Sunday, 26 October 2014

MENILAI KARBALA ITU REMEH ADALAH KERJA DINASTI BANI UMAYYAH



Apakah majoriti umat Islam sekarang adalah mereka yang beriman kepada  Allah dan Rasul saw atau Dinasti Umayyah?

Pelbagai hadis menceritakan kesedihan Rasul saw hingga beliau menangis bila Jibril as menyampaikan pada Baginda akan trajedi duka tersebut.  Maksudnya berduka dan menangis di hari duka Karbala itu merupakan suatu sunnah

Kita lihat petikan hadis menggambarkan tragedi duka nestapa 

:"Benarlah Allah dan RasulNya, ia tanah 'Karbun wa Bala'"

■ Tanggal 2 Muharram 61H, Imam Hussein (as) tiba di Karbala. Di dalam sebuah riwayat Imam at-Thabrani, Jibril telah berkata kepada Nabi saaw: "Sesungguhnya umatmu akan membunuh anak ini (Al-Hussein) di tempat yang panggil: Karbala."

Jibril mengambil tanahnya lalu memperlihatkannya kepada Nabi saaw. Tatkala al-Hussein dikepung sewaktu hampir saat pembantaiannya, ia berkata, "Apakah nama tempat ini?" Mereka berkata, "Karbala". Maka berkatalah al-Hussein, "Benarlah Allah dan RasulNya, ia tanah 'Karbun wa Bala' (tanah Duka dan Nestapa)".

Riwayat at-Thabrani dengan banyak jalan periwayatan. Salah satu sanadnya, para perawinya thiqah belaka. Sumber: Majma' az-Zawaid (9/219).



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Namun majoriti umat Islam tidak mengamalkan sunnah tersebut? Di pusing putar belit fakta konunnya Rasul saaw memulakan Hijrah pada awal Muharam juga adalah tidak benar.

Hakikatnya Rasul saaw memulakan hijrah pada bulan Rabiul awal.  

Kisah Bahtera Nabi Nuh membuat bubur asyura dan bersuka ria bergelak ketawa menjamu selera di tanggal 10 Muharam juga suatu pendustaan fakta sejarah.  

Sebenarnya inilah kerja Dinasti Umayyah yang terpaksa menutup segala kejahatan Yazid dan tenteranya dalam pembunuhan Imam Husain as.

Umat Islam lupa bahawa masalah Al-Husain, darah dan tanahnya, dinilai penting oleh wahyu Ilahi.

Ada ulamak yang sanggup menyalahkan Imam Husain as dalam tragedi Karbala dengan alasan 
" mengapa Husain as pergi ke Karbala". Apakah mereka menepikan hadis Rasul saw? Menilai Husain as dengan akal tanpa fakta? Menganggap Al Husain as sebagai tokoh tokoh sejarahwan biasa?

Ada yang mengeksploit foto foto hari Karbala dengan majlis LUKA, PUKUL BADAN BERDARAH bagi menutup fakta fakta yang lain. Sedangkan ramai lagi pengikut Imam Husain as memperingati Imam Husain as dengan majlis majlis ziarah dan doa dan tangisan. Kenapa tidak mahu melihat secara postif majlis majlis yang di buat tanpa ada LUKA dan DARAH? 

Ada yang mempertikaikan masaalah BATU TANAH KARBALA dengan fakta fakta rekaan konunnya pengikut Imam Husain as menjadikan bahan itu sebagai TUHAN dan sebagainya tanpa merujuk kepada Hadis Rasul saaw mengenai gumpalan tanah Karbala itu sebagai sunnah

Walau apa pun cara mereka menutup, mereka lupa bahawa apa apa kebenaran tidak bisa di kambus dengan kepala pemikiran manusia yang sempit. Kita lihat ada ulamak yang akhirnya terpaksa mengakui kebenaran Karbala namun masih cuba menutup dengan TAPI TAPI TAPI TAPI

Kita baca dengan teliti petikan di bawah ini dengan alasan tapi tapi tapi

Usaha Umayyah untuk mengecilkan nilai dan pentingnya hal ini? Kita bisa melihat apa yang Syekh Ibnu Taimiah katakan mereka menggelarinya Syekhul Islam dan menyebutnya sebagai pencinta Ali dan ahlulbait—dalam Minhâj As-Sunnah An-Nabawiah jil. 3 yang ditahkik Dr. Muhammad Rasyad Salim, cet. 2 tahun 1999 M. Perhatikan apa yang dia katakan di hal. 70 kitab ini agar menjadi jelas bagi seluruh kaum muslimin dan pengikut Ibnu Taimiah yang yakin bahwa beliau mencintai ahlulbait dan keluarga Imam Husain, cucu nabi, pemimpin pemuda surga:

ومن المعلوم أن عمر بن سعد أمير السرية التي قتلت الحسين مع ظلمه وتقديمه الدنيا على الدين لم يصل في المعصية إلى فعل المختار بن أبي عبيد الذي أظهر الإنتصار للحسين وقتل قاتله بل كان هذا أكذب وأعظم ذنبا من عمر بن سعد

“Sudah maklum bahwa Umar bin Saad adalah pemimpin as-sariyyah …”

** As Sariyyah cuba di gambarkan pasukan kecil saja. Kalau dalam tentera mungkin saya boleh nilai Batalion dan bukan Briged, Division atau Pasukan Negara. Tujuan nak menutup kisah Karbala bukan kerja Yazid. **

Lihatlah bagaimana dia merendahkan masalah ini. Jadi, orang yang membunuh Imam Husain hanyalah sariyyah? Seratus atau dua ratus orang? Bukan tentara lengkap (jaisy) yang diutus Ibnu Ziad atas perintah Yazid untuk memerangi dan membunuh Husain?

Bahwa Umar bin Saad adalah pemimpin sariyyah yang membunuh Husain…

Dia mengakui bahwa Umar adalah pembunuh Husain.

“…meskipun dia (Umar) berbuat zalim…”

Syekh mengakui bahwa Umar telah berbuat zalim, tidak lebih dari itu.

“…dan pengutamaannya terhadap dunia di atas agama, namun dosanya tidaklah seburuk yang dilakukan Mukhtar bin Abi Ubaid yang menunjukkan kemenangan demi Husain dan membunuh pembunuhnya.”

Maksudnya, maksiat atau dosa Mukhtar lebih buruk di mata Tuhan dibandingkan dosa pembunuh Husain. Ini juga berarti bahwa darah Umar bin Saad lebih penting, lebih agung, dan lebih mulia jika dibandingkan dengan darah Imam Husain menurut Ibnu Taimiah.

Dosa Mukhtar yang membunuh pembunuh Husain lebih besar jika dibandingkan dengan dosa orang yang membunuh Husain. Hal ini juga berarti dosanya lebih besar dibandingkan orang yang membunuh ahlulbait dan sahabat nabi,  karena beliau dianggap sebagai salah satu sahabat nabi yang mulia. Inilah logika yang membela Ibnu Taimiah dan ideologi yang mengatakan kami mencintai Yazid, Muawiyah, dan dinasti Umayyah dan mereka sahabat rasul. 

فهذا الشيعي شر من ذلك الناصبي
“Maka pengikut Syiah ini (Mukhtar) lebih buruk daripada nâshibî itu (Umar).”

Jelas menunnjukan bahawa usaha mereka membawa kepada perlekehan amanah Rasul saw dalam hadis “Ya Allah, cintailah orang yang mencintai Ali dan tolonglah orang yang menolong Ali”, “Mencintainya adalah bagian dari iman, membencinya adalah kemunafikan.” (HR. Muslim)

MAKA FIKIRKAN WAHAI UMAT ISLAM BAHAWA IMAM HUSAIN AS ADALAH MILIK UMAT ISLAM SEJATI. AL HUSAIN ADALAH PEMISAH ANTARA HAK DAN KEBAHTILAN. TANPA TRAGEDI KARBALA PASTI UMAT ISLAM AKAN TERUS SESAT DI BAWA ARUS KEJAHATAN YAZID DAN DINASTI BANI UMAYYAH.

No comments:

Post a Comment