Maka akan terpampang di lama laman blog dan FB
Bentuk bentuk perayaan memperingati Hari Asyura
Bagi pengikut yang setia kepada Wilahatulfaqih
Akan mengadakan majlis bermula sejak awal Muharam hingga ke 10hb Muharam
Pengisian pengisan majlis Muharam
Diantaranya adalah
1. Menghayati peranan Imam Husain as
2. Mengisahkan perjalanan Imam Husain as ke Karbala
3. Pertempuran Imam Husain as dengan Bani Ummayah
4. Syair syair dan persembahan pantomen pantomen
5. Majlis Doa Doa khusus dan Tahlil Ziarah Asyura
6. Meratapi dengan tangisan kerana Imam Husain as telah menyerahkan nyawanya demi agama
Namun tidak kurang ada kumpulan kumpulan yang ekstrim di beberapa lokasi
Yang mungkin menjadikan ini sebagai budaya
Melakukan tindakan luka badan dan kepala
Yang sebenarnya bukan dalam agama
Walau telah di nasihati, namun masih berterusan melakukannya
Kepada pencinta pencinta Imamiah
Kami memperingati dengan apa yang di sarankan oleh para ulamak
Walaupun ada segelintir mereka yang kecil yang melakukan aksi aksi luka
Tidak bermakna Asyura terus di tolak atas alasan itu
Asyura tetap akan berjalan dengan cara yang baik
Alhamdulillah
Tahun ini media media utama
Sudah tidak lagi mempropagandakan aksi aksi luka
Media utama negara menyiarkan Majlis Asyura yang berlangsung di seluruh dunia
Aksi aksi luka sudah tidak menjadi topik utama lagi
Sudah tidak lagi popular
Kerana mungkin mereka sudah memahami akan sebenarnya maksud Asyura
Kerana penjelasan demi penjelasan telah di sampaikan
Buat mereka yang ingin memahami
Asyrua antara LUKA dan DOA
Berikut saya lampirkan pendapat dan Fatwa fatwa dari ulamak Ahlul Bait terkemuka
Ayatullah Al-Udzma Sayyid Muhsin Hakim: Qamezani (pisau yang dipukul pada badan) bukanlah termasuk dalam amalan agama, apalagi dihukumi mustahab. Amalan ini memberi kesan buruk kepada Islam, umatnya dan Ahlul Bait (as).
Ayatullah Al-Udzma Sayyid Abul Qasim al-Khui: Tidak ada satupun dalil Syar’i yang membolehkan Qamezani; tidak ada jalur periwayatan yang menghukumkan amalan itu sebagai mustahab (sunnah).
Ayatullah Al-Udzma Sayyid Abul Hasan Esfahani: Penggunaan pisau, gendang, rantai dan Bouq (sejenis trompet dari tanduk) adalah haram dan bukan dari Syariat Islam.
Ayatullah Al-Udzma Sayyid Muhsin Amin Jabal ‘Amili: Qamezani dan apa saja peralatan penyambutan Asyura (yang dapat mencederai) adalah haram menurut hukum akal dan syar’i. Mencederai dan melukai kepala bukan saja tidak memberi manfaat di dunia dan pahala di akhirat, bahkan ia menyakiti jiwa serta haram menurut hukum syar’i. Amalan ini juga menyebabkan Syiah dan Ahlul Bait menjadi jelek dalam pandangan orang. Mereka akan menganggap amalan ini sebagai tindakan biadab dan sadis. Tiada syak lagi bahwa amalan ini berasal dari bisikan Syaitan dan tidak mendatangkan keridhaan Allah, Rasulnya dan Ahlul Bait.
Ayatullah Al-Udzma As-Syahid Sayyid Muhammad Baqir Sadr: Amalan ini adalah pekerjaan insan yang jahil dan para ulama sentiasa menghalangi dan mengharamkannya.
Ayatullah Al-Udzma Fadhil Lankarani: Masalah Qamezani bukan saja tidak mendatangkan lebih banyak kesedihan dan kecintaan terhadap Imam Husain (as) dan matlamat suci beliau. Namun ia tidak diterima, bahkan ia memberikan hasil yang negatif secara rasional.
Ayatullah Al-Udzma Shalehi Mazandarani: Dalam sumber Fiqh, Qamezani sama sekali tidak memberikan faedah apapun dalam Azadari Imam Husain (as).
Ayatullah As-Syahid Murtadha Mutahhari: Upacara ini meniru budaya Kristian Ortodok Caucasus.
Ayatullah Muhammad Jawad Mughniah: Upacara ini tidak sesuai dan Bid’ah menurut agama dan Mazhab.
Ayatullah Misykini: Perkara ini menimbulkan masalah menurut Syariat Islam. Bahkan ia mengandungi unsur-unsur haram dan umat Islam tidak boleh sekali-kali memasukkannya sebagai ibadah dalam berdukacita atas Imam Husain (as).
- FATWA ULAMA YANG MASIH HIDUP -
Ayatullah Al-Udzma Sayyid Ali Khamenei: Qamezani adalah budaya yang dibuat-buat (tidak memiliki hujjah); dan sama sekali tidak berkaitan dengan agama. Tidak diragukan lagi, Allah tidak meridhainya.
KESIMPULAN
Berlakunya aksi aksi luka cedera bukan terdapat dalam Mazhab Imamiah
Ia di lakukan oleh kumpulan kumpulan yang tidak memiliki Wilayahtul Fikh
Tidak berlaku di negara yang di perintah oleh Syiah Imamiah iaitu di Iran
Aksi ini sudah tidak menjadi popular lagi walaupun masih ada segelintir yang melakukannya dan tidak boleh di sabitkan dengan Mazhab Imamiah
SEKADAR GAMBAR HIASAN |
No comments:
Post a Comment