Namun ramai lagi umat Islam khususnya tokoh agamawan masih lagi mencari pelbagai helah menafikan pentingnya mengenal sepenuh agama Allah adalah dengan berwilayahkan Ahlul Bait.
Kecaman demi kecaman yang di lontarkan tidak mampu memadam cahaya kebenaran. Tidak hairanlah ada pihak yang berusaha memadamkan zikir yang sebelum ini menjadi lantunan di majlis kerana dalam usaha memadamkan cahaya kebenaran. Konunnya nasyid atau zikir tersebut meragukan dan boleh menyesatkan.
Kita semua pernah mendengar lantunan zikir atau nasyid " HASBI ROBBI JALLALLAH MA FI QAL BI WRAI RULLAH NUR MUHAMMAD SALLALLAH". Perkataan Allah berselawat kepada Nur (Cahaya) Muhammad di sangkal oleh tokoh tokoh pembenci Ahlul Bait.
Mari kita renung kisah bagaimana Nabi Adam bertawassul kepada Ahlul Bait.
Agar ia menjadi renungan kepada kita tentang begitu agungnya para Ahlul Bait yang begitu hampir dengan Allah swt yang maha pengampun dan penyayang.
Nabi Adam (as) bertawassul dengan
5 Insan Suci sebelum kelahiran mereka.
Tafsir Surah al-Baqarah 2:37
"Kemudian Adam menerima beberapa KALIMAT dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi MahaPenyayang."
Imam Jalaluddin as-Suyuthi (849-911H) merupakan ulamak Syafie berakidah Sunni Asy'ariyyah/Asya'irah, asal Mesir.
Dalam tafsirnya, ad-Durr al-Mantsur, beliau mengutip sebuah riwayat Ibnun Najjar bahawa Ibnu Abbas bertanya kepada Nabi saaw mengenai kalimat yang Allah ilhamkan kepada Adam (as), sehingga dengan kalimat tersebut Allah sudi menerima taubatnya.
Jawab Nabi (saaw): Beliau (as) meminta, "Dengan haknya Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Hussein, maka Engkau terimalah taubatku", lalu Allah pun menerima taubatnya.
Sumber:
Ad-Durr Al-Mantsur fit Tafsir bil Ma'tsur,
Imam Jalaluddin as-Suyuthi,
Markaz Hajar, Juz 1, m/s 324,
- Tafsir Surah al-Baqarah:37.
No comments:
Post a Comment