Friday 31 October 2014

NASIHAT SAAT AKHIR IMAM HUSAIN AS SEBELUM PEPERANGAN BERMULA

Betapa mulianya Imam Husain as berusaha untuk menyelamatkan akidah musuhnya di saat akhir sebelum pertempuran bermula.
Tangisan Imam Husain as di medan Karbala bukan kerana Imam Husain takut menghadapi musuh.
Namun tangisan adalah kerana begitu sedihnya beliau gagal menyedarkan pasukan musuh yang terdiri dari kalangan umat Islam yang tidak sedar diri.
Inilah sikap kemunafikan yang berada dalam kebanyakan umat Islam sampai hari ini
Hari Asyura tidak dijadikan iktibar pada majoriti umat Islam
Media dan ceramah menyindir dan mengherdik para pencinta Imam Husain as
Malah mereka yang masih mempertahankan kedaulatan Bani Ummayah dengan menutup fakta sejarah.
Kebenaran di nafikan dan Kebathilan di angkat julang
Akibatnya Umat Islam gagal mencari titik sebenarnya di mana hakikat kebenaran
Namun cahaya Kebenaran tidak akan padam walaupun kuasa Kebathilan menguasai dunia Islam
Islam di katakan terbaik dan tidak ada yang terbaik
Tapi Kebathilan membawa Islam menjadi buih buih di lautan




Antara petikan Kutbah(nasihat terakhir) sebelum meletus pertempuran

Lihatlah diri ku! 
Telesuri garis keterunanku! 
Kemudian lihat siapa diri kalian
Apakah layak bagi kalian membunuhku dan menginjak injak kehormatanku?
Bukankah aku putra dari nabi kalian?
Bukankah aku putra penerima wasiat Nabi kalian?
Bukankah aku putra dari anak bapa saudara yang pertama kali mengimaninya?
Bukankah Hamzah, pemimpin para syuhada itu adalah bapa saudaraku?
Bukankah Jaafar ath Thayyar yang terbang ke syurga dengan dua sayap adalah bapa saudaraku?
Celakalah kalian membunuh ku!!!

Pasukan Kufah pimpinan Umar bin Saad laknatullah tidak sedikitpun terpengaruh dengan nasihat Imam Husain as kerana mereka hanya inginkan kebathilan mereka.

Mereka menjawab ajakan Imam Husain as seperti mana kaum Madyan menjawab ajakan Nabi Muhammad saw seperti Allah abadikan dalam Al Quran, " Kami tidak banyak memahami apa yang engkau katakan, kami melihatmu sebagai orang yang lemah(QS, Hud:91)

Hanya al Hur bin Yazid ar Riyahi yang terpengaruh dengan ucapan Al Husain. Beliau akhirnya bergabung dengan pasukan Al Husain as dan memohon ampun mencium tangan seraya bertanya pada Imam Husain as " Adakah pintu taubat bagiku?"

Imam Husain as menjawab " Ya Allah pasti menerima taubatmu kerana Dia Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang".

Al Hur menjawab " demi Allah aku tidak menganggap taubatku sudah di terima kecuali dengan berperang bersama mu dan terbunuh demi menyelamatkan jiwamu wahai putra Rasulullah!". 
Terus Al Hur mengingatkan kepada pasukan Kufah akan surat yang mereka tulis dan agar tidak memerangi Imam Husain as.  Lalu di menuju ke medan dan bertempur dan akhirnya beliau syahid.

Imam Husain as masih terus mau menasihati dengan pelbagai ajakan agar pasukan musuh sedar. Beliau mengambil Al Quran dan meletakkan di atas kepala beliau untuk mengajak berunding buat kali seterusnya " Wahai kaum!! Antara aku dan kalian terdapat kitab suci Al Quran dan Sunnah Nabi dan datuk ku Rasulullah saw". Beliau meminta untuk menyaksikan pedang, baju perang dan serban Nabi saw.

Mereka menjawab, " Kerana kami patuh kepada pimpinan kami Ubaidillah bin Ziad"

Imam Husain as lagi, " Celakalah bagi kalian........
Memang pengkhianatan kalian telah dikenali sejak dahulu kala"

Umar bin Saad memasang anak panah di busurnya dan membidiknya ke arah pasukan Imam Husain as sambil berkata , " Saksikanlah aku yang memulai peperangan". 

Gugurnya syahid satu persatu pasukan Imam Husain as. Sebelum syahadah mereka melaungkan" Salam pada mu ya Aba Abdillah". 






No comments:

Post a Comment