Bermain di hadapan rumah Nabi saw
Bersama Al Hasan dan Al Husain
Lalu ketika Nabi saw berkata kepada sahabatnyanya Saad
" Wahai Saad, Malaikat Jibril memberitahu ku anakmu ini nanti akan menjadi salah seorang ketua yang akan membunuh cucuku ini Al Husain".
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ibnu Ziyad menulis surat kepada Ibnu Saad memerintahkan beliau samada berperang dengan Husain atau dilucutkan jawatan sebagai ketua pasukan perang.
Imam Husain as dalam kisah Karbala sempat bertemu dengan Umar bin Saad
"Hai putera Saad adakah kamu tidak takut kepada Allah, Tuhan yang semua orang akan kembali kepadaNya. Kamu berniat memerangi ku walaupun kamu tahu aku adalah cucu Rasul saw, putera Fatimah Az Zahra dan Ali. Hai putera Saad, tinggalkanlah mereka (Yazid dan pengikutnya) itu, dan kamu lebih baik bergabung dengan ku kerana ini akan mendekatkan mu dengan Allah."
Umar bin Saad menjawab, " Aku takut mereka menghancurkan tempat tinggalku."
Imam Husain as membalas, " Aku akan membangunkannya kalau mereka merosaknya."
Umar bin Saad menjawab," Aku takut mereka merampas kebun ku."
Imam Husain as membalas, " Kalau mereka merampasnya, aku akan menggantikannya dengan lebih baik."
Umar bin Saad menjawab, " Aku punya sanak keluarga, aku takut mereka di sakiti."
Imam Husain as terdiam dan tidak mau menyambung jawapan lagi. Sambil bangkit untuk keluar meninggalkan ruang pertemuan beliau membalas ucapan, " Allah akan membinasakan mu di tempat tidurmu. AKu berharap kamu tidak akan dapat memakan gandum di Ray kecuali sedikit."
Umar bin Saad menjawab dengan nada mengejek, " Kalau aku tidak dapat menyantap gamdum, barley sudah cukup bagiku."
Iman Husain as lantas bertanya, " Hai putera Saad, jadi kamu hendak membunuhku dengan harapan dapat berkuasa di Ray dan Jirjan seperti yang di janjikan Ibnu Ziyad. Demi Allah kamu tidak akan dapat menggapai cita citamu itu kerana ayah (Ali) dan datukku (Muhammad) sudah memberitahuku tentang ini. Lakukan segala apa yang kamu inginkan. Kerana sepeninggalanku di dunia nanti kamu tidak akan bahagia lagi. Aku seakan sudah melihat kepalamu tertancap di ujung tombak di pajang di Kufah. Kepalamuitu di lempari oleh anak anak kecil."
Imam Husain as tidak mendapat hasil untuk memulihkan Umar bin Saad
Umar bin Saad terkenal sebagai bodoh, pengkhianat dan pendusta
Imam Husain menegaskan " Sesungguhnya si anak zina(Umar) putera si anak zina itu (Saad) telah telah mengahdapkan ku pada dua pilihan, mati atau hidupsecara terhina.Tetapi kehinaan bagiku adalah pantangan. Allah dan Rasul Nya serta orang orang Mukmin dan salih tidak mungkin akan menerima kehinaan dan tidak menganggap kehinaan lebih baik dari kematian denganpenuh kehormatan..."
Sesungguhnya
Allah telah menjadikan darah-darah yang suci dan mulia di sisi-Nya ini,
Sebagai garis pemisah antara haq dan batil, antara petunjuk dan kesesatan di setiap zaman.
Rasulullah saw. bersabda:
: وسلم وٓالھ علیھ اهللا صلى اهللا رسولقال النجاة وسفینة الھدى مصباحالحسین
“Al-Husein adalah pelita hidayah dan bahtera keselamatan.”
Lihatlah betapa kejinya Umar bin Saad
Al Husain di perangi Umar Saad seorang yang mabuk kuasa dan harta
Sedangkan mereka adalah teman sepermainan semasa kecil
Setelah di sekat air sungai Furat sehingga pasukan Al Husain as kehausan
Ali Zainal Abidin (pengganti Imam Husain as) menderita demam akibat kehausan
Ali Akhbar (anak Imam Husain as) di bunuh dalam pertempuran
Abbas (saudara Imam Husain as) di bunuh ketika cuba mendapatkan air untuk Imam Husain as
Ali Asghar( anak Imam Husain as) yang masih bayi di panah tentera Umar bin Saad ketika Imam Husain mendukung meminta air untuk si bayi ini
ABBAS atau ABU FADHIL ABBAS adalah saudara seayah IMAM HUSAIN sedang mendapatkan air di SG FURAT |
Hampir 72 orang pasukan Imam Husain as syahid setelah di kepung 10 ribu tentera Umar bin Saad.
Imam Husain as kini tinggal seorang diri di kala Zainab dan Ali Zainal Abidin berada di Khemah. Walaupun Ali Zainal Abidin mendesak untuk turut sama berada di medan perang, namun Imam Husain as melarang.
Imam Husain as berkata, " Wahai Zainab, peganglah dia dan tahanlah dia agar bumi Allah tidak kosong dari keterunan Muhammad saw."
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Para pembenci ahlul bait sentiasa memutarkan fakta Pasukan Imam Husain as di perangi oleh Syiah.
Apa benarkah?
Siapa Umar bin Saad?
Siapa Ibnu Ziyad?
Siapa Marjan?
Siapa Shimir?
Watak watak utama dalam pasukan penentang Imam Husain as.
Adakah mana mana sejarah menceritakan mereka ini pengikut setia Imam Ali as, Imam Hasan as maupun Imam Husain as?
Apakah hanya kerana orang Kufah yang awal mau berbaiah kepada Imam Husain as dan kemudiannya lari dan di rasuah dengan wang dan kedudukan dijadikan petunjuk bahawa syiah yang membunuh Imam Husain as?
Sesungguhnya mereka ini di bodohkan dengan pemutar dan penyeleweng fakta oleh Dinasti Daulah Ummayah dan Abbasiah serta hadis hadis palsu rekaan Ummayah.
Mereka lupa untuk kembali kepada AL Quran yang jelas
“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, KECUALI kasih sayang terhadap al-Qurba (ahli keluarga Rasulullah)”. (Surah asy-Syura: 23)
Jelas Yazid adalah Khalifah Bani Ummayah pada ketika itu
Amat mustahil Yazid tidak tahu dan tidak mengarah pembunuhan keji pada ketika itu
Di war war bahawa Yazid konunnya melaknat Ibnu Ziyad dan Umar Saad kerana membunuh Imam Husain as.
Kenapa Yazid tidak menghukum, malah mabuk dan berpoya dengan Ibnu Ziyad selepas itu??
Sesungguhnya celakalah pendusta pendusta pemutar belit Karbala hingga menyebabkan majoriti umat Islam tidak mengenang duka nestapa pengorbanan Imam Husain as.
Dan di kaburkan dengan kisah Bubur Asyura pada 10 hb Muharam dengan pesta gelak ria.
Mana mungkin mendapat syafaat dari Rasul saw yang tidak mau mengambil iktibar dari Karbala penuh duka.
No comments:
Post a Comment