Monday, 25 August 2014

BENARKAH ADA INSAN MAKSUM SELEPAS RASUL SAW?

Hal ini mempunyai pelbagai pandangan
Ada yang mengatakan selepas Rasul saw tidak ada lagi insan yang maksum.
Namun ada yang mengatakan ada insan insan yang maksum selepas Rasul saw.

Tidakkah mereka membaca kitab-kitab sahih mereka mengenai kemuliaan dan kemaksuman Ahlul Kisa' yang disucikan oleh Allah swt melalui firman-Nya di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 33?

Di dalam sebuah hadis SAHIH, Umar Bin Abi Salamah meriwayatkan:

Tatkala turun kepada Nabi saaw ayat: “Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan noda dan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan mensucikan kamu sesuci-sucinya” di rumah Ummu Salamah; baginda memanggil Fatimah, Hasan dan Hussain lalu menyelimuti mereka dengan kisa’ (selimut), Ali di belakang baginda lalu baginda menyelimutinya dengan kisa’, baginda kemudian bersabda: ((Ya Allah! Mereka inilah Ahlul Baitku, maka Engkau jauhkanlah mereka dari noda dan dosa, dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya)).

Berkata Ummu Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?
Baginda saaw menjawab: ((Engkau pada kedudukanmu, engkau di atas kebaikan)).

Andai Allah swt sendiri menginginkan kesucian Ahlul Kisa' dari noda dan dosa, apa alasan para sesaorang untuk menyatakan bahawa mereka yang disucikan Allah itu belum cukup suci?
Apakah kita mampu mengatasi kebenaran yang di tulis dalam Al Quran yang terpelihara?
Apakah ada yang tidak suci selepas Allah swt menginginkan kesucian?



Hadis di atas di-SAHIH-kan oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, dalam Sahih Sunan At-Tirmizi, Jilid 3, Maktabah Al-Ma’arif, Hadis No. 3205, m/s 306.

No comments:

Post a Comment