Friday, 7 November 2014

BENARKAH YAZID TIDAK TAHU MENAHU KEJADIAN KARBALA??

Masih ramai ulamak mempertahan si Yazid durjana
Konunnya Yazid tidak mengarahkan pembunuhan kejam
Mana mungkin Jenderal dan Gabenor melakukan sesuatu tugas dasyat tanpa arahan Khalifah
Bagaimana seorang Menteri dan Kepala Angkatan Tentera melakukan misi peperangan tanpa di arah oleh seorang Perdana Menteri maupun Presiden??
Kalau beliau tidak merestui hal ini kenapa Ibnu Ziyad, Umar Saad dan pasukannya tidak di hukum??

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini kata kata ulamak yang bersekongkol dengan Bani Ummayah dan memfatwakan Imam Husain melakukan kesalah besar!!!!

(Berkata Ibn Taimiyyah): “Sesungguhnya pemergian Husain tidak menambah kebaikan baik untuk agama mahupun dunia. Adalah pemergiannya dan terbunuhnya termasuk kerosakan dan ini tidak akan terjadi jika beliau tetap di negerinya (Madinah). Tujuan beliau yang ingin mendapatkan kebaikan dan mencegah kejahatan (tidak membuahkan hasil) kecuali menambahkan kejahatan. Ini kerana pemergiannya itulah yang menyebabkan beliau terbunuh, malah mengurangi kebaikan itu sendiri. Terbunuhnya Husain mengharuskan sebab bagi lahirnya beberapa fitnah yang baru.”

(Berkata Syaikh al-Khudhari): “Kesimpulannya bahawa Husain dalam pemergiannya adalah satu kesalahan besar yang menyebabkan umat berada dalam bencana perpecahan dan perbezaan serta runtuhnya tiang yang berlanjutan sehingga sekarang.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 243-244]

Imam yang agungIbn Taimiyyah dan ahli sejarah yang sekali gus seorang peneliti – Syaikh Muhammad al-Khudhari.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ketika kepala Imam Husain di bawa ke istananya
Bersama tawanan Imam Zainal Abidin as sajjad yang di rantai

Yazid membacakan syair
"Ku bunuh mereka, para lelaki itu,
meskipun ku tahu mereka orang yang mulia,
kerana mereka telah mengiayaku"

Imam Zainal Abidin membalas dengan membaca ayat,
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang di berikanNya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangga diri." ( Al Baqarah 208)

Yazid naik marah dan terus membaca 
" Dan apapun musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu)"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sewajibnya kita sebagai seorang Islam,
Fardhu untuk memihak kepada Husain dan bersedih terhadap perbuatan yang begitu buruk orang islam kepada cucu kesayangan baginda rasul Allah.
Saya paparkan kisahnya,At Thabrani dan al Haithami beriman dengan kisah ini .

at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir (3/109) meriwayatkan bahawa "al-Husain telah menolak dari menyerah, maka mereka memerangi dan membunuhnya. Mereka turut membunuh dua puteranya dan para sahabatnya yang turut serta bertarung di pihaknya di sebuah tempat yang digelar dengan nama at-Thaf.

Lalu dihiringnya Ali bin Husain, Fatimah binti Husain dan Sakinah binti Husain mengadap Ubaidillah bin Ziyad (Gabenor Kerajaan Bani Umayyah bagi wilayah Kufah).

Ali ketika itu seorang remaja yang sudah cukup umur(Baligh). Ziyad telah mengutuskan mereka kepada Yazid bin Muawiyah (Khalifah Kerajaan Bani Umayyah). Yazid memerintahkan agar dibawakan Sakinah lalu ditempatkan di belakang tempat ia beradu supaya terhalang pandangan Sakinah dari menatap kepala ayahandanya dan kaum kerabatnya.

Sementara Ali bin Husain pula dalam ikatan belenggu.
Yazid kemudian meletakkan kepala al-Husain lalu memukul pada gigi hadapan al-Husain.."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
al-Haithami berkata dalam Majma' Az-Zawāid (9/195), "perawinya tsiqah belaka".


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Diriwiyatkan bahwa Imam Ali Zainal Abidin as berkata : 

“ Ketika Kepala Suci Al Husain as dibawa kepada Yazid, ia mengadakan sidang meminum anggur dengan membawa kepala suci Al Husain as. Kepala itu ditempatkan dihadapannya, dan dia meminum anggur di hadapan kepala suci Beliau as.

Pada sidang itu hadir juga seorang utusan Raja Rom, ia adalah seorang yang bermartabat dan pembesar Rom.

Karena rasa ingin tahunya utusan Rom itu bertanya kepada Yazid ,“ wahai Raja Orang Arab ! Kepala siapakah ini ? “.

Yazid menjawab dengan nada menawarkan, “ Bagaimana kalau Kepala ini untukmu ? “ kata Yazid.

Orang Rom itu berkata “ Bila kami kembali pada Raja kami…, Ia akan bertanya kepada kami tentang hal yang sama dan segala sesuatu yang kami lihat, maka aku akan melaporkan kepadanya tentang kisah Kepala ini, dan juga pemiliknya, sehingga Rajaku dapat berbagi dalam kesenangan dan kebahagiaanmu “, katanya.

Yazid kemudian berkata,” Ini adalah Kepala Husain bin Ali bin Abi Thalib “.

Orang dari Rom itu berkata, “ siapakah Ibunya ? “

Yazid menjawab, “ Fatimah puteri dari Rasul Allah.“

Orang Kristen itu berkata, dengan wajah yang menunjukan ekspresi sangat terkejut ‘
 “Celakalah kamu dan agamamu ! Aku yakin aku punya agama lebih baik dari agamamu.
Sesungguhnya, ayahku adalah salah seorang keturunan Daud. Dan ada banyak generasi antara Daud dan Ayahku, tetapi umat Kristen memuliakanku dan mengambil berkah dari beberapa tanah dibawah kakiku, karena ayahku adalah salah seorang keturunan Daud. Tetapi engkau membunuh putera dari puteri seorang utusan Allah, dimana diantara mereka hanya ada seorang Ibu sebagai jaraknya! . Agama semacam apa yang engkau miliki ini ? "

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kesimpulan

Ulamak Ulamak yang mendokong Bani Umayyah telah melakukan suatu kesilapan fatwa besar dengan mencela Imam Husain as kerana pergi ke Karbala.

Sedangkan arahan Allah untuk mencintai Ahlul Bait termaktub dalam Al Quran dan Hadis
Kerana menafikan arahan kecintaan kepada Ahlul Bait inilah maka kita lihat umat Islam menjadi umat yang gagal menunjukan kebaikan di dunia hingga sekarang

Kerana membenci Ahlul Bait merupakan faktor utama kenapa umat Islam 
Menjadi bahan mainan Zionis masa kini
Menjadi tikus tikus yang di kejar kucing zionis ketika lemah
Menjadi anjing anjing buas di hasut serigala zionis ketika kuat!!!

Selagi tidak melahirkan kecintaan kepada ahlul bait
Selagi itu agama di pandag serong dan pincang
Selagi itu jangan harap Islam di tegakkan di dunia ini

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya kutinggalkan di tengah kalian 2 perkara yang berat: Kitab Allah dan Itrahku Ahkulbaitku. Dan sungguh kedua-duanya takkan pernah terpisah sehingga bertemu denganku di Telaga Haudh, seperti ini -- sambil baginda menggabungkan 2 jari telunjuknya --". Lalu, Jabir bin Abdillah Al-Ansari bangun menghampiri baginda, seraya berkata: "Wahai Rasulullah, siapakah Itrahmu?" Sabda baginda: "Ali, al-Hasan, al-Hussein, dan para Imam dari keturunan Al-Hussein hingga hari Kiamat."

Sumber:
Ma'ani Al-Akhbar,
Syeikh Shoduq,
Darul Ma'rifah (Beirut), m/s 91


Menantikan Ya Sohibulzaman Ya Mehdi as 
Untuk Membawa kebenaran dan rahmat Allah di muka bumi ini




No comments:

Post a Comment