Dimana kebenaran dan siapa yang berada di sebelah kebenaran?
Mari kita lihat Surah Al Ahzab 32 & 33
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya , dan ucapkanlah perkataan yang baik, (QS. 33:32)
dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ta’atilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (QS. 33:33)
Dalam surah ini jelas larangan Allah kepada isteri isteri nabi melibatkan diri dalam urusan pemerintahan dan kamu tetap di rumah kamu.
Sejarah mengisahkan antara punca meletusnya Perang Jamal adalah rasa ketidakpuasan dari kalangan umat Islam sendiri terhadap Imam Ali as yang melakukan tindakan menggugurkan mereka yang tidak layak serta menggantikan dengan mereka yang lebih adil dan amanah dalam pemerintahan beliau. Imam Ali as juga telah menghapuskan undang-undang diskriminasi dan membatalkan segala konsensi yang sebelumnya di berikan kepada kaum Quraish dan menguruskan kembali hak umat Islam atas kekayaan Baitul mal.
Puak penentang sebelum ini menikmati pelbagai keistimewaan dari khalifah sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati. 3 individu besar Islam yang terlibat memerangi Imam Ali as adalah Aisyah, Talhah dan Zubair.
Melupakan pesanan Rasul saaw bahawa sesiapa yang menyakiti dan memerangi Imam Ali as akan di benci oleh Rasul saaw dan Allah swt, kelompok ini terus bertekad memerangi Imam Ali as atas faktor harta dan kuasa.
Ummu Salamah menasihati Aisyah agar ia tidak meninggalkan rumahnya: “Ya Aisyah, engkau telah menjadi penghalang antara Rasul Allah saw dan umatnya. Hijabmu menentukan kehormatan Rasul Allah saw, Al Qur’an telah menetapkan hijab untukmu.
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya”. (Qs. Al Ahzab:33)
Dan jangan engkau membukanya. Tempatmu telah pula ditentukan Allah SWT dan janganlah engkau keluar. Allahlah yang akan melindungi umatnya. Rasul Allah saw mengetahui tempatmu. Kalau Rasul Allah saw ingin memberimu tugas tentu telah beliau sabdakan”
( Aisyah Ibnu Thaifur, Baldghat anNisa’, hlm. 8; Mengenai nasihat Ummu Salamah kepada ‘A’isyah, lihat juga Zamakhsyari, alFa’iq, jilid 1, hlm. 290; Ibnu ‘Abd Rabbih, Iqd alFarid, jilid 3, hlm. 69; Syarh NahjulBalaghah, jilid 2, hlm. 79 ).
Sejarah telah menyaksikan bahawa Aisyah telah melancarkan peperangan terhadap Imam Ali, khalifah yang sah di zamannya, dan telah menyebabkan ribuan para sahabat dan kaum Muslimin terbunuh.
Sejarah mencatatkan lebihkurang 20 ribu terkorban dalam peperangan tersebut.
Perang Jamal atau Perang Unta berakhir setelah unta yang dinaiki oleh Aisyah tertusuk tombak dan jatuh terkapar.
Sebagai khalifah yang bijak, Ali memaafkan mereka yang sebelum ini menghunus pedang untuk memeranginya. Aisyah juga dikirim kembali ke Madinah dengan dikawal oleh sepasukan wanita bersenjata lengkap. Fitnah pertama yang terjadi pada masa kekhalifahan Imam Ali as berhasil dipadamkan. Namun usaha memfitnah terhadap Imam Ali as terus berjalan.
“Dan barang siapa membunuh seorang Mu’min dengan sengaja, balasannya ialah neraka.
( Ia ) tinggal di dalamnya selama lamanya. Allah murka kepadanya dan melaknatinya, dan menyediakan baginya azab yang dahsyat”. ( Al Qur’an, an Nisa’ ayat 93 )
Apakah hukum memerangi Ahlul Bait? Tidakkah golongan yang memerangi Imam Ali as adalah dari kalangan MUNAFIQ yang jelas? Mengapa mereka sanggup ketepikan arahan Rasul saaw?
Membenci Ahlulbait Nabi saaw, balasannya adalah Neraka.
Abu Said Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah saaw bersabda:
"والذي نفسي بيده، لا يبغضنا أهل البيت رجل إﻻ أدخله الله النار"
"Demi yang jiwaku di tangan-Nya, tidak membenci akan kami Ahlulbait oleh seseorang itu melainkan Allah pasti mencampakkannya ke Neraka."
Sanad hadis: Hasan (Baik).
Sumber:
Al-Ihsan fi Taqribi Sahih Ibni Hibban,
Al-Amir 'Alauddin Ali bin Balban Al-Farisi (w. 739H), Tahqiq oleh Syeikh Syuaib Al-Arnauth, Jilid 15, Muassasah Ar-Risalah, m/s 435.
No comments:
Post a Comment