Saturday 30 August 2014

KENAPA PERLU MENGETAHUI FADHILAT & MANAQIB AHUL BAIT & IMAM ALI AS

Fadhilat dan manaqib Ahlulbait Rasul (saaw) dan Imam Ali (as) banyaknya luar biasa.

■ Nuruddin Ali As-Samhudi Al-Syafi`i, cuba menerangkan alasannya. Beliau dikutip menulis (di dalam Jawahir al`iqdayn) oleh Istijlab Irtiqa al-Ghuraf*:

"~ Sebabnya, wallahu A'lam, Allah telah memberitakan kepada NabiNya (saaw) akan ujian yang akan menimpa Ali (ra), dan perselisihan yang akan berlaku tatkala urusan khilafah kembali kepadanya.

~ Kerna itu ummat perlu diperingatkan untuk menebarkan kemuliannya, supaya orang yang berpanutan dengannya (Ali) beroleh keselamatan dari mereka yang mendengarkan kemuliannya.

~ Kemudian, apabila berlaku perselisihan dan penentangan terhadapnya, mereka yang mendengarkan kemuliaannya dari para sahabat juga berusaha menebarkannya dan menasihati ummat.

~ Kemudian, khutbah-khutbah semakin keras terhadap Ali, dan sekelompok orang dari Bani Umayyah semakin sibuk memperlekehkannya, mencelanya di atas mimbar-mimbar, dipersetujui pula oleh puak Khawarij, mereka bahkan menuduh Ali sebagai kafir. Tatkala itulah, para ilmuan dan penghafaz hadis dari Ahli Sunnah menebarkan kemulian dan fadhilat beliau sehingga banyaknya, bertujuan memperbaiki ummat dan membantu kebenaran."

■ Kesimpulannya,

~ Manaqib, Fadhail dan Kemuliaan Ahlulbait as dan Imam Ali sememangnya banyak. Kalau sikit jumlahnya, tiada apa yang nak ditebarkan.

~ Kaum Pemerintah Bani Umayyah sememangnya pemerintah yang zalim, menindas, menghina Ali dan Ahlulbait hatta di atas mimbar-mimbar masjid. Ada juga yang celupar mengkafirkan.

~ Ulama' Ahli Sunnah juga berusaha menebarkan kemuliaan Ahlulbait dan Imam Ali. Kemulian seperti ini ada kalanya di salah ertikan dan di anggap sebagai taksub membuta tuli.

~ Mari kita sama sama bermuhasabah.

* Sumber:
Istijlab Irtiqa al-Ghuraf,
As-Sakhawi, Muhammad bin Abdir Rahman,



Thursday 28 August 2014

HINDARI DIRI DARI KEBENCIAN KEPADA AHLUL BAIT

Pesanan dan ingatan ini kerap di ingatkan oleh Rasul saw
Jangan sama sekali membenci Ahlul Bait

Sudah pasti Rasul saw mengetahui ada sebahagian umat Islam selepas kewafatan beliau melakukan pelbagai aksi kebencian, penafian hak,  kezaliman malah melakukan penyerangan dan pembunuhan.


Mari kita teliti beberapa hadis dan apa yang di maksudkan dengan KEBENCIAN TERHADAP AHLUL BAIT

  • Sabda Rasulullah saaw: "Tidak membenci kami melainkan ia orang yang celaka.
  • Sabda Rasulullah saaw: "Demi yang jiwaku di tangan-Nya, tidak membenci kami Ahlulbait oleh seseorang itu melainkan Allah pasti menghumbannya ke dalam Api Neraka."
  • Pesan Imam Hasan bin Ali (as) kepada Muawiyah ibnu Khudaij: "Wahai Muawiyah, hati-hati jangan sampai engkau membenci kami, kerna sungguh Rasulullah saaw bersabda: "Tidak membenci kami, dan tidak berhasad dengki terhadap kami oleh seseorang itu melainkan ia akan digiring pergi dari Telaga Haudh pada Hari Kiamat dengan cemeti dari Neraka."
  • Imam Hussein bin Ali (as) berpesan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Siapa yang mencela Ahlulbait, hanyasanya ia mencela Allah dan Rasul-Nya."
  • Imam Hussein bin Ali (as) juga berpesan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Barangsiapa yang berwala'kan kami, ia berwala'kan Rasulullah saaw, dan siapa yang memusuhi kami, ia memusuhi Rasulullah saaw."
  • Abdullah bin Hasan bin Hussein berkata: "Cukuplah (untuk bergelar) pencinta kami andai ia berpihak pada orang yang mencintai kami, dan memadailah (untuk bergelar) pembenci kami sekiranya ia menyebelahi orang yang membenci kami."
  • Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berpesan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Barangsiapa yang menyakitiku dan Itrah keturunanku, maka ke atasnya laknat Allah."
Sumber:

Subulul Huda war Rasyad fi Sirati Khairil 'Ibad, Imam Muhammad bin Yusof As-Solehi As-Syami (w. 942H), Tahqiq oleh Syeikh Abdul Muiz Abdul Hamid Al-Jazzar, (Kaherah:1995), Jilid 11, m/s 430. 


    Wednesday 27 August 2014

    NAMA SYIAH YANG DI CELA DAN DI ANGGAP BURUK

    Ramai yang berhujah dengan nafsu tanpa merujuk kepada sejarah
    Ada yang bertanya sejak bila syiah ujud?
    Tuduhan Syiah bukan dari Islam
    Syiah itu kafir, sesat dan murtad
    Syiah itu rekaan Yahudi Abdullah Saba
    Syiah itu begitu dan begini
    Sedangkan maksud SYIAH itu PENGIKUT

    KEUJUDAN SYIAH
    Imam At-Tabari (wafat 310H) di dalam Tafsirnya, Juz 24, hal. 556, ketika menafsirkan sepotong ayat dari Surah Al-Bayyinah ‘Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, mereka itulah sebaik-baik manusia’, 
    Beliau mengutip sebuah riwayat bahawa Rasulullah saaw bersabda kepada Ali, “Itulah (sebaik-baik manusia) engkau wahai Ali, dan Syiahmu.”

    Berdasarkan riwayat tersebut, Syiah telah wujud di zaman Rasulullah saw dan merujuk kepada kaum Muslimin yang mendukung Imam Ali. Namun, sekarang ini ada segelintir orang yang menyatakan Syiah sebagai kelompok bukan Islam. Entah apa yang merancukan pemikiran mereka.



    MENCINTAI AHLUL BAIT ITU SATU KEWAJIBAN MUTLAK

    Setelah tulisan yang lalu kita memahami maksud Ahlul Bait dalam Al Quran
    Kita mengenal siapa sebenar Ahlul Bait
    Maka apa peranan umat Islam terhadap Ahlul Bait?
    Apakah Ahlul Bait ini hanya bahan sejarah untuk di baca?

    Perintah Allah terhadap kita kepada Ahlul Bait adalah suatu kewajipan

    “Katakanlah, ‘Aku tidak meminta kepadamu upah apapun atas dakwahku itu selain mencintai Al-Qurbâ. Dan barang siapa yang mengerjakan kebajikan akan Kami tambahkan kepadanya kebajikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Penghampun lagi Maha Mensyukuri.’” (QS. Asy-Syûrâ [42]:23)

    Apakah yang di maksudkan dengan Al Qurba & mengerjakan kebajikan/kebaikan?

    Majoriti ahli tafsir dan perawi hadis berpendapat bahwa maksud dari “Al-Qurbâ” yang telah diwajibkan oleh Allah swt. kepada segenap hamba-Nya untuk mencintai mereka adalah Ali, Fathimah, Hasan, dan Husain as.

    Maksud dari “iqtirâf Al-hasanah” (mengerjakan kebaikan) dalam ayat ini ialah mencintai dan menjadikan mereka sebagai pemimpin. 

    Hadis yang berkaitan dengan kecintaan kepada Ahlul Bait terlalu banyak:

    Ahlulbait Bahtera Keselamatan
    Ahlulbait Gerbang Pengampunan

    Suatu hari Abu Zar Al-Ghifari (ra), sambil berpaut di gelang pintu Kaabah, berteriak memperkenalkan siapa gerangan dirinya, lalu ia berpesan akan sabda Rasulullah (saaw):

    《مثل اهل بيتي فيكم كمثل سفينه نوح في قوم نوح من ركبها نجا ومن تخلف عنها هلك، ومثل باب حطه في بني اسرائيل》
    ~ السخاوي: هذا حديث حســـــــــــــــــــــــــــــــــــــن

    "Ahlulbaitku di sisi kalian umpama bahtera Nabi Nuh di sisi kaumnya. Siapa saja yang menaikinya akan selamat dan siapa yang tertinggal akan binasa. Dan (Ahlulbaitku) umpama babu hiththah (gerbang pengampunan) di sisi Bani Israil (yang memasukinya akan luluh luntur dosanya).”

    ~ Martabat hadis ini di sisi As-Sakhawi:
    Hasan (Baik).

    Sumber:
    Al-Buldaniyyat,
    Allamah Al-Hafiz Syamsuddin Muhammad bin Abdul Rahman As-Sakhawi (w. 902H),
    Darul 'Atha', m/s 186-187.


    Monday 25 August 2014

    IMAM ALI DALAM KACA MATA AL QURAN

    IMAM ALI DALAM KACA MATA AL QURAN

    Tidak sedikit ayat-ayat Al-Qur’an yang menegaskan keutamaan Amirul Mukminin Ali as. dan memperkenalkannya sebagai peribadi Islami yang tinggi dan mulia setelah Rasulullah saw.

    Ini menunjukkan bahwa ia mendapat perhatian yang tinggi di sisi Allah swt.

    Banyak sekali buku-buku literatur Islam yang menegaskan bahwa terdapat tiga ratus ayat Al-Qur’an yang turun berkenaan dengan keutamaan dan ketinggian pribadi Iman Ali as.

    Perlu ditegaskan di sini bahwa jumlah ayat yang sangat banyak seperti itu tidak pernah turun berkenaan dengan seorang tokoh Islam manapun.

    Ayat-ayat tersebut dapat dikelompokkan dalam beberapa kategori berikut ini:

    Kategori pertama: ayat yang turun khusus berkenaan dengan Imam Ali secara pribadi.
    Kategori kedua: ayat yang turun berkenaan dengan Imam Ali as. dan keluarganya.
    Kategori ketiga: ayat yang turun berkenaan dengan Imam Ali dan para sahabat pilihan Rasulullah saw.
    Kategori keempat: ayat yang turun berkenaan dengan Imam Ali as. dan mengecam orang-orang yang memusuhinya.

    Berikut ini adalah sebagian dari ayat-ayat tersebut.

    a. Kategori Ayat Pertama

    Ayat-ayat yang turun menjelaskan keutamaan, ketinggian, dan keagungan pribadi Imam Ali as. adalah sebagai berikut:

    1.      Allah swt. berfirman:
    “Sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan . Dan bagi setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.” (QS. Ar-Ra‘d [13]:7)

    Ath-Thabarî meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad dari Ibn Abas. Ibn Abbâs berkata: “Ketika ayat ini turun, nabi saw. meletakkan tangannya di atas dadanya seraya bersabda, ‘Aku adalah pemberi peringatan. Dan bagi setiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.’ Lalunya memegang pundak Ali as. sembari bersabda: ‘Engkau adalah pemberi petunjuk itu. Dengan perantara tanganmu, banyak orang yang akan mendapat petunjuk setelahku nanti.’”


    2.      Allah swt. berfirman:
    “.. dan (peringatan itu) diperhatikan oleh telinga yang mendengar.” (QS. Al-Hâqqah [69]:12)

    Dalam menafsirkan ayat tersebut, Imam Ali as. berkata: “Rasulullah saw. berkata kepadaku, ‘Hai Ali, aku memohon kepada Tuhanku agar menjadikan telingamu yang menerima peringatan.’ Lantaran itu, aku tidak pernah lupa apa saja yang pernah kudengar dari Rasulullah saw.”


    3.      Allah swt. berfirman:
    “Orang-orang yang menginfakkan hartanya pada malam dan siang hari, baik secara sembunyi-sembunyi maupun terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut bagi mereka dan mereka tidak pula bersedih hati.” (QS. Al-Baqarah [2]:274)

    Pada saat itu, Imam Ali as. hanya memiliki empat dirham. Satu dirham ia infakkan di malam hari, satu dirham ia infakkan di siang hari, satu dirham ia infakkan secara rahasia, dan satu dirham sisanya ia infakkan secara terang-terangan. Rasulullah saw. bertanya kepa-danya: “Apakah yang menyebabkan kamu berbuat demikian?” Ali as. menjawab: “Aku ingin memperoleh apa yang dijanjikan Allah kepadaku.” Kemudian ayat tersebut turun.


    4.      Allah swt. berfirman:
    “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, mereka itu adalah sebaik-sebaik makhluk.” (QS. Al-Bayyinah [98]:7)

    Ibn ‘Asâkir meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad dari Jâbir bin Abdillah. Jâbir bin Abdillah berkata: “Ketika kami bersama nabi saw., tiba-tiba Ali as. datang. Seketika itu itu Rasulullah saw. Ber-sabda: ‘Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguh-nya Ali as. dan Syi‘ah (para pengikut)nya adalah orang-orang yang beruntung pada Hari Kiamat.’ Kemudian turunlah ayat itu. Sejak saat itu, setiap kali Ali as. datang, para sahabat Nabi saw. Menga-takan: ‘Telah datang sebaik-baik makhluk.’”


    5.      Allah swt. berfirman:.
    “... maka bertanyalah kepada orang-orang yang mempunyai pengetahuan [Ahl Adz-Dzikr] jika kamu tidak mengetahui.” (QS. An-Nahl [16]:43)

    Ath-Thabarî meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad dari Jâbir Al-Ju‘fî. Jâbir Al-Ju‘fî berkata: “Ketika ayat ini turun, Ali as. berkata: “Kami adalah Ahl Adz-Dzikr.”


    6.      Allah swt. berfirman:
     “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepada-mu dari Tuhanmu. Jika hal itu tidak engkau lakukan, maka berarti engkau tidak menyampaikan risalahmu. Sesungguhnya Allah menjagamu dari kejahatan manusia.” (QS. Al-Mâ’idah [5]: 67)

    Ayat ini turun kepada Nabi saw. ketika sampai di Ghadir Khum dalam perjalanan pulang dari haji Wadâ’. Nabi saw. diperintahkan oleh Allah untuk mengangkat Ali as. sebagai khalifah sepening-galnya. Beliau melaksanakan perintah tersebut. Beliau melantik Ali as. sebagai khalifah dan pemimpin bagi umat sepeninggalnya. Di hadapan khalayak banyak, Nabi saw. mengumandangkan sabdanya yang masyhur: “Barang siapa yang aku adalah pemimpinnya, maka Ali as. adalah pemimpinnya. Ya Allah, cintailah orang yang men-cintainya, musuhilah orang yang memusuhinya, belalah orang yang membelanya, dan hinakanlah orang yang menghinakannya.”
    Setelah itu, Umar bangkit dan berkata kepada Ali as.: “Selamat, hai putra Abu Thalib, engkau telah menjadi pemimpinku dan pemimpin setiap mukmin dan mukminah.”


    7.      Allah swt. berfirman:
    “Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku lengkapi nikmat-Ku atasmu dan Aku pun rela Islam sebagai agamamu.” (QS. Al-Mâ’idah [5]: 3)

    Ayat yang mulia ini turun pada tanggal 18 Dzulhijjah setelah nabi saw. mengangkat Ali as. sebagai khalifah sepeninggalnya. Setelah ayat tersebut turun, Nabi saw. bersabda: “Allah Maha Besar lantaran penyempurnaan agama, pelengkapan nikmat, dan keridaan Tuhan dengan risalahku dan wilâyah Ali bin Abi Thalib as.”


    8.      Allah swt. berfirman:
    “Sesungguhnya pemimpinmu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan salat dan mengeluarkan zakat ketika sedang rukuk.” (QS. Al-Mâ’idah [5]: 55)

    Seorang sahabat nabi terkemuka, Abu Dzar berkata: “Aku mengerjakan salat Dzuhur bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba datang seorang pengemis ke masjid, dan tak seorang pun yang membe-rikan sedekah kepadanya. Pengemis tersebut mengangkat kedua tangannya ke langit seraya berdoa: ‘Ya Allah, saksikanlah bahwa aku meminta di masjid Rasul saw., tetapi tak seorang pun yang memberikan sesuatu kepadaku.’ Pada saat itu, Ali as. sedang mengerjakan rukuk. Kemudian ia memberikan isyarat kepadanya dengan kelingking kanan yang sedang memakai cincin. Pengemis itu datang menghampirinya dan segera mengambil cincin tersebut di hadapan Nabi saw. Lalunya saw. Berdoa: ‘Ya Allah, sesungguhnya saudaraku, Mûsâ as. memohon kepadamu sembari berkata: ‘Wahai Tuhanku, lapangkanlah untukku hatiku, mudahkanlah urusanku, dan bukalah ikatan lisanku agar mereka dapat memahami ucapanku. Dan jadikanlah untukku seorang wazîr dari keluargaku; yaitu saudaraku, Hârûn. Kokohkanlah aku dengannya dan sertakanlah dia dalam urusanku.’ (QS. Thaha [20]:25–32)

    “Ketika itu engkau turunkan ayat: ‘Kami akan kokohkan kekuatanmu dengan saudaramu dan Kami jadikan engkau berdua sebagai pemimpin.’ (QS. Al-Qashash [28]:35) Ya Allah, aku ini adalah Muhammad nabi dan pilihan-Mu. Maka lapangkanlah hatiku, mudahkanlah urusanku, dan jadikanlah untukku seorang wazîr dari keluargaku, yaitu Ali. Dan kokohkanlah punggungku dengannya.’”

    Abu Dzar melanjutkan: “Demi Allah, Jibril turun kepadanya sebelumnya sempat menyelesaikan doanya itu. Jibril berkata, ‘Hai Muhammad, bacalah: ‘Sesungguhnya walimu adalah Allah, Rasul-Nya dan ....’”[10]
    Ayat ini menempatkan wilâyah ‘kepemimpinan’ universal (Al-Wilâyah Al-‘Âmmah) hanya untuk Allah swt., Rasul-Nya yang mulia, dan Imam Ali as. Ayat ini menggunakan bentuk jamak dalam rangka mengagungkan kemuliaan Imam Ali as. dan menghormati kedudukannya. Di samping itu, ayat ini berbentuk kalimat afirmatif dan menggunakan kata pembatas (hashr) ‘innamâ’ (yang berarti hanya).
    Dengan demikian, ayat ini telah mengukuhkan wilâyah tersebut untuk Imam Ali as.
    Seorang penyair tersohor, Hassân bin Tsâbit, telah menyusun sebuah bait syair sehubungan dengan turunnya ayat tersebut. Ia berkata:
    Siapakah gerangan yang ketika rukuk menyedekahkan cincin
    Sementara ia merahasiakannya untuk dirinya sendiri


    b. Kategori Ayat Kedua

    Al-Qur’an Al-Karim dihiasi dengan banyak ayat yang turun berkenaan dengan Ahlul Bait as. Ayat-ayat ini secara otomatis juga ditujukan kepada junjungan mereka, Amirul Mukminin Ali as. Berikut ini sebagian dari ayat-ayat tersebut:

    1.      Allah swt. berfirman:
    “Katakanlah, ‘Aku tidak meminta kepadamu upah apapun atas dakwahku itu selain mencintai Al-Qurbâ. Dan barang siapa yang mengerjakan kebajikan akan Kami tambahkan kepadanya kebajikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Penghampun lagi Maha Mensyukuri.’” (QS. Asy-Syûrâ [42]:23)

    Majoriti ahli tafsir dan perawi hadis berpendapat bahwa maksud dari “Al-Qurbâ” yang telah diwajibkan oleh Allah swt. kepada segenap hamba-Nya untuk mencintai mereka adalah Ali, Fathimah, Hasan, dan Husain as., dan maksud dari “iqtirâf Al-hasanah” (me-ngerjakan kebaikan) dalam ayat ini ialah mencintai dan menjadikan mereka sebagai pemimpin. Berikut ini beberapa riwayat yang menegaskan hal ini.
    Dalam sebuah riwayat, Ibn Abas berkata: “Ketika ayat ini turun, para sahabat bertanya: ‘Ya Rasulallah, siapakah sanak kerabatmu yang kami telah diwajibkan untuk mencintai mereka?’ Rasulullah saw. Menjawab: ‘Mereka adalah Ali, Fathimah, dan kedua putranya.’”
    Dalam sebuah hadis, Jâbir bin Abdillah berkata: “Seorang Arab Baduwi pernah datang menjumpai Nabi saw. seraya berkata: ‘Jelaskan kepadaku tentang Islam.’ Rasulullah saw. Menjawab: ‘Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah Yang Esa yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Nya.’ Arab Baduwi itu segera menimpali: ‘Apakah engkau meminta upah dariku?’ Rasul menjawab: “Tidak, selain mencintai Al-Qurbâ’. Orang Arab Baduwi itu bertanya lagi: ‘Keluargaku ataukah keluargamu?’ Nabi saw. Menjawab: ‘Tentu keluargaku.’ Kemudian orang Arab Baduwi itu berkata lagi: “Jika begitu, aku membaiatmu bahwa barang siapa yang tidak mencintaimu dan tidak juga mencintai keluargamu, maka Allah akan mengutuknya.’ Nabi segera menimpali: ‘Amîn.’”


    2.      Allah swt. berfirman:
    “Barang siapa yang menghujatmu tentang hal itu setelah jelas datang kepadanya pengetahuan, maka katakanlah, ‘Mari kami panggil putra-putra kami dan putra-putra kamu, putri-putri kami dan putri-putri kamu, dan diri kami dan diri kamu, kemudain kita bermubâhalah agar kita jadikan kutukan Allah atas orang-orang yang dusta.’” (QS. Ali ‘Imrân [3]:61)

    Para ahli tafsir dan perawi hadis sepakat bahwa ayat yang mulia ini turun berkenaan dengan Ahlul Bait Nabi saw. Ayat tersebut menggunakan kata abnâ’ (anak-anak) yang maksudnya adalah Hasan dan Husain as.; kedua cucu Nabi yang dirahmati dan kedua imam pemberi hidayah. Dan maksud kata an-nisâ’ (wanita) yaitu Sayidah Az-Zahrâ’ as., penghulu seluruh wanita dunia dan akhirat. Adapun pemuka dan junjungan Ahlul Bait, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as., diungkapkan dengan kata anfusanâ (diri-diri kami)


    3.      Allah swt. berfirman:
    “Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum menjadi sesuatu yang dapat disebut ....” (QS. Ad-Dahr [76])

    Mayoritas ahli tafsir dan para perawi hadis berpendapat bahwa surah ini diturunkan untuk Ahlul Bait nabi saw.


    4.      Allah swt. berfirman:
    “Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud menghilangkan segala noda dari kalian, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kalian sesuci-sucinya.” (QS. Al-Ahzâb [33]:33)

    Para ahli tafsir dan perawi hadis sepakat bahwa ayat yang penuh berkah ini turun berkenaan dengan lima orang penghuni Kisâ’.Mereka adalah Rasulullah saw.; junjungan para makhluk, Ali as.; jiwa dan dirinya, Sayyidah Fathimah; buah hatinya yang suci dan penghulu para wanita di dunia dan akhirat yang Allah rida dengan keridaannya dan murka dengan kemurkaannya, dan Hasan dan Husain as.; kedua permata hatinya dan penghulu para pemuda ahli surga. Tak seorang pun dari keluarga Rasulullah saw. yang lain dan tidak pula para pemuka sahabatnya yang ikut serta dalam keuta-maan ini. Hal ini dikuatkan oleh beberapa hadis berikut ini:
    Pertama, Ummul Mukminin Ummu Salamah berkata: “Ayat ini turun di rumahku. Pada saat itu ada Fathimah, Hasan, Husain, dan Ali as. di rumahku. Kemudian Rasulullah saw. menutupi mereka dengan Kisâ’ (kain panjang dan lebar), seraya berdoa: “Ya Allah, mereka adalah Ahlul Baitku. Hilangkanlah dari mereka segala noda dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya.’” Ia mengulang-ulang doa tersebut dan Ummu Salamah mendengar dan melihatnya. Lantas dia berkata: “Apakah aku masuk bersama Anda, ya Rasulullah?” Lalu dia mengangkat Kisâ’ tersebut untuk masuk bersama mereka. Tetapinya menarik Kisâ’ itu sembari bersabda: “Sesungguhnya engkau berada dalam kebaikan.”

    Kedua, dalam sebuah riwayat Ibn Abbâs berkata: “Aku menyaksikan Rasulullah saw. setiap hari mendatangi pintu rumah Ali bin Abi Thalib as. setiap kali masuk waktu salat selama tujuh bulan berturut-turut. Ia mendatangi pintu rumah itu sebanyak lima kali dalam sehari sembari berkata: ‘Assalamu’alaikum Warahmatullah Wabarakatuh, hai Ahlul Bait! Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud menghilangkan segala kotoran dari kamu, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu sesuci-sucinya. Mari kita melakukan salat, semoga Allah merahmati kalian!”

    Ketiga, dalam sebuah riwayat Abu Barazah berkata: “Aku mengerjakan salat bersama Rasulullah saw. selama tujuh bulan. Setiap kali keluar dari rumah, ia mendatangi pintu rumah Fathimah as. seraya bersabda, ‘Salam sejahtera atas kalian. Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud menghilangkan segala kotoran dari kamu, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu sesuci-sucinya.’”]
    Sesungguhnya tindakan-tindakan Rasulullah saw. ini merupakan sebuah pemberitahuan kepada umat dan seruan kepada mereka untuk mengikuti Ahlul Bait as. Lantaran Ahlul Bait as. adalah pembimbing bagi mereka untuk meniti jalan kemajuan di kehidupan duniawi maupun ukhrawi.

    c. Kategori Ayat Ketiga

    Terdapat beberapa ayat yang turun berkenaan dengan Amirul Mukminin Ali as. dan juga berkenaan dengan para sahabat Nabi pilihan dan terkemuka. Berikut ini ayat-ayat tersebut:

    1.      Allah swt. berfirman:
    “Dan di atas Al-A‘râf tersebut ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka.” (QS. Al-A‘raf [7]:46)

    Ibn Abbâs berkata: “Al-A‘râf adalah sebuah tempat yang tinggi dari Shirât. Di atas tempat itu terdapat Abbâs, Hamzah, Ali bin Abi Thalib as., dan Ja‘far pemilik dua sayap. Mereka mengenal para pecinta mereka dengan wajah mereka bersinar dan juga mengenal para musuh mereka dengan wajah mereka yang hitam pekat.”


    2.      Allah swt. berfirman:
    “Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang menepati apa telah yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya.” (QS. Al-Ahzâb [33]:23)

    Ali as. pernah ditanya tentang ayat ini, sementara ia sedang berada di atas mimbar. Dia berkata: “Ya Allah, aku mohon ampunanmu. Ayat ini turun berkenaan denganku, pamanku Hamzah, dan pamanku ‘Ubaidah bin Hârist. Adapun ‘Ubaidah, ia telah gugur sebagai syahid di medan Badar dan Hamzah juga telah gugur di medan perang Uhud. Sementara aku masih menunggu orang paling celaka yang akan mengucurkan darahku dari sini sampai ke sini—sembari ia menunjuk jenggot dan kepalanya.”


    d. Kategori Ayat Keempat
    Berikut ini kami paparkan beberapa ayat yang turun memuji Imam Ali as. dan mengecam para musuhnya yang senantiasa berusaha untuk meng-hapus segala keutamaannya.

    1.      Allah swt. berfirman:
    “Apakah kamu menyamakan pekerjaan memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidil Haram dengan (amal) orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.” (QS. At-Taubah [9]:19)

    Ayat ini turun berkenaan dengan Imam Ali as., Abbâs, dan Thalhah bin Syaibah ketika mereka saling menunjukkan keutamaan masing-masing. Thalhah berkata: “Aku adalah pengurus Ka‘bah. Kunci dan urusan tabirnya berada di tanganku.” Abbâs berkata: “Aku adalah pemberi minum orang-orang yang beribadah haji.” Ali as. berkata: “Aku tidak tahu kalian ini berkata apa? Sungguh aku telah mengerjakan salat menghadap ke arah Kiblat selama enam bulan sebelum ada seorang pun yang mengerjakan salat dan akulah orang yang selalu berjihad.” Kemudian turunlah ayat tersebut.


    2.      Allah swt. berfirman:
    “Maka apakah orang yang telah beriman seperti orang yang fasik? Tentu tidaklah sama.” (QS. As-Sajdah [32]:18)

    Ayat ini turun memuji Imam Ali as. dan mengecam Walîd bin ‘Uqbah bin Abi Mu‘îth. Walîd berbangga diri di hadapan Ali as. seraya berkata: “Lisanku lebih fasih daripada lisanmu, gigiku lebih tajan daripada gigimu, dan aku juga lebih pandai menulis.” Ali as. berkata: “Diamlah. Sesungguhnya engkau adalah orang fasik”. Kemudian turunlah ayat tersebut.


    [1]Târîkh Bagdad, Jil. 6/221; Ash-Shawâ‘iq Al-Muhriqah, hal. 76; Nûr Al-Abshâr, hal. 76.

    [2]Tafsir At-Thabarî, Jil. 13/72; Kanz Al-‘Ummâl, Jil. 6,/157; Tafsir Al-Haqâ’iq, hal. 42; Musad-ak Al-Hâkim, Jil. 3/129.

    [3]Kanz Al-‘Ummâl, Jil. 6/108; Asbâb An-Nuzûl, karya Al-Wâhidî, hal. 329; Tafsir At-Thabarî, Jil. 4/600; Ad-Durr Al-Mantsûr, Jil. 8/267.

    [4]Usud Al-Ghâbah, Jil. 4/25; Ash-Shawâ‘iq Al-Muhriqah, hal. 78; Asbâb An-Nuzûl, karya Al-Wâhidî, hal. 64.

    [5]Ad-Durr Al-Mantsûr, Jil. 8/589; Tafsir At-Thabarî, Jil. 30/17; Ash-Shawâ‘iq Al-Muhriqah, hal. 96.

    [6]Tafsir At-Thabarî, Jil. 8/145.

    [7]Asbâb An-Nuzûl, hal. 150.

    [8]Târîkh Baghdad, Jil. 8/19; Ad-Durr Al-Mantsûr, Jil. 6/19.

    [9]Dalâ’il Ash-Shidq, Jil. 2/152.

    [10]Tafsir Ar-Râzî, Jil. 12/26; Nûr Al-Abshâr, hal. 170; Tafsir Ath-Thabarî, Jil. 6/186.

    [11]Ad-Durr Al-Mantsûr, Jil. 3/106; Tafsir Al-Kasysyâf, Jil. 1/692; Dzakhâ’ir Al-‘Uqbâ, hal. 102;
    Majma‘Az-Zawâ’id, Jil. 7/17; Kanz Al-‘Ummâl, Jil. 7/305.

    [12]Majma‘ Az-Zawâ’id, Jil. 7/103; Dzakhâ’ir Al-‘Uqbâ, hal. 25; Nûr Al-Abshâr, hal. 101; Ad-Durr Al-Mantsûr, Jil. 7/348.

    [13]Hilyah Al-Awliyâ’, Jil. 3/102.

    [14]Tafsir Ar-Râzî, Jil. 2/699; Tafsir Al-Baidhâwî, hal. 76; Tafsir Al-Kasysyâf, Jil. 1/49; Tafsir Rûh Al-Bayân, Jil. 1/457; Tafsir Al-Jalâlain, Jil. 1/35; Shahîh Muslim, Jil. 2/47; Shahîh At-Turmuzî, Jil. 2/166; Sunan Al-Baihaqî, Jil. 7/63; Musnad Ahmad bin Hanbal, Jil. 1/185; Mashâbîh As-Sunnah, karya Al-Baghawî, Jil. 2/201; Siyar A‘lâm An-Nubalâ’, Jil. 3/193.

    [15]Tafsir Ar-Râzî, Jil. 10/243; Asbâb An-Nuzûl, karya Al-Wâhidî, hal. 133, Rûh Al-Bayân, Jil. 6/ 546; Yanâbî’ Al-Mawaddah, Jil. 1/93; Ar-Riyâdh An-Nâdhirah, Jil. 2/227; Imtâ‘ Al-Asmâ‘, hal. 502.

    [16]Tafsir Ar-Râzî, Jil. 6/783; Shahîh Muslim, Jil. 2/331; Al-Khashâ’ish Al-Kubrâ, Jil. 2/264; Ar-Riyâdh An-Nâdhirah, Jil. 2/188; Tafsir Ibn Jarîr, Jil. 22/5; Musnad Ahmad bin Hanbal, Jil. 4/ 107; Sunan Al-Baihaqî, Jil. 2/150; Musykil Al-Atsar, Jil. 1/334; Khashâ’ish An-Nisa’î, hal. 33.

    [17]Mustadrak Al-Hâkim, Jil. 2/416; Usud Al-Ghâbah, Jil. 5/521.

    [18]Ad-Durr Al-Mantsâr, Jil. 5/199.

    [19]Dzakhâ’ir Al-‘Uqbâ, hal. 24.

    [20]Ash-Shawâ‘iq Al-Muhriqah, hal. 101.

    [21]Ash-Shawâ‘iq Al-Muhriqah, hal. 80; Nûr Al-Abshar, hal. 80.

    [22]Tafsir Ath-Thabarî, Jil. 10/68; Tafsir Ar-Râzî, Jil. 16/11; Ad-Durrul Mantsur, Jil. 4/146; Asbâb An-Nuzûl, karya Al-Wâhidî, hal. 182.

    [23]Tafsir Ath-Thabarî, Jil. 21/68; Asbâb An-Nuzûl, hal. 263; Târîkh Bagdad, Jil. 13/321; Ar-Riyâdh An-Nâdhirah, Jil. 2/206.

    BENARKAH ADA INSAN MAKSUM SELEPAS RASUL SAW?

    Hal ini mempunyai pelbagai pandangan
    Ada yang mengatakan selepas Rasul saw tidak ada lagi insan yang maksum.
    Namun ada yang mengatakan ada insan insan yang maksum selepas Rasul saw.

    Tidakkah mereka membaca kitab-kitab sahih mereka mengenai kemuliaan dan kemaksuman Ahlul Kisa' yang disucikan oleh Allah swt melalui firman-Nya di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 33?

    Di dalam sebuah hadis SAHIH, Umar Bin Abi Salamah meriwayatkan:

    Tatkala turun kepada Nabi saaw ayat: “Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan noda dan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya” di rumah Ummu Salamah; baginda memanggil Fatimah, Hasan dan Hussain lalu menyelimuti mereka dengan kisa’ (selimut), Ali di belakang baginda lalu baginda menyelimutinya dengan kisa’, baginda kemudian bersabda: ((Ya Allah! Mereka inilah Ahlul Baitku, maka Engkau jauhkanlah mereka dari noda dan dosa, dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya)).

    Berkata Ummu Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?
    Baginda saaw menjawab: ((Engkau pada kedudukanmu, engkau di atas kebaikan)).

    Andai Allah swt sendiri menginginkan kesucian Ahlul Kisa' dari noda dan dosa, apa alasan para sesaorang untuk menyatakan bahawa mereka yang disucikan Allah itu belum cukup suci?
    Apakah kita mampu mengatasi kebenaran yang di tulis dalam Al Quran yang terpelihara?
    Apakah ada yang tidak suci selepas Allah swt menginginkan kesucian?



    Hadis di atas di-SAHIH-kan oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, dalam Sahih Sunan At-Tirmizi, Jilid 3, Maktabah Al-Ma’arif, Hadis No. 3205, m/s 306.

    Sunday 24 August 2014

    ALI DAN AL QURAN BERPISAH TIADA

    MENCERITAKAN BETAPA AL QURAN DAN ITRAHKU ITU AMAT PENTING
    TSAQALAIN BERMAKNA 2 HAL YANG CUKUP  BERAT DAN PENTING SEKALI
    WASIAT YANG BERAT DAN PENTING BAGI UMAT ISLAM
    2 PESAKA BERAT (TSAQALAIN)

    2 PESAKA INI AKAN MEMBAWA MANUSIA KE JALAN KEBENARAN
    KERANA KEDUA DUANYA TIDAK AKAN TERPISAH SEHINGGA BERTEMU DI TELAGA HAUDH

    MAKA SEKIRANYA UMAT ISLAM MEMISAHKAN 2 PESAKA BERAT
    ATAU TIDAK MENGAMBIL PERHATIAN BERAT 2 PESAKA BERAT
    PASTI TIDAK AKAN BERTEMU KEBENARAN WALAUPUN DIA BERUSAHA MENCARI KEBENARAN

    Ali dan Al Quran berpisah tiada
    Dari Ummul Mukminin Salamah, Rasul saw bersabda

    عَلِيٌّ مَعَ الْقُرْآنِ، وَالْقُرْآنُ مَعَ عَلِيٍّ، لَنْ يَفْتَرِقَا حَتَّى يَرِدَا عَلَيَّ الْحَوْضَ

    "Ali bersama Al-Quran, dan Al-Quran bersama Ali. Kedua-duanya takkan pernah berpisah selamanya sehingga bertemu denganku di Telaga Haudh."

    ~ Hadis disahihkan oleh Al-Hakim, dan dipersetujui Az-Zahabi.

    Sumber:
    Faidhul Qadir,
    Allamah al-Munawi,
    Beirut: Darul Ma'rifah,
    Jilid 4, m/s 356.





    Thursday 21 August 2014

    SIAPAKAH AHLUL BAIT YANG DI MAKSUDKAN DALAM AL QURAN


    Melihat kepada istilah AHLUL BAIT bermaksud AHLI KELUARGA
    Tetapi dalam Al Quran perkataan AHLUL BAIT membawa makna yang perlu di fahami dengan jelas.

    Siapakah Ahlul Bait?
    Sudahkah kalian membayar upah terhadap Rasulullah saaw? Dan apakah upah tersebut?

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, KECUALI kasih sayang terhadap al-Qurba (ahli keluarga Rasulullah)”. (Surah asy-Syura: 23)

    Imam Ahmad, ath-Thabrani dan Hakim telah mengeluarkan sebuah hadits bahawasanya ketika turun ayat tersebut mereka (para shahabat رضي الله عنهم) berkata:

    يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ قَرَابَتُكَ هَؤُلاءِ الَّذِينَ وَجَبَتْ عَلَيْنَا مَوَدَّتُهُمْ؟ قَالَ: عَلِيٌّ وَفَاطِمَةُ وَابْنَاهُمَا

    Ertinya: “Wahai Rasulullah, siapakah kerabatmu yang atas kami kewajiban sifat kasih-sayang kepada mereka? Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: ‘Ali, Fatimah dan anak kepada kedua mereka رضي الله عنهم”. 

    (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Fadhail ash-Shahabah (2/669), ath-Thabrani di dalam al-Kabir, al-Hakim di dalam al-Mustadrak, Ibnu Majah di Sunannya dan Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimasyiq daripada hadits Ibn ‘Abbas رضي الله عنهما)

    BENARKAH IMAM ALI AS SEBAGAI PENGGANTI RASUL DI SEBUT DALAM AL QURAN

    Benarkah ada dalam Al Quran?

    Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk. [al-Maidah 5:55]

    Surah ini di perkuatkan dengan Hadis di bawah ini

    Daripada ‘Ammar bin Yasir, beliau berkata: Seorang peminta sedekah datang kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh meminta sedekah, pada ketika itu beliau (‘Ali) sedang rukuk menunaikan solat sunat. Maka (‘Ali) melepaskan cincinnya dan diberikan kepada si peminta itu.

    Kemudian datang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan baginda mendapat tahu tentang hal tersebut, lalu diturunkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ayat: “Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk.” [al-Maidah 5:55]

    Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membacakan ayat tersebut seraya bersabda: Barangsiapa aku adalah Mawlanya maka ‘Ali adalah Mawlanya. “Ya Allah! jadilah Wali kepada sesiapa yang mewalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.”

    Rumusan hujah

    Di antara semua para sahabat, hanya ‘Ali seorang sahaja yang menepati kesemua 3 sifat di atas. Ini kerana pada satu hari ketika ‘Ali sedang solat dalam posisi rukuk, datang seorang pengemis meminta sedekah. Lalu sambil rukuk, ‘Ali terus memberikan cincin yang ada dijarinya sebagai zakat kepada pengemis tersebut. Perbuatan ‘Ali ini menyebabkan turunnya ayat 55 surah al-Maidah. 


     

    DUA PENINGGALAN RASUL YANG BERAT AGAR KITA TIDAK SESAT SELAMANYA



    Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya kutinggalkan di tengah kalian 2 perkara yang berat: Kitab Allah dan Itrahku Ahkulbaitku. Dan sungguh kedua-duanya takkan pernah terpisah sehingga bertemu denganku di Telaga Haudh, seperti ini -- sambil baginda menggabungkan 2 jari telunjuknya --". Lalu, Jabir bin Abdillah Al-Ansari bangun menghampiri baginda, seraya berkata: "Wahai Rasulullah, siapakah Itrahmu?" Sabda baginda: "Ali, al-Hasan, al-Hussein, dan para Imam dari keturunan Al-Hussein hingga hari Kiamat."
    Sumber:
    Ma'ani Al-Akhbar,
    Syeikh Shoduq,
    Darul Ma'rifah (Beirut), m/s 91


    Imam Muslim meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya, (juz 4 hal 123, cetakan Beirut Lebanon), Zaid bin Arqam berkata, “Pada suatu hari Rasulullah Saw berdiri di tengah-tengah kami dan menyampaikan khutbah di telaga yang bernama “Khum”, yang terletak antara Makah dan Madinah. Setelah mengucapkan hamdalah dan puji-pujian kepada-Nya serta memberi nasihat dan peringatan Rasulullah Saw berkata, “Adapun selanjutnya, wahai manusia, sesungguhnya aku ini manusia yang hampir didatangi oleh utusan Tuhanku, maka akupun menghadap-Nya. Sesungguhnya aku tinggalkan padamu dua perkara yang amat berharga, yang pertama adalah kitab Allah, yang merupakan tali Allah. Barangsiapa yang mengikutinya maka dia berada di atas petunjuk, dan barang siapa yang meninggalnya maka ia berada di atas kesesatan.”

    Kemudian Rasulullah Saw melanjutkan sabdanya, Adapun yang kedua adalah Ahlul Baitku. Demi Allah aku peringatkan kamu akan Ahlul Baitku, aku peringatkan kamu akan Ahlul Baitku, aku peringatkan kamu akan Ahlul Baitku.” (Di sebutkan 3x melambangkan betapa pentingnya wasiat ini)

    Al-Hakim juga meriwayatkannya dalam al-Mustadraknya dari Zaid bin Arqam bahwa nabi bersabda pada Haji Wada’, “Sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kalian tsaqalain (dua peninggalan yang sangat berharga) yang salah satu dari keduanya lebih besar daripada yang lain, Kitabullah (Al-Qur’an) dan keturunanku. Oleh karena itu perhatikanlah kalian dalam memperlakukan keduanya sepeninggalku. Sebab sesungguhnya keduanya tidak akan pernah berpisah sehingga berjumpa denganku di Haudh.” 
    Setelah menyebutkan hadits ini Al-Hakim berkata, “Hadits ini shahih sesuai syarat (yang ditetapkan Bukhari-Muslim).”

    Bagaimana kedudukan AHLUL BAIT dalam AL QURAN

    “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bait, dan mensucikan kamu sesuci-sucinya.” (Qs. Al-Ahzab : 33)

    “Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami.” (Qs. Fathir : 32).