Monday, 17 November 2014

MENGENALI ABU HURAIRAH PERIWAYAT HADIS KONTROVERSI (SIRI 1)

Sebelum kita berhujah, lebih baik kita melihat riwayat hidup beliau dan tingkah lakunya
Tujuan saya tulis mengenai Abu Hurairah adalah untuk kita sama sama menilai dengan ilmiah siapa Abu Hurairah
Tidak salah untuk kita bertanya kerana ini suatu pengkajian bersama untuk kebaikan




Ringkasan asal usul
Gelaran Abu Hurairah adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.
Beliau datang kepada Rasul saw pada bulan Safar tahun 7 H/JUN 628M setelah PERANG KHAIBAR
Ia tinggal di luar masjid Madinah (SHUFFAH) sehingga bulan Zulkaidah tahun 8H/Mac 630M
Ia di suruh oleh Rasul saw ke Bahrain menemani al-Ala al Hadrami sebagai muazin
Ia meninggal pada tahun 59H

Dalam riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim... Abu Hurairah berkata' " Aku adalah seorang miskin, aku bersahabat dengan Rasul saw untuk mengisi perutku yang lapar".

Sekembalinya dari Bahrain, Umar Al Khatab mencurigainya mengelapkan wang baitulmal. Ketika itu ia menjadi Gabenor ketiga di Bahrain setelah al Ala al Hadrami dan Qudamah bin Mazhun.
(Ibnu Sa'd dalam Thabaqat, jilid 4, hlm 59-60; juga oleh Baladzuri dan lain lain)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Jarud al Aqdi menemui Umar dan melaporkan Qudamah bin Mazhun seorang peminum arak dan mabuk.
Umar bertanya: "Siapa yang menyaksikan bersama anda?"
Jarud jawab: "Abu Hurairah"
Umar memanggil Abu Hurairah untuk kesaksian
Abu Hurairah menajwab: " Aku tidak melihatnya minum, tapi aku melihatnya mabuk dan muntah"
Umar jawab: " Engkau Hurairah telah mengubah kesaksian"
Umar memanggil isteri Qudamah dan meminta kesaksian & akhirnya isterinya mengaku.
Akhirnya Qudamah (adalah pengikut Perang Badar)  di hukum kerana kesalahan meminum arak.
(Ibnu Abd al Barr, Kitab al Isti'ab, jilid 2, hlm 548: Fath al Abari jilid 7, hlm 255)

Abu Hurairah juga seorang yang kesukaannya memakan terlalu berlebihan.
Aisyah menuduhnya sebagai 'cakap tak ketahuan (mazzah), berbohong (kadzdzab) dsbnya'
Aisyah mengatakan ia tidak pernah mendengar Rasul bercerita seperti yang di sampaikannya
Umar ibn Khattab pula pernah melarang Abu Hurairah  menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran
Ali menuduhnya sebagai pembohong umat
Ia mewarisi hadis yang penuh dengan khurafat, isykalat dan israilliat

Hadis Abu Hurairah berjumlah 5734 hadis sedangkan ia tidak lama bersama Rasul saw ,
Ini jika di bandingkan dengan
Abu Bakar 142 hadis (dalam Bukhari 22),
Umar 537 hadis ( yang di anggap sahih 50),
Uthman 146 hadis ( Bukhari 9 & Muslim 5) dan
Ali 586 hadis ( sahih 50)

Keanehan Hadis Abu Hurairah
Ia sering menjadi saksi melapurkan sesuatu kejadian walhal ia tidak ada di tempat itu
Ia hanya tinggal 1 tahun 9 bulan di Shuffah Masjid Madinah iaitu antara bulan Safar 7H hingga Zulkaedah 8H.
Setelah itu beliau ke Bahrain.
Bukhari menulis bahawa Abu Hurairah berkata, " Kami membuka (takluk) Khaibar dan kami tidak mendapat apa apa harta rampasan perang.........." Sedangkan ia masuk islam selepas Perang Khaibar
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bayangkan bagaimana sesuatu hadis yang di katakan sahih di riwayatkan oleh Abu Hurairah sedangkan ia terlalu sekejapa bersama Rasul saw dan banyak hadis di riwayatkan oleh beliau dari saat kewafatan Abu Thalib sedangkan ketika itu ia masih belum memeluk Islam...

Kita akan bersambung dalam siri yang seterusnya beberapa hadis yang amat meragukan.

Selepas ini kita akan membawa beberapa hadis Abu Hurairah untuk kita nilai bersama

Bersambung.....


No comments:

Post a Comment