Thursday, 28 August 2014

HINDARI DIRI DARI KEBENCIAN KEPADA AHLUL BAIT

Pesanan dan ingatan ini kerap di ingatkan oleh Rasul saw
Jangan sama sekali membenci Ahlul Bait

Sudah pasti Rasul saw mengetahui ada sebahagian umat Islam selepas kewafatan beliau melakukan pelbagai aksi kebencian, penafian hak,  kezaliman malah melakukan penyerangan dan pembunuhan.


Mari kita teliti beberapa hadis dan apa yang di maksudkan dengan KEBENCIAN TERHADAP AHLUL BAIT

  • Sabda Rasulullah saaw: "Tidak membenci kami melainkan ia orang yang celaka.
  • Sabda Rasulullah saaw: "Demi yang jiwaku di tangan-Nya, tidak membenci kami Ahlulbait oleh seseorang itu melainkan Allah pasti menghumbannya ke dalam Api Neraka."
  • Pesan Imam Hasan bin Ali (as) kepada Muawiyah ibnu Khudaij: "Wahai Muawiyah, hati-hati jangan sampai engkau membenci kami, kerna sungguh Rasulullah saaw bersabda: "Tidak membenci kami, dan tidak berhasad dengki terhadap kami oleh seseorang itu melainkan ia akan digiring pergi dari Telaga Haudh pada Hari Kiamat dengan cemeti dari Neraka."
  • Imam Hussein bin Ali (as) berpesan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Siapa yang mencela Ahlulbait, hanyasanya ia mencela Allah dan Rasul-Nya."
  • Imam Hussein bin Ali (as) juga berpesan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Barangsiapa yang berwala'kan kami, ia berwala'kan Rasulullah saaw, dan siapa yang memusuhi kami, ia memusuhi Rasulullah saaw."
  • Abdullah bin Hasan bin Hussein berkata: "Cukuplah (untuk bergelar) pencinta kami andai ia berpihak pada orang yang mencintai kami, dan memadailah (untuk bergelar) pembenci kami sekiranya ia menyebelahi orang yang membenci kami."
  • Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (as) berpesan bahawa Rasulullah saaw bersabda: "Barangsiapa yang menyakitiku dan Itrah keturunanku, maka ke atasnya laknat Allah."
Sumber:

Subulul Huda war Rasyad fi Sirati Khairil 'Ibad, Imam Muhammad bin Yusof As-Solehi As-Syami (w. 942H), Tahqiq oleh Syeikh Abdul Muiz Abdul Hamid Al-Jazzar, (Kaherah:1995), Jilid 11, m/s 430. 


    No comments:

    Post a Comment