Friday 31 October 2014

KEBUASAN UMAR BIN SAAD DALAM KARBALA

Dendam tidak menentu seolah mereka ini membalas kematian Khalifah Usman bin Affan yang dikepung tanpa setitis air.  Mereka lupa bahawa kedua putra Imam Ali as ( Hasan dan Husain) membawa air masuk ke Istana Khalifah Usman bin Affan.

Arahan Ubaidillah bin Ziyad kepada Umar bin Saad, " Usahakan pasukanmu untuk memisahkan antara Husain dan sahabat-sahabatnya dengan sungai Furat. Usahakan sedemikian rupa hingga tak ada setitis air pun yang sampai ke mereka, sebagaimana Utsman bin Affan dulu terhalangi dari air."

Mereka berteriak,  "Husain! ... Demi Allah ... Engkau tidak akan meminum air ini walau setetes pun hingga kehausan merenggut nyawamu."

Imam Husain menjawab,  "Ilahi!! Binasakan ia dengan kehausan dan jauhkan ia dari segala rahmat-Mu!"



KEBUASAN PASUKAN UMAR SAAD MEMBUNUH ANAK IMAM HUSAIN DAN MENGHALANG ABAS DARI MENDAPATKAN AIR DI SUNGAI FURAT

Pasukan Imam Husain kehausan akibat dari tindakan durjana Umar bin Saad. Imam Husain sempat memohon supaya sekurang kurangnya di berikan minum pada anak beliau yang masih kecil Abdullah bin Husain. Imam Husain keluar dari khemah sambil mengendong si bayi ini. Tanpa belas kasihan seorang Bani Asad meluncurkan anak panah tepat mengenai Abdullah bin Husain (Ali Asgar) yang masih bayi ketika itu. 

Abbas saudara kepada Imam Husain bangkit untuk melawan kebuasan pasukan Umar bin Saad dan cuba untuk mendapatkan air di Sungai Furat yang ketika itu di kepung 500 tentera berkuda. Beliau belum sempat meneguk air kerana mengenangkan Imam Husain lantas cuba untuk membawa bekalan air tersebut ke khemah Imam Husain. Namun bekalan air yang di bawa Abbas jatuh akibat di serang pasukan berkuda dan akhirnya tangan beliau di penggal. Abbas dalam keadaan parah sempat menemui Imam Husain dan akhirnya beliau syahid.

############################################

MASIHKAN ANDA BERGEMBIRA DI HARI ASYURA DENGAN PELBAGAI JUADAH BUBUR ASYURA?

MASIHKAH ANDA MAU MEMBELIT KONUNNYA IMAM HUSAIN DI BUNUH OLEH PENGIKUT SYIAH?

SIAPAKAH UMAR BIN SAAD? TIDAKKAH BELIAU GABENOR LANTIKAN YAZID? MASIHKAH MENUTUP CERITA DENGAN TEMPURUNG MUNAFIQ?

No comments:

Post a Comment