerana tidak mungkin sama sekali Imam Husain as bertempur akibat di fitnah
Karbala adalah ketentuan Ilahi
Kerana Karbala memisahkan dua kumpulan Muslim
Diantara Muslim membawa KEBENARAN  Rasul saw & Muslim pembawa KEBATHILAN
Diantara Muslim SEJATI & Muslim Pendusta, Munafiq, Keganasan & Bernafsu Binatang
Kerna dengan KARBALA pencinta AGAMA terselamat dari KEBATHILAN UMMAYAH

Tanggal 1hb Muharam, rombongan Imam Husain as meneruskan perjalanan menuju suatu kawasan padang sahara yang tidak jauh dari Sungai Furat.

"Apakah nama tempat ini?" Tanya Imam Husain as
"Nainawa" Jawab salah seorang pengikutnya
"Apakah nama selain itu?" Tanya Imam Husain as lagi
"KARBALA" Jawab pengikutnya yang lain

Imam Husain as lantas merasa sebak lalu berkata;

"Wahai pengikut ku! Dirikan khemah di sini. Daku pernah dengar Rasul saw bersabda bahawa daku akan terkorban disini." Kemudian Imam Husain as dan adiknya Zainab berbincang sesuatu sambil memandang anak bulan Muharam.  Air mata Imam Husain as berkaca, sebak dan membasahi pipinya yang gebu. Lantas Zainab bertanya " Wahai abang ku Husain as kenapa anda menangis?"

"Wahai zainab adikku!. berdoalah kepada Allah agar daku dapat menepati janjiNya. Berdoalah agar daku dapat menyelamatkan Islam. Berdoalah supaya daku tidak teragak agak memberikan nyawaku kepada Islam" Jawab Imam Husain as.

Walaupun air mata Imam Husain as membasahi pipinya namun tangisan Imam Husain as bukan kerana beliau takut untuk mati. Apa yang di utamakan adalah agama Islam.

Antara syair Imam Husain as

Aku bertekad terus maju kehadapan
Walau maut menghalang di jalanan
Mati bukan noda yang mencernakan
Bagi seorang berdarah pahlawan
Bila di sertai niat ikhlas berkorban
Untuk berjuang membela kebenaran

Ku serahkan segenap jiwa dan raga
Dalam perang suci membela agama
Lebih baik mati dari hidup hina
Jika masih hidup aku tidak kecewa
Dan jika mati aku tidak akan tercela
Alangkah hina hidup di bawah kaki durhaka

::::::::::::::::

Majoriti umat Islam masa kini tidak mahu berfikir akan tragedi ini
Menganggap tragedi ini adalah propaganda pengikut Ahlul Bait
Malah mereka sanggup berdolak dalik mempertahankan kebathilan Ummayah
Kerana tidak mahu menerima kebenaran

Memperkecilkan memperlekehkan majlis majlis duka tangisan di awal Muharam
Sedangkan banyak hadis menceritakan akan tangisan air mata Rasul saw mengenai KARBALA
Mereka beralasan Tragedi KARBALA bukan di zaman Rasul saw dan tidak perlu di kaji
Mereka lupa Rasul saw di kabarkan semua ini
Sedangkan mereka bersuka ria dengan program sambutan Maal Hijrah & Bubur Asyura

Secara tidak sedar mereka meraikan gugurnya Imam Husain as
Kerana terikut kemaksiatan Ummayah
Lantas inilah jawapan kerana apa umat Islam menjadi buih dan lemah longlai di belasah

Inilah kesimpulan gagal terbentuknya kekuatan kegemilangan umat Islam
Bila lemah menjadi tikus
Bila kuat menjadi anjing kebuasan
Kerana tidak bertemu titik KEBENARAN

Benarlah kata Rasul saw

"Sesungguhnya kalian akan diuji dengan Ahlulbait-ku sepeninggalku"

Dari Ammarah bin Yahya,

"Kami di sisi Khalid bin Arafthoh di hari terbunuhnya al-Hussein bin Ali r.a. Ujar Khalid, 'Ini apa yang kudengar dari Rasulullah saaw:

"إِنَّكُمْ سَتُبْتَلَوْنَ فِي أَهْلِ بَيْتِي مِنْ بَعْدِي"
"Sesungguhnya kalian akan diuji dengan Ahlulbait-ku sepeninggalku." 

Riwayat at-Thabrani, perawinya tsiqah belaka. Sumber: Majma' Az-Zawaid (9/226:15142)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

23 tahun sebelum pembantaian al-Hussein, Imam Ali (as) tiba di Nainawa dalam rangka ke medan Shiffin. Imam teringatkan nubuat Rasulullah saaw (30 tahun sebelumnya) mengenai pembantaian tragis itu. Imam berteriak: "Sabarlah wahai Aba Abdillah di tebing sungai Furat."
:::::::::::::::::::::
■ Dari Nujayy bahwa ia berjalan bersama Ali (ra), dan dia adalah pembantu Ali. Ketika sampai di Nainawa dalam perjalanan menuju ke Shifin, Ali menyeru: "Sabarlah wahai Aba Abdillah. Sabarlah Aba Abdillah di tebing sungai Furat." Maka aku bertanya, "Ada apa?"

Ali menjawab: "Aku berkunjung kepada Nabi (saaw) suatu hari dan aku dapati kedua matanya berlinangan air mata, maka aku bertanya; "Wahai Nabi Allah, apa ada sesiapa yang membuatkan engkau marah? Kenapa kedua matamu berlinangan air mata?"

Baginda menjawab: "Sebenarnya Jibril baru saja beredar dari sisiku. Ia berbicara kepadaku bahwa al-Husain akan terbunuh di tebing sungai Furat."

Kata Nabi lagi: "Jibril bertanya, "Apakah engkau ingin mencium bau tanahnya?" Maka aku menjawab, "Iya." Ia lantas mengulurkan tangannya dan menggenggam segenggam tanah, kemudian memberikannya kepadaku. Aku tidak kuasa menahan kedua mataku, maka berderailah air mata."


~ Riwayat Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar dan at-Thabrani, dan menurut al-Haithami: para perawinya thiqah belaka, dan Nujayy tidak bersendirian dalam hal ini. Sumber: Majma' az-Zawaid (9/217-218: Hadis no. 15112)






Monday 27 October 2014

SAHABAT RASUL SAW YANG BERSAMA DI KARBALA



Ketahuilah betapa hanya sahabat Rasul saw yang sejati selagi hayat di kandung badan akan terus mencintai Ahlul Bait dan membenci mereka yang memerangi Ahlul Bait.

Banyak informasi sengaja di putar bagi mengelirukan agama. Konun konunnya pencinta Ahlul Bait membenci seluruh sahabat.

Walhal fakta yang sebenar adalah tidak kira siapa kedududkan dia sama ada sahabat atau tidak kewajipan seorang yang mengaku Islam adalah mencintai ahlul bait dan membenci mereka yang membenci ahlul bait. 

Walaupun ada di kalangan sahabat yang melakukan aksi memerangi Ahlul Bait sudah pasti melakukan hal yang bertentangan dengan perintah Al Quran. Melakukan hal yang bertentangan dengan Al Quran adalah jelas sama sekali menentang perintah Allah swt.  Maka sejarah mengisahkan ada kalangan sahabat yang engkar dan memerangi serta melakukan pembunuhan seperti dalam Peristiwa Perang Jamal, Perang Siffin dan Perang Karbala.  Ini jelas kerana dalam Perang Jamal dan Siffin kalangan sahabat memerangi Imam Ali as dan dan Perang Karbala mereka memerangi Imam Husain as.

Kebangkitan dan revolusi Imam Husain a.s. terjadi pada tahun 61 H, namun demikian terdapat adanya beberapa sahabat Rasulullah saw. yang juga menjadi sahabat dan penolong Imam Husain a.s. karena orang-orang yang sebaya dan seusia dengan Imam Husain dan orang-orang yang lebih tua darinya menjumpai masa Rasulullah saw. Pada masa terjadinya tragedi Karbala, usia mereka rata-rata enam puluh tahun.

Dalam kisah hari ini saya akan listkan antara sahabat yang setia bersama Al Husain dalam Perang Karbala.

1. Anas bin Harits Kahili:
Samawi dalam Abshâr al-’Ain fî Anshâr al-Husain menyebutkan Anas bin Harits sebagai orang yang gugur sebagai syahid Karbala. Syekh Thusi juga menyebut ia sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw., dan juga di antara orang-orang yang gugur sebagai syahid bersama Imam Husain a.s.
Tatkala menyebutkan Anas bin Harits sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw., Syekh Thusi mengingatkan bahwa ia menggapai syahid di samping Imam Husain a.s. Anas bin Harits sedemikian tinggi kedudukannya dan masyhur sehingga sesuai dengan nukilan Allamah Muhsin Amin dalam A’yân asy-Syiah, Kumait bin Zaid, salah seorang pujangga yang terkenal ahlulbait a.s., menyebut Anas bin Harits dalam lirik syairnya. Kumait menggubah sebuah syair yang menyebutkan Anas bin Harits Kahili al-Kahili sebagaimana berikut:

"Siwa ‘ushbatun fihim Habib muaffarun, Qadha nahbahu wa al-Kahili Murammalun"
Kecuali sekelompok orang di antara mereka yaitu Habib yang berkorban jiwa dan tubuhnya berguling di tanah dan raga Al-Kahili bersimbah darah.

2. Habib bin Muzhahhar:
Habib bin Muzhahhar adalah salah seorang sahabat Rasulullah saw. dan merupakan sahabat besar Imam Ali a.s. yang turut serta dalam tiga peperangan. Syekh Thusi tidak menyebutkan ia sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw., kendati demikian Syekh Thusi menyebut ia sebagai salah seorang sahabat Imam Ali a.s. dan Imam Husain a.s. Sebagian ulama seperti Samawi penulis Abshâr al-’Ain menyebutkan nama Habib bin Muzhahhar sebagai sahabat Rasulullah saw. yang syahid di Karbala.

3. Muslim bin Awsaja:
Samawi dalam kitab Abshâr al-’Ain menghitungnya sebagai salah seorang sahabat Rasulullah saw. dan Imam Ali a.s. Allamah Muhsin Amin juga dalam kitab A’yân al-Syiah, tatkala menjelaskan sahabat-sahabat Imam Husain a.s., menyebut Muslim bin Awsaja sebagai sahabat (shahabi) Rasulullah saw.

4. Hani bin Urwah:
Salah seorang penolong Imam Husain lainnya yang tergolong sebagai sahabat Rasulullah saw. adalah Hani bin Urwah. Ia adalah seorang tua dan pembesar kabilah Muradi yang turut serta dalam tiga peperangan di samping Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s.

5. Abdullah bin Baqthar (Yaqthar) Himyari:
Abdullah bin Baqthar (Yaqthar) adalah saudara sesusuan Imam Husain a.s. Ayahnya Baqthar (Yaqthar) adalah khadim (pembantu) Rasulullah saw. Ia membawa surat Imam Husain a.s. untuk Muslim bin Aqil di Kufah kemudian ditangkap (oleh Ibnu Ziyad) dan langsung gugur sebagai syahid.


Sunday 26 October 2014

MENILAI KARBALA ITU REMEH ADALAH KERJA DINASTI BANI UMAYYAH



Apakah majoriti umat Islam sekarang adalah mereka yang beriman kepada  Allah dan Rasul saw atau Dinasti Umayyah?

Pelbagai hadis menceritakan kesedihan Rasul saw hingga beliau menangis bila Jibril as menyampaikan pada Baginda akan trajedi duka tersebut.  Maksudnya berduka dan menangis di hari duka Karbala itu merupakan suatu sunnah

Kita lihat petikan hadis menggambarkan tragedi duka nestapa 

:"Benarlah Allah dan RasulNya, ia tanah 'Karbun wa Bala'"

■ Tanggal 2 Muharram 61H, Imam Hussein (as) tiba di Karbala. Di dalam sebuah riwayat Imam at-Thabrani, Jibril telah berkata kepada Nabi saaw: "Sesungguhnya umatmu akan membunuh anak ini (Al-Hussein) di tempat yang panggil: Karbala."

Jibril mengambil tanahnya lalu memperlihatkannya kepada Nabi saaw. Tatkala al-Hussein dikepung sewaktu hampir saat pembantaiannya, ia berkata, "Apakah nama tempat ini?" Mereka berkata, "Karbala". Maka berkatalah al-Hussein, "Benarlah Allah dan RasulNya, ia tanah 'Karbun wa Bala' (tanah Duka dan Nestapa)".

Riwayat at-Thabrani dengan banyak jalan periwayatan. Salah satu sanadnya, para perawinya thiqah belaka. Sumber: Majma' az-Zawaid (9/219).



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Namun majoriti umat Islam tidak mengamalkan sunnah tersebut? Di pusing putar belit fakta konunnya Rasul saaw memulakan Hijrah pada awal Muharam juga adalah tidak benar.

Hakikatnya Rasul saaw memulakan hijrah pada bulan Rabiul awal.  

Kisah Bahtera Nabi Nuh membuat bubur asyura dan bersuka ria bergelak ketawa menjamu selera di tanggal 10 Muharam juga suatu pendustaan fakta sejarah.  

Sebenarnya inilah kerja Dinasti Umayyah yang terpaksa menutup segala kejahatan Yazid dan tenteranya dalam pembunuhan Imam Husain as.

Umat Islam lupa bahawa masalah Al-Husain, darah dan tanahnya, dinilai penting oleh wahyu Ilahi.

Ada ulamak yang sanggup menyalahkan Imam Husain as dalam tragedi Karbala dengan alasan 
" mengapa Husain as pergi ke Karbala". Apakah mereka menepikan hadis Rasul saw? Menilai Husain as dengan akal tanpa fakta? Menganggap Al Husain as sebagai tokoh tokoh sejarahwan biasa?

Ada yang mengeksploit foto foto hari Karbala dengan majlis LUKA, PUKUL BADAN BERDARAH bagi menutup fakta fakta yang lain. Sedangkan ramai lagi pengikut Imam Husain as memperingati Imam Husain as dengan majlis majlis ziarah dan doa dan tangisan. Kenapa tidak mahu melihat secara postif majlis majlis yang di buat tanpa ada LUKA dan DARAH? 

Ada yang mempertikaikan masaalah BATU TANAH KARBALA dengan fakta fakta rekaan konunnya pengikut Imam Husain as menjadikan bahan itu sebagai TUHAN dan sebagainya tanpa merujuk kepada Hadis Rasul saaw mengenai gumpalan tanah Karbala itu sebagai sunnah

Walau apa pun cara mereka menutup, mereka lupa bahawa apa apa kebenaran tidak bisa di kambus dengan kepala pemikiran manusia yang sempit. Kita lihat ada ulamak yang akhirnya terpaksa mengakui kebenaran Karbala namun masih cuba menutup dengan TAPI TAPI TAPI TAPI

Kita baca dengan teliti petikan di bawah ini dengan alasan tapi tapi tapi

Usaha Umayyah untuk mengecilkan nilai dan pentingnya hal ini? Kita bisa melihat apa yang Syekh Ibnu Taimiah katakan mereka menggelarinya Syekhul Islam dan menyebutnya sebagai pencinta Ali dan ahlulbait—dalam Minhâj As-Sunnah An-Nabawiah jil. 3 yang ditahkik Dr. Muhammad Rasyad Salim, cet. 2 tahun 1999 M. Perhatikan apa yang dia katakan di hal. 70 kitab ini agar menjadi jelas bagi seluruh kaum muslimin dan pengikut Ibnu Taimiah yang yakin bahwa beliau mencintai ahlulbait dan keluarga Imam Husain, cucu nabi, pemimpin pemuda surga:

ومن المعلوم أن عمر بن سعد أمير السرية التي قتلت الحسين مع ظلمه وتقديمه الدنيا على الدين لم يصل في المعصية إلى فعل المختار بن أبي عبيد الذي أظهر الإنتصار للحسين وقتل قاتله بل كان هذا أكذب وأعظم ذنبا من عمر بن سعد

“Sudah maklum bahwa Umar bin Saad adalah pemimpin as-sariyyah …”

** As Sariyyah cuba di gambarkan pasukan kecil saja. Kalau dalam tentera mungkin saya boleh nilai Batalion dan bukan Briged, Division atau Pasukan Negara. Tujuan nak menutup kisah Karbala bukan kerja Yazid. **

Lihatlah bagaimana dia merendahkan masalah ini. Jadi, orang yang membunuh Imam Husain hanyalah sariyyah? Seratus atau dua ratus orang? Bukan tentara lengkap (jaisy) yang diutus Ibnu Ziad atas perintah Yazid untuk memerangi dan membunuh Husain?

Bahwa Umar bin Saad adalah pemimpin sariyyah yang membunuh Husain…

Dia mengakui bahwa Umar adalah pembunuh Husain.

“…meskipun dia (Umar) berbuat zalim…”

Syekh mengakui bahwa Umar telah berbuat zalim, tidak lebih dari itu.

“…dan pengutamaannya terhadap dunia di atas agama, namun dosanya tidaklah seburuk yang dilakukan Mukhtar bin Abi Ubaid yang menunjukkan kemenangan demi Husain dan membunuh pembunuhnya.”

Maksudnya, maksiat atau dosa Mukhtar lebih buruk di mata Tuhan dibandingkan dosa pembunuh Husain. Ini juga berarti bahwa darah Umar bin Saad lebih penting, lebih agung, dan lebih mulia jika dibandingkan dengan darah Imam Husain menurut Ibnu Taimiah.

Dosa Mukhtar yang membunuh pembunuh Husain lebih besar jika dibandingkan dengan dosa orang yang membunuh Husain. Hal ini juga berarti dosanya lebih besar dibandingkan orang yang membunuh ahlulbait dan sahabat nabi,  karena beliau dianggap sebagai salah satu sahabat nabi yang mulia. Inilah logika yang membela Ibnu Taimiah dan ideologi yang mengatakan kami mencintai Yazid, Muawiyah, dan dinasti Umayyah dan mereka sahabat rasul. 

فهذا الشيعي شر من ذلك الناصبي
“Maka pengikut Syiah ini (Mukhtar) lebih buruk daripada nâshibî itu (Umar).”

Jelas menunnjukan bahawa usaha mereka membawa kepada perlekehan amanah Rasul saw dalam hadis “Ya Allah, cintailah orang yang mencintai Ali dan tolonglah orang yang menolong Ali”, “Mencintainya adalah bagian dari iman, membencinya adalah kemunafikan.” (HR. Muslim)

MAKA FIKIRKAN WAHAI UMAT ISLAM BAHAWA IMAM HUSAIN AS ADALAH MILIK UMAT ISLAM SEJATI. AL HUSAIN ADALAH PEMISAH ANTARA HAK DAN KEBAHTILAN. TANPA TRAGEDI KARBALA PASTI UMAT ISLAM AKAN TERUS SESAT DI BAWA ARUS KEJAHATAN YAZID DAN DINASTI BANI UMAYYAH.

KENALI YAZID ANAK MUAWIYAH

Ramai yang tidak mengetahui siapa sebenarnya si Yazid anak Muawiyah
Ramai juga yang tahu tapi menutup kisah kejahatan si Yazid
Yazid banyak melakukan pelanggaran, kekejian dan mungkar secara berlebihan dan terang terangan.

Berikut adalah keperibadian si Yazid

Di lahirkan pada 26H. Ibunya bernama Maimun binti Bajdal al Kalbiyah.
Seorang penyair nasab al Kalbi menyusun syair

Suatu zaman hadir membawa mampus
orang orang Turki di bunuh, wahyu di hapus
Seorang anak haram budak al Kalbi
membunuh putra Nabi di Karbala sepenggal bumi

Yazid adalah si kepala batu dan pengkhianat seperti ayahnya.  Perangainya keras dan hina jauh dari rasa kasih sayang dan keadilan.  Dia menikmati pembunuhan dan penyiksaan.

Hobinya adalah berburu dan memiliki anjing anjing buruan terlatih. Kehidupannya suka membela dan membelai kera dan monyet. Monyetnya di beri nama Abul Qais. Dia juga menegaskan bahawa kera berasal dari seorang manusia Bani Israel yang di kutuk oleh Allah.


Yazid pernah bersyair

Wahai Abu Qais peganglah kendali keldai itu
Jika engkau terjatuh tak ada jaminan bagimu
Engkau mengungguli semua kuda
kecuali kuda Amirul Mukminin

Hobi si Yazid peminum arak.  Hampir tidak ada waktu untuk tidak mabuk dan sedar. Hinggakan pujian terhadap arak beliau nukilkan syair

Ku katakan kepada seorang teman
sublimlah bersama khamar!!
Turuti hati mu nernyanyi-nyanyi kecil
Rengkuh bagianmu dalam kenikmatan dan kelazatan
Seunnguh segala sesuatu, meski lama
pasti berkurang

Abdullah bin Handallah yang bangkit melawan Yazid bersama sekelompok orang Madinah menuju Syam setelah kesyahidan Imam Husain as, berkata, " Demi Allah, kami tidak bangkit kecuali kami takut mendapatkan azab hujan batu dari langit sebab Yazid adalah seorang yang menikahi ibu-ibunya, anak anak perempuan serta saudari saudarinya. Dia peminum khamar dan tidak melakukan solat. Demi Allah, jika tidak ada satu pun yang siap bergabung dengan ku, maka aku akan tetap bangkit dan menganggapnya sebagai ujian dari Allah kepada ku"

Adapun sebahagian fakta yang mengatakan Yazid tidak bersetuju dengan pembunuhan Imam Husain as dengan fakta ini:

Ketika keluarga beliau radhiyallahu ‘anhu mendatangi Yazid bin Mua’wiyah, Yazid memuliakan mereka dan mengantarkan mereka ke Madinah. Diriwayatkan bahwa Yazid melaknat Ibnu Ziyad atas pembunuhan Husein dan berkata: “Aku sebenarnya meridlai ketaatan penduduk Irak tanpa pembunuhan Husein.” Tetapi dia tidak menampakkan pengingkaran terhadap pembunuhnya, tidak membela serta tidak pula membalasnya, padahal itu adalah wajib bagi dia. Maka akhirnya Ahlul Haq mencelanya karena meninggalkan kewajibannya, ditambah lagi dengan perkara-perkara lainnya dan musuh-musuhnya malah menambahkan beberapa kedustaan palsu atasnya.

Persoalannya kenapa beliau tidak menghukum pembunuh Imam Husain as, malah Yazid meneruskan sikap berpoya poya bersama orang yang beliau laknati kononnya.

Penduduk Madinah membatalkan bai’atnya kepada Yazid dan mereka mengeluarkan utusan-utusan dan penduduknya. Yazid pun mengirimkan tentara kepada mereka, memerintahkan mereka untuk taat dan jika mereka tidak mentaatinya setelah tiga hari mereka akan memasuki Madinah dengan pedang dan menghalalkan darah mereka. Setelah tiga hari, tentara Yazid memasuki Madinah an-Nabawiyah, membunuh mereka, merampas harta mereka, bahkan menodai kehormatan-kehormatan wanita yang suci, kemudian mengirimkan tentaranya ke Mekkah yang mulia dan mengepungnya. Yazid meninggal dunia pada saat pasukannya dalam keadaan mengepung Mekkah dan hal ini merupakan permusuhan dan kedzaliman yang dikerjakan atas perintahnya.

Al Mas'udi berkata, " Yazid seorang lelaki penggemar musik huru hara, pemelihara anjing, kera dan anak singa dan gemar minum arak. Selepas tragedi Karbala, dia duduk di sekitar meja arak sementara Ibnu Ziyad duduk di sebelah kanannya. Lalu dia berkata kepala pelayanya yang biasa menuangkan arak ke gelasnya, " Tuangkan aku minuman yang dapat membasahi mulut dan kerongkong ku. Kemudian tuangkan kepada Ibnu Ziyad yang memegang rahsia dan amanatku, penolongku dalam jihad dan penjaga harta rampasanku".

Yazid menjuluki dirinya sebagai SANG PENEGAK KHMAR/ARAK.



Friday 24 October 2014

BENARKAH MUAWIYAH DAN YAZID PERLU DI CINTAI

ADA YANG MENCINTAI MUAWIYAH DAN YAZID????



Kekeliruan dan terkeliru sebahagian umat Islam mengagungkan KEDUA INI sebagai ikon Islam.

Kita lihat hadis ini:

Dalam Sahih Muslim termuat sebuah riwayat Saad bin Abi Waqas. Muawiyah bin Abi Sufyan memerintah Sa’ad, lalu berkata “Apa yang menghalangimu untuk mencaci Abu Turab?"
Sa’ad berkata “Selama aku masih mengingat tiga hal yang dikatakan oleh Rasulullah saaw aku tidak akan mencacinya yang jika aku memiliki salah satu saja darinya maka itu lebih aku sukai dari segala macam kebaikan:

1. Rasulullah saaw telah menunjuknya sebagai pengganti baginda dalam salah satu perang, kemudian Ali berkata kepada baginda, “Wahai Rasulullah, dikau telah meninggalkanku bersama wanita dan anak-anak?” Maka Rasulullah saaw bersabda kepadanya, "Tidakkah kamu redha bahwa kedudukanmu di sisiku sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa, hanya saja tidak ada Nabi setelahku";

2. Aku mendengar Rasulullah saaw bersabda di Khaibar, Sungguh Aku akan memberikan panji ini pada orang yang mencintai Allah dan RasulNya serta dicintai Allah dan RasulNya. Maka kami semua berharap untuk mendapatkannya. Lalu baginda bersabda, “Panggilkan Ali untukku”. Lalu Ali datang dengan matanya yang sakit, kemudian baginda meludahi kedua matanya dan memberikan panji kepadanya;

3. Dan ketika turun ayat “Maka katakanlah : Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kalian”(Ali Imran ayat 61), Rasulullah saaw memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husain dan berkata “Ya Allah merekalah keluargaku”.

Sahih Muslim,



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

وحدثنا وهب قال حدثني أبي عن أيوب عن نافع قال خطب معاوية فذكر ابن عمر فقال والله ليبايعن أو لأقتلنه فخرج عبد الله بن عبد الله بن عمر إلى أبيه فأخبره، وسار إلى مكة ثلاثا، فلما أخبره بكى ابن عمر، فبلغ الخبر عبد الله بن صفوان فد خل على ابن عمر فقال أخطب هذا بكذا ؟ قال نعم. فقال: ما تريد ؟ أ تريد قتاله ؟ فقال: يا بن صفوان الصبر خير من ذلك. فقال ابن صفوان: والله لئن أراد ذلك لأقاتلنه. فقدم معاوية مكة، فنزل ذا طوى، فخرج إليه عبد الله بن صفوان فقال أنت الذي تزعم أنك تقتل ابن عمر إن لم يبايع لابنك ؟ فقال: أنا أقتل ابن عمر ؟ ! إني والله لا أقتله

Dan telah menceritakan kepada kami Wahab yang berkata telah menceritakan kepadaku Ayahku dari Ayub dari Nafi’ yang berkata Muawiyah berkhutbah, menyebutkan Ibnu Umar dan berkata “Demi Allah, dia harus membaiat atau aku akan membunuhnya”. Maka ‘Abdullah bin ‘Abdullah bin Umar keluar menemui Ayahnya untuk mengabarkan hal itu, ia berangkat ke Makkah selama tiga hari kemudian ketika ia mengabarkan hal itu, Ibnu Umar menangis. Sampailah kabar tersebut kepada ‘Abdullah bin Shafwan, kemudian ia menemui Ibnu Umar dan berkata “apakah orang itu berkhutbah begini begitu?. Ibnu Umar berkata “benar”. Ibnu Shafwan berkata “apa yang engkau inginkan? Memeranginya?. Ibnu Umar berkata “wahai Ibnu Shafwan bersabar lebih baik dari hal itu”. Ibnu Shafwan berkata “demi Allah, jika beliau menginginkan itu maka aku akan memeranginya”. Muawiyah datang ke Makkah dan singgah di Dzi Thuwa. Abdullah bin Shafwan keluar menemuinya dan berkata “engkau orangnya yang mengatakan akan membunuh Ibnu Umar jika dia tidak membaiat putramu?”. Muawiyah berkata “aku membunuh Ibnu Umar! Demi Allah aku tidak membunuhnya” [Tarikh Khaliifah bin Khayyaat hal 162/163]

Semua kezaliman pemerintahan Yazid berawal dari Muawiyah. Muawiyah adalah orang yang menjadikan manusia semacam Yazid sebagai khalifah bagi umat islam saat itu. Muawiyah menghalalkan segala cara agar Yazid bisa menjadi khalifah dan dibaiat oleh kaum muslim, bahkan dengan cara paksaan dan ancaman bunuh.

BENARKAH YAZID TIDAK TERLIBAT DALAM TRAGEDI KARBALA

Sungguh aneh dan pelik.

Pelbagai U TURN fakta di lakukan demi menutup sebuah kisah.. Tuduhan hanya penduduk Kufah sahaja yang terlibat amat tidak benar sekali.  Dalam kuliah akan keluarlah fakta fakta bahawa yang membunuh Imam Husain as adalah orang Syiah.

Kenapa harus berdusta dalam soal ini. Kenapa harus mencari helah fitnah yang membawa kepada neraka kerana berdusta atas nama agama?

Dalam riwayat shahih memang disebutkan bahwa sebagian sahabat seperti Ibnu Umar mencela penduduk Iraq Kufah atas pembunuhan Imam Husain. Riwayat-riwayat seperti ini yang dijadikan hujjah oleh nashibiy untuk menyatakan bahwa kaum Syiah adalah pembunuh Husain, menurut pandangan mereka, siapa lagi penduduk Kufah kalau bukan Syiah?.

Hakikatnya pemimpin kanan tertinggi Yazid seperti Umar bin Saad, Ubaidllah bin Ziyad telah memaksa dengan pelbagai ancaman kepada penduduk Kufah untuk bersama mereka memerangi Imam Husain as.

Dalam pasukan tersebut terdapat mereka orang-orang Kufah yang memang setia dengan pemerintahan Yazid bin Mu’awiyah dan terdapat pula sebagian penduduk Kufah yang terlibat karena pengaruh, atau ancaman dari Ubaidillah bin Ziyad. Dan tentu Yazid bin Mu’awiyah sebagai khalifah pada saat itu yang memerintahkan penyerangan kepada Imam Husain adalah orang yang paling patut untuk dikatakan sebagai pembunuh Imam Husain as.

FAKTA KEJAHATAN YAZID

1. قلت ولما فعل يزيد بأهل المدينة ما فعل وقتل الحسين وأخوته وآله وشرب يزيد الخمر وارتكب أشياء منكرة بغضه الناس وخرج عليه غير واحد ولم يبارك الله في عمره

[Adz Dzahabiy] aku katakan “dan ketika Yazid melakukan terhadap penduduk Madinah apa yang telah ia lakukan, membunuh Husain, saudaranya dan keluarganya, Yazid meminum khamar, dan melakukan berbagai perbuatan mungkar, orang-orang jadi membencinya, menyimpang darinya lebih dari sekali dan Allah SWT tidak memberikan barakah dalam hidupnya” [Tarikh Al Islam Adz Dzahabiy 2/65]



2. As Suyuthiy dalam Tarikh Al Khulafaa’ setelah menyebutkan kisah pembunuhan Imam Husain, ia berkata

لعن الله قاتله و ابن زياد معه و يزيد

Laknat Allah atas yang membunuhnya, Ibnu Ziyaad dan Yaziid [Tarikh Al Khulafaa’ 1/182]


3. Ibnu Katsiir dalam kitabnya Bidayah Wan Nihayah pernah berkata

وقد أخطأ يزيد خطأ فاحشا في قوله لمسلم بن عقبة أن يبيح المدينة ثلاثة أيام، وهذا خطأ كبير فاحش، مع ما انضم إلى ذلك من قتل خلق من الصحابة وأبنائهم، وقد تقدم أنه قتلالحسين وأصحابه على يدي عبيد الله بن زياد


Dan sungguh Yazid telah berbuat kesalahan dengan kesalahan yang begitu keji, ia memerintahkan kepada Muslim bin ‘Uqbah untuk menyerang Madinah selama tiga hari, dan ini kesalahan yang besar dan keji, bersamaan dengan itu banyak sahabat dan anak-anak mereka terbunuh, dan telah disebutkan sebelumnya bahwa ia telah membunuh Husain dan para sahabatnya melalui tangan Ubaidillah bin Ziyaad [Al Bidayah Wan Nihayah 8/243]

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bagaimana untuk kita mencintai 2 IKON ini yang secara langsung terlibat dalam memerangi ITRAH NABI. Muawiyah memerangi Imam Ali dalam Perang Sifin & Yazid memerangi Imam Husain as dalam Tragedi Karbala





.

AWAL KISAH PERJALANAN KE KARBALA OLEH IMAM HUSAIN AS


IMAM HUSAIN AS MEMAHAMI DAN YAKIN KESYAHIDANNYA DI BUMI KARBALA



Selepas kematian Khalifah Muawiyah, Yazid, anaknya yang berumur 30 tahun berjaya mengangkat dirinya sebagai khalifah. Pada awalnya, masyarakat enggan menerima beliau sebagai pengganti Rasulullah(saw) dan umat Islam, namun Yazid berjaya mendekati masyarakat di Masjid untuk memenangi hati dan sokongan mereka. Seperti bapanya, Muawiyah, Yazid menggunakan berbagai cara seperti sogokan, paksaan, tekanan, ugutan dan kekerasan untuk memaksa rakyat memberi bay’ah padanya. Ramai orang yang merasa risau, kerana ancaman kepada nyawa dan sumber rezeki mereka sangat tinggi. Oleh itu, mereka dengan rasa berat hati dan gundah gulana, memberi apa yang beliau mahu.

Namun begitu, Imam Husain(as) dan Bani Hasyim, yang mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya, tidak mengalah kepada paksaan ini. Sebagai wakil yang sah kepada Nabi Muhammad(saw), Imam Husain menolak mentah-mentah untuk menerima Yazid sebagai pemimpin Islam dan umat Islam. Walaupun beliau berhadapan dengan angkatan ketenteraan Yazid yang menggerunkan, beliau tetap teguh berdiri di jalan yang dipilihnya, jalan kebenaran, menentang Bani Umayyah.

Yazid telah melantik Walid ibn Utbah, gabenor beliau di Madinah, untuk mengambil perjanjian taat setia dari Imam Hussain(a), atau memberi kepala beliau pada Yazid. Oleh itu, Walid menjemput Husain demi tujuan itu, bagaimanapun Husain tidak memberikan kata putus dalam pertemuan itu, dan membawa keluarga beliau keluar dari Madinah menuju ke Makkah. Apabila Al Husain sampai ke Makkah, beliau telah menerima 12,000 surat dari Kufah, yang mempelawa beliau ke Kufah, untuk menjadi pemimpin mereka. Demi megesahkan lagi pelawaan ini, Al Husain(as) telah menghantar wakil beliau, yang juga merupakan saudaranya, Muslim bin Aqil ke Kufah.

 Dalam masa yang sama, Yazid telah menggerakkan dan mengaturkan jaringan agen dan pengintipnya untuk membunuh cucunda Rasul(saw) ketika beliau sedang menunaikan Haji. Imam Husain mengetahui tentang para pengintip ini, dan dengan teliti, menganalisis situasi di Makkah. Beliau mengetahui bahawa Yazid bukanlah seseorang yang mempunyai nilai-nilai Islami, dan akan buat apa sahaja untuk menguatkuasakan pemerintahannya. Imam Husain juga mengetahui bahawa memberi perjanjian taat setia(bai’ah) kepada penipu seperti Yazid, akan membahayakan lagi Islam. Oleh itu, beliau meninggalkan Makkah dan menuju ke Kufah untuk bersiap sedia, akan konfrontasi dengan Yazid dan tenteranya.

Ramai para sahabat dan ahli keluarga beliau, menasihatkan Imam Husain agar tidak pergi ke Kufah, namun beliau berkeras untuk melakukannya. Maka bergeraklah mereka, ahli keluarga dan para sahabat Imam Husain(aS) menuju Kufah, yang sejauh 1,100 batu dari Makkah. Mengharungi kehangatan musim panas, di sahara.

Hadis Sahih 

Hadis sahih. Rasulullah mencium tanah Karbala, 50 tahun sebelum Husain terbunuh!
Ummul Mukminin Ummu Salamah meriwayatkan: "Pada suatu malam, Rasulullah tengah berbaring. Kemudian ia bangun dengan perasaan gusar. Kemudian berbaring lagi dan bangun kembali dengan perasaan gusar, berbeda dengan kondisi pertama. Setelah itu berbaring lagi dan bangun kembali, sementara tangannya memegang tanah berwarna merah dan menciumnya. Aku bertanya kepadanya, 'Tanah apa ini, ya Rasulullah?' Ia menjawab, 'Jibril datang kepadaku dan berkata bahwa anak ini-yakni Husain-akan dibunuh di bumi Iraq. Aku berkata kepada Jibril, 'Tunjukkan kepadaku tanah tempat ia akan dibunuh.' Dan inilah tanahnya.'"

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/440: Hadis no. 8202) dengan sanad Sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim. Dipersetujui Az-Zahabi.





Wednesday 22 October 2014

IMAM HUSAIN AS YANG WAJIB DI CINTAI UMAT MANUSIA


FOTO IMIGINASI WAJAH AL HUSAIN 

Antara Gelaran pada Al Husain adalah dengan nama Abu Abdillah

Gelaran lain 
Ar Rasyiyd: Mendapat petunjuk dan bimbingan
Al Wafy: Yang menepati janji
Ath Thayyib: Yang Baik
As Sayyid: Pemimpin
Az Zakiy: Yang bersih dan suci
Al Mubarak: Yang di berkati
At Tabi' li Mardatillah: Yang mengikuti kerelaan Allah
Ad Daliyl ala Dzatillah: Yang menjadi petunnuk menuju Allah
As Sibth: Cucu(Nabi saw)




Banyak Hadis bekenaan Imam Husain as
Menunjukan kemuliaan kedudukan beliau di tengah umat Islam.
Berikut adalah beberapa petikan dari hadis hadis terpilih mengenai Imam Husain as

1. Salman meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasul saw berdoa untuk Imam Hasan dan Husain as " Ya Allah aku mencintai keduanya, maka cintailah orang yang mencintainya".

2. "Sesiapa yang mencintai Hasan dan Husain, maka aku mencintainya. Sesiapa yang aku cintai, maka Allah akan mencintainya, Sesiapa yang di cintai Allah, maka Dia akan memasukkannya kedalam syurga. Sesiapa yang membenci keduanya, maka aku pun membencinya. Sesiapa yang aku benci, maka Allah akan membencinya. Dan sesiapa yang di benci Allah, maka Allah akan mengekalkannya dalam neraka".

3. " Dua anakku ini adalah buah hati kesenanganku di anta(penduduk) dunia ini"

4. Ibnu Mas'ud berkata, " Suatu hari Rasullah sedang salat. Tiba tiba al Hasan dan al Husain datang. Kemudiannya keduanya menaiki belakang Rasul saw ketika sedang sujud. Rasul saw mengangkat kepalanya dengan perlahan dan mengangkat keduanya. Ketika beliau sujud kembali, kedua anak itu melakukan hal yang sama. Setelah selesai salat beliau meletakan keduanya di paha kana dan kiri beliau. Saat itu beliau bersabda. " Siapa yang mencintai aku, maka hendaklah ia mencintai keduanya".

5. " Husain dari aku dan aku dari Husain. Husain adalah salah seorang cucuku".

6. "Hasan dan Husain adalah sebaik baik penduduk bumi setelahku dan setelah ayah keduanya. Sedangkan ibunya adalah wanita termulia di atas muka bumi".

7. " Al Hasan dan al Husain pemimpin pemuda syurga".

8. Barrah, putri Umayyah al Khuza'iy berkata. " Ketika Fathimah mengandung putranya Al Hasan, Rasul saw akan melakukan perjalan ke luar kota. Sebelum berangkat beliau berkata kepada Fathimah, 'Jibril telah mengucapkan selamat kepada ku. Sebentar lagi engkau akan melahirkan seorang bayi laki laki. Jangan engkau beri air susu sehingga aku kembali.' Tak lama kemudian Fathimah melahirkan dan aku datang menjenguknya. Tiga hari berlalu dan beliau tidak menyusui bayinya. Aku berkata kepadanya, ' Berikanlah kepadaku, aku akan memberikan dia susu.' Fathimah menolak untuk memberikannya kepadaku. Namun dia tidak kuasa lagi menahan perasaan sayang seorang ibu dan akhirnya dia menyusuinya. Setelah Nabi kembali, beliau bertanya kepadanya, ' Apa yang telah kau lakukan?' Fathimah menjawab, ' Rasa kasih sayang seorang ibu telah mengalahkan ku dan akhirnya aku beri dia susu ku.' Nabi bersabda, ' Allah enggan untuk terjadinya sesuatu kecuali sesuai dengan apa yang Dia kehendaki.'

Ketika Fathimah mengandung  al Husain, Nabi pun berpesan sama agar tidak memberikan air susu hingga beliau kembali bahkan sekalipun berlalu satu bulan lamanya.  Fathimah berjanji kepada beliau untuk melakukan hal itu. Nabi pergi ke luar kota dan Fathimah pun melahirkan seorang anak lelaki. Dia pun tidak menyusuinya hingga Nabi kembali. Setelah kembali beliau bertanya kepadanya, ' Apa yang engkau lakukan?' Fathimah menjawab, Aku belum memberikan sir susu. ' Maka Nabi pun mendukungnya dan memasukan lidahnya kedalam mulut al Husain. Al Husain pun menghisapnya. Kemudian Nabi berkata. 'Sungguh Allah memang menginginkan hal itu kepada keterunanmu."

9. Suatu hari Nabi Muhammad saw sedang duduk. Kemudian al hasan dan al Husain menghampiri. Setelah Nabi melihat keduanya, maka beliau bangun dan menyuruh mereka berdua agar berhenti dan tidak mendekati beliau. Kemudian beliau sendiri yang menghampiri dan mendukung  mereka di pundaknya. Kemudian Nabi bersabda," Ini adalah tungngan kalian dan kalian berdua sebaik baik penunggang. Namun ayah kalian lebih baik dari kalian berdua."

IMAM HUSSAIN AS MENJELANG TRAGEDI KARBALA (SIRI 1)


Al Husain putera Imam Ali as lahir di rumah turunnya para malaikat dan wahyu.

Al Husain selalu bergerak menuju sesuai petunjuk Al Quran dan bertutur kata dengan tujuan kenabian, berjalan sesuai dengan langkah datuknya yang agung. Dia adalah penjelas kemulian akhlak.

Al Husain adalah peta petunjuk bagi mereka yang salah jalan. Dia adalah Sungai Salsabil yang airnya jernih dan menghapus dahaga pendambanya.

Al Husain adalah pedang keadilan yang marah dan bangkit kerana Allah. Ketika berjuang, dia menjadi pemandu risalah seperti datonya , Muhammad saaw.

Al Husain seorang yang rendah hati dan tidak egois.

Al Husain adalah seorang yang ramah dan pemberi maaf. Beliau bersabda "Jika sesaorang mencaci maki aku di telinga kananku, kemudian meminta maaf di telinga kiriku, maka pasti aku terima permintaan maafnya. Hal ini disebabkan Imam Ali as menyampaikan sabda Rasul saw, ' Tidak berhak meminum dari telagaku (al haudh) orang yang tidak menerima permintaan maaf dari orang yang benar dan salah"

Al Husain seorang yang dermawan.  Seringkali ia memikul karung yang penuh makanan dan membawa wang di malam hari untuk beliau agih agihkan kepada janda dan anak yatim. Al Husain mendahului dengan mangsa terbunuhnya mereka di perang Siffin dan selebihnya di berikan kepada yang lain.

Al Husain seorang pemberani. Singa pembela kebenaran,

Al Husain seorang yang anti kompromi, tidak berdiam diri dan bangkit melawan kezaliman. Ketegasan ini di sampaikan kepada saudaranya Muhammad Ibnu Hanafiah "Wahai saudaraku, demi Allah, seandainya di dunia ini tidak ada lagi tempat berlari dan berlindung bagiku, aku tetap tidak akan berbait kepada Yazid putra Muawiyah"

Al Husain seorang yang tegas. Beliau amat tegas menjelaskan kepada umat tentang garis pemisah antara kebenaran dan kesesatan. Beliau menolak berbait kepada Yazid dan menjelaskan kepada Walid bin Utbah (gabenor Yazid) "Kami dari ahlul bait Nabi tempat risalah, tempat lalu lalang para Malaikat, tempat turunnya rahmat Allah memulai dan mengakhiri. Sedangkan Yazid seorang fasik, peminum arak, pembunuh orang tidak bersalah, terang terangan dalam kefasikan dan maksiat. Sungguh orang sepertiku tidak akan berbait kepada orang sepertinya."

Al Husain seorang ahli ibadah, Beliau tidak pernah putus hubungan dengan Tuhannya di setiap gerak dan diamnya. Ibadahnya adalah buah makrifah sejati dari Allah swt.




Riwayat Ummu Fadhl.

Al-Hakim an-Naisaburi meriwayatkan:

Ummul Fadhl binti al-Harith (istri Abbas bin Abdul Mutthalib) bercerita bahawa ia masuk bertemu Rasulullah saaw seraya berkata: "Wahai Rasulullah! Aku bermimpi mimpi yang tidak enak di malam ini." "Mimpi apa?", tanya baginda. "Dahsyat", jawab Ummu Fadhl. "Iya, mimpa apanya?", tanya baginda lagi. Ummu Fadhil berkata: "Aku bermimpi melihat sepenggal daging dari tubuhmu terpotong dan diletakkan di pangkuanku."

Baginda bersabda, “Mimpimu itu bagus. Fatimah akan melahirkan, insyaAllah, seorang bayi lelaki, dan ia akan nanti berada di pangkuanmu." Maka Fatimah pun melahirkan al-Hussein dan ia di pangkuanku sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah saaw.

Suatu hari, aku masuk menemui Rasulullah saaw lalu kuletakkan bayi itu di pangkuan baginda. Baginda tunduk mengalihkan pandangannya dariku dan di kala itu, air matanya mengalir bercucuran. Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, demi ayah dan ibuku, katakan, kenapa dengan dirimu?"
Baginda menjawab, “Jibril Alaihissalam telah mendatangiku. Ia memberitahuku bahwa umatku akan membunuh puteraku ini (al-Hussein)." Aku mencelah, "Anak ini?". Baginda menjawab, "Ya, ia membawakan kepadaku tanah dari tanahnya (bumi di mana ia dibunuh) yang berwarna merah."

~ Status riwayat ini:
Kata al-Hakim, hadis ini sahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Muslim.
Az-Zahabi menilai sanadnya terputus dan lemah.
Namun al-Albani membantah. Kata beliau, riwayat ini mempunyai beberapa pendukung (syawahid) yang mendukung kesahihannya. Beliau lalu membawa riwayat lainnya yang bertaraf sahih bagi menyokong kesahihan riwayat ini.

Sumber: Silsilah al-Ahādith as-Shohihah (2/464-465: Hadis No. 821)



Sunday 19 October 2014

IMAM HUSAIN AS DARI KACA MATA PENCINTA AHLUL BAIT (SIRI PENGENALAN)


Menjelang dekatnya Hari Asyura tanggal 10 Muharam
Asyura itu Bubur atau Terpisahnya Kepala dan Badan Imam Husain as
Antara Kisah Sejarah Duka Imam Husain & Sambutan Meriah Pelbagai Bubur
Atau tak payah di raikan apa apa
Kecuali Maal Hijrah!!!
Akan timbul pelbagai hebahan pro dan kontra
Akan tersebarlah foto foto luka badan menjadi hujah sesatnya pengikut Imam Husain as
Akan keluarlah pelbagai fakta dan hujjah siapa yang membunuh Imam Husain as
::::::::
Apa pun  Sejarah Imam Husain as pasti tidak akan padam walaupun cuba di lindungi dengan pelbagai usaha
Selagi fitnah di sebar selagi itu pasti terbongkar
Kerana umat yang mau berfikir pasti akan bertanya dan mencari kisah di sebalik tragedi duka ini
Selagi media meluas tanpa sempadan selagi itu KEBENARAN terpancar
Maka tidak kami bimbangi sedikit pun segala foto foto luka
Kerana RAMAI akan bertanya
Dan kami akan menjawap dengan penuh kesabaran
Dan ada yang terima dan ada yang tolak
Kesimpulannya kesedaran sudah ada
::::::::
Mulai hari ini hingga ke 10hb Muharam
Blog ini akan membawa Kisah Imam Husain as
Cucu Rasul saw yang berkorban demi memisahkan antara HAK & KEBATHILAN
Sesungguhnya MEMISAHKAN AHLUL BAIT DAN AL QURAN SESUATU YANG MUSTAHIL
Kerana kedua duanya adalah DWITUNGGAL & SATU KESATUAN yang tak dapat di pisahkan

PESTA BUBUR ASYURA PENUTUP CERITA KARBALA


FOTO LUKA SEBAGAI PENGUNCI MINDA KISAH KARBALA

Saturday 18 October 2014

KISAH TAUBAT ADAM AS SETELAH BERTAWASSUL PADA AHLUL BAIT

Keagungan para AHLUL BAIT sudah tidak di nafikan lagi dalam pelbagai pembuktian dalam Al Quran dan Hadis Hadis.

Namun ramai lagi umat Islam khususnya tokoh agamawan masih lagi mencari pelbagai helah menafikan pentingnya mengenal sepenuh agama Allah adalah dengan berwilayahkan Ahlul Bait.

Kecaman demi kecaman yang di lontarkan tidak mampu memadam cahaya kebenaran. Tidak hairanlah ada pihak yang berusaha memadamkan zikir yang sebelum ini menjadi lantunan di majlis kerana dalam usaha memadamkan cahaya kebenaran. Konunnya nasyid atau zikir tersebut meragukan dan boleh menyesatkan.

Kita semua pernah mendengar lantunan zikir atau nasyid " HASBI ROBBI JALLALLAH MA FI QAL BI WRAI RULLAH NUR MUHAMMAD SALLALLAH". Perkataan Allah berselawat kepada Nur (Cahaya) Muhammad di sangkal oleh tokoh tokoh pembenci Ahlul Bait.

Mari kita renung kisah bagaimana Nabi Adam bertawassul kepada Ahlul Bait.

Agar ia menjadi renungan kepada kita tentang begitu agungnya para Ahlul Bait yang begitu hampir dengan Allah swt yang maha pengampun dan penyayang.

Nabi Adam (as) bertawassul dengan 
5 Insan Suci sebelum kelahiran mereka.

Tafsir Surah al-Baqarah 2:37

"Kemudian Adam menerima beberapa KALIMAT dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi MahaPenyayang."

Imam Jalaluddin as-Suyuthi (849-911H) merupakan ulamak Syafie berakidah Sunni Asy'ariyyah/Asya'irah, asal Mesir.

Dalam tafsirnya, ad-Durr al-Mantsur, beliau mengutip sebuah riwayat Ibnun Najjar bahawa Ibnu Abbas bertanya kepada Nabi saaw mengenai kalimat yang Allah ilhamkan kepada Adam (as), sehingga dengan kalimat tersebut Allah sudi menerima taubatnya.

Jawab Nabi (saaw): Beliau (as) meminta, "Dengan haknya Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein, maka Engkau terimalah taubatku", lalu Allah pun menerima taubatnya.

Sumber:
Ad-Durr Al-Mantsur fit Tafsir bil Ma'tsur,
Imam Jalaluddin as-Suyuthi,
Markaz Hajar, Juz 1, m/s 324,
- Tafsir Surah al-Baqarah:37.





Thursday 16 October 2014

MUBAHALAH ADALAH KEMENANGAN AHLUL BAIT (SIRI 3)


Di kisahkan bahawa rombongan terdiri dari 60 orang Kristen Najran datang menemui Rasulullah Saw bersama 3 orang pembesar bernama ‘Aqib, Sayyid dan seorang Bishop Abu Haritsah. Dalam pertemuan itu mereka melakukan dialog dengan Rasulullah Saw tentang Allah, Nabi Isa dan Maryam as. Mereka meyakini akan ketuhanan Nabi Isa as dan tidak mempercayai kelahiran Nabi Isa as yang tanpa ayah. Bishop bertanya: “Hai Muhammad, bagaimana pendapatmu tentang Nabi Isa as?”
 Rasulullah Saw menjawab:
“Sesungguhnya penciptaan Isa di sisi Allah sama seperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam dari tanah kemudian Allah berfirman “Jadilah” (seorang manusia) maka jadilah dia.“(Ali Imran ayat 59)

Meski Rasulullah Saw telah menjawabnya dengan jelas, mereka tetap berdalih dan tidak mau menerima apa yang disampaikan Rasulullah Saw sampai akhirnya Allah menurunkan ayat mubahalah (surat Ali Imran ayat 61) yang berbunyi,
“Maka barang siapa yang membantahmu tentang kisah Isa setelah datang ilmu yang meyakinkan kamu, maka katakan, “Mari kita panggil anak-anak kami dan anak-anak kalian, istri-istri kami dan istri-istri kalian, diri kami dan diri kalian, kemudian marilah kita bermubahalah (saling melaknat dan mengutuk) dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.“

Diriwayatkan oleh Suad bin Waqas bahwa,
“Ketika ayat ini turun, Nabi mengirim Ali, Fatimah, Imam Hasan dan Imam Husain dan berdoa kepada Tuhan,Wahai Tuhanku, inilah Ahlulbaitku!”
(Shahîh Muslim, jilid 1, Shahîh Tirmizi)

Berdasarkan perintah Allah Swt, Rasulullah Saw mengajak orang-orang Kristen Najran untuk bermubahalah. Mereka menerima ajakan Rasulullah Saw untuk bermubahalah namun meminta agar waktunya ditunda sampai besok.


Orang-orang Kristen Najran mengadakan musyawarah dengan mereka sendiri. Abu Haritsah berkata, “Kita tunggu saja sampai besok, sampai kita tahu Muhammad akan datang bermubahalah bersama siapa?

Kalau ia datang bersama keluarganya, berarti dia yakin dengan ucapannya, karena dia telah membawa orang-orang tercintanya dalam bahaya. Dengan demikian, kita jangan datang untuk bermubahalah.

Kalau ia datang bersama sahabat-sahabatnya, berarti ia ragu dengan ucapannya dan kita harus datang untuk bermubahalah dengannya.”


Keesokan harinya Rasulullah Saw datang di tempat yang sudah ditentukan sebelumnya. Rasulullah Saw datang bersama Ali bin Abi Thalib, Fathimah, Hasan dan Husein as. Melihat pemandangan ini orang-orang Kristen Najran membatalkan niatnya untuk bermubahalah dengan Rasulullah Saw karena kalau sampai terjadi mubahalah, maka tidak satu orang pun dari orang-orang Kristen akan hidup. Akhirnya mereka menyerah dan berdamai dengan Rasulullah Saw dan siap membayar cukai jiziah setiap tahun.

RUMUSAN

1. Peristiwa itu merupakan bukti pelajaran yang melenyapkan bagi seluruh Kristiani Arab yang tidak lagi berani melawan Nabi Muhammad saw

2. Walaupun mereka masih anak-anak, Hasan dan Husain tetaplah di ikuti, mengabdi sebagai pihak aktif bagi Nabi di tanah mubahalah. Hal ini menyimpulkan bahwa usia bukanlah kriteria bagi kebesaran kesempurnaan (maksum). Mereka telah lahir dihiasi dengan kebaikan dan pengetahuan.

3. Pentingnya Ali, Fatimah, Hasan dan Husain dalam mengikuti ajaran Nabi Muhammad saw. tidak boleh lagi diperdebatkan.

4. Walaupun Imam Ali tidak mempunyai tempat dalam ayat ini namun ia termasuk dalam kalimat “diri kami”. Membawa Imam Ali bersamanya menunjukkan bahwa Rasulullah menganggap Ali sebagai kesinambungan dari kepribadiannya. Dengan demikian, kedudukannya lebih tinggi dari seluruh umat muslim.

Rasul berkata dalam beberapa kesempatan, “Ali adalah dariku dan aku adalah darinya.” Hubsyi bin Janadah meriwayatkan bahwa ia mendengar Rasulullah bersabda, “Ali adalah dariku dan aku darinya, dan tidak ada seorang pun yang mewakili aku kecuali Ali.”

5. Beliau juga mengajak Fatimah bersamanya karena ia mewakili wanita dari anggota keluarganya

6, Abu Haritsah(Najran) sendiri di hadapan rombongannya mengakui, “Demi Allah, dengan keyakinan dan keberaniannya Muhammad seperti para nabi duduk dan siap bermubahalah. Aku menyaksikan wajah-wajah yang bila memohon kepada Allah, gunung pun akan lepas dari tempatnya. Aku takut bila mereka melaknat dan mengutuk kami, pasti orang-orang Kristen di muka bumi akan binasa.”


Wednesday 15 October 2014

SEJARAH MUBAHALAH SEPINTAS LALU (SIRI 2)

Pada tanggal 24 Dzulhijjah tahun kesepuluh Hijriah, Nabi Muhammad Saw melayangkan sebuah surat kepada kaum Nasrani Najran untuk menyeru mereka kepada agama Islam. Mereka yang tidak bersedia menerima Islam pada akhirnya mengutus pembesar-pembesar Nasrani untuk datang ke Madinah, lalu Nabi Saw membacakan beberapa ayat al-Quran tentang Isa bin Maryam. Ketika mereka menolak kebenaran itu, maka turunlah surat Ali Imran ayat 61. Ayat ini memerintahkan Nabi Saw untuk melakukan Mubahalah dan delegasi Nasrani pun setuju untuk melakukan itu.



Keesokan harinya, Nabi Muhammad Saw mengajak orang-orang terdekatnya untuk bermubahalah dengan Nasrani Najran. Mereka adalah Ali, Fatimah serta Hasan dan Husein. Akan tetapi, para wakil Nasrani membatalkan niat mereka dan memilih membayar jizyah daripada melakukan Mubahalah. Najran adalah sebuah daerah di barat daya Arab Saudi, dekat perbatasan Yaman. Pada permulaan Islam, Kawasan itu dihuni oleh kaum Nasrani yang mengikuti ajaran Nabi Isa as daripada menyembah berhala.

Muhammad Saw yang diutus sebagai nabi akhir zaman dan berkewajiban menyampaikan risalah ilahi, telah mengirim banyak surat ke sejumlah negara dan penguasa pada masa itu. Nabi Saw juga mengutus sejumlah delegasinya untuk mengajak umat manusia menyambut seruan kebenaran dan pengesaaan Tuhan. Surat serupa juga dikirim kepada pembesar dan pendeta Najran, Abu Haritsah bin Alqamah untuk mengajak kaumnya memeluk agama Islam.



Dalam suratnya kepada pendeta Najran, Rasul Saw menulis,
“Dengan Nama Tuhan Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub, surat ini dari Muhammad, Rasulullah Saw kepada pendeta Najran. Aku memuji Tuhan Nabi Ibrahim, Ishak, dan Ya’qub dan mengajak Anda untuk menyembah Tuhan daripada menyembah makhluk-Nya. Aku menyeru Anda untuk meninggalkan wilayah makhluk Tuhan dan bergabung ke dalam wilayah Tuhan. Jika Anda tidak menerima seruan ini, maka Anda wajib membayar jizyah demi keamanan jiwa dan harta benda Anda. Jika tidak demikian, Anda akan dihadapkan pada bahaya.”


Delegasi pembawa pesan Rasul Saw itu memasuki Najran dan menyerahkan surat tersebut kepada pendeta Nasrani. Setelah itu, Abu Haritsah bin Alqamah membentuk sebuah forum untuk membicarakan masalah tersebut dengan pemuka-pemuka kaum Nasrani Najran.
Salah seorang dari mereka yang dikenal sebagai pemikir, berkata: “Kita berulang kali mendengar dari pemimpin-pemimpin kita bahwa suatu hari nanti posisi kenabian akan berpindah dari keturunan Ishaq kepada putra-putra Ismail. Tidak menutup kemungkinan bahwa Muhammad – dari keturunan Ismail – adalah nabi yang dijanjikan itu.” Atas dasar ini, forum Nasrani Najran memutuskan untuk mengirim sebuah delegasi ke Madinah guna bertemu Muhammad Saw dan menanyakan bukti-bukti kenabiannya.

Rasul Saw dalam sebuah diskusi dengan delegasi Nasrani, mengajak mereka untuk menyembah Tuhan Yang Esa. Akan tetapi, mereka tetap mempertahankan klaimnya dan bersikeras bahwa bukti ketuhanan al-Masih adalah kelahiran Isa as tanpa perantaraan ayah. Pada saat itu, turunlah wahyu kepada Rasul Saw yang berbunyi, “Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allah, sama seperti Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah.” (Ali Imran:59)

Namun, itu semua tidak membuat mereka sadar, tapi malah bersikeras pada keyakinannya. Pada akhirnya, Allah Swt memerintahkan Rasul Saw untuk bermubahalah dan berfirman: “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya), “Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” (Ali Imran:61)


SURAH YANG BERKAITAN DENGAN MUBAHALAH (SIRI 1)

MENJELANG PERISTIWA MUBAHALAH 24 ZULHIJAH


فَمَنْ حَاجَّكَ فيهِ مِنْ بَعْدِ ما جاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعالَوْا نَدْعُ أَبْناءَنا وَ أَبْناءَكُمْ وَ نِساءَنا وَ نِساءَكُمْ وَ أَنْفُسَنا وَ أَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكاذِبينَ.

Siapa yang membantahmu (tentang kisah Isa) sesudah datang ilmu (yang sampai kepadamu), maka katakanlah (kepada mereka):" Marilah kita memanggil anak- anak kami dan anak- anak kamu, istri- istri kami dan istri- istri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah, kemudian kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang- orang yang dusta.
(Ali Imran; 61 )

 Ayat Mubahalah termasuk satu ayat lain yang berkaitan dengan wilayah Amirul Mukminin Ali a.s. dan kedua putranya; Al-Hasan dan Al-Husain. Tema utama yang dikandung oleh ayat mulia ini adalah berkaitan dengan masalah Mubahalah kaum muslimin dengan kaum Nasrani Najran

Pada satu sisi membuktikan kebenaran kenabian Rasulullah Saw

Sisi kedua juga memberitahukan kepada semuanya bahwa para imam Ahlul bait a.s. memiliki posisi dan kedudukan yang begitu tinggi.

Sisi ketiga ayat ini juga dapat digunakan untuk menetapkan wilayah Amirul mukminin Ali as

Ayat ke-35 hingga ayat ke-60 surah Ali Imran berkaitan dengan Nabi Isa a.s. Dalam 26 ayat ini telah dibahas hal-hal yang berkaitan dengan kelahiran, posisi, kepribadian ibunda beliau; Sayyidah Maryam s.a, keutamaannya, dialog beliau dengan para Malaikat, hidangan dari langit dan yang lain. Allah Swt setelah panjang lebar memaparkan permasalahan tentang Nabi Isa a.s., berfirman kepada Rasulullah Saw: jika orang-orang Kristen tetap tidak mau menerima hal-hal yang berdalil dan logis di atas maka tempuhlah jalan lain untuk menghadapi mereka; bermubahalah dengan mereka dan tampakkanlah kebenaran.