Saturday, 27 September 2014

IMAM ALI DI PERANGI DALAM PERANG SIFFIN

Membawa kisah Perang Siffin, mungkin ramai yang pernah mendengarnya.

Persolan yang timbul;

1. Sebab perang tersebut meletus
2. Apa hukum memerangi Khalifah yang sedia ada?
3. Apa yang membenarkan Muawiyah memerangi Imam Ali sebagai Khalifah yang sah?
4. Siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah
5. Apa kesudahan dari kisah perang ini
6. Kemungkinan persoalan yang satu lagi perlu di fikirkan adalah pernahkan Rasul saw mengkabarkan kepada sahabat akan berlakunya Perang ini.

Perlu di fahami punca berlakunya perang Siffin adalah, Pada anggapan Mu`awiyah, Ali telah mencuaikan tanggungjawabnya melaksanakan hukuman qisas ke atas pembunuh-pembunuh Uthman. Dengan itu, beliau enggan untuk membai`ah Ali dan taat kepadanya kerana beliau berpendapat hukum qisas perlu ditegakkan sebelum khalifah dibai`ahkan. Pada masa yang sama beliau merupakan wali darah kerana kekeluargaannya dengan Uthman.

Kita lihat petikan petikan hadis yang mengisahkan trajedi Ammar bin Yasser yang terlibat dalam Perang Siffin.

1. Abu Ghadiyah, pembunuh Ammar bin Yaser,
ke Syurga atau ke Neraka?

Ibnu Taimiyyah bilang, sama-sama ke Syurga!!
Albani bilang, pembunuhnya ke Neraka!!

Dalam Perang Shiffin, Abu Ghadiyah berperang di pihak pemberontak bersama Muawiyah. Dia telah membunuh Ammar yang berperang di pihak Khalifah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as. Pembunuh dan mangsa bunuh kedua-duanya adalah sahabat Rasul saaw.

Menurut Ibnu Taimiyyah, Abu Ghadiyah masuk Syurga. Alasannya, kerana dia ahli Bai'ah Ridhwan. "Kami bersaksi, Ammar tempatnya di Syurga. Demikian juga bagi pembunuhnya, sekiranya ia ahli Bai'ah Ridhwan, baginya Syurga."*

Menurut Al-Albani, Abu Ghadiyah tempatnya di Neraka. "Tidak mungkin untuk mengatakan bahawa Abu Ghadiyah yang membunuh Ammar itu diganjari pahala akibat ia membunuh Ammar sedang ia berijtihad. Rasulullah saaw bersabda: "Pembunuh Ammar, di dalam Neraka." Sebetulnya harus dikatakan bahawa kaedah (ijtihad diganjari) itu benar, melainkan sekiranya dalil qath'ie menunjukkan sebaliknya, maka, hal itu dikecualikan dari kaedah umum, sebagaimana kes ini."**

Sumber:

*Minhajus Sunnah, 
Ibnu Taimiyyah, 
Jilid 6, m/s 205.



2. Riwayat ini salah satunya disebutkan dalam Musnad Ahmad 2/161 no 6499
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا أبو معاوية ثنا الأعمش عن عبد الرحمن بن زياد عن عبد الله بن الحرث قال اني لأسير مع معاوية في منصرفه من صفين بينه وبين عمرو بن العاص قال فقال عبد الله بن عمرو بن العاصي يا أبت ما سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول لعمار ويحك يا بن سمية تقتلك الفئة الباغية قال فقال عمرو لمعاوية ألا تسمع ما يقول هذا فقال معاوية لا تزال تأتينا بهنة أنحن قتلناه إنما قتله الذين جاؤوا به
Telah menceritakan kepada kami Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Ayahku yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Muawiyah yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Amasy dari Abdurrahman bin Ziyad dari Abdullah bin Harits yang berkata “Aku berjalan bersama Muawiyah sepulang dari Shiffin dan juga bersama Amru bin Ash. Abdullah bin Amru bin Ash berkata “wahai ayah tidakkah kau mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Ammar “Kasihan engkau Ibnu Sumayyah, engkau akan dibunuh oleh kelompok pembangkang”. Amru berkata kepada Muawiyah “Tidakkah engkau dengar perkataannya”. Muawiyah berkata “Ia selalu bermasalah bagi kita, apakah kita yang membunuh Ammar?. Sesungguhnya yang membunuhnya adalah orang yang membawanya”. 

Syaikh Syuaib Al Arnauth dalam Syarh Musnad Ahmad tahqiqnya berkata tentang hadis ini “sanadnya shahih” . Begitu pula Syaikh Ahmad Syakir dalam Syarh Musnad Ahmad tahqiq Beliau juga menyatakan hadis ini shahih. Siapa sebenarnya orang dalam kelompok Muawiyah yang membunuh Ammar bin Yasir RA?.

Para ulama telah menyebutkan bahwa orang yang membunuh Ammar bin Yasir adalah Abu Ghadiyah Al Juhani dan tahukah anda siapa dia?. Para ulama menyebutnya sebagai Sahabat Nabi SAW.

Ibnu Hajar dalam Al Ishabah 7/311 no 10365 memuat biografi Abu Ghadiyah Al Juhani dan menyebutkan
وقال الدوري عن بن معين أبو الغادية الجهني قاتل عمار له صحبة
Ad Dawri berkata dari Ibnu Ma’in “Abu Ghadiyah Al Juhani orang yang membunuh Ammar dan dia seorang Sahabat Nabi”.

Al Bukhari berkata dalam Tarikh Al Kabir juz 8 no 3557
أبو غادية الجهني سمع النبي صلى الله عليه وسلم
Abu Ghadiyah Al Juhani mendengar langsung dari Nabi SAW.

Ibnu Abdil Barr dalam Al Isti’ab 4/1725 dan Ibnu Atsir dalam Usud Al Ghabah 5/534 juga mengatakan bahwa Abu Ghadiyah seorang sahabat Nabi yang membunuh Ammar bin Yasir RA. Adz Dzahabi dalam Tarikh Al Islam 4/135 menyebutkan biografi Abu Ghadiyah Al Juhani dan menyebutkan
وقال الدار قطني وغيره هو قاتل عمار بن ياسر يوم صفين
Daruquthni dan yang lainnya berkata “Dia adalah orang yang membunuh Ammar bin Yasir pada perang Shiffin”.

Tahukah anda pahala apa yang akan didapat oleh orang yang membunuh Ammar?. Rasulullah SAW pernah bersabda
قاتل عمار و سالبه في النار
Yang membunuh Ammar dan menjarah( harta)nya akan masuk neraka
Hadis ini telah dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ahadits As Shahihah no 2008 dan Shahih Jami’ As Shaghir no 4294. Jika memang para Ulama menyebut Abu Ghadiyah sebagai Sahabat Nabi SAW yang membunuh Ammar bin Yasir RA maka tidak salah untuk dikatakan bahwa perbuatan Abu Ghadiyah itu telah mengantarkannya ke neraka.


Friday, 19 September 2014

IMAM ALI AS DI PERANGI DALAM PERANG JAMAL

Iman Ali as di perangi dalam Perang Jamal yang di ketuai Aisyah


Dimana kebenaran dan siapa yang berada di sebelah kebenaran?

Mari kita lihat Surah Al Ahzab 32 & 33
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk  dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya , dan ucapkanlah perkataan yang baik, (QS. 33:32)

dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu  dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (QS. 33:33) 

Dalam surah ini jelas larangan Allah kepada isteri isteri nabi melibatkan diri dalam urusan pemerintahan dan kamu tetap di rumah kamu.

Sejarah mengisahkan antara punca meletusnya Perang Jamal adalah rasa ketidakpuasan dari kalangan umat Islam sendiri terhadap Imam Ali as yang melakukan tindakan menggugurkan mereka yang tidak layak serta menggantikan dengan mereka yang lebih adil dan amanah dalam pemerintahan beliau. Imam Ali as juga telah menghapuskan undang-undang diskriminasi dan membatalkan segala konsensi yang sebelumnya di berikan kepada kaum Quraish dan menguruskan kembali hak umat Islam atas kekayaan Baitul mal.

Puak penentang sebelum ini menikmati pelbagai keistimewaan dari khalifah sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati. 3 individu besar Islam  yang terlibat memerangi Imam Ali as adalah Aisyah, Talhah dan Zubair. 

Melupakan pesanan Rasul saaw bahawa sesiapa yang menyakiti dan memerangi Imam Ali as akan di benci oleh Rasul saaw dan Allah swt, kelompok ini terus bertekad memerangi Imam Ali as atas faktor harta dan kuasa.

Ummu Salamah menasihati Aisyah agar ia tidak meninggalkan rumahnya: “Ya Aisyah, engkau telah menjadi penghalang antara Rasul Allah saw dan umatnya. Hijabmu menentukan kehormatan Rasul Allah saw, Al Qur’an telah menetapkan hijab untukmu.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya”. (Qs. Al Ahzab:33)

Dan jangan engkau membukanya. Tempatmu telah pula ditentukan Allah SWT dan janganlah engkau keluar. Allahlah yang akan melindungi umatnya. Rasul Allah saw mengetahui tempatmu. Kalau Rasul Allah saw ingin memberimu tugas tentu telah beliau sabdakan”

( Aisyah Ibnu Thaifur, Baldghat anNisa’, hlm. 8; Mengenai nasihat Ummu Salamah kepada ‘A’isyah, lihat juga Zamakhsyari, alFa’iq, jilid 1, hlm. 290; Ibnu ‘Abd Rabbih, Iqd alFarid, jilid 3, hlm. 69; Syarh NahjulBalaghah, jilid 2, hlm. 79 ).

Sejarah telah menyaksikan bahawa Aisyah telah melancarkan peperangan terhadap Imam Ali, khalifah yang sah di zamannya, dan telah menyebabkan ribuan para sahabat dan kaum Muslimin terbunuh.

Sejarah mencatatkan lebihkurang 20 ribu terkorban dalam peperangan tersebut.
Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.

Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Imam Ali as berhasil dipadamkan. Namun usaha memfitnah terhadap Imam Ali as terus berjalan.

“Dan barang siapa membunuh seorang Mu’min dengan sengaja, balasannya ialah neraka.
( Ia ) tinggal di dalamnya selama lamanya. Allah murka kepadanya dan melaknatinya, dan menyediakan baginya azab yang dahsyat”. ( Al Qur’an, an Nisa’ ayat  93 )

Apakah hukum memerangi Ahlul Bait? Tidakkah golongan yang memerangi Imam Ali as adalah dari kalangan MUNAFIQ yang jelas? Mengapa mereka sanggup ketepikan arahan Rasul saaw? 

Membenci Ahlulbait Nabi saaw, balasannya adalah Neraka.

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah saaw bersabda:

"والذي نفسي بيده، لا يبغضنا أهل البيت رجل إﻻ أدخله الله النار"

"Demi yang jiwaku di tangan-Nya, tidak membenci akan kami Ahlulbait oleh seseorang itu melainkan Allah pasti mencampakkannya ke Neraka."

Sanad hadis: Hasan (Baik).

Sumber:

Al-Ihsan fi Taqribi Sahih Ibni Hibban,

Al-Amir 'Alauddin Ali bin Balban Al-Farisi (w. 739H), Tahqiq oleh Syeikh Syuaib Al-Arnauth, Jilid 15, Muassasah Ar-Risalah, m/s 435.







Tuesday, 16 September 2014

CARA MENGENAL MUNAFIQ DI ZAMAN RASUL SAW

MUNAFIQ DI ZAMAN RASUL SAW

Mungkin ramai yang mensabitkan munafiq dengan hanya  Abdullah Ubai (Bapa Munafiq).
Tidak kurang yang mensabitkan munafiq itu mereka yang mencintai Imam Ali as pada masa kini.
Sebenarnya ramai di kalangan munafiq bersama dalam rasul saaw dan hadis di bawah ini menunjukan antara ciri dan perilaku munafiq yang lebih jelas.


Ali: Tidak membencinya, melainkan Munafik
■ Ali (as) berkata: "Demi (Tuhan) yang menebarkan biji benih, yang menciptakan manusia dan yang menyalut tulang belulang, sungguh janji Nabi al-Ummi: "Sesungguhnya tidak mencintaimu (Ali) melainkan Mukmin; dan tidak membencimu melainkan Munafik."
~ Riwayat al-Ashbahānī dengan sanad yang "Sahih".
Sumber:
Sifat an-Nifāq wa Na't al-Munafiqīn,
Al-Hafiz Ahmad al-Ashbahānī (326-420H),
Darul Basyā'ir al-Islamiyyah, Riwayat No. 71.



Cara Mengenal Munafik
■ Abu Sa'id al-Khudri berkata: "Kami mengenal Munafik di zaman Rasulullah saaw melalui kebencian mereka pada Ali (ra)."
~ Riwayat al-Ashbahānī dengan sanad "Hasan".
Sumber:
Sifat an-Nifāq wa Na't al-Munafiqīn,
Al-Hafiz Ahmad al-Ashbahānī (326-420H),
Darul Basyā'ir al-Islamiyyah, Riwayat No. 71.



NERAKA WAIL KEPADA GOLONGAN MUNAFIQ

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saaw bersabda kepada Ali bin Abi Talib:

“Engkau Penghulu di Dunia, dan Penghulu di Akhirat. Barangsiapa yang kasih padamu, ia telah kasih padaku. Kekasihmu adalah kekasih Allah. Musuhmu adalah musuhku dan musuh bagi Allah. Neraka Wail bagi yang membencimu setelah (ketiadaan) ku”

~ Para perawinya thiqah (terpercaya)
Muhaqqiq: Washiyyullah Muhammad bin Muhammad Abbas, Pensyarah, Universiti Ummul Qura, Mekah).

Sumber:
Fadhail as-Shahabah,
Imam Ahmad bin Hambal,
Dar Ibnil Jauzy, Juz 1, m/s 796.




KESIMPULAN
Sangat jelas hukuman bagi orang yang mencaci Imam Ali AS. 
Lalu apa hukuman bagi mereka yang melaknatnya dan memeranginya., sementara sejarah mengabarkan bahwa Muawiyah melaknati Imam Ali AS selama 70 tahun lebih.
Imam as telah diperangi oleh 3 kelompok dalam 3 Perang Besar. (Jamal, Siffin & Nahrawan)

Saturday, 13 September 2014

SIAPAKAH YANG MUNAFIQ DAN ENGKAR DI KALANGAN MEREKA YANG BERSAMA RASUL SAW?

ANTARA PERINGATAN DAN KECAMAN DALAM ALQURAN TERHADAP MEREKA YANG ENGKAR DI ZAMAN RASUL SAAW
-----------------------

Ada sahabat munafik (QS;At-Taubah;101)
Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kami-lah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan kami siksa dua kali kemudian mereka akan di kembalikan kepada azab yang besar. (QS. 9:101)

Siapa?

Ada sahabat munafik yang dikenal (QS;Al-Munafiqun;1)
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: “Kami mengakui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah”. Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (QS. 63:1)

Siapa?

Ada sahabat yang mencampur amal shaleh dengan keburukan (QS;At-Taubah;102) 
Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampur-baurkan perkerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 9:102)

Siapa?

Ada sahabat penebar fitnah & ragu-ragu (QS;At-Taubah;45-47)
Sesungguhnya yang meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya. (QS. 9:45)
Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu”. (QS. 9:46)
Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka bergegas-gegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antaramu; sedang di antara kamu ada yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim. (QS. 9:47)

Siapa?

Ada sahabat yang berburuk (sangka kepada Alloh SWT tanpa hak.Nyaris murtad) (QS;Al-Imran;154)
Kemudian setelah kamu berduka-cita Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa) kantuk yang meliputi segolongan daripada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri; mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah. Mereka berkata: “Apakah ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini?”. Katakanlah: “Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah”. Mereka menyembunyikan dalam hati mereka apa yang tidak mereka terangkan kepadamu; mereka berkata: “Sekiranya ada bagi kita barang sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini, niscaya kita tidak akan dibunuh (dikalahkan) di sini”. Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui segala isi hati. (QS. 3:154)

Siapa?

Ada sahabat yang lari dari peperangan [terjadi di saat perang uhud&hunain] (QS;Al-Imran;153)
(Ingatlah) ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorangpun, sedang Rasul yang berada di antara kawan-kawanmu yang lain memanggil kamu, karena itu Allah menimpakan atas kamu kesedihan atas kesedihan , supaya kamu jangan bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan terhadap apa yang menimpa kamu. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS. 3:153)

Siapa?

Ada sahabat fasiq [sahabat yang berkata&berlaku tidak benar] (QS;Al-Hujurat;6)
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. 49:6)

Siapa?

Ada sahabat yang telah bersumpah namun berdusta (QS;At-Taubah;56)
Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukan dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu). (QS. 9:56)

Siapa?

Ada sahabat yang mendebat Rasulullah saaw & benci jihad [suka dunia&benci akhirat] (QS;Al-Anfal;5,6,7,8)
Sebagaimana Rabbmu menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya sebagian dari orang-orang yang beriman itu tidak menyukainya, (QS. 8:5)
mereka membantahmu dengan kebenaran sesudah nyata (bahwa mereka pasti menang), seolah-olah mereka dihalau kepada kematian, sedang mereka melihat (sebab-sebab kematian itu). (QS. 8:6)
 Dan (ingatlah), ketika Allah menjanjikan kepadamu bahwa salah satu dari dua golongan (yang kamu hadapi) adalah untukmu, sedangkan kamu menginginkan bahwa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah  yang untukmu, dan Allah menghendaki untuk membenarkan dengan ayat-ayat-Nya dan memusnahkan orang-orang kafir, (QS. 8:7)
agar Allah menetapkan yang hak (Islam) dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa (musrik) itu tidak menyukainya. (QS. 8:8)

Siapa?

Ada sahabat yang menghindari jihad dalam perang badar (QS;An-nisa';77)
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka : “Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat!” Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari takutnya. Mereka berkata: “Ya Rabb kami, mengapa engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami beberapa waktu lagi?” Katakanlah: “Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun 318. (QS. 4:77)

Siapa?

Ada sahabat yang lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat (At-Taubah;38)
Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu : “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (QS. 9:38)

Siapa?

Ada sahabat yang melarikan diri dari jihad (At-Taubah;25)
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai orang-orang mu’minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu ketika kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlahmu,maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa’at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dan bercerai-berai. (QS. 9:25)

Siapa?

Ada sahabat yang berdusta (At-Taubah;43)
.Semoga Allah memaafkanmu. Mangapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta, (QS. 9:43)

Siapa?

Ada sahabat yang berbalik dari jihad & melanggar janji dengan Rasullulllah saaw (QS;Al-Ahzab;15)
. Dan sesungguhnya mereka sebelum itu telah berjanji kepada Allah: “Mereka tidak akan berbalik ke belakang (mundur)”. Dan adalah perjanjian dengan Allah akan diminta pertanggungan jawabnya. (QS. 33:15)

Siapa?

Wednesday, 10 September 2014

BENARKAH RASUL SAW PERNAH DI SIHIRKAN?


Umumnya semua mengetahui sihir adalah pekerjaan syaitan. Syaitan hanya mampu menguasai orang orang yang lemah pemikiran dan imannya. Dalam pengertian lain sihir juga di maksudkan menggunakan perantara makhluk Jin & Syaitan yang lebih di kenali sebagai ILMU HITAM

Kali ini saya akan kemukakan beberapa hujah mengenai kisah apakah benar Junjungan Besar kita Muhammad saaw pernah di sihirkan seperti yang di ceritakan dalam hadis sahih.

Asbaabun-Nuzuul Surah An-Naas dan Al-Falaq
Bahwa Rasulullah saw. pernah mengalami sakit parah, maka datanglah kepada beliau dua Malaikat, yang satu duduk di sebelah kepala beliau dan yang satu lagi di sebelah kaki beliau. Berkatalah Malaikat yang yang duduk di sebelah kaki beliau kepada Malaikat yang duduk di sebelah kepala beliau: "Apa yang engkau lihat?" Ia menjawab: "Beliau terkena guna-guna" Dia bertanya lagi: "Apa guna-guna itu?" Ia menjawab: "Guna-guna itu sihir!" Dia bertanya lagi: "Siapa yang membuat sihir?" Ia menjawab: "Labid bin al-A'sham al-Yahudi, yang sihirnya berupa gulungan yang disimpan di dalam sumur keluarga si anu di bawah sebuah batu besar. Datanglah ke sumur itu, timbalah airnya dan angkat batunya, kemudian ambillah gulungannya dan bakarlah. Pada pagi harinya Rasulullah saw. mengutus 'Amar bin Yasir dan kawan-kawannya. Setibanya di sumur itu, tampaklah airnya merah seperti air pacar. Air itu ditimbanya, dan diangkat batunya, serta dikeluarkan gulungannya kemudian dibakar. Ternyata di dalam gulungan itu ada tali yang terdiri atas sebelas simpul. Kedua surah ini.(Q.S. 113 dan 114) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut. Setiap kali Rasulullah saw. mengucapkan satu ayat, terbukalah simpulnya.

Apakah benar Rasul saaw seorang yang terpelihara atau maksum mampu di dekati oleh Jin dan Syaitan? 

Mari kita lihat beberapa ayat Quran yang menyanggah kisah dalam hadis tersebut.

Hai Rasul, sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Rabbmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia . Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. (QS. 5:67) (Al Maidah).

 Dan lemparkanlah apa yang ada di tangan kananmu, niscaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang”. (QS. 20:69) (Toha)

Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Hijr:39)
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (ikhlas)". (Hijrr:40)

(Dia adalah Rabb) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu.
Kecuali kepada rasul yang diridhai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan di belakangnya. (QS Al Jin 26-27)

Dari surah surah yang saya paparkan jelas kita boleh membuat kesimpulan
1. Janji Allah memelihara Rasul saaw dari gangguan manusia
2. Sedangkan Nabi Musa as di lindungi Allah dari perbuatan sihir Firaun dan pengikutnya, inikan Muhammad saaw penghulu segala Nabi sudah pasti Allah memeliharanya dari hal hal yang mengaibkan beliau.
3. Kita melihat sumpah Iblis hanya akan mengganggu gugat manusia kecuali yang IKHLAS (MUKHLIS). Apakah Rasul saaw tidak tergolong dalam mereka yang MUKHLIS?
4. Lihat bagaimana Allah memerintahkan para Malaikat yang sentiasa melindungi Rasul saaw dari depan dan belakang. Bagaimana Labid yang dikatakan menyihirkan Rasul saaw boleh menembusi dinding Malaikat yang menjaga Rasul saaw? Apakah Labid seorang Yahudi jauh lebih hebat dari janji Allah?
5. Surah Al Falaq dan An Nas adalah surah yang di turunkan bertujuan sebagai pelindung kepada manusia dari segala gangguan syaitan, jin dan manusia. Tidak benar surah ini di turunkan adalah di sebabkan oleh Rasul saaw terkena sihir hingga ada riwayat mengatakan beliau sakit, lupa dengan berapa isteri beliau bersama yang amat jelas merendahkan martabat seorang insan yang terpelihara lagi maksum.

KESIMPULAN
Pengaruh sihir ilmu hitam hanya akan menaluki jiwa jiwa yang lemah dan insan yang berpemikiran songsang serta menafikan kemaksuman para rasul saaw dan itrahnya.

Imam Jaafar Shadiq berkata:
Tiada seorang Mukmin melainkan di hatinya ada dua telinga; satu telinga syaitan akan meniup di dalamnya, dan satu lagi Malaikat akan meniup di dalamnya. Akan tetapi Allah akan menguatkan seorang Mukmin dengan Malaikat. Dan itulah firman Allah "Dan Allah menguatkannya dengan roh dariNya"

Semoga hujah ini dapat mengukuhkan lagi akidah kita dan penghormatan kita terhadap Rasul saaw dan pengharapan syafaat terhadap beliau dan itrahnya.

Monday, 8 September 2014

PERPECAHAN UMAT ISLAM DAN KENAPA?

Secara umumnya semua umat Islam harus mengakui akan perpecahan umat Islam bermula sebaik kewafatan Rasul saaw.
Mari kita lihat beberapa surah dan sebab sebab di turunkan ayat tersebut.

Qs. Al An’am ayat 65-67

Qs. 6:65. Katakanlah (Muhammad), “Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu, dari atas atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebagian kamu keganasan sebagian yang lain.” Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan berulang ulang tanda tanda (kekuasaan Kami) agar mereka memahami (nya)

Qs. 6:66. Dan kaummu mendustakannya (azab) padahal (azab) itu benar adanya. Katakanlah (Muhammad), “Aku ini bukanlah penanggung jawab kamu”

Qs. 6:67. Setiap berita (yang dibawa oleh Rasul) ada (waktu) terjadinya dan kelak kamu akan mengetahui

Asbabun Nuzul Qs.6 : 65-67 :
Zaid bin Aslam mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda  kepada para sahabat,
“Setelah kepergianku, janganlah kalian kembali menjadi kafir dengan saling membunuh diantara kalian”.
Mereka berkata, “Kami bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya engkau adalah Rasul Nya.
“Sebagian yang lain berkata, “ini tidak akan pernah terjadi untuk selamanya, yaitu saling membunuh diantara kita, sementara kita semua adalah muslim.” Maka turunlah ketiga ayat ini (HR. Ibnu Abi Hatim)


Qs. Asy Syu’ara; ayat 205-207

Qs.26 : 205  : Maka bagaimana pendapatmu jika kepada mereka kami berikan kenikmatan hidup beberapa tahun,

Qs.26 : 206  : Kemudian datang kepada mereka azab yang diancamkan kepada mereka,


Qs.26 : 207  : Niscaya tidak berguna bagi mereka kenikmatan yang mereka rasakan

Asbabun Nuzul Qs.26 : 205-207
Menurut Abu Jahdham, ketiga ayat ini diturunkan berkenaan dengan Rasulullah yang suatu ketika terlihat bingung dan gelisah. Para sahabat menanyakan hal itu. “Aku bermimpi, setelah aku wafat kelak, aku melihat musuhku yang ternyata adalah berasal dari umatku sendiri,” jawab Rasulullah (HR.ibnu Abi Hatim)

Jelas dari point yang perlu kita fahami adalah ayat ayat ini adalah peringatan kepada para sahabat agar jangan kalin menjadi KAFIR. Walaupun sahabat menafikan akan berlaku kerana kami sesama muslim, tetapi ayat Quran menjelaskan setiap berita yang di bawa oleh Rasul saaw akan berlaku dan kelak kamu mengetahuinya.

Point yang seterusnya Rasul saaw mengkabarkan beliau bermimpi (mimpi Rasul saaw adalah semuanya benar) musuh ku adalah berasal dari umatku sendiri.

Kita melihat lagi beberapa hadis yang menggambarkan perpecahan umat Islam

Imam Ali as. berulang kali mengatakan:

إنّه ممّا عهد إليّ النبي (صلى الله عليه وآله وسلم) أنّ الاُمّة ستغدر بي بعده

“Termasuk yang dijanjikan Nabi kepadaku bahwa umat akan mengkhianatiku sepeninggal beliau.”

Sumber Hadis:
Hadis ini telah diriwayatkan dan dishahihkan al Hakim dan adz Dzahabi. Ia berkata:
صحيح الاسناد
“Hadis ini sahih sanadnya.”

Adz Dzahabi pun menshahihkannya. Ia berkata:
صحيح
Hadis ini shahih.” 

Sebagaimana juga diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, al Bazzâr, ad Dâruquthni, al Khathib al Baghdâdi, al Baihaqi..


Imam Ali as. berkata:

بينا رسول الله (صلى الله عليه وسلم) آخذ بيدي ونحن نمشي في بعض سكك المدينة، إذ أتينا على حديقة، فقلت: يا رسول الله ما أحسنها من حديقة ! فقال: إنّ لك في الجنّة أحسن منها، ثمّ مررنا بأُخرى فقلت: يا رسول الله ما أحسنها من حديقة ! قال: لك في الجنّة أحسن منها، حتّى مررنا بسبع حدائق، كلّ ذلك أقول ما أحسنها ويقول: لك في الجنّة أحسن منها، فلمّا خلا لي الطريق اعتنقني ثمّ أجهش باكياً، قلت: يا رسول الله ما يبكيك ؟ قال: ضغائن في صدور أقوام لا يبدونها لك إلاّ من بعدي، قال: قلت يا رسول الله في سلامة من ديني ؟ قال: في سلامة من دينك

“Ketika Rasulullah saw. memegang tanganku, ketika itu kami sedang berjalan-jalan di sebagian kampong kota Madinah, kami mendatangi sebuah kebun, aku berkata, ‘Wahai Rasulullah alangkah indahnya kebun ini!’ Maka beliau bersabda, ‘Untukmu di surga lebih indah darinya.’ Kemudian kami melewati tujuh kebun, dan setiap kali aku mengatakannya, ‘Alangkah indahnya’ dan nabi pun bersabda, ‘Untukmu di surga lebih indah darinya.’ Maka ketika kami berda di tempat yang sepi, Nabi saw. memelukku dan sepontan menangis. Aku berkata, ‘Wahai Rrasulullah, gerangan apa yang menyebabkan Anda menangis?’ Beliau menjawab, ‘Kedengkian-kedengkian yang ada di dada-dada sebagian kaum yang tidak akan mereka tampakkan kecuali setelah kematianku.’ Aku berkata, ‘Apakah dalam keselamatan dalam agamaku?’ Beliau menjawab, ‘Ya. Dalam keselamatan agamamu.’”

Sumber Hadis:

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la, al Bazzâr dengan sanad shahih, al Hakim dan adz Dzahabi dan mereka menshahihkannya,[2] Ibnu Hibbân dkk. [3]

KESIMPULAN
1. Perpecahan sudah di kabarkan dengan jelas dalam Al Quran dan Hadis.
2. Ada kalangan sahabat yang kembali menjadi KAFIR & SALING MEMBUNUH  setelah kewafatan Rasul saaw.
3. Musuh Rasul saaw setelah kewafatannya adalah berasal dari umat Islam sendiri.
4. Maka perpecahan dan pembunuhan sesama Islam berlarutan sehingga kini akibat pelanggaran dari nasihat Rasul saaw.
5. Ibnu Abi al Hadid mengatakan, “Ketahuilah bahwa semua darah yang ditumpahkan Rasulullah saw. dengan pedang Ali as. dan dengan pedang yang lainnya maka orang-orang Arab sepeninggal Nabi saw. hanya akan menuntut balas semua itu kepada Ali as., dan itu adalah kebiasaan bangsa Arab apabila ada seorang dari mereka terbunuh mereka menuntut balas kepada si pembunuhnya dan apabila ia telah mati atau ada halangan untuk membalasnya maka mereka akan membalas keluarga yang paling sepadan dengan si pembunuh dari keluargnya.”






Sunday, 7 September 2014

PENGKAFIRAN KEATAS AYAH IMAM ALI AS

Banyak kitab sejarah mengkisahkan tentang saat kewafatan Abu Thalib (ayah Imam Ali as) dimana dimana beliau enggan menerima Islam dan tidak mahu mengucap kalimah syahadah di hadapan Rasul saaw.

Persoalannya apakah benar kisah ini?
Mari kita rungkai akan hakikat sebenar apa yang berlaku.

KISAH YANG SERING KITA DENGAR

Dari Musayib bin Hazn, beliau menceritakan,

Ketika Abu Thalib hendak meninggal dunia, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatanginya. Di dekat Abu Thalib, beliau melihat ada Abu Jahal bin Hisyam, dan Abdullah bin Abi Umayah bin Mughirah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada pamannya, ”Wahai paman, ucapkanlah laa ilaaha illallah, kalimat yang aku jadikan saksi utk membela paman di hadapan Allah.” Namun Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah menimpali, ’Hai Abu Thalib, apakah kamu membenci agama Abdul Muthalib?’
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam terus mengajak pamannya untuk mengucapkan kalimat tauhid, namun dua orang itu selalu mengulang-ulang ucapannya. Hingga Abu Thalib memilih ucapan terakhir, dia mengikuti agama Abdul Muthalib dan enggan untuk mengucapkan laa ilaaha illallah.

Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertekad, ”Demi Allah, aku akan memohonkan ampunan untukmu kepada Allah, selama aku tidak dilarang.”

Lalu Allah menurunkan firman-Nya di surat at-Taubah: 113. dan al-Qashsas: 56. (HR. Bukhari 1360 dan Muslim 24)

Firman Allah di surat at-Taubah:
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
”Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum Kerabat (Nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.” (QS. At-Taubah: 113).

Firman Allah di surat al-Qashsas:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (QS. Al-Qashsas: 56)

Ibnu Katsir mengutip keterangan beberapa ulama tafsir sahabat dan Tabiin,
قال ابن عباس، وابن عمر، ومجاهد، والشعبي، وقتادة: إنها نزلت في أبي طالب حين عَرَضَ عليه رسولُ الله صلى الله عليه وسلم أن يقول: “لا إله إلا الله” فأبى عليه ذلك. وكان آخر ما قال: هو على ملة عبد المطلب.
Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Mujahid, as-Sya’bi, dan Qatadah mengatakan, ayat ini turun berkaitan dengan Abu Thalib, ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajak dia untuk mengucapkan laa ilaaha illallah, namun dia enggan untuk mengucapkannya. Dan terakhir yang dia ucapkan, bahwa dia mengikuti agama Abdul Muthalib. (Tafsir Ibn Katsir, 6/247)

Suatu ketika ada orang yang menyebut tentang paman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu Abu Thalib di samping beliau. Lalu beliau bersabda,
“Semoga dia mendapat syafaatku pada hari kiamat, sehingga beliau diletakkan di permukaan neraka yang membakar mata kakinya, namun otaknya mendidih.” (HR. Bukhari 6564, Muslim 210, dan yang lainnya).

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ، وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ
”Penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah Abu Thalib. Dia diberi dua sandal yang menyebabkan otaknya mendidih.” (HR. Ahmad 2636, Muslim 212, dan yang lainnya)

MARI KITA LIHAT SIAPA SEBENAR ABU THALIB

1. Abu Thalib nama aslinya adalah Abdul Manaf, sedang nama Abu Thalib adalah nama Kauniyah (panggilan) yang berasal dari putra pertamanya yaitu Thalib. Beliau adalah BAPA SAUDARA MUHAMMAD SAAW

2. Ketika Nabi saaw berdakwah dan mendapat rintangan Abu Thalib dengan tegar berkata: “Kalian tidak akan dapat menyentuh Muhammad sebelum kalian menguburkanku”.  

3. Beliau telah menerima amanat dari ayahnya Abdul Mutthalib untuk mengasuh Nabi saaw dan telah dilaksanakan amanat tersebut. Nabi saaw adalah sebaik-baik asuhan dan Abu Thalib adalah sebaik-baik pengasuh.

4. Ketika berpidato dalam pernikahan Nabi saaw dengan Sayyidah Khadijah a.s. Abu Thalib berkata : “ Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan kita sekalian sebagian anak cucu Ibrahim dan Ismail, menjadikan kita sekalian berpangkal dari Bany Ma’ad dan Mudhar menjadikan kita penanggung jawab rumah-Nya (ka’bah) sebagai tempat haji serta tanah haram yang permai, menjadikan kita semua sebagai pemimpin-pemimpin manusia.

5. Dan banyak lagi jasa jasa beliau bersama Rasul saaw.

BENARKAH AT TAUBAH 113 & ALQASHASH 56 ITU KAITAN DENGAN ABU THALIB?

Agak janggal bila kebanyakan hadis hadis tentang kekafiran Abu Thalib di riwayaat oleh perawi Abu Hurairah di mana ketika Abu Thalib wafat, Abu Hurairah masih belum memeluk Islam. (Abu Hurairah memeluk islam ketika Perang Khaibar iaitu TAHUN ke 7 HIJRAH.  Sedangkan Abu Thalib wafat TAHUN ke 2 HIJRAH.

Berhubung dengan SURAH At TAUBAH 113 adalah surah terakhir di turun di MADINAH. Sedangkan jarak  kewafatan ABU THALIB dengan turunnya ayat tersebut adalah bertahun lamanya dan tidak ada kaitan dengan kewafatan Abu Thalib(sebelum HIJRAH). Bukankah suatu kejanggalan bahwa ayat yang turun di Madinah menjadi penjelasan terhadap peristiwa yang turun di Makkah?

Begitu juga Al-QASHASH 56 turun pada waktu perang Uhud (sesudah Hijrah).

Maka kedua dua ayat ini tidak ada kaitan dengan PERISTIWA KEWAFATAN ABU THALIB

HADIS YANG SEBENAR MENCERITAKAN MENGENAI KEWAFATAN ABU THALIB

Dalam Tarikh Ya’qubi jilid II hal. 28 disebutkan :

“Ketika Rasul saaw diberi tahu tentang wafatnya Abu Thalib, beliau tampak sangat sedih, beliau datang menghampiri jenazah Abu Thalib dan mengusap-usap pipi kanannya 4 kali dan pipi kiri 3 kali. Kemudian beliauberucap :”Paman, engkau memlihara diriku sejak kecil, mengasuhkusebagai anak yatim dan membelaku disaat aku sudah besar. Karena aku, Allah SWT melimpahkan kebajikan bagimu”. Beliau lalu berjalan perlahan-lahan lalu berkata : ”Berkat silaturrahmimu Allah SWT melimpahkan kebajikan bagimu paman”.

Dalam buku Siratun Nabi saaw yang ditulis oleh Ibnu Hisyam, jilid I hal.252-253 disebutkan: Abu Thalibmeninggal dunia tanpa ada kafir Quraisy disekitarnya dan mengusapkan dua kalimat syahadat yang didengar oleh Abbas bin Abdul Mutthalib. Demikian pula dalam buku Abu Thalib mukmin Quraisy oleh Syeckh Abdullah al-Khanaizy diterangkan : bahwa Abu Thalib mengusapkan kalimat Syahadat diriwayatkan oleh Abu Bakar, yang dikutib oleh pengarang tersebut dari buku Sarah Nahjul balaghah III hal.312, Syekh Abthah hal.71nAl-Ghadir VII hal.370 & 401, Al-A’Yan XXXIX hal.136.

Abu Dzar Al-Ghifari seorang sahabat Nabi saaw yang sangat dicintai Nabi saaw bersumpah menyatakan, bahwa wafatnya Abu Thalib sebagai seorang mukmin (Al-Ghadir Vii hal.397).

 Ibn AbilHadid meriwayatkan dari banyak jalur, dari Abbas bin ‘Abdul Muththalib, dan sebagian lagi dari Abu Bakar bin Abi Quhafah:

‘Sesungguhnya, Abu Thalib sebelum meninggal berkata: ‘La ilaha ilallah, Muhammad Rasul Allah’.

Dan yang termasyhur adalah bahwa Abu Thalib tatkala sedang sakarat kelihatan berbicara pelan. Dan melihat bibir yang bergerak, Abbas, saudaranya, mendekatkan kupingnya dan mendengar Abu Thalib membaca syahadat. (Sirah Ibnu Hisyam, jilid 2 hlm. 27; Tharikh Ibnu Katsir, jilid 2, hlm. 123; Ibnu Sayyid AnNas, Uuyn alAtsar, jilid 1, hlm. 131; alIshabah,  jilid 4, hlm. 116; alMawahib Diniyyah, jilid 1, hlm. 71; AsSirah alHalabiyah, jilid 1, hlm. 372; AsSirah adDahlaniyyah  Hamisy alHalabiyah,  jilid 1, hlm. 89; Asna a1Muthalib,  hlm. 20.)


KESIMPULAN

Abu Thalib adalah bapa kepada Imam Ali as dan bapa saudara kepada Rasul saaw serta anak kepada Abu Muthalib adalah mereka yang beriman kepada Allah dan tidak pernah sesekali menjadi musyrik atau penyembah berhala. Mana mungkin pengasuh yang memelihara Rasul saw seorang musyrikin? Apakah sebelum Muhammad di angkat sebagai Rasul saw, tidak ada manusia beriman dan bersujud kepada Allah? Sesungguhnya mereka mereka ini menjadi pengikut Agama Hanif yang di bawa oleh Nabi Ibrahim as.






PENGKAFIRAN TERHADAP AYAH NABI IBRAHIM

Banyak kisah kisah dalam kitab kitab Islam mengkabarkan kedudukan ayah Nabi Ibrahim sebagai Penyembah Berhala.
Persoalannya benarkah kisah tersebut?

Apakah benar bapak Nabi Ibrahim bernama  Azar?

 "Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapak , tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu (agar ia tertarik kepada keimanan). Akan tetapi tatkala telah jelas bagi Ibrahim, bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri darinya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun." (Qs. Al-Taubah [9]: 114)

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya  Azar: "Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihat bahwa kamu dan kaummu berada dalam kesesatan yang nyata." (Qs. Al-An'am [6]: 74)

 "Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapaknya  dan kaumnya: "Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu sembah." (Qs. Al-Zukhruf [43]: 26)

 "Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya : "Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan (kepada Allah) bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari (siksaan) Allah.” Qs. Al-Mumtahanah [60]:

“Wahai ayahku, janganlah kamu menyembah setan, sesungguhnya setan itu durhaka Tuhan yang Maha Pemurah “.( Maryam 44 ).

Kita lihat maksud bapak/ayah dan dalam Al Quran dalam surah surah berkaitan di atas di sebut Abi.

Berdasarkan tanda-tanda dan beberapa bukti yang akan kami jelaskan di bawah ini, menjadi jelaslah bahwa yang dimaksudkan dengan kata "Abi" pada ayat-ayat tersebut adalah BUKAN AYAH/BAPA KANDUNG Ibrahim As.

HUJAH membuktikan ABI itu bukan BEMAKSUD BAPA KANDUNG.

al Qur’an menyebutkan Nabi Ismail sebagai ” ABI Nabi Ya’kub as., padahal beliau adalah BAPAK SAUDARA  NabiYa’kub as.

“Adakah kalian menyaksikan ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) kematian, ketika ia bertanya kepada anak-anaknya, ” Apa yang kalian sembah sepeninggalku ? “. Mereka menjawab, ” Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan ayah-ayahmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, Tuhan yang Esa, dan kami hanya kepadaNya kami berserah diri “.( al Baqarah 133 )

 Ayah ayahmu “aabaaika ” bentuk jama’ dari ” ABI ”

Dan juga kata ” abuya ” atau ” buya ” derivasi dari ” ab ” sering dipakai dalam ungkapan sehari-hari bangsa Arab dengan arti guru, atau orang yang berjasa dalam kehidupan.

Dengan melihat ayat-ayat yang menjelaskan perjalanan kehidupan Nabi Ibrahim as. akan jelas bahwa seorang yang bernama ” Azar “, penyembah dan pembuat patung, bukanlah ayah kandung Ibrahim, melainkan bapa saudara atau ayah angkatnya atau orang yang sangat dekat dengannya.

LALU SIAPAKAH BAPAK KANDUNG SEBENAR NABI IBRAHIM?

 "Abu Na'im dalam kitabnya Dalâil meriwatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah Saw bersabda: "Tidak seorang pun dari semua ayah dan ibuku pernah menyentuh perbuatan keji (zina), dan Allah Swt senantiasa memindahkanku dari sulbi ayah-ayah yang suci kepada rahim-rahim para ibu yang suci pula. Dan di mana saja ayah-ayah tersebut mempunyai anak-anak, maka aku dipindahkan ke sulbi seorang anak yang lebih suci dan lebih baik dari anak-anak lainnya.

Dengan ini dapat di fahami dengan jelas bahwa kedua orang tua (ayah ibu) nabi Ibrahim As adalah termasuk orang-orang yang muwahhid (mengesakan Tuhan) dan orang-orang yang suci.

” Dan perpindahanmu ( taqallub) di antara orang-orang yang sujud “.( al Syua’ra 219 )
Ini membawa maksud ayah-ayah Nabi Muhammad dari Abdullah sampai Nabi Adam adalah orang-orang yang suka bersujud kepada Allah.

Nabi Ibrahim yang terakhir, beliau datang ke tempat suci Mekkah dan mempunyai keturunan, kemudian membangun kembali ka’bah, beliau berdoa,
“Ya Tuhan kami, ampunilah aku, kedua walid ku dan kaum mukminin di hari tegaknya hisab“
( Ibrahim 41 ).
Doa Nabi Ibrahim kepada kedua orang tuanya di mana maskud WALID KU (Ayah dan Ibu Kandung)

Ummu Salamah, isteri Rasulullah Saw berkata:
"Aku pernah mendengar Rasulullah Saw bersabda: "Adnan adalah Ad putera Udud bin Ilyasa' bin Humaisa' bin Salaman bin Nabat bin Haml bin Qaidar bin Ismail bin Ibrahim As bin Tarikh bin Takhur bin Sarukh bin Ar'awa' bin Faligh bin 'Abir dan dia adalah Hud As bin Syalikh bin Arfakhsyad bin Sam bin Nuh As bin Lamak bin Matusylakh bin Akhnukh, dia adalah Idris bin Yarid bin Mahlail bin Qainan bin Anusy bin Syits bin Adam As; bapak manusia.

 Karena itu, ayah Ibrahim adalah Tarikh, sedangkan Azar adalah bapa saudaranya.

# Maka terdapat perbezaan maksud di antara ABI dan WALID yang perlu di fahami dengan jelas agar kita tidak tersalah sangka.




Saturday, 6 September 2014

PENGKAFIRAN TERHADAP AYAH DAN IBU RASUL SAW

BANYAK HADIS HADIS PALSU TETAPI DI MUATKAN SEBAGAI SAHIH MENGENAI PENGKAFIRAN KEPADA AYAH DAN IBU RASUL SAW

Mari kita lihat beberapa hadis  meletakan ayah dan ibu rasul saw seorang musyrik.

1. Diriwayatakan Muslim dari Anas: Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, “Di manakah bapakku?” Beliau menjawab, “Di neraka.” Maka ketika ia berbalik, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallammemanggilnya dan bersabda:

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

“Sesungguhnya bapakku dan bapakmu berada di neraka.”

Hadits ini menunjukkan bahwa ayah beliau meninggal sebagai orang kafir. Dan siapa yang meninggal di atas kekafiran maka dia di neraka, hubungan kekerabatan tidak berguna dan tidak bisa menyelamatkannya. (Lihat: Syarah Shahih Muslim, Imam al-Nawawi: no. 302)

2. Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahihnya, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menziarahi kubur ibunya, lalu beliau menangis sehingga orang-orang yang ada di sekitar beliau-pun ikut menangis. Karenanya beliau bersabda, “Aku telah meminta izin kepada Rabb-ku untuk saya beristighfar (memintakan ampun) baginya, namun Dia tidak mengizinkan. Dan aku meminta izin untuk menziarahi (mengunjungi) kuburnya, maka Dia mengizinkan untukku. Karenanya, lakukan ziarah kubur, sebab hal itu bisa mengingatkan kepada kematian.”

3. Tafsir Ibnu Katsir, dari hadits Ibnu Mas’ud bahwa kisah ini menjadi sebab turunnya firman Allah,

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam.” (QS. Al-Taubah: 113) dan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam mengutarakan bahwa kesedihan ini merupakan naluri sayang seorang anak terhadap orang tuanya. (Lihat: Al-Hakim dalam Mustadrak: 2/336 beliau mengatakan, “Shahih sesuai syarat keduanya –Bukhari dan Muslim-; Al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwah: 1/189)

4. Dalil golongan yang menyatakan orang tua Nabi masuk neraka adalah hadits riwayat Imam Muslim dari Hammad :

أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيْنَ أَبِي قَالَ فِي النَّارِ فَلَمَّا قَفَّى دَعَاهُ فَقَالَ إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Bahwasanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah “ Ya, Rasulullah, dimana keberadaan ayahku ?, Rasulullah menjawab : “ dia di neraka” . maka ketika orang tersebut hendak beranjak, rasulullah memanggilnya seraya berkata “ sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka “.

Inilah di antara hadis hadis pembohongan yang mencela dan mengkafirkan ayah dan ibu Rasul saaw. Sehingga ada kalangan agamawan di negara kita yang masih berpegang kepada hadis hadis palsu tersebut.

HAKIKATNYA SEBARANG HADIS YANG BERCANGGAH DENGAN AL QURAN SEWAJARNYA DI TOLAK WALAUPUN DI KATEGORIKAN SAHIH

1. Allah swt berfirman dalam surat Al-Israa(17)ayat 15: ..”Dan kami tidak akan mengazhab sebelum kami mengutus seorang Rasul”

Hujah:Bukankah kedua orangtua Rasulullah saw sudah meninggal tatkala beliau berusia 8tahun,sedangkan pengutusan Muhammad sebagai Rasul baru dilakukan ketika beliau berumur 40tahun?

2. Asy-Syu’araa (Q.S-26:217-219) Allah swt berfirman: “Dan bertakwalah kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.Yang melihat kamu ketika kamu berdiri(untuk sembahyang) dan melihat pula perpindahan badanmu dari(sulbi-sulbi) orang-orang bersujud”

Hujah: Disini kita melihat perpindahan badan(benih)Rasulullah dari satu sulbi ke sulbi yang lain.Dan sulbi-sulbi tempat persinggahan itu tidak lain adalah milik orang -orang yang bersujud(beriman). Apakah mereka yang bersujud dan beriman itu kafir?

RUMUSAN
Bagaimana kita boleh mendapat syafaat dan kasih sayang dari junjungan kita sedangkan dalam waktu yang sama kita mengkafirkan ayah dan ibu Rasul saw.

Thursday, 4 September 2014

MENGENALI ABDULLAH BIN SABA DENGAN LEBIH LANJUT

SIAPAKAH BELIAU?

Sebut sahaja Ahlul Bait atau Syiah maka akan muncul nama Abdullah bin Saba sebagai strategi MENTAL BLOCK penghalang kepada kebenaran.

POINT melihat kebohongan ABDULLAH SABA adalah dengan mengenal dulu SAIF BIN UMAR AL TAMIMI.

Kebohongan Abdullah B Saba’

Tokoh Abdullah bin Saba diciptakan oleh Saif bin Umar al-Tamimi, dalam kitabnya
“Al-Futuh” dan “Al-Jamal”. Sedangkan Saif sendiri wafat antara tahun 170H dan 190 H di masa kekuasaan Harun al-Rasyid

Sementara itu, telah dibuktikan oleh ahli jarh wa al-ta’dil ahlusunnah sendiri bahwa bahwa Saif bin Umar al-Tamimi adalah pembohong, munkar, dan tertuduh zindiq (ateis). Berikut beberapa pendapat mereka:

1. Yahya bin Mun’im, mengatakan: “Riwayat-riwayatnya lemah dan tidak berguna.”

2. Al-Nasa’i, dalam Sunan-nya, mengatakan: “Riwayat-riwayatnya lemah dan harus diabaikan, karena ia adalah orang yang tidak dapat diandalkan dan tidak patut dipercaya.”

3. Abu Dawud mengatakan: “Tidak ada harganya, ia seorang pembohong.”

4. Ibn Abi Hatim, mengatakan: “Mereka telah meninggalkan riwayat-riwayatnya.”

5. Ibn al-Sakan, mengatakan: “Riwayatnya lemah.”

6. Ibn ‘Adi mengatakan: “Riwayatnya lemah. Sebagian dari riwayatnya terkenal namun secara umum adalah mungkar dan tidak diikuti.”

7. Al-Hakim mengatakan: “Riwayat-riwayatnya telah ditinggalkan, dan ia juga dituduh zindiq.”

8. Ibn Hibban mengatakan: “Ia terdakwa sebagai zindiq, dan memalsukan riwayat-riwayat.”

Ulama besar ahlusunnah Ibn Hajar al-Asqalani al-Syafi’i mengatakan: “Ibn Asakir kemudian meriwayatkan sebuah cerita panjang dari Saif bin Umar al-Tamimi dalam kitab Al-Futuh, yang tidak shahih sanad-sanadnya.” Ia lalu menambahkan: “Berita-berita tentang Abdullah bin Saba’ dalam sejarah memang terkenal, tetapi tidak satupun bernilai riwayat.” [Ibn Hajar al-Asqalani, “Lisan al-Mizan”, jilid 3, hal. 289].

Nama Abdullah bin Saba’ itu sendiri pertama kali muncul adalah di kitab Saif bin Umar al-Tamimi. Tidak ada kitab lain yang menyebutkannya, baik pada masa Saif, maupun pada masa sebelumnya. Sehingga, dengan melihat predikat Saif bin Umar al-Tamimi yang buruk tersebut, maka semestinyalah semua riwayat darinya ditolak (mardud), termasuk riwayat Abdullah bin Saba’

Abdullah bin Saba’ adalah tokoh palsu. Ia tidak pernah dikenal dalam sejarah Islam. Hal ini juga ditegaskan oleh pernyataan Ibn Hajar al-Asqalani.

Dengan demikian, fakta-fakta tersebut merupakan sanggahan dan bantahan terhadap semua pernyataan yang mendukung riwayat dan keberadaan Abdullah bin Saba’, baik yang berasal dari ulama ahlusunnah maupun dari ulama syi’ah terdahulu (sebagaimana yang anda kutipkan itu).


Khusus untuk kisah yang disampaikan oleh Sa’ad bin Abdullah al-Qummi (dalam kitabnya “Al-Maqalat wa al-Firq”) dan kisah yang disampaikan oleh al-Naubakhti. Sebagai dalil tambahan, kisah-kisah tersebut disampaikan tanpa diketahui isnad-nya dan sumber rujukannya. Sehingga semakin menguatkan dalil penolakan terhadap kisah-kisah tersebut. [Lihat: Murtadha Askari, “Abdullah bin Saba’ wa Asathiru Ukhra”, bab “Abdullah bin Saba’ fi Kutub Ahlil Maqalat”, hal. 189-191]

Wednesday, 3 September 2014

KEBENARAN KEUJUDAN IMAM 12 (SIRI AKHIR)





SILA AMATI VIDEO INI SEBAGAI SIRI TERAKHIR DALAM KEBENARAN KEUJUDAN IMAM 12 
DALAM PELBAGAI VERSI.

KEBENARAN KEUJUDAN IMAM 12 (SIRI 2)


APAKAH AKAN SESAT SEKIRANYA KITA MENCARI DAN MENGENAL 12 IMAM?


Seringnya kalau membangkitkan isu 12 imam, maka persepsi negatif akan di lontarkan. Malah yang menyerang tidak memahami dan ada yang tidak tahu akan keujudan hadis hadis mengenai 12 Imam.

Para ulama dari Ahlusunah  wal Jamaah menghadapi kebingungan yang parah ketika ingin menjelaskan dan menafsirkan hadis yang menyatakan “Imam/Khalifah berjumlah 12 orang” tanpa menemukan artinya, apalagi untuk bersepakat akan pribadi-pribadi tersebut.

Sehingga hal ini diakui oleh seorang tokoh ulama Ahlusunah sendri, Ibnu Hajar dalam “Kitab Fathul-Bari fi Syarh Sahih Al-Bukhari” (Lihat, Edisi II, Cetakan Darul Ma’arif-Beirut, Jilid 13, Hal 183) yang mengatakan; “Aku tidak menemukan seorangpun yang mengetahui secara pasti arti dari hadis ini”.

Kebingungan yang sama juga diakui oleh Ibnu Jauzi dalam “Kitab Kasyful Musykil” ketika berbicara tentang hadis 12 Khalifah tersebut.  Inti dan singkatnya,  kebingungan diantara mereka berakhir pada ulama satu akan menafikan dan mengingkari ulama yang lain, bahkan menvonis ulama lain terebut sebagai bodoh, sesat, dan sebutan negatif lainnya.

Sekarang mari kita lihat dengan seksama dan dengan teliti redaksi masing-masing hadis yang telah tercantum dalam kitab-kitab standart Ahlusunah wal Jamaah ini:

1-      Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari menuliskan:

Jabir berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada dua belas Pemimpin dan Khalifah.” Kemudian beliau menambahkan sesuatu yang tidak bisa aku dengar. Ayahku berkata bahwa Rasulullah .s.a.w bersabda: “Semuanya dari suku Quraisy.”

(Lihat: Sahih Bukhari, Kitab Al-Ahkam, no 6682, Jilid 4, Hal 168, Cetakan Mesir, Tahun 1351.  Bisa juga dilihat dalam; Sahih Muslim (dengan syarah An-Nawawi), Kitab Al-Imarah, no 3393, 3394, 3394, 3395, 3396 & 3397, Cetakan Mesir, Tahun 1334. Sunan At-Turmudzi, Kitab Al-Fitan, no 2149. Sunan Abi Dawud, Kitab Al-Mahdi, no 3731)



2-      Imam Muslim dalam Sahih Muslim menuliskan:

Jabir meriwayatkan: Aku dan ayahku menemui Rasulullah s.a.w.  Kami mendengar beliau bersabda: “Persoalan ini  (Kekhalifahan) tidak akan berakhir sampai datang dua belas Khalifah.” Kemudian beliau menambahkan sesuatu yang  tidak kudengar. Aku menanyakan kepada ayahku tentang apa yang Rasulullah s.a.w sabdakan. Beliau (Rasul) bersabda: “Semuanya dari Quraisy.”

(Lihat: Sahih Muslim (dengan syarah An-Nawawi), Kitab Al-Imarah, Jilid 6, Hal 3, no 3393, Cetakan Mesir, Tahun 1334)



3-      Imam Muslim dalam Sahih Muslim menuliskan:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Agama ini (Islam) akan tetap berdiri sampai dua belas Khalifah, yang semuanya dari golongan Quraisy, memerintah atas kalian.”

(Lihat: Sahih Muslim (dengan syarah An-Nawawi), Kitab Al-Imarah, Jilid 6, Hal 4, no 3398, Cetakan Mesir, Tahun 1334. Juga terdapat hadis yang mirip dengan ini dalam Sahih Muslim, dengan perbedaan redaksi)



4-      Imam Muslim dalam Sahih Muslim menuliskan:

Jabir meriwayatkan bahwa ia mendengar Rasulullah s.a.w yang agung bersabda: “Islam akan selalu besar hingga datang dua belas Imam. (Jabir berkata), kemudian beliau mengatakan sesuatu yang tidak kumengerti. Aku bertanya pada ayahku, apa yang beliau katakan? Beliau (Rasul) menjawab: “Semuanya dari golongan Quraisy.”

(Sahih Muslim (dengan syarah An-Nawawi), Kitab Al-Imarah, Jilid 6, Hal 3, no 3398, Cetakan Mesir, Tahun 1334)



5-      Imam Turmudzi dalam Sahih Turmudzi menuliskan:

Jabir berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada dua belas Imam dan Pemimpin setelahku.” Kemudian beliau mengatakan sesuatu yang tak dapat kumengerti. Aku menanyakan pada seseorang di sampingku tentang itu. Dia berkata: “Semuanya dari golongan Quraisy.”

(Hadis ini dinyatakan ‘Baik’ dan ‘Sahih’ oleh Imam At-Turmudzi sendiri, diriwayatkan oleh Jabir dengan jalur Sanad yang berbeda. Lihat: Sahih Turmudzi, Jilid 2, Halaman 45, no 2149, Cetakan New Delhi, Tahun 1342. Hal yang sama dikutip dari Jabir oleh Imam Abi Dawud dalam Sahih Abi Dawud, Kitab Al-Manaqib, Jilid 2, Halaman 207, no 3731, Cetakan Matba’ah Taziyah-Mesir)



6-      Imam Ahmad bin Hambal dalam  Musnad Ahmad menuliskan:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Terdapat dua belas Khalifah untuk umat ini.”

(Lihat: Musnad Ahmad, Musnad Basyriyin, Jilid 5, Halaman 106, Cetakan Matba’ah Maymaniyah-Mesir, Tahun 1313. Imam Ahmad dalam Musnad beliau telah menukil tiga puluh empat rantai hadis yang berlainan dalam masalah ini yang semuanya dari Jabir)



7-      Imam Abu Dawud dalam Sahih Abi Dawud menuliskan:

Masyruq berkata: Kami duduk bersama Abdullah bin Mas’ud, mempelajari Al-Quran darinya. Seseorang bertanya kepadanya: Apakah engkau menanyakan kepada Rasulullah s.a.w tentang berapa Khalifah yang akan memerintah umat ini? Ibnu Mas’ud menjawab: Tentu saja kami menanyakan hal ini kepada Rasulullah s.a.w dan beliau menjawab: “Dua belas, seperti jumlah pemimpin Bani Israil.”

(Lihat: Musnad Ahmad bin Hambal, Musnad Al-Mutaakhirin minas Shahabah, Jilid 1, Halaman 398, no 3595 dan 3665, juga Jilid 13, Halaman 182, Cetakan Darul-Makrifah, Edisi Kedua. Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul-Bari fi Syarhi Sahih Al-Bukhari menganggap kutipan Imam Ahmad bin Hambal dari Ibnu Mas’ud sebagai riwayat hadis dengan sanad yang baik)



8-      Imam Abu Dawud  dalam Sahih Abi Dawud menuliskan:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Agama ini akan tetap agung sampai datang dua belas Imam.” Mendengar hal ini, orang-orang mengagungkan Allah dengan berkata: “Allahu Akbar!” (Allah Maha Besar) dan menangis keras. Kemudian beliau (Rasul) mengatakan sesuatu dengan suara yang pelan. Aku bertanya kepada ayahku: “Apa yang beliau katakan?” Beliau menjawab: “Mereka semua dari golongan Quraisy.”

(Lihat: Sahih Abi Dawud, Jilid 2, Halaman 309, Cetakan Darul-Fikr, Edisi Pertama, Tahun 1410)



9-      Al-Hakim An-Naisaburi dalam Mustadrak ‘alas Sahihain menuliskan:

Awn mengutip dari ayahnya Abu Juhaifah sebagai berikut; Aku dan pamanku sedang bersama Rasulullah s.a.w, ketika itu beliau bersabda: “Urusan umatku akan terus berlalu sampai datang dua belas Khalifah.” Kemudian beliau memelankan suaranya. Aku bertanya kepada pamanku yang duduk di depan, tentang apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. Lantas ia menjawab: “Wahai anakku, Rasulullah bersabda bahwa mereka semua dari golongan Quraisy.”

(Lihat: Mustadrak ‘alas Sahihain, Jilid 3, Halaman 618, Cetakan Haidar Abad Press, Tahun 1334. Juga Nuruddin Al-Haitsami dalam Kitab Majma’ Az-Zawa’id, Jilid 5, Halaman 190 mengenai hadis ini mengatakan: “At-Tabrani dalam kitab Al-Mu’jam Al-Ausath dan Al-Mu’jam Al-Kabir, dan Bazzaz juga mengutip hadis ini. Sanad hadis nukilan At-Tabrani  sama dengan apa yang tercantum dalam kitab Sahih.”)



10-   Imam At-Tabrani  dalam Al-Mu’jam Al-Kabir menuliskan:

Jabir meriwayatkan, aku dan ayahku sedang berhadapan dengan Rasulullah s.a.w ketika beliau bersabda: “Pemerintahan dan Khalifah umat ini akan berjumlah dua belas. Mereka tiada akan menderita meskipun orang-orang tidak memberikan pertolongan.” Lantas beliau menambahkan sesuatu yang tidak kudengar. Aku menanyakan hal itu kepada ayahku. Rasulullah mengatakan bahwa mereka semua dari golongan Quraisy.

(Lihat: Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir karya At-Tabrani, Jilid 2, Halaman 196, Cetakan Maktabah Ibnu Taimiyah, Edisi Kedua)



Perlu dicatat bahwa kata “Mereka tiada akan menderita meskipun orang-orang tidak memberikan pertolongan” dalam hadis diatas tadi ingin menjelaskan bahwa, legalitas dan keabsahan kepemimpinan mereka tidak tergantung dari pengakuan masyarakat luas. Bukti bahwa kepemimpinan mereka adalah kepemimpinan Ilahi, sebagai penerus kepemimpinan Rasul atas umat beliau.



11-   Imam At-Tabrani dalam Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir menuliskan:

Jabir berkata: Aku mendengar khutbah Rasulullah s.a.w akan ada dua belas Wali (Pemimpin) dari Quraisy, yang perlakuan jahat musuhnya tidak akan membahayakan mereka. lantas aku berbalik dan melihat ayahku beserta Umar diantara para hadirin. Mereka menegaskan hadis itu, sebagaimana yang kudengar.

(Lihat: Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir karya At-Tabrani, Jilid 2, Halaman 256, Cetakan Maktabah Ibnu Taimiyah, Edisi Kedua)



Perlu dicatat bahwa kata “perlakuan jahat musuhnya tidak akan membahayakan mereka” dalam riwayat diatas merupakan fakta bahwa Khalifah/Imam yang disebut-sebut haruslah dari kedua belas orang tersebut, meskipun secara zahir mereka tidak menjabat dan memegang tampuk kepemimpinan dan berkuasa atas umat Rasulullah.



12-   Syeikh Sulaiman Al-Qonduzi Al-Hanafi dalam Kitab Yanabi’ Al-Mawaddah menuliskan:

Jabir berkata, Aku dan ayahku berada di hadapan Rasulullah s.a.w ketika beliau bersabda: “Akan ada dua belas Khalifah setelahku.” Kemudian beliau memelankan suaranya. Aku bertanya kepada ayahku tentang apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dengan suara pelan. Ia menjawab bahwa, Rasul s.a.w bersabda: “Mereka semua berasal dari Bani Hasyim.”

(Lihat: Kitab Yanabi’ Al-Mawaddah, Jilid 2, Halaman 315)

RUMUSAN
Dari sini dapat kita simpulkan bahwa para Khalifah/Imam tadi bukan hanya sekedar dari suku Quraisy saja, namun lebih spesifik dan dikhususkan pada Bani Hasyim. Karena hadis tentang Quraisy bersifat umum dan diperjelas secara khusus dengan hadis Bani Hasyim.

Maka adalah menjadi KEWAJIBAN seluruh umat ISLAM tanpa mengira apa mazhab dan aliran perlu mengkaji dan mengenal SIAPA INSAN YANG DI GELAR 12 IMAM.

Tuesday, 2 September 2014

KEBENARAN KEUJUDAN 12 IMAM (SIRI 1)
















FOTO DI ATAS ANTARA PEMBUKTIAN KEUJUDAN 12 IMAM SUCI DI MASJID NABAWI MADINAH

Ulama terkenal Al-Dhahabi mengatakan dalam bukunya Tadzkirat al-Huffaz, jilid 4, halaman 298, dan Ibn Hajar al-‘Asqalani menyatakan dalam al-Durar al-Kaminah, jilid 1, hal. 67 bahwa Sadruddin Ibrahim bin Muhammad bin al-Hamawayh al-Juwayni al-Shafi’i (disingkat Al-Juwayni) adalah seorang ahli Hadis yang mumpuni. Al-Juwayni menyampaikan dari Abdullah bin Abbas (ra) bahwa Nabi (sawa) mengatakan,

”Saya adalah penghulu para Nabi dan Ali bin Abi Thalib adalah pemimpin para penerus, dan sesudah saya akan ada dua belas penerus. Yang pertama adalah Ali bin Abi Thalib dan yang terakhir adalah Al-Mahdi.”


Al-Juwayni juga meriwayatkan dari Ibnu Abbas (r) bahwa Rasulullah (sawa) berkata:

”Sudah pasti bahwa wakil-wakilku dan Bukti Allah bagi makhluk sesudahku ada dua belas. Yang pertama di antara mereka adalah saudaraku dan yang terakhir adalah anak (cucu) ku.”

Orang bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah saudaramu itu?”.

Beliau menjawab: “Ali bin Abi Thalib.”

Lalu beliau ditanyai lagi: “ Dan siapakan anak (cucu) mu itu?”

Nabi yang suci (sawa) menjawab: ”Al-Mahdi. Dia akan mengisi bumi dengan keadilan dan persamaan ketika ia (bumi) dipenuhi ketidakadilan dan tirani. Dan demi Yang Mengangatku sebagai pemberi peringatan dan memberiku kabar gembira, meski seandainya masa berputarnya dunia ini tinggal sehari saja, Allah SWT akan memperpanjang hari itu sampai diutusnya (anakku) Mahdi, kemudian ia akan disusul Ruhullah Isa bin Maryam (a.s.) yang turun ke bumi dan berdoa di belakangnya (Mahdi). Dunia akan diterangi oleh sinarnya, dan kekuatannya akan mencapai hingga ke timur dan ke barat.”

Al-Juwayni juga meriwayatkan bahwa Rasulullah (sawa) mengatakan:

“Aku dan Ali dan Hasan dan Husain dan sembilan anak cucu Husain adalah yang disucikan (dari dosa) dan dalam kebenaran.” [Al-Juwayni, Fara'id al-Simtayn, Mu'assassat al-Mahmudi li-Taba'ah, Beirut 1978, p. 160.]

Di antara semua mazhab Islam, hanya Syiah Imamiyah Itsna ‘Asyariyah (Syiah Dua Belas Imam) yang percaya pada individu-individu itu sebagai Dua Belas orang yang benar dan berhak sebagai Penerus Nabi (sawa) dan pelajarilah pemahaman Islam dari mereka.

Untuk keterangan lebih detil tentang Islam yang otentik, kunjungi situs ini: http://al-islam.org/faq/

Jabir bin Samura meriwayatkan: Saya mendengar Nabi (sawa) berkata:
”Kelak akan ada Dua Belas Pemimpin.” Ia lalu melanjutkan kalimatnya yang saya tidak mendengarnya secara jelas. Ayah saya mengatakan, bahwa Nabi menambahkan, ”Semuanya berasal dari suku Quraisy.”

[Sahih al-Bukhari (Bahasa Inggris), Hadith: 9.329, Kitabul Ahkam;

Sahih al-Bukhari, (Bhs Arab), 4:165, Kitabul Ahkam]

Nabi (sawa) bersabda:

“Agama (Islam) akan berlanjut sampai datangnya Saat (Hari Kebangkitan), berkat peranan Dua Belas Khalifah bagi kalian, semuanya berasal dari suku Quraisy.”

[Sahih Muslim, (English), Chapter DCCLIV, v3, p1010, Hadis no. 4483; Sahih Muslim (Bhs Arab), Kitab al-Imaara, 1980 Edisi Saudi Arabia, v3, p1453, Hadis no.10]

PERSOALAN
SIAPAKAH IMAM 12 DALAM KEFAHAMAN SUNNI

Siapakah Dua Belas Penerus Nabi (s.a.w.a)?
Apa yang dikatakan para Ulama Sunni:
Ibn al-‘Arabi:
Kami telah menghitung pemimpin (Amir-Amir) sesudah Nabi (sawa) ada dua belas. Kami temukan nama-nama mereka itu sebagai berikut: Abubakar, Umar, Usman, Ali, Hasan, Muawiyah, Yazid, Muawiyah bin Yazid, Marwan, Abdul Malik bin Marwan, Yazid bin Abdul Malik, Marwan bin Muhammad bin Marwan, As-Saffah… Sesudah ini ada lagi 27 khalifah Bani Abbas.
Jika kita perhitungkan 12 dari mereka, kita hanya sampai pada Sulaiman. Jika kita ambil apa yang tersurat saja, kita cuma mendapatkan 5 orang di antara mereka dan kepadanya kita tambahkan 4 ‘Khalifah Rasyidin’, dan Umar bin Abdul Aziz….
Saya tidak paham arti hadis ini.
[Ibn al-'Arabi, Sharh Sunan Tirmidhi, 9:68-69]
Qadi ‘Iyad al-Yahsubi:
Jumlah khalifah yang ada lebih dari itu. Adalah keliru untuk membatasinya hanya sampai angka dua belas. Nabi (saw) tidak mengatakan bahwa jumlahnya hanya dua belas dan bahwa tidak ada tambahan lagi. Maka mungkin saja jumlahnya lebih banyak lagi.
[Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim, 12:201-202;
Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari, 16:339]
Jalal al-Din al-Suyuti:

Hanya ada dua belas Khalifah sampai Hari Pengadilan. Dan mereka akan terus melangkah dalam kebenaran, meski mungkin kedatangan mereka tidak secara berurutan. Kita lihat bahwa dari yang dua belas itu, 4 adalah Khalifah Rasyidin, lalu Hasan, lalu Muawiyah, lalu Ibnu Zubair, dan akhirnya Umar bin Abdul Aziz. Semua ada 8. Masih sisa 4 lagi. Mungkin Mahdi, Bani Abbasiyah bisa dimasukkan ke dalamnya sebab dia seorang Bani Abbasiyah seperti Umar bin Abdul Aziz yang (berasal dari) Bani Umayyah. Dan Tahir Abbasi juga bisa dimasukkan sebab dia pemimpin yang adil. Jadi, masih dua lagi. Salah satu di antaranya adalah Mahdi, sebab ia berasal dari Ahlul Bait (keluarga) Nabi (as).”
[Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, Halaman 12;
Ibn Hajar al-Haytami, Al-Sawa'iq al-Muhriqa Halaman 19]
Ibn Hajar al-‘Asqalani:
Tidak seorang pun mengerti tentang hadis dari Sahih Bukhari ini.
Adalah tidak benar untuk mengatakan bahwa Imam-imam itu akan hadir sekaligus pada satu saat bersamaan.
[Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari 16:338-341]
Ibn al-Jawzi:
Khalifah pertama Bani Umayyah adalah Yazid bin Muawiyah dan yang terakhir adalah Marwan Al-Himar. Total jumlahnya tiga belas. Usman, Muawiyah dan Ibnu Zubair tidak termasuk karena mereka tergolong Sahabat Nabi (s). Jika kita kecualikan (keluarkan) Marwan bin Hakam karena adanya kontroversi tentang statusnya sebagai Sahabat atau karena ia berkuasa padahal Abdullah bin Zubair memperoleh dukungan masyarakat, maka kita mendapatkan angka Dua Belas.… Ketika kekhalifahan muncul dari Bani Umayyah, terjadilah kekacauan yang besar sampai kukuhnya (kekuasaan) Bani Abbasiyah. Bagaimana pun, kondisi awal telah berubah total. [Ibn al-Jawzi, Kashf al-Mushkil, sebagaimana dikutip dalam Ibn Hajar al-'Asqalani, Fath al-Bari 16:340 dari Sibt Ibn al-Jawzi]
Al-Nawawi:
Ia bisa saja berarti bahwa kedua belas Imam berada dalam masa (periode) kejayaan Islam. Yakni ketika Islam (akan) menjadi dominan sebagai agama. Para Khalifah ini, dalam masa kekuasaan mereka, akan menyebabkan agama menjadi mulia.
[Al-Nawawi, Sharh Sahih Muslim ,12:202-203]
Al-Bayhaqi: 
Angka (dua belas) ini dihitung hingga periode Walid bin Abdul Malik. Sesudah ini, muncul kerusakan dan kekacauan. Lalu datang masa dinasti Abbasiyah. Laporan ini telah meningkatkan jumlah Imam-imam. Jika kita abaikan karakteristik mereka yang datang sesudah masa kacau-balau itu, maka angka tadi menjadi jauh lebih banyak.” [Ibn Kathir, Ta'rikh, 6:249; Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa Halaman 11]
Ibn Kathir: 
Barang siapa mengikuti Bayhaqi dan setuju dengan pernyataannya bahwa kata ‘Jama’ah’ berarti Khalifah-khalifah yang datang secara tidak berurutan hingga masa Walid bin Yazid bin Abdul Malik yang jahat dan sesat itu, maka berarti ia (orang itu) setuju dengan hadis yang kami kritik dan mengecualikan tokoh-tokoh tadi.
Dan jika kita menerima Kekhalifahan Ibnu Zubair sebelum Abdul Malik, jumlahnya menjadi enam belas. Padahal jumlah seluruhnya seharusnya dua belas sebelum Umar bin Abdul Aziz. Dalam perhitungan ini, Yazid bin Muawiyah termasuk di dalamnya sementara Umar bin Abdul Aziz tidak dimasukkan. Meski demikian, sudah menjadi pendapat umum bahwa para ulama menerima Umar bin Abdul Aziz sebagai seorang Khalifah yang jujur dan adil.
[Ibn Kathir, Ta'rikh, 6:249-250]