Persolan yang timbul;
1. Sebab perang tersebut meletus
2. Apa hukum memerangi Khalifah yang sedia ada?
3. Apa yang membenarkan Muawiyah memerangi Imam Ali sebagai Khalifah yang sah?
4. Siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah
5. Apa kesudahan dari kisah perang ini
6. Kemungkinan persoalan yang satu lagi perlu di fikirkan adalah pernahkan Rasul saw mengkabarkan kepada sahabat akan berlakunya Perang ini.
Perlu di fahami punca berlakunya perang Siffin adalah, Pada anggapan Mu`awiyah, Ali telah mencuaikan tanggungjawabnya melaksanakan hukuman qisas ke atas pembunuh-pembunuh Uthman. Dengan itu, beliau enggan untuk membai`ah Ali dan taat kepadanya kerana beliau berpendapat hukum qisas perlu ditegakkan sebelum khalifah dibai`ahkan. Pada masa yang sama beliau merupakan wali darah kerana kekeluargaannya dengan Uthman.
Kita lihat petikan petikan hadis yang mengisahkan trajedi Ammar bin Yasser yang terlibat dalam Perang Siffin.
1. Abu Ghadiyah, pembunuh Ammar bin Yaser,
ke Syurga atau ke Neraka?
Ibnu Taimiyyah bilang, sama-sama ke Syurga!!
Albani bilang, pembunuhnya ke Neraka!!
Dalam Perang Shiffin, Abu Ghadiyah berperang di pihak pemberontak bersama Muawiyah. Dia telah membunuh Ammar yang berperang di pihak Khalifah Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as. Pembunuh dan mangsa bunuh kedua-duanya adalah sahabat Rasul saaw.
Menurut Ibnu Taimiyyah, Abu Ghadiyah masuk Syurga. Alasannya, kerana dia ahli Bai'ah Ridhwan. "Kami bersaksi, Ammar tempatnya di Syurga. Demikian juga bagi pembunuhnya, sekiranya ia ahli Bai'ah Ridhwan, baginya Syurga."*
Menurut Al-Albani, Abu Ghadiyah tempatnya di Neraka. "Tidak mungkin untuk mengatakan bahawa Abu Ghadiyah yang membunuh Ammar itu diganjari pahala akibat ia membunuh Ammar sedang ia berijtihad. Rasulullah saaw bersabda: "Pembunuh Ammar, di dalam Neraka." Sebetulnya harus dikatakan bahawa kaedah (ijtihad diganjari) itu benar, melainkan sekiranya dalil qath'ie menunjukkan sebaliknya, maka, hal itu dikecualikan dari kaedah umum, sebagaimana kes ini."**
Sumber:
*Minhajus Sunnah,
Ibnu Taimiyyah,
Jilid 6, m/s 205.
حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا أبو معاوية ثنا الأعمش عن عبد الرحمن بن زياد عن عبد الله بن الحرث قال اني لأسير مع معاوية في منصرفه من صفين بينه وبين عمرو بن العاص قال فقال عبد الله بن عمرو بن العاصي يا أبت ما سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول لعمار ويحك يا بن سمية تقتلك الفئة الباغية قال فقال عمرو لمعاوية ألا تسمع ما يقول هذا فقال معاوية لا تزال تأتينا بهنة أنحن قتلناه إنما قتله الذين جاؤوا به
Telah menceritakan kepada kami Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Ayahku yang berkata telah menceritakan kepada kami Abu Muawiyah yang berkata telah menceritakan kepada kami ‘Amasy dari Abdurrahman bin Ziyad dari Abdullah bin Harits yang berkata “Aku berjalan bersama Muawiyah sepulang dari Shiffin dan juga bersama Amru bin Ash. Abdullah bin Amru bin Ash berkata “wahai ayah tidakkah kau mendengar Rasulullah SAW berkata kepada Ammar “Kasihan engkau Ibnu Sumayyah, engkau akan dibunuh oleh kelompok pembangkang”. Amru berkata kepada Muawiyah “Tidakkah engkau dengar perkataannya”. Muawiyah berkata “Ia selalu bermasalah bagi kita, apakah kita yang membunuh Ammar?. Sesungguhnya yang membunuhnya adalah orang yang membawanya”.
Syaikh Syuaib Al Arnauth dalam Syarh Musnad Ahmad tahqiqnya berkata tentang hadis ini “sanadnya shahih” . Begitu pula Syaikh Ahmad Syakir dalam Syarh Musnad Ahmad tahqiq Beliau juga menyatakan hadis ini shahih. Siapa sebenarnya orang dalam kelompok Muawiyah yang membunuh Ammar bin Yasir RA?.
Para ulama telah menyebutkan bahwa orang yang membunuh Ammar bin Yasir adalah Abu Ghadiyah Al Juhani dan tahukah anda siapa dia?. Para ulama menyebutnya sebagai Sahabat Nabi SAW.
Ibnu Hajar dalam Al Ishabah 7/311 no 10365 memuat biografi Abu Ghadiyah Al Juhani dan menyebutkan
وقال الدوري عن بن معين أبو الغادية الجهني قاتل عمار له صحبة
Ad Dawri berkata dari Ibnu Ma’in “Abu Ghadiyah Al Juhani orang yang membunuh Ammar dan dia seorang Sahabat Nabi”.
Al Bukhari berkata dalam Tarikh Al Kabir juz 8 no 3557
أبو غادية الجهني سمع النبي صلى الله عليه وسلم
Abu Ghadiyah Al Juhani mendengar langsung dari Nabi SAW.
Ibnu Abdil Barr dalam Al Isti’ab 4/1725 dan Ibnu Atsir dalam Usud Al Ghabah 5/534 juga mengatakan bahwa Abu Ghadiyah seorang sahabat Nabi yang membunuh Ammar bin Yasir RA. Adz Dzahabi dalam Tarikh Al Islam 4/135 menyebutkan biografi Abu Ghadiyah Al Juhani dan menyebutkan
وقال الدار قطني وغيره هو قاتل عمار بن ياسر يوم صفين
Daruquthni dan yang lainnya berkata “Dia adalah orang yang membunuh Ammar bin Yasir pada perang Shiffin”.
Tahukah anda pahala apa yang akan didapat oleh orang yang membunuh Ammar?. Rasulullah SAW pernah bersabda
قاتل عمار و سالبه في النار
Yang membunuh Ammar dan menjarah( harta)nya akan masuk neraka
Hadis ini telah dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Silsilah Ahadits As Shahihah no 2008 dan Shahih Jami’ As Shaghir no 4294. Jika memang para Ulama menyebut Abu Ghadiyah sebagai Sahabat Nabi SAW yang membunuh Ammar bin Yasir RA maka tidak salah untuk dikatakan bahwa perbuatan Abu Ghadiyah itu telah mengantarkannya ke neraka.
No comments:
Post a Comment