Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk. [al-Maidah 5:55]
Surah ini di perkuatkan dengan Hadis di bawah ini
Daripada ‘Ammar bin Yasir, beliau berkata: Seorang peminta sedekah datang kepada ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh meminta sedekah, pada ketika itu beliau (‘Ali) sedang rukuk menunaikan solat sunat. Maka (‘Ali) melepaskan cincinnya dan diberikan kepada si peminta itu.
Kemudian datang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan baginda mendapat tahu tentang hal tersebut, lalu diturunkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ayat: “Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah dan Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat sedang mereka rukuk.” [al-Maidah 5:55]
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membacakan ayat tersebut seraya bersabda: Barangsiapa aku adalah Mawlanya maka ‘Ali adalah Mawlanya. “Ya Allah! jadilah Wali kepada sesiapa yang mewalikannya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya.”
Rumusan hujah
Di antara semua para sahabat, hanya ‘Ali seorang sahaja yang menepati kesemua 3 sifat di atas. Ini kerana pada satu hari ketika ‘Ali sedang solat dalam posisi rukuk, datang seorang pengemis meminta sedekah. Lalu sambil rukuk, ‘Ali terus memberikan cincin yang ada dijarinya sebagai zakat kepada pengemis tersebut. Perbuatan ‘Ali ini menyebabkan turunnya ayat 55 surah al-Maidah.
No comments:
Post a Comment