Wednesday, 22 October 2014

IMAM HUSAIN AS YANG WAJIB DI CINTAI UMAT MANUSIA


FOTO IMIGINASI WAJAH AL HUSAIN 

Antara Gelaran pada Al Husain adalah dengan nama Abu Abdillah

Gelaran lain 
Ar Rasyiyd: Mendapat petunjuk dan bimbingan
Al Wafy: Yang menepati janji
Ath Thayyib: Yang Baik
As Sayyid: Pemimpin
Az Zakiy: Yang bersih dan suci
Al Mubarak: Yang di berkati
At Tabi' li Mardatillah: Yang mengikuti kerelaan Allah
Ad Daliyl ala Dzatillah: Yang menjadi petunnuk menuju Allah
As Sibth: Cucu(Nabi saw)




Banyak Hadis bekenaan Imam Husain as
Menunjukan kemuliaan kedudukan beliau di tengah umat Islam.
Berikut adalah beberapa petikan dari hadis hadis terpilih mengenai Imam Husain as

1. Salman meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasul saw berdoa untuk Imam Hasan dan Husain as " Ya Allah aku mencintai keduanya, maka cintailah orang yang mencintainya".

2. "Sesiapa yang mencintai Hasan dan Husain, maka aku mencintainya. Sesiapa yang aku cintai, maka Allah akan mencintainya, Sesiapa yang di cintai Allah, maka Dia akan memasukkannya kedalam syurga. Sesiapa yang membenci keduanya, maka aku pun membencinya. Sesiapa yang aku benci, maka Allah akan membencinya. Dan sesiapa yang di benci Allah, maka Allah akan mengekalkannya dalam neraka".

3. " Dua anakku ini adalah buah hati kesenanganku di anta(penduduk) dunia ini"

4. Ibnu Mas'ud berkata, " Suatu hari Rasullah sedang salat. Tiba tiba al Hasan dan al Husain datang. Kemudiannya keduanya menaiki belakang Rasul saw ketika sedang sujud. Rasul saw mengangkat kepalanya dengan perlahan dan mengangkat keduanya. Ketika beliau sujud kembali, kedua anak itu melakukan hal yang sama. Setelah selesai salat beliau meletakan keduanya di paha kana dan kiri beliau. Saat itu beliau bersabda. " Siapa yang mencintai aku, maka hendaklah ia mencintai keduanya".

5. " Husain dari aku dan aku dari Husain. Husain adalah salah seorang cucuku".

6. "Hasan dan Husain adalah sebaik baik penduduk bumi setelahku dan setelah ayah keduanya. Sedangkan ibunya adalah wanita termulia di atas muka bumi".

7. " Al Hasan dan al Husain pemimpin pemuda syurga".

8. Barrah, putri Umayyah al Khuza'iy berkata. " Ketika Fathimah mengandung putranya Al Hasan, Rasul saw akan melakukan perjalan ke luar kota. Sebelum berangkat beliau berkata kepada Fathimah, 'Jibril telah mengucapkan selamat kepada ku. Sebentar lagi engkau akan melahirkan seorang bayi laki laki. Jangan engkau beri air susu sehingga aku kembali.' Tak lama kemudian Fathimah melahirkan dan aku datang menjenguknya. Tiga hari berlalu dan beliau tidak menyusui bayinya. Aku berkata kepadanya, ' Berikanlah kepadaku, aku akan memberikan dia susu.' Fathimah menolak untuk memberikannya kepadaku. Namun dia tidak kuasa lagi menahan perasaan sayang seorang ibu dan akhirnya dia menyusuinya. Setelah Nabi kembali, beliau bertanya kepadanya, ' Apa yang telah kau lakukan?' Fathimah menjawab, ' Rasa kasih sayang seorang ibu telah mengalahkan ku dan akhirnya aku beri dia susu ku.' Nabi bersabda, ' Allah enggan untuk terjadinya sesuatu kecuali sesuai dengan apa yang Dia kehendaki.'

Ketika Fathimah mengandung  al Husain, Nabi pun berpesan sama agar tidak memberikan air susu hingga beliau kembali bahkan sekalipun berlalu satu bulan lamanya.  Fathimah berjanji kepada beliau untuk melakukan hal itu. Nabi pergi ke luar kota dan Fathimah pun melahirkan seorang anak lelaki. Dia pun tidak menyusuinya hingga Nabi kembali. Setelah kembali beliau bertanya kepadanya, ' Apa yang engkau lakukan?' Fathimah menjawab, Aku belum memberikan sir susu. ' Maka Nabi pun mendukungnya dan memasukan lidahnya kedalam mulut al Husain. Al Husain pun menghisapnya. Kemudian Nabi berkata. 'Sungguh Allah memang menginginkan hal itu kepada keterunanmu."

9. Suatu hari Nabi Muhammad saw sedang duduk. Kemudian al hasan dan al Husain menghampiri. Setelah Nabi melihat keduanya, maka beliau bangun dan menyuruh mereka berdua agar berhenti dan tidak mendekati beliau. Kemudian beliau sendiri yang menghampiri dan mendukung  mereka di pundaknya. Kemudian Nabi bersabda," Ini adalah tungngan kalian dan kalian berdua sebaik baik penunggang. Namun ayah kalian lebih baik dari kalian berdua."

No comments:

Post a Comment