Tragedi Karbala bukan pertembungan antara Muslim dengan Musyrikin
Seperti Perang Badar & Uhud
Tragedi Karbala adalah pertembungan dua kumpulan Muslim
Tidak mungkin Kebenaran bertempur Kebenaran
Tragedi Karbala bukan hasil dari provokasi fitnah
Kerana tidak mungkin sama sekali Imam Husain as bertempur akibat di fitnah
Karbala adalah ketentuan Ilahi
Kerana Karbala memisahkan dua kumpulan Muslim
Diantara Muslim membawa KEBENARAN Rasul saw & Muslim pembawa KEBATHILAN
Diantara Muslim SEJATI & Muslim Pendusta, Munafiq, Keganasan & Bernafsu Binatang
Kerna dengan KARBALA pencinta AGAMA terselamat dari KEBATHILAN UMMAYAH
Tanggal 1hb Muharam, rombongan Imam Husain as meneruskan perjalanan menuju suatu kawasan padang sahara yang tidak jauh dari Sungai Furat.
"Apakah nama tempat ini?" Tanya Imam Husain as
"Nainawa" Jawab salah seorang pengikutnya
"Apakah nama selain itu?" Tanya Imam Husain as lagi
"KARBALA" Jawab pengikutnya yang lain
Imam Husain as lantas merasa sebak lalu berkata;
"Wahai pengikut ku! Dirikan khemah di sini. Daku pernah dengar Rasul saw bersabda bahawa daku akan terkorban disini." Kemudian Imam Husain as dan adiknya Zainab berbincang sesuatu sambil memandang anak bulan Muharam. Air mata Imam Husain as berkaca, sebak dan membasahi pipinya yang gebu. Lantas Zainab bertanya " Wahai abang ku Husain as kenapa anda menangis?"
"Wahai zainab adikku!. berdoalah kepada Allah agar daku dapat menepati janjiNya. Berdoalah agar daku dapat menyelamatkan Islam. Berdoalah supaya daku tidak teragak agak memberikan nyawaku kepada Islam" Jawab Imam Husain as.
Walaupun air mata Imam Husain as membasahi pipinya namun tangisan Imam Husain as bukan kerana beliau takut untuk mati. Apa yang di utamakan adalah agama Islam.
Antara syair Imam Husain as
Aku bertekad terus maju kehadapan
Walau maut menghalang di jalanan
Mati bukan noda yang mencernakan
Bagi seorang berdarah pahlawan
Bila di sertai niat ikhlas berkorban
Untuk berjuang membela kebenaran
Ku serahkan segenap jiwa dan raga
Dalam perang suci membela agama
Lebih baik mati dari hidup hina
Jika masih hidup aku tidak kecewa
Dan jika mati aku tidak akan tercela
Alangkah hina hidup di bawah kaki durhaka
::::::::::::::::
Majoriti umat Islam masa kini tidak mahu berfikir akan tragedi ini
Menganggap tragedi ini adalah propaganda pengikut Ahlul Bait
Malah mereka sanggup berdolak dalik mempertahankan kebathilan Ummayah
Kerana tidak mahu menerima kebenaran
Memperkecilkan memperlekehkan majlis majlis duka tangisan di awal Muharam
Sedangkan banyak hadis menceritakan akan tangisan air mata Rasul saw mengenai KARBALA
Mereka beralasan Tragedi KARBALA bukan di zaman Rasul saw dan tidak perlu di kaji
Mereka lupa Rasul saw di kabarkan semua ini
Sedangkan mereka bersuka ria dengan program sambutan Maal Hijrah & Bubur Asyura
Secara tidak sedar mereka meraikan gugurnya Imam Husain as
Kerana terikut kemaksiatan Ummayah
Lantas inilah jawapan kerana apa umat Islam menjadi buih dan lemah longlai di belasah
Inilah kesimpulan gagal terbentuknya kekuatan kegemilangan umat Islam
Bila lemah menjadi tikus
Bila kuat menjadi anjing kebuasan
Kerana tidak bertemu titik KEBENARAN
Benarlah kata Rasul saw
"Sesungguhnya kalian akan diuji dengan Ahlulbait-ku sepeninggalku"
■ Dari Ammarah bin Yahya,
"Kami di sisi Khalid bin Arafthoh di hari terbunuhnya al-Hussein bin Ali r.a. Ujar Khalid, 'Ini apa yang kudengar dari Rasulullah saaw:
"إِنَّكُمْ سَتُبْتَلَوْنَ فِي أَهْلِ بَيْتِي مِنْ بَعْدِي"
"Sesungguhnya kalian akan diuji dengan Ahlulbait-ku sepeninggalku."
Riwayat at-Thabrani, perawinya tsiqah belaka. Sumber: Majma' Az-Zawaid (9/226:15142)
23 tahun sebelum pembantaian al-Hussein, Imam Ali (as) tiba di Nainawa dalam rangka ke medan Shiffin. Imam teringatkan nubuat Rasulullah saaw (30 tahun sebelumnya) mengenai pembantaian tragis itu. Imam berteriak: "Sabarlah wahai Aba Abdillah di tebing sungai Furat."
:::::::::::::::::::::
■ Dari Nujayy bahwa ia berjalan bersama Ali (ra), dan dia adalah pembantu Ali. Ketika sampai di Nainawa dalam perjalanan menuju ke Shifin, Ali menyeru: "Sabarlah wahai Aba Abdillah. Sabarlah Aba Abdillah di tebing sungai Furat." Maka aku bertanya, "Ada apa?"
Ali menjawab: "Aku berkunjung kepada Nabi (saaw) suatu hari dan aku dapati kedua matanya berlinangan air mata, maka aku bertanya; "Wahai Nabi Allah, apa ada sesiapa yang membuatkan engkau marah? Kenapa kedua matamu berlinangan air mata?"
Baginda menjawab: "Sebenarnya Jibril baru saja beredar dari sisiku. Ia berbicara kepadaku bahwa al-Husain akan terbunuh di tebing sungai Furat."
Kata Nabi lagi: "Jibril bertanya, "Apakah engkau ingin mencium bau tanahnya?" Maka aku menjawab, "Iya." Ia lantas mengulurkan tangannya dan menggenggam segenggam tanah, kemudian memberikannya kepadaku. Aku tidak kuasa menahan kedua mataku, maka berderailah air mata."
~ Riwayat Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar dan at-Thabrani, dan menurut al-Haithami: para perawinya thiqah belaka, dan Nujayy tidak bersendirian dalam hal ini. Sumber: Majma' az-Zawaid (9/217-218: Hadis no. 15112)
No comments:
Post a Comment