Thursday, 6 November 2014
IMAM ALI ZAINAL ABIDIN AS MENGGANTIKAN IMAM HUSAIN AS SEBAGAI PEMIMPIN
Imam Ali Zainal Abidin as adalah putera kepada Imam Husain as.
Mendapat gelaran As Sajjad
Di lahirkan pada 38H
Sejarah mencatatkan ketika Imam Husain as sampai pada detik kesyahidannya, beliau memanggil puterinya Fatimah Kubra. Kemudian beliau menyerahkan sepucuk surat kepadanya yang di gulungkan dan di ikat beserta sebuah pesan yang jelas maksudnya. Saat itu Imam Ali Zainal Abidin sedang sakit.
Imam Ai Zainal Abidin berkata, " Sesungguhnya ayahku telah berwasiat kepada ku sebelum beliau pergi menuju Irak dan beliau mengamanahkan (menyerahkan tampuk Imamah) kepadaku sebelum kesyahidannya."
Saat ketika Imam Zainal Abidin di KARBALA
Peristiwa menoreh luka
Di hati Ahlul Bait
Dan Pencinta mereka
Beliau menjadi saksi pada tengahari kepanasan 10hb Muharam
Bagaimana Symir mengoyak baju seorang wanita dari putri Imam as
Hingga jatuh pengsan
Symir mendekati Zainal Abidin
Yang ketika itu kritikal gering
Berkata pasukan tentera kepada Symir
" Sebaiknya bunuh saja pemuda ini"
Lantas Humaid bin Muslim menjawab
"Subhanallah, apakah kamu hendak membunuh anak yang sedang sakit parah ini."
Lantas datang Umar bin Saad dan berkata
" Tidak ada siapa pun di benarkan masuk ke khemah ini"
Imam Zainal Abidin di bawa sebagai tawanan perang ke kota Kufah
Kerana menyaksikan para ahlul bait di ikat
Wanita wanita Kufah mula menangis dan memukul dada mereka
Lantas dalam keadaan keletihan berkata dengan suara yang parau
" Wanita wanita itu menangisi kami. Tapi tahukah mereka siapa yang membunuh kami?"
Imam Zainal Abidin di bawa mengadap Ibnu Ziyad
Tanya Ibnu Ziyad " Siapa kamu?"
Jawab Imam " Aku Ali bin Husain"
Tanya Ibnu Ziyad " Bukankah Allah telah membunuh Ali bin Husain?"
Jawab Imam " Aku punya seorang saudara yang juga bernama Ali. Ia telah mati di bunuh sesaorang."
Jawab Ibnu Ziyad, " Tidak.....!!! Allah lah yang telah membunuhnya."
Jawab Imam, "Allah hanya mencabut nyawa ketika tiba kematiannya"
Terus Ibnu Ziyad mengarahkan pengawal membunuh Imam Zainal Abidin
Zainab merangkul tangan Imam Zainal Abidin dan memperingatkan kepada Ibnu Ziyad.
" Hai Ibnu Ziyad, cukup sudah kamu menumpahkan darah kami. Jika engkau ingin membunuhnya maka bunuh juga aku bersama."
Kemudian Imam Zainal Abidin berkata kepada Ibnu Ziyad, " Wahai Ibnu Ziyad, Apakah kau hendak mengancam kematian ku. Tidak akh engkau tahu bahwa kematian adalah hal biasa bagi kami dan kami akan perolehi syahadah"
Setelah itu Ibnu Ziyad memerintahkan semua tawanan di bawa ke tempat sebelah masjid Jamek. Keesokan pagi Ibnu Ziyad memerintahkan di pertontonkan kepala Imam Husain yang di arak di jalan utama untuk di saksikan kabilah kabilah di kota Kufah. Kemudian di bawa kembali ke pintu gerbang istana gabenor.
(bersambung lagi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment