Saturday 11 October 2014

TAFSIR SURAH AL MAIDAH 67 MENGENAI PERISTIWA GHADIR KHUM



Andai kata Ghadir Khum tidak mustahak, maka sudah pasti tiada dalam Al Quran

Andai kata Ghadir Khum sekadar memperkenalkan Imam Ali as sebagai sahabat maka sudah pasti Al Quran tidak menyebut AMANAT.

Andai kata Ghadir Khum sekadar menceritakan Imam Ali as adalah kesayangan Rasul saw maka tidak perlu Rasul saaw mengumpulkan 100,000 lebih orang untuk menyampaikan amanat.

Kenapa masih berdolak dalih dengan perlbagai istilah "MAULA"?


Tafsir Surah al-Māidah : 67

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ وَاللَّـهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ ﴿٦٧﴾ - سورة المائدة

Dalam khutbah baginda di Arafah, 9 Dzū al-Hijjah 10H yang lalu, Rasulullah saaw hanya menyampaikan pesan ats-Tsaqalain (Kitab Allah & Itrah Ahlulbait). Baginda menangguhkan deklarasi pengangkatan Imam Ali as sebagai pengganti baginda saaw memimpin umat.

Ketika tiba di Ghadir Khumm, dalam perjalanan pulang dari Mekah ke Madinah, baginda disapa Allah swt dengan ayat di atas.

Ertinya:

"Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." - Surah al-Māidah:67.

Amanat ini adalah mengenai pengangkatan Imam Ali bin Abi Thalib sebagai pemimpin orang-orang beriman.

Imam Jalaluddin as-Suyuthi di dalam tafsirnya ad-Durr al-Mantsur fi at-Tafsīr bi al-Ma'tsur (5/383), menukilkan sebuah riwayat bahawa Abu Sa'īd al-Khudri berkata,
 "Telah turun ayat ini di Hari Ghadir Khumm mengenai Ali bin Abi Thalib."

Beliau juga menukilkan bahawa Abdullah bin Mas'ud berkata, 

"Kami membaca di zaman Rasulullah saaw: ﴾Hai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu﴿ bahawa Ali pemimpin orang-orang beriman ﴾Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia﴿."

No comments:

Post a Comment