Tuesday, 7 October 2014

APA SEBENARNYA 2 WASIAT UTAMA RASUL SAAW.

Terjadi 2 percanggahan apa sebenarnya 2 wasiat utama Rasul saaw?

1. Al Quran dan Sunnahku?
2. Al Quran dan Ahlulbait ku/ Itrah ku?


Hadis Tsaqalayn masyhurnya ada 2 versi. 

Versi pertama, itulah Quran dan Sunnah. Versi ini walaupun sumber dan jalan periwayatannya terhad dan diperdebatkan, namun ia meletup masyhur di kalangan ikhwan Madrasah Sahabat @ ASWJ. 

'Kebanyakan mereka tidak kenal versi kedua hadis ini 
Versi kedua, itulah Quran dan Itrah Ahlulbait. Versi ini dicatat dalam banyak sumber dan memiliki banyak jalan periwayatan. Versi ini disepakati kesahihannya oleh ulamak Syiah dan ASWJ. Walaupun sahih, ulamak ASWJ tidak gemar membawakan versi ini kerana tidak sesuai dengan ajaran Madrasah Sahabah.

Dalam hal ini, pendekatan Imam Syafiie, Al-Jam'3u (himpun/gabung) wat Taufiq (suaikan) boleh dipertimbangkan. Menghimpunkan dan menyuaikan kedua-dua versi di atas, kami sampai kepada kesimpulan kami berikut:
1. Dua sumber yang bisa menyelamatkan umat dari sesat: Quran (dengan tafsir dan takwil yang benar) dan Sunnah (yang sohih);
2. Apa cara untuk sampai kepada kedua-dua sumber itu? Jawapannya adalah Ahlulbait. Gandingan Quran yang takkan pernah terpisahkan selamanya. Penyelamat umat dari perpecahan. Bahtera Penyelamat dari kesesatan. Tiada yang memegang kunci ilmu Quran dan Sunnah yang sahih melainkan Ahlulbait, mulai dari Imam Amirul Mukminin Ali as sampai Imam Mahdi ajf.

Perhatikan apa kata Amirul Mukminin Ali mengenai ilmunya tentang Quran dan Sunnah. Al-Hafiz Ibnu Katsir menukilkan, di dalam Tafsirul Quranil Azhim, Surah Az-Zaariyaat, (Cetakan Dar Ibnil Jauzi: Cet. 1, 1431H), Jilid 7, m/s 26:
وثبت أيضاً من غير وجه عن أمير المؤمنين علي بن أبي طالب رضي الله عنه، أنه صعد منبر الكوفة فقال: لا تسألوني عن آية في كتاب الله تعالى، ولا عن سنة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا أنبأتكم بذلك.

"..dan telah thabit (tetap; sahih) juga, bukan dari satu jalan periwayatan (banyak jalan), dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, bahawa ia menaiki mimbar Kufah dan berkata:

  "Tidaklah kalian bertanyakan mengenai sepotong ayat dalam KITAB ALLAH swt, dan tidak juga mengenai SUNNAH dari Rasulullah saaw, MELAINKAN akan kukhabarkan pada kalian dengannya."

Apa ada kalangan sahabat yang pernah berkata begini, selain dari Imam Ali as dan Ahlulbait as? Imam Ali as dan juga para Imam juga dalam banyak kesempatan berkata, "Tanyalah kalian padaku sebelum kalian kehilanganku".

Jelas bagi kami, kedua-dua versi hadis Tsaqalayn, menuntut kita selalu dan sentiasa berpegang dengan pintu ilmu Rasulullah saaw, Itrah Ahlulbait baginda, supaya kita sampai kepada Quran (dengan tafsir dan takwil yang benar) dan Sunnah (yang sohih), agar terhindar dari kesesatan selamanya.


No comments:

Post a Comment