Wednesday, 22 October 2014

IMAM HUSSAIN AS MENJELANG TRAGEDI KARBALA (SIRI 1)


Al Husain putera Imam Ali as lahir di rumah turunnya para malaikat dan wahyu.

Al Husain selalu bergerak menuju sesuai petunjuk Al Quran dan bertutur kata dengan tujuan kenabian, berjalan sesuai dengan langkah datuknya yang agung. Dia adalah penjelas kemulian akhlak.

Al Husain adalah peta petunjuk bagi mereka yang salah jalan. Dia adalah Sungai Salsabil yang airnya jernih dan menghapus dahaga pendambanya.

Al Husain adalah pedang keadilan yang marah dan bangkit kerana Allah. Ketika berjuang, dia menjadi pemandu risalah seperti datonya , Muhammad saaw.

Al Husain seorang yang rendah hati dan tidak egois.

Al Husain adalah seorang yang ramah dan pemberi maaf. Beliau bersabda "Jika sesaorang mencaci maki aku di telinga kananku, kemudian meminta maaf di telinga kiriku, maka pasti aku terima permintaan maafnya. Hal ini disebabkan Imam Ali as menyampaikan sabda Rasul saw, ' Tidak berhak meminum dari telagaku (al haudh) orang yang tidak menerima permintaan maaf dari orang yang benar dan salah"

Al Husain seorang yang dermawan.  Seringkali ia memikul karung yang penuh makanan dan membawa wang di malam hari untuk beliau agih agihkan kepada janda dan anak yatim. Al Husain mendahului dengan mangsa terbunuhnya mereka di perang Siffin dan selebihnya di berikan kepada yang lain.

Al Husain seorang pemberani. Singa pembela kebenaran,

Al Husain seorang yang anti kompromi, tidak berdiam diri dan bangkit melawan kezaliman. Ketegasan ini di sampaikan kepada saudaranya Muhammad Ibnu Hanafiah "Wahai saudaraku, demi Allah, seandainya di dunia ini tidak ada lagi tempat berlari dan berlindung bagiku, aku tetap tidak akan berbait kepada Yazid putra Muawiyah"

Al Husain seorang yang tegas. Beliau amat tegas menjelaskan kepada umat tentang garis pemisah antara kebenaran dan kesesatan. Beliau menolak berbait kepada Yazid dan menjelaskan kepada Walid bin Utbah (gabenor Yazid) "Kami dari ahlul bait Nabi tempat risalah, tempat lalu lalang para Malaikat, tempat turunnya rahmat Allah memulai dan mengakhiri. Sedangkan Yazid seorang fasik, peminum arak, pembunuh orang tidak bersalah, terang terangan dalam kefasikan dan maksiat. Sungguh orang sepertiku tidak akan berbait kepada orang sepertinya."

Al Husain seorang ahli ibadah, Beliau tidak pernah putus hubungan dengan Tuhannya di setiap gerak dan diamnya. Ibadahnya adalah buah makrifah sejati dari Allah swt.




Riwayat Ummu Fadhl.

Al-Hakim an-Naisaburi meriwayatkan:

Ummul Fadhl binti al-Harith (istri Abbas bin Abdul Mutthalib) bercerita bahawa ia masuk bertemu Rasulullah saaw seraya berkata: "Wahai Rasulullah! Aku bermimpi mimpi yang tidak enak di malam ini." "Mimpi apa?", tanya baginda. "Dahsyat", jawab Ummu Fadhl. "Iya, mimpa apanya?", tanya baginda lagi. Ummu Fadhil berkata: "Aku bermimpi melihat sepenggal daging dari tubuhmu terpotong dan diletakkan di pangkuanku."

Baginda bersabda, “Mimpimu itu bagus. Fatimah akan melahirkan, insyaAllah, seorang bayi lelaki, dan ia akan nanti berada di pangkuanmu." Maka Fatimah pun melahirkan al-Hussein dan ia di pangkuanku sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah saaw.

Suatu hari, aku masuk menemui Rasulullah saaw lalu kuletakkan bayi itu di pangkuan baginda. Baginda tunduk mengalihkan pandangannya dariku dan di kala itu, air matanya mengalir bercucuran. Aku bertanya, "Wahai Nabi Allah, demi ayah dan ibuku, katakan, kenapa dengan dirimu?"
Baginda menjawab, “Jibril Alaihissalam telah mendatangiku. Ia memberitahuku bahwa umatku akan membunuh puteraku ini (al-Hussein)." Aku mencelah, "Anak ini?". Baginda menjawab, "Ya, ia membawakan kepadaku tanah dari tanahnya (bumi di mana ia dibunuh) yang berwarna merah."

~ Status riwayat ini:
Kata al-Hakim, hadis ini sahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Muslim.
Az-Zahabi menilai sanadnya terputus dan lemah.
Namun al-Albani membantah. Kata beliau, riwayat ini mempunyai beberapa pendukung (syawahid) yang mendukung kesahihannya. Beliau lalu membawa riwayat lainnya yang bertaraf sahih bagi menyokong kesahihan riwayat ini.

Sumber: Silsilah al-Ahādith as-Shohihah (2/464-465: Hadis No. 821)



No comments:

Post a Comment