Omar b. Saad laknatullah terus berada di Karbala sehingga Zohor sebelas Muharram dan di sana dia melakukan solat jenazah ke atas tenteranya yang telah binasa, dan setelah itu mengkebumikan mereka di situ juga. (Tidak hairanlah mereka yang melakukan kekejaman di Timur Tengah sekarang adalah ahli ibadah yang solat dan waktu yang sama menyembelih massa)
Selepas waktu Zohor, dia memerintahkan para wanita Rasulullah saw supaya ditunggangkan di atas unta-unta yang tidak berpelana dan merantai leher Imam Sajjad as.
Mereka dibawa seperti mana tawanan perang dibawa.
IMAM HUSAIN DAN PUTERA BELIAU IMAM ALI HUSAIN AS SAJJAD (LAKARAN IMIGINASI) |
Mereka bersama para tawanan perang melintasi tempat syuhada Karbala gugur. Ketika para wanita melihat jasad suci para syuhada yang tidak berkepala, mereka berteriak dan menangis keras dan air-air mata mereka menitis ke bawah.
Apabila Hadrat Zainab as melihat jasad suci Imam Hussain as, dia berkata:
السلام علیک یا ذبیحاً من القفا
"Salam atasmu wahai yang disembeleh dari belakang (leher)".
Kemudian dia mendakap erat ke tubuhnya jasad abangnya yang tak berkepala itu dan seraya berkata:
اختک لک الفداء یا بن محمد المصطفى و یا قرّة عین فاطمة الزّهراء
"Adikmu (Zainab) korban untukmu wahai putera Muhammad al Mustafa saw dan wahai cahaya mata Fatimah az Zahra as".
Selepas itu, dengan suara yang penuh kedukaan dan jiwa yang bergoncang, dia berkata:
"Ya Muhammadah ....."
Ini adalah Hussain mu yang jasadnya terputus-putus berlumuran dengan darah, ini adalah puteri-puteri mu yang menjadi tawanan, ini Hussain mu yang badannya jatuh ke tanah!!!..
Hadrat Sakinah memeluk erat jasad ayahnya, sambil berteriak dan menangis dia berkata: Ayahku! Terbunuh engkau menjadikan musuh-musuhmu bergembira. Ayahku! Bani Umaiyyah telah meyatimkan aku di masa usia kecilku.. Ayah! Bila malam menjelma, siapakah yang akan menjagaku?...
Ayah! Mereka menarik anting-antingku dan merampas Aba'aku (pakaian).
Syekh al Kaf'ami menukilkan bahawa Hadrat Sakinah as berkata:
Semasa aku memeluk tubuh tercinta ayahku, aku jatuh pengsan dan dalam keadaan itu aku mendengar ayahku berkata:
شیعتى مهما شربتم ماء عذب فاذکرونى *** او سمعتم بغریب او شهید فاندبونى
"Syiahku, bila sahaja kamu meneguk meminum (air), maka ingatilah aku.... atau kamu mendengar tentang orang yang terasing (dari tanah airnya) atau syahid, maka rintihilah daku".
Rombongan tawanan Ahlulbait as tiba di kawasan pinggiran Kufah pada hari yang sama iaitu pada sebelas Muharram dan mereka dibawa seperti para tawanan dibawa.
Pada malamnya, mereka tiba di Kota Kufah.
Manusia-munusia mulia yang berduka atas kesyahidan Imam mereka dan manusia tercinta mereka ini ditempatkan di hadapan pintu gerbang Kota Kufah sehingga subuh keesokkan harinya.
Apabila subuh menjelma, Omar b. Saad yang terlaknat keluar dari Kufah dengan wajah yang ceria dan dia seakan-akan seperti panglima perang yang berjaya dalam peperangannya dan kemudian dia masuk ke Kufah (kembali) bersama para tawanan Ahlulbait as.
علی لعنة الله على القوم الظالمين
علی لعنة الله على القوم الكافرين
علی لعنة الله على القوم الكاذبين
DOKTRIN UMMAYAH BERTERUSAN HINGGA KINI. UMAT ISLAM DI PENGGAL SETIAP HARI |
No comments:
Post a Comment