IMAM HUSAIN AS MEMAHAMI DAN YAKIN KESYAHIDANNYA DI BUMI KARBALA
Selepas kematian Khalifah Muawiyah, Yazid, anaknya yang berumur 30 tahun berjaya mengangkat dirinya sebagai khalifah. Pada awalnya, masyarakat enggan menerima beliau sebagai pengganti Rasulullah(saw) dan umat Islam, namun Yazid berjaya mendekati masyarakat di Masjid untuk memenangi hati dan sokongan mereka. Seperti bapanya, Muawiyah, Yazid menggunakan berbagai cara seperti sogokan, paksaan, tekanan, ugutan dan kekerasan untuk memaksa rakyat memberi bay’ah padanya. Ramai orang yang merasa risau, kerana ancaman kepada nyawa dan sumber rezeki mereka sangat tinggi. Oleh itu, mereka dengan rasa berat hati dan gundah gulana, memberi apa yang beliau mahu.
Namun begitu, Imam Husain(as) dan Bani Hasyim, yang mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya, tidak mengalah kepada paksaan ini. Sebagai wakil yang sah kepada Nabi Muhammad(saw), Imam Husain menolak mentah-mentah untuk menerima Yazid sebagai pemimpin Islam dan umat Islam. Walaupun beliau berhadapan dengan angkatan ketenteraan Yazid yang menggerunkan, beliau tetap teguh berdiri di jalan yang dipilihnya, jalan kebenaran, menentang Bani Umayyah.
Yazid telah melantik Walid ibn Utbah, gabenor beliau di Madinah, untuk mengambil perjanjian taat setia dari Imam Hussain(a), atau memberi kepala beliau pada Yazid. Oleh itu, Walid menjemput Husain demi tujuan itu, bagaimanapun Husain tidak memberikan kata putus dalam pertemuan itu, dan membawa keluarga beliau keluar dari Madinah menuju ke Makkah. Apabila Al Husain sampai ke Makkah, beliau telah menerima 12,000 surat dari Kufah, yang mempelawa beliau ke Kufah, untuk menjadi pemimpin mereka. Demi megesahkan lagi pelawaan ini, Al Husain(as) telah menghantar wakil beliau, yang juga merupakan saudaranya, Muslim bin Aqil ke Kufah.
Dalam masa yang sama, Yazid telah menggerakkan dan mengaturkan jaringan agen dan pengintipnya untuk membunuh cucunda Rasul(saw) ketika beliau sedang menunaikan Haji. Imam Husain mengetahui tentang para pengintip ini, dan dengan teliti, menganalisis situasi di Makkah. Beliau mengetahui bahawa Yazid bukanlah seseorang yang mempunyai nilai-nilai Islami, dan akan buat apa sahaja untuk menguatkuasakan pemerintahannya. Imam Husain juga mengetahui bahawa memberi perjanjian taat setia(bai’ah) kepada penipu seperti Yazid, akan membahayakan lagi Islam. Oleh itu, beliau meninggalkan Makkah dan menuju ke Kufah untuk bersiap sedia, akan konfrontasi dengan Yazid dan tenteranya.
Ramai para sahabat dan ahli keluarga beliau, menasihatkan Imam Husain agar tidak pergi ke Kufah, namun beliau berkeras untuk melakukannya. Maka bergeraklah mereka, ahli keluarga dan para sahabat Imam Husain(aS) menuju Kufah, yang sejauh 1,100 batu dari Makkah. Mengharungi kehangatan musim panas, di sahara.
Hadis Sahih
Hadis sahih. Rasulullah mencium tanah Karbala, 50 tahun sebelum Husain terbunuh!
Ummul Mukminin Ummu Salamah meriwayatkan: "Pada suatu malam, Rasulullah tengah berbaring. Kemudian ia bangun dengan perasaan gusar. Kemudian berbaring lagi dan bangun kembali dengan perasaan gusar, berbeda dengan kondisi pertama. Setelah itu berbaring lagi dan bangun kembali, sementara tangannya memegang tanah berwarna merah dan menciumnya. Aku bertanya kepadanya, 'Tanah apa ini, ya Rasulullah?' Ia menjawab, 'Jibril datang kepadaku dan berkata bahwa anak ini-yakni Husain-akan dibunuh di bumi Iraq. Aku berkata kepada Jibril, 'Tunjukkan kepadaku tanah tempat ia akan dibunuh.' Dan inilah tanahnya.'"
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (4/440: Hadis no. 8202) dengan sanad Sahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim. Dipersetujui Az-Zahabi.
No comments:
Post a Comment