Saturday, 11 October 2014

HUJAH DANGKAL MENOLAK IMAM ALI AS DALAM PERISTIWA GHADIR KHUM



Mari kita lihat hujah hujah dangkal dan tidak masuk akal.  Kebanyakan mereka yang mengingkari hadis ini membuat takwilan-takwilan agar  disesuaikan dengan keyakinan mahzabnya. 

1. Seandainya Rasulullah ingin menjadikan ‘Ali sebagai khalifah umat Islam, pasti baginda akan menyebut perkataan “khalifah” secara terus sehingga tidak timbul apa-apa perselisihan pendapat terha-dapnya. Akan tetapi memandangkan Rasulul-lah tidak melakukannya, ia bukanlah disebabkan oleh faktor kelupaan atau kesilapan, melainkan baginda sejak asal sememangnya tidak bermaksud melantik ‘Ali sebagai khalifah umat Islam.

2. Adapun kenyataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa “Sesungguhnya ‘Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya…” , ia tidak bererti kesamaan diri antara baginda dan ‘Ali. Akan tetapi ia adalah satu bentuk pujian Rasulullah kepada orang yang dihargainya.

3. “Sesungguhnya ‘Ali adalah daripada aku dan aku adalah daripadanya…” tidak hanya khusus kepada ‘Ali tetapi meluas kepada beberapa sahabat yang lain.

4, Para sahabat tidak memahami perkataan Mawla dalam Hadis al-Ghadir dengan erti khalifah kerana jika demi-kian hadis tersebut akan berbunyi: “Barangsiapa yang aku adalah khalifahnya, maka ‘Ali adalah khalifahnya.” 
Ini akan menjadikan wujudnya dua khalifah dalam satu waktu yang sama, sesuatu yang tidak dibolehkan dalam Islam.

5.Hadis al-Ghadir hanya melantik ‘Ali sebagai khalifah manakala jawatan tersebut disandang sesudah kewafatan Rasulullah, ia tidak mutlak kepada sebaik sahaja sesudah kewafatan baginda tetapi pada bila-bila masa sesudah kewafatan.

6. Di sisi para sahabat radhiallahu 'anhum, perkataan Mawla dan Wali tidak bermaksud khalifah tetapi penolong dan pelindung umat Islam. Ini tidak sedikit jua mengurangi keutamaan ‘Ali kerana khalifah adalah satu kedudukan yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab manakala Mawla adalah satu kedudukan yang dipenuhi dengan pelbagai keutamaan.

7. ‘Ali tidak pernah menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menuntut hak khalifah bagi dirinya.Hadis di atas dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak – hadis no: 4576 (Kitab Ma’refah al-Shahabah, Bab manaqib ‘Ali bin Abi Thalib).

8. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “…Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla adalah Mawla aku…” bererti Allah adalah penolong dan pelindung Rasulullah. Di sini perkataan Mawla tidak bermaksud khalifah kerana Allah bukanlah khalifah kepada Rasulullah, tidak juga kepada umat Islam. Ini selanjutnya menjadi bukti bahawa Hadis al-Ghadir yang menggunakan perkataan Mawla dan Wali pada asalnya tidak membahas subjek kekhalifahan tetapi subjek penolong dan pelindung bagi umat Islam.

9. Hadis al-Ghadir bermaksud melantik ‘Ali radhiallahu 'anh sebagai khalifah, pasti ‘Ali akan menuntut haknya berdasar hadis tersebut. Pasti ‘Ali akan bangun berkhutbah di hadapan orang ramai sejurus selepas kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan mereka tentang Hadis al-Ghadir dan menuntut umat Islam melantiknya menjadi khalifah.

10.‘Ali sendiri memahami bahawa ketika Rasulullah mengangkat tangannya dalam Hadis al-Ghadir, baginda tidak bermaksud menjadikannya sebagai khalifah Islam tetapi sebagai penolong dan pelindung umat Islam.

11. ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh tidak menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menuntut haknya menjadi khalifah. Sebaliknya ‘Ali menggunakan Hadis al-Ghadir untuk menuntut orang ramai membantunya dalam tugas-tugas kekhalifahan. Ini berlaku setelah beliau diangkat menjadi khalifah umat Islam yang keempat selepas ‘Utsman radhiallahu 'anh dibunuh.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

RUMUSAN dan JAWAPAN

1. Apakah sahabat dan orang Arab tidak memahami maksud MAULA? Ini suatu yang melucukan dalam membuat silap mata mengkelabui umat Islam.

2. Dari hujjah di atas awal di katakan MAULA bukan bermaksud KHALIFAH. Namun di akhir di nyatakan Imam Ali as menggunakan Hadis GHADIR KHUM dalam menuntut ketika menjadi KHALIFAH ke empat. Maka apakah ketika menjadi Khalifah ke Empat maka bahasa MAULA baru berubah maksud menjadi KHALIFAH????

3. Apakah ini tidak memerhatikan dalam pelbagai sumber ASWJ seperti yang saya postkan sebelum ini tentang HAKNYA Ali as

4. Apakah mereka ini cuba memadamkan kebenaran?

5. Lihat hadis ini pula.

Setelah Nabi saaw menjulang tangan Ali, dan mengumumkan beliau sebagai pemimpin orang-orang beriman, Umar al-Khattab maju bertemu Ali, seraya berkata:
"هنيئا لك يا ابن أبي طالب، أصبحت وأمسيت مولى كل مؤمن ومؤمنة"
"Tahniah wahai putera Abu Thalib. Anda sudah menjadi pemimpin setiap mukmin dan mukminat."
Sumber:
Al-Musnad,
Imam Ahmad bin Hanbal,
Jilid 14, hal. 185-186.

6. Apakah kita mau tergolong dalam amaran Allah swt dalam surah ini.

أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (108) لَا جَرَمَ أَنَّهُمْ فِي الْآَخِرَةِ هُمُ الْخَاسِرُونَ (109)

Artinya:
Mereka Itulah orang-orang yang hati, pendengaran dan penglihatannya telah dikunci mati oleh Allah, dan mereka Itulah orang-orang yang lalai. (16: 108)

7. Dimana pula hujah mereka dalam hadis GHADIR KHUM mengenai AL QURAN dan ITRAH KU/ AHLUL BAIT KU? 

8. Lihat hujah ini pula..

Ahmad bin Hanbal ditanya oleh muridnya Abu Thalib al-Misykani tentang erti hadis al-Ghadir:

"مَنْ كُنْتُ مَوْلاهُ فَعَلِيٌّ مَوْلاهُ"
"Siapa yang aku pemimpinnya,
maka, Ali adalah pemimpinnya."

Maka ia jawab:
"لا تَكَلَّمْ فِي هَذَا ، دَعِ الْحَدِيثَ كَمَا جَاءَ"
“Jangan kamu bicara tentang ini.
Biarkan hadis itu seadanya."

Rujukan: 
As-Sunnah, Ibn Khallal, Jilid 1, hal. 346-347.


Kenapa melarang? Apa yang ingin dirahsiakan?

Maka terpulanglah kepada kita semua yang berada dalam dunia masa kini. Dunia segala informasi dan kita di beri akal utk menilai segala kebenaran dan kebathilan.


No comments:

Post a Comment