Thursday, 27 November 2014

STRATEGI KAAB AL AHBAR DI SAMBUNG OLEH LAWRENCE OF ARABIA

Mungkin ramai yang tahu
Namun tidak jelas dan mungkin ambil mudah
Atau tidak berani komen
Kenapa Negara Arab walaupun di pandang gagah
Hakikatnya tunduk kepada tekanan Zionis


Lawrence Of Arabia
Nama sebenar Thomas Edward Lawrence
Seorang agen zionis Inggris sekaligus seorang homoseks,
Berpura pura masuk Islam
Strategi beliau mirip sekali bagaimana Kaab Al Ahbar di zaman sahabat
Tujuan untuk melemahkan kebangkitan Islam
Memainkan peranan besar menjatuhkan Kerajaan Othmaniah pada abad ke 20

Zionis melakukan ini untuk demi sebuah tujuan utama
Melemahkan dan melambatkan kebangkitan umat Islam
Strateginya di buat berkesan kerana umat Islam sudah pastinya berpaksikan Mekah dan Madinah
Lawrence Of Arabia berjaya menghilangkan sejarah sejarah silam umat Islam
Sejarah kecintaan umat Islam sebenar di lenyapkan
Sehingga yang hak di anggap bathil dan yang bathil menjadi hak
Maka Zionis memerlukan pemimpin umat Islam yang palsu 
Dengan bantuan Lawrence of Arabia 
Maka tertaballah seorang Raja berketerunan Yahudi

Pada tahun 1960-an, pemancar radio ‘Sawtul Arab’ di Kaherah, Mesir dan pemancar radio di San’a, Yaman, membuktikan bahawa nenek moyang keluarga Saud adalah dari keturunan Yahudi.
Bahkan Raja Faisal tidak boleh menyanggah kenyataan itu ketika memberitahu kepada ‘The Washington Post’ pada tanggal 17 Sept 1969 dengan menyatakan bahawa, “kami (keluarga Saud) adalah keluarga Yahudi. 
Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhan kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai.
Negeri kami, Saudi Arabia adalah merupakan sumber awal Yahudi dan nenek moyangnya, lalu menyebar keseluruh dunia”.

FOTO KENANGAN RAJA FAISAL DAN KUNCU KUNCU ZIONIS LAWRENCE OF ARABIA


Berdirinya Kerajaan Saudi Arabia adalah akibat “pemberontakan” terhadap Kekhalifahan Islam Turki Othmaniah
Di bantu  oleh Lawrence, si agen Zionis
Dan bawahan Jenderal Allenby yang sangat Islamofobia.
Realiti ini juga yang sering dijadikan alasan, mengapa Arab Saudi sampai sekarang tidak bertindak sebagai pelindung utama bagi kekuatan Dunia Islam

Inilah kesimpulannya kenapa
Arab Saudi yang sepatutnya menjadi pelindung kepada umat Islam
Muslim Palestin, Muslim Afghanistan, Muslim Irak, Muslim Pattani, Muslim Rohingya, Muslim Bosnia, Muslim Azebaijan, dan kaum Muslimin di seluruh dunia. 
Ada beranggapan Arab Saudi tidak mampu untuk melakukan
Namun jawapan sebenarnya pimpinan Arab Saudi hidup di bawah payung Zionis Yahudi
Bagaimana Kaab Al Ahbar seorang Yahudi yang berpura masuk Islam dan berperanan besar di zaman sahabat, maka samalah Lawrence of Arabia di zaman kini.

Teramat malang.
Umat Islam tidak mampu bangkit
Begitu hina umat Islam Timur Tengah
Kalah dari sudut ekonomi walaupun ada minyak
Kalah dari sudut sosial & budaya walaupun kitab yang banyak
Kalau dari sudut ketenteraan 
Kalah dari semua sudut

Seorang ulamak terkemuka pernah berkata, " Aku tidak melihat suasana Islam dalam urusan pentadbiran, pengurusan, amalan dan etika kehidupan di negara Islam yang penuh dengan penipuan, namun aku melihat amalan bersih, beretika, pengurusan yang baik dan teratur di negara Barat sedangkan Islam amat sedikit di sana."  

SEMUA INI KERANA MENINGGALKAN 
DUA AMANAT BERAT IAITU AL QURAN DAN AHLUL BAIT KU









Tuesday, 25 November 2014

PEGANGAN IBNU TAIMIYYAH BAHWA ALLAH ITU SEPERTI MAKHLUK SAMA SEPERTI YAHUDI & KRISTIAN YANG MENYELEWENG

Sering kita dengar awal agama mengenal Allah
Al Awalludin Makrifatullah
Hakikatnya dari siapa kita mengenal Allah
Agama Samawi menceritakan Allah
Agama Islam juga menceritakan tentang sifat sifat Allah
Yahudi mengistiharkan mereka anak anak Tuhan
Kristian mengatakan Isa as juga anak Tuhan
Hakikatnya kedua agama samawi memfatwakan Tuhan itu berjisim seperti manusia
Tidak kurang dalam sebahagian aliran Islam juga YAKIN  kepada Tuhan yang Bermakhluk

Dalam Islam sendiri mengenal Allah banyak percanggahan
Ada mengatakan Allah itu tidak sama dengan mana mana makhluk
Setiap yang kita bayangkan itu pasti bukan Allah
Allah ini tidak boleh di lihat dengan sebarang pancaindera
Di kenali dengan zat zat yang di sebut dalam Al Quran

Tidak kurang yang mengatakan Allah itu seperti makhluk 
Barang siapa yang mengatakan Allah itu tidak ada mata maka kafirlah dia
Barang siapa yang mengatakan Allah itu tidak ada tangan maka kafirlah dia
Kerana juga mereka berpandukan kepada riwayat riwayat hadis yang sahih menurut mereka


APAKAH INI WAJAH TUHAN?

Kita lihat beberapa Al Quran & Hadis serta ulasan ulamak mujasimah yang menurut mereka Allah itu berjisim

1. Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke dalam neraka pada hari Kiamat, sesungguhnya Dia turun dari langit kepada langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!
“Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim, Sahih, ii, hlm.482.

2. Apakah yang menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur’an menjelaskannya di dalam
Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris”, 
Surah al-Qalam (68): 42 “Pada hari betis disingkapkan” 
Surah al-Fath (48):10 “Tangan Allah di atas tangan mereka”.
Hadis telah menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!

3. Atas hujah ini maka Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim memfatwakan Allah itu berjisim seperti manusia

قال ابن القيم عن شيخه ابن تيمية: أنه ذكر شيئا بديعا ، وهو أنه صلى الله عليه وسلم لما رأى ربه واضعا يده بين كتفيه أكرم ذلك الموضع بالعذبة،

"Telah berkata Ibnu Qayyim mengenai gurunya Ibnu Taimiyyah:
'Sesungguhnya ia menyebut sesuatu yang menarik, bahawasanya baginda (Nabi) saaw tatkala baginda melihat Tuhan meletakkan tangan-Nya di antara kedua bahu baginda, baginda memuliakan bahagian itu dengan melabuhkan hujung serbannya'. 

FATWA FATWA USULUDIN IBNU TAIMIYYAH

Tuhan bersila di atas ‘Arasy, serupa silanya Ibnu Taimiyah.
Tuhan sama besarnya dengan ‘Arasy.
Tuhan turun setiap akhir malam ke langit dunia serupa turunnya Ibnu Taimiyah dari mimbar.
Tuhan bersabda di jihat atas, boleh ditunjuk dengan telunjuk ke atas.
Tuhan bertubuh, berjihat dan pindah-pindah tempat.
Tuhan bicara dengan huruf dan suara.
Sifat Tuhan hadits (baru) dan yang hadits itu melekat pada Zat Tuhan yang qadim.
Qur’an itu baru (Hadits) bukan qadim.
Nabi-nabi tidak mashum.
Bepergian ziarah ke makam-makam, seumpama makam Nabi di Madinah, makam Ibrahim di mesjid Rhanl, makam wali dan ulama adalah pekerjaan mashiyat (munkar).
Mendo’a dengan bertawassul syirik.
Istiqatsah dengan Nabi Syirik.
Neraka akan lenyap bukan kekal.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Inilah jawapannya bila beriman kepada Perawi yang salah
Kaab Al Ahbar umpamanya yang membawa cerita cerita dongeng si zaman sahabat
Abu Hurairah umpanya banyak berguru kepada Kaab Al Ahbar
Hingga umat Islam tidak mengenal Allah
Kalau tidak mengenal Allah bagaimana mengenal Agama

Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah  (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya.
( Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Add al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm 113,)

##TERNYATA RAMAI YANG CELARU DALAM MENGENAL ALLAH##

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

INI JAWAPAN PALING TEPAT DARI KAMI UNTUK RENUNGAN PEMBACA SEMUA

Fahamilah bahawa
Al-Qur’an ada ayat-ayat Muhkamaah  yang zahir diamalkan menurut zahirnya
Al Qur' an ada ayat- ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam bentuk majaaz dan kinaayah (maknanya tidak sah pada  akal dan syarak)

Contohnya
Allah berfirman di dalam Surah al-Israa’ (17) 72 “Dan barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”,

#Apakah semua orang buta akan menerima nasib yang malang di akhirat?
# Maksud buta bukannya fizikalnya buta, tetapi buta bermaksud sesat. 

Jadi, siapa sebenarnya yang boleh membawa kita mengenal Allah?
Awal agama adalah mengenal Allah melalui jalur yang di tentukan Allah
Kerana akal hanya mengetahui adanya Tuhan
Mereka yang tertentu sahaja yang mampu menjelaskan siapa sebenarnya Tuhan kita
Kerana akal itu mengetahui manusia perlu ada agama
Mereka yang tertentu sahaja yang mampu membawa mengenal agama sebenarnya

Lihat kembali Al Quran yang suci berkata

Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Pada kitab yang terpelihara. Tidak menyentuhnya kecuali hamba-hamba yang disucikan (al-muthahharûn). 
(QS. Al-Wâqi’ah: 77-79). 

Apa maksud hamba hamba yang disucikan?
Ada ulamak menafsirkan nak sentuh Al Quran itu kena sucikan diri kerana berpandukan pada ayat ini.
Amat malang mereka yang tidak memahami antara disucikan dan menyucikan
Ayat ini jelas menunjukan HAMBA HAMBA YANG DISUCI ALLAH
Apa maksud menyentuh itu PEGANG, SENTUH atau MENAFSIRKAN?
Siapa pula HAMBA HAMBA YANG DI SUCIKAN ALLAH?

Sila rujuk ayat ini pula untuk mendapatkan jawapan
Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kalian, wahai Ahlul Bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya (yuthahhirakum thath-hirâ)
(QS. Al-Ahzâb: 33)

Maka Al Quran mengatasi segala galanya
Hadis yang di pilih sewajarnya tidak boleh sama sekali bertentangan dengan Al Quran

Maka sila rujuk hadis ini
Nabi SAW pernah mewasiatkan, “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara: Al-Quran dan Ahlul Bait.” (HR. Muslim)

Berdegil untuk tidak mahu menerima pewarisan sebenar dalam agama iaitu Ahlul Bait menyebabkan umat Islam ini berpecah dan malah beritikad seperti Yahudi dan Kristian dalam mengenal Allah swt.

Kenapa majoriti umat Islam tidak mahu menerima Ahlul Bait seperti dalam hadis di bawah ini yang ternyata selari dan tepat dengan apa yang di katakan dalam Al Quran.

Sahih Muslim memuatkan Hadis Tsaqalain dengan lafaz Quran (Kitaballah) dan Ahlulbait, bukannya Quran dan Sunnah.
Perhatikan dengan jelas Rasul saw menyebut sebut berulang ulang mengenai AHLUL BAIT KU. Kerana Rasul saw tahu sepeninggalannya manusia berpaling, memfitnah, mengeji dan memerangi AHLUL BAIT.

Zaid bin Arqam berkata Rasulullah bersabda:
"Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah seorang manusia (basyar). Hampir sudah kedatangan Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan di tengah kalian as-tsaqalain (dua bekal berat): Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya;" Baginda lalu mengajak orang kepada Kitabullah. Kemudian baginda berkata: "Dan Ahlulbaitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai Ahlulbaitku."
Sahih Muslim
Hadis No. 2408.









Monday, 24 November 2014

IBNU TAIMIYYAH YANG MENGHARAMKAN TAWASSUL PADA RASUL SAW YANG TELAH WAFAT

Kontroversi Ibnu Taimiyyah
Sudah sekian lama
Mengujudkan jurang pemikiran dan fatwa 
Beliau banyak menghapuskan tawassul dan ziarah kubur
Sedangkan amalan itu sudah sekian lama
Menganggap amalan itu adalah suatu bidaah dan sesat dan kafir



Kontroversi Ibnu Taimiyyah 
Mengujudkan perselisihan kuat antara sesama Sunni sendiri
Mari kita lihat sejarah beliau 
Dan ulasan para ulamak ulamak tersohor dahulu

Nama penuh Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī
Seorang Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di Harran, Turki
Keluarganya bermazhab Hambali
Beliau seorang yang menguasai Sastera Arab
Selain ilmu matematik, sains dan kaligraphi
Ibnu Taimiyah pernah dipenjaran di Mesir kerana dituduh menyokong fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan) & mempertikaikan amalan ziarah kubur.

Dari pemikiran Ibnu Taimiyyah maka lahirlah pemikiran Wahabbi
Ramai dikalangan ulama ahl al-Sunnah wa al-Jamaah menolaknya samada dikalangan ulama terdahulu mahupun masakini.

Ibnu Tamiyah dalam memuji dan mencari pembenaran atas perbuatan manusia terkutuk Ibnu Muljam sang Khawarij dan pembunuh Ali yang tergolong Salaf Saleh dengan ungkapan:
 “Seseorang yang membunuh Ali iapun menegakkan shalat, melakukan puasa, membaca al-Quran. Ia membunuh Ali dengan anggapan bahwa hal itu akan mendapat ridho Allah dan Rasul-Nya”.
(lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 7 halaman 57 / 58)

Ibnu Taimiyah dalam rangka membela kelompok sesat Khawarij mengatakan: 
“Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan shalat, melakukan puasa dan membaca al-Quran. Mereka baik secara zahir maupun batin telah melaksanakan agama Islam”
(lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 4 halaman 37)

PENGHARAMAN TAWASUL & ZIARAH KUBUR

Syeikhul Islam Taqiyuddin as-Subki adalah seorang ulama ulung dari mazhab Sunni Syafi'i. Hakim Agung ini dijuluki sebagai Syeikhul Islam, Imam Besar, Ia disebut-sebut sebagai pucuk pimpinan Mazhab Syafi'i di Mesir. Karya ilmiahnya mencapai 150 kitab dalam berbagai disiplin ilmu. Biografinya terdapat di Thabaqat Syafi'iyah Al-Kubra (X/139-239), Syadzaratudz Dzahab (VI/180), Bughyatul Wu'aat (342), Husnul Muhadhdharah (I/321) dan Ad-Durrar Al-Kaminah (III/134).
Syeikhul Islam Taqiyyuddin as-Subki (683-756H) mengkritik ahli bid'ah sezamannya, "Syeikhul Islam" Ibnu Taimiyyah (661-728H). Dalam karya bantahannya kepada Ibn Taimiyah, berjudul "Syifa’ as-Siqam fi Ziyarati Khair al Anam”, beliau menuliskan:*
"اعلم أنه يجوز ويحسن التوسل والاستغاثة والتشفع بالنبي صلى الله عليه وسلم إلى ربه سبحانه وتعالى ، وجواز ذلك وحسنه من الأمور المعلومة لكل ذي دين، المعروفة من فعل الأنبياء والمرسلين، وسير السلف الصالحين، والعلماء والعوام من المسلمين ، ولم ينكر أحد ذلك من أهل الأديان، ولا سمع به في زمن من الأزمان، حتى جاء ابن تيمية فتكلم في ذلك بكلام يلبس فيه على الضعفاء الأغمار، وابتدع ما لم يسبق إليه في سائر الأعصار..."
“Ketahuilah bahwa harus dan baik melakukan tawassul, istighatsah dan tasyaffu’ (memohon syafaat sebagai wasilah) dengan Rasulullah (dalam berdoa) kepada Allah. Keharusan dan baiknya hal ini adalah perkara yang telah diketahui oleh semua orang beragama; ia dikenal sebagai amalan para nabi dan para rasul, jalannya para salafus soleh, para ulama, dan seluruh orang-orang Islam yang awam sekalipun. Tidak ada seorangpun yang mengingkari perkara ini, bahkan tidak pernah didengari dari zaman mana pun ada orang yang mengingkari masalah tawassul ini, hingga kemudian muncul ibn Taimiyah; lalu ia berbicara masalah tawassul dengan pembicaraan yang penuh tipu daya terhadap orang-orang awam, ia membuat bid’ah sesat yang tidak pernah dilakukan oleh siapapun di masa lalu (dengan mengharamkan tawassul, istighatsah dan tasyaffu’)...”
" إن التوسل بالنبي (ص) جائز في كل حال، قبل خلقه وبعد خلقه، في مدة حياته في الدنيا وبعد موته، في مدة البرزخ وبعد البعث، في عرصات القيامة والجنة..."
Sesungguhnya, tawassul dengan Nabi saaw itu harus pada setiap keadaan, sebelum dan selepas penciptaan baginda, sepanjang hayatnya di dunia dan setelah kewafatan baginda, sepanjang tempoh barzakh dan setelah kebangkitan, di medan berlangsungnya kiamat dan di dalam Syurga..."

Syifa’ us-Siqam fi Ziyarati Khairil Anam
Imam Taqiyuddin as-Subki,
Darul Jiil - Beirut,
Bab 8, m/s 153.

akan bersambung lagi mengenai kisah Ibnu Taimiyyah









Friday, 21 November 2014

SYIRIK KAH BILA KITA MEMOHON BANTUAN AL MADAD YA RASULULLAH SAW

Hari ini ada fatwa baru di keluarkan
Tajuk dalam akhbar yang aku baca

KANGAR 20 Nov. –Jawatankuasa Fatwa negeri menetapkan bahawa ungkapan al-Madad ya Rasulullah sama ada dalam doa, nyanyian qasidah, nasyid dan sebagainya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik. 

“Tidak boleh memohon bantuan kepada orang yang sudah meninggal dunia, begitu juga kepada Rasulullah yang telah wafat dan dalam konteks ini, kita (umat Islam) hanya boleh memohon pertolongan Allah."
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
MAKAM RASUL SAW 

Ada yang keliru bahawa kerana Rasulullah saaw sudah wafat,
maka baginda tidak lagi bermanfaat untuk kita bertawassul dengannya
Bila mati terputusnya hubungan??? 
Benarkah????

Pengalaman saya dengan seorang teman yang kebetulan nak menunaikan ibadah Umrah:
Bilamana saya sebut, "Bila sampai di Madinah nanti sampaikan salam saya pada Rasul saw"
Di jawab beliau, "Rasul saw kan sudah wafat!!!. Macam mana saya nak sampaikan!!!"
Saya jawab kembali, "Lepas ini kamu jangan sampaikan salam pada Rasul saw semasa bacaan tasyahud dalam solat nanti, kan dia sudah wafat."

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

MARI KITA LIHAT HUJAH HUJAH DI BAWAH INI

Hujah 1
Surah Ali 'Imran, ayat 169-171:

الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتًا ۚبَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾ فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾ يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٧١﴾

~ "Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."

~ "Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

~ "Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia yang yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman."

Hujah 2
Ibnu Majah mencatat sebuah riwayat dari Abi Darda' bahawa Rasulullah saaw bersabda:

~ Perbanyakkan berselawat ke atasku pada hari Jumaat. Sesungguhnya ia disaksikan oleh para Malaikat. Dan sungguh, seseorang itu takkan pernah berselawat melainkan selawatnya pasti dibentangkan kepadaku sehingga ia selesai.

~ Tanya Abu Darda', "Sekalipun setelah kematianmu?"

~ Jawab baginda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi dari meratah jasad para Nabi. Maka, Nabi Allah hidup dan diberi rezki."

Tahqiq oleh Al-Albani: Perawinya thiqah, cuma riwayatnya munqati' pada 2 tempat seperti kata Al-Bushairi, akan tetapi hadisnya disokong sebahagiannya oleh hadis terkemudian pada bil. 1360.

Sumber:
Hidayat ar-Ruwat,
Ibnu Hajar Al-Asqalani,
Jilid 2, m/s 96, hadis bil. 1315.






















Hujah 3

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّـهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّـهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّـهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا ﴿النساء: ٦٤﴾

[4:64] "Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."

Imam Al-Qurthubi ketika menafsirkan ayat ini menukilkan sebuah riwayat dari Abu Sodiq (yang merawikan secara mursal) bahawa Imam Ali bercerita:*

~ Seorang badwi mendatangi kami 3 hari setelah kami selesai mengebumikan Rasulullah saaw. Ia kemudian merebahkan tubuhnya di atas pusara Rasulullah saaw. Ia hamburkan debu tanah pusara baginda ke kepalanya seraya berteriak: 

~ "Telah engkau katakan, wahai Rasulullah! Dan kami mendengar pesanmu. Engkau mendengarnya dari Allah, lalu kami mendengarnya darimu. Mengenai apa yang diturunkan kepadamu {Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu..} (An-Nisa':64)." 

~ "Dan sungguh daku telah menzalimi diriku. Dan daku datang kepadamu agar engkau memohon keampunan buatku. Maka kedengaran seruan dari pusara baginda, "Sesungguhnya Ia (Allah) telah memberikan keampunan buatmu". 

* Sumber:
Al-Jami' Li Ahkamil Quran,
Imam Al-Qurthubi, 
Jilid 5, m/s 265-266.




















Hujah 4

Malah Ibnu Tamiyah

Beliau berfatwa: 

~ "Sementara hak-haknya Rasulullah saaw --demi ayah dan ibuku--, umpamanya mendahulukan cinta baginda ke atas cinta diri, keluarga dan harta; memuliakannya, menghormatinya, membesarkannya, mentaatinya, menuruti sunnahnya, dan lain-lain merupakan hal yang sangat agung."

~ "Dan begitu juga, disyariatkan bertawassul dengan baginda di dalam doa sepertimana hadis diriwayatkan at-Tirmizi dan ia mensahihkannya, bahawa Nabi saaw mengajarkan seseorang agar mengucapkan:

اللهم إني أسألك وأتوسل إليك بنبيك محمد نبي الرحمة

"Wahai Allah, aku bermohon kepadamu, dan aku bertawassul kepadamu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi rahmat"

يا محمد! يا رسول الله!

"Wahai Muhammad! Wahai Rasulullah!"

إني أتوسل بك إلى ربي في حاجتي ليقضيها

"Sungguh-sungguh aku bertawassul denganmu kepada Tuhanku mengenai hajatku, agar Ia mengabulkannya."

اللهم فشفعه في..

"Wahai Allah, jadikanlah baginda mensyafaati daku dalam.. (permintaan dan hajat tersebut)."



Sumber:
Majmu' Fatawa,
Ibnu Taimiyyah,
Jilid 3, m/s 276.






















:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Ini pendapat kami
Bukan semata nak bertelagah atau apa apa
Sekadar perkongsian ilmiah
Moga Allah mengampuni kita semua

Thursday, 20 November 2014

KAAB AL AHBAR (ZIONIS YANG PERTAMA MENYUSUP DI ZAMAN UMAR)

Kisah Abdulah Saba sudah saya jelaskan dalam blog ini
FIKTIF ataupun rekaan semata mata
Karya SAIF BIN UMAR AL TAMIMI seorang tokoh PENIPU di zaman Harun Ar Rasyid (sila search dalam blog saya ini)

Seharusnya kita melihat sebanar siapa KAAB AL AHBAR
Seorang tokoh YAHUDI yang benar benar ada
Beliau konunnya sangat arif dalam  Kitab Perjanjian Lama dan sekarang mereka berkehendak untuk “mewariskan” pengetahuan mereka itu dan “memasukkan” nya kedalam Islam.

Imam al-Bukhari tidak meriwayatkan apa-apa daripada beliau.
Manakala Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadits daripada  Abu Hurairah menerusi beliau daripada jalan al-A’masy daripada Abu Shalih.

KAAB adalah seorang Yahudi yang datang dari Yaman dengan nama lengkap Kaab Ibn Mati al-Humyari alias Abu Ishaq.
Berada di zaman Umar dan Uthman
Beliau meninggal dalam pemerintahan Uthman usia melebihi 100 tahun. 
KAAB adalah penyebar utama kisah kisah kisah Israiliyyat yang konunnnya berasal dari Kitab Perjanjian lama.

Cerita cerita dusta KAAB ini di bawa oleh sahabat sahabat Rasul saw dan di jadikan hujah dan hukum.
Konunnya peristiwa yang pernah terjadi dan akan terjadi di permukaan bumi ini semuanya tertulis dalam kitab Torat (Kitab Perjanjian Lama) yang diturunkan kepada Musa”
Walhal dari kajian Kitab Taurat hanya ada 400 halaman sahaja.

KAAB mengakui konunnya nama UMAR ada tercatit dalam Kitab Taurat. Konunnya ada tentang berita kematiannya. Sedangkan tidak ada bukti nama UMAR tercatat dalam Kitab Taurat.
KAAB meminta UMAR untuk menulis surat wasiat konunnya beliau akan mati dalam masa 3 hari selepas wasiat tersebut.
Konspirasi kematian Umar sebenarnya di rancang oleh KAAB yang mengarahkan Abu Lulu membunuhnya 3 hari selepas UMAR menulis surat wasiat.
Hasil dari konpirasi ini ramai kalangan sahabat mula hormat dan percaya pada kata kata KAAB ini.

Antara sahabat nabi adalah;
Abu Hurairah
Abdullah bin Umar
Abdullah Ibn Amr Ibn al-Aas
Mu’awiyyah Ibn Abu Sufyan
yang meneruskan cerita Ka’ab al-Ahbar ini dan meyakininya sebagai kebenaran.


Dongeng demi dongeng membodohkan pemikiran umat Islam di lakukan oleh KAAB
Antaranya;

Al-Qurtubi dalam tafsir al-Qur’an melaporkan bahwa Ka’ab telah berkata sebagai berikut:

“Ketika Tuhan menciptakan kursi tahtaNya, kursi tahtaNya itu berkata, ‘Allah tidak pernah menciptakan makhluk yang tubuhnya lebih besar daripada aku.’ Kursi Tahta Allah itu kemudian mengguncang-guncangkan tubuhnya untuk menunjukkan kebesarannya. Allah kemudian mengikat kursi tahtaNya itu dengan seekor ular yang memiliki 70 ribu pasang sayap. Pada setiap sayapnya ada 70 ribu bulu; dan pada setiap bulu itu ada 70 ribu wajah dan pada setiap wajah itu ada 70 ribu mulut; kemudian dari setiap mulut itu ada 70 ribu buah lidah. Dari semua mulut ini keluar kalimat-kalimat pujian untuk Allah yang jumlahnya sama banyaknya dengan jumlah titik air hujan yang jatuh dari langit, ditambah dengan jumlah dedaunan; ditambah lagi dengan jumlah bebatuan dan butir pasir ditambah lagi dengan jumlah hari-hari yang telah terlewat di dunia ditambah lagi dengan jumlah para malaikat. Ular itu melingkari kursi tahta Allah karena tahta Allah itu ternyata lebih kecil daripada si ular tadi. Kursi tahta Allah itu tertutupi oleh setengah tubuh ular.”

Ibn Asakir dalam Tarikh –nya ia menuliskan kata-kata Ka’ab tentang arah kiblat:
أحب البلاد الى الله الشام و أحب الشام الى الله القدس
“Negeri yang paling dicintai Allah ialah Syam (Syria) dan yang paling dicintai di Syam ialah Quds
(Jadi Syria dan Quds lebih dicintai dan lebih berharga di mata Allah daripada Mekah dan Madinah)

KA’BAH SUJUD
ان الكعبة تسجد لبيت المقدس في كل غداة
“Setiap pagi hari, Ka’bah itu sujud kepada Bait-ul-Muqodas”
(Tafsir Durrul Mantsur, volume 1, halaman 136)

TENTANG NEGERI-NEGERI LAINNYA
خمس مدائن من مدن الجنة : بيت المقدس وحمص و دمشق وجبرين وظفار اليمن
“ Ada lima kota dari kota-kota di surga, yaitu: Bait al-muqodas, Hums, Damaskus, Jabrin (kota satelit dari Baitul Muqodas) dan Zafar al-Yaman (tempat dimana dulu Ka’ab pernah tinggal sebelum ia hijrah ke kota Madinah dan kemudian pindah ke Syria)”
(Ibnu Asakir, volume 1, halaman 211—212)

TENTANG TEMPAT BERLINDUNG DARI BENCANA BAGI KAUM MUSLIMIN
Ka’ab berkata:
“Tempat berlindung bagi kaum Muslimin dari bahaya dan bencana ialah kota Damaskus;
Tempat kelahiran Dajjal ialah sungai Abu Fatras (tempat di dekat Ramallah di Palestina)
Tempat perlindungan dari GOG dan MAGOG ialah gunung Tur”

(Ibnu Asakir, volume 1, halaman 232)


###### Lihat bagaimana unsur unusr Israilliat sudah mula masuk dalam pemikiran UMAT ISLAM setelah KAAB mula di hormati dan di sanjung para sahabat############

Banyak riwayat hadis Abu Hurairah sebenarnya mengambil dari KAAB AL AHBAR sang Yahudi.
Dzahabi berkata dalam Thabaqat al Huffazah dan Sair A'lam an Nubala

Dalam membicarakan Abu Hurairah bahawa KAAB telah berkata;
" Bukan main Abu Hurairah!! Aku belum pernah melihat sesaorang yang tidak membaca Taurat lebih mengetahui isinya dari Abu Hurairah"
( Sair A'lam an Nubala, jilid 2 hlm 432)

Para ahli hadis tahu bahawa Abu Hurairah mengambil pelajaran dari Kaab Al Ahbar
(Sayuti, Alfiat bab"Riwayat Orang Orang Besar dari Orang Orang Kecil atau Riwayat Sahabat Yang berasal dari Tabiin. hlm 237&238)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Anehnya kenapa KAAB di jadikan sandaran begitu tinggi oleh para sahabat?
Apakah mereka begitu percaya KAAB menguasai Kitab Perjanjian Lama??

Sedangkan Rasul saw pernah menegur tindakan Umar sebelum ini
Ahmad meriwayatkan bahwa Jabir Ibn Abdullah mengatakan bahwa Umar telah datang kepada Rasulullah (SAAW) sambil membawa sebuah kitab yang ia dapatkan dari beberapa para pengikut Ahlul Kitab. Umar kemudian secara sengaja membacakan keras-keras kitab itu di depan Rasulullah (SAAW). Rasulullah waktu itu tampak marah karena Umar melakukan perbuatan yang tidak layak.
Rasulullah kemudian berkata:
“Wahai putera Khattab, demi Dia yang jiwaku ada di tanganNya. Seandainya Musa saat ini masih hidup, maka ia itu harus mengikutiku.”

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

NAMUN!!!!
Imam Ali sejak dari awal sudah mengenai KAAB sebagai pendusta. Sebab itu KAAB tidak pernah mendekati Imam Ali.
Walaupun saat itu Imam Ali ada di Madinah selama Ka’ab tinggal disana
KAAB sebenarnya menyimpan dendam kepada Imam Ali kerana isu Perang Khaibar dan bagaimana Imam Ali mengekang pengaruh yahudi di bumi Hijaz.
Imam Ali sering mengingatkan mereka bahawa;
“Ia adalah pendusta besar!!” 

Tabari mencatat dalam tarikhnya bahwa Ibn Abbas pernah diberitahu:
Ka’ab pernah berkata bahwa pada hari penghisaban matahari dan bulan akan dibawa ke hadapan Allah seperti kerbau yang di cocok hidungnya dan kemudian keduanya akan dilemparkan kedalam neraka!

 Demi mendengar ini Ibn Abbas marah sekali dan ia berkata sambil berteriak sebanyak tiga kali:

“Ka’ab pendusta besar!”

“Ka’ab pendusta besar!”

“Ka’ab pendusta besar!”




Tuesday, 18 November 2014

LAGI KONTROVERSI HADIS ABU HURAIRAH UNTUK DI BUAT KAJIAN PADA YANG BERAKAL (siri 3)

Apakah benar bentuk ADAM seperti ALLAH?
Apakah Allah itu BERJISIM
Maka lahirlah pemikiran MUJASIMAH

Bukhari & Muslim dalam Sahih meriwayatkan dari Abu Hurairah
" Allah mencipta Adam seperti bentuk(shurah) Allah, dengan panjang enam puluh hasta (27 meter)."
 Dari jalur Said bin Musayyib lebar badan Adam 7 hasta (3.15 meter).
(Bukhari, Sahih, kitab "I'tizam. jilid 4 hlm 57: Muslim , Shahih bab"Masuk Syurga", jilid 2 hlm 481)
* Apakah bentuk badan Nabi Adam saiz lebar dan tinggi menyamai seperti pohon kelapa?
* Dari jalur lain " Bila dua orang berkelahi, maka hindarilah memukul wajahnya, kerana Allah membentuk Adam menurut bentuk Nya".....

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
BENARKAH NABI MUSA TAMPAR MALAIKAT MAUT HINGGA TERCABUT SEBELAH BIJI MATA???

Melucukan dan apakah Malaikat ada 2 bji mata macam manusia??
Huduhnya seorang Rasul saw bersikap demikian!!!
Bukhari & Muslim dalam Sahihnya meriwayat dari Abu Hurairah
ringkasan hadis..
Bila Allah memerintahkan Malaikat Maut untuk mencabut nyawa Nabi Musa as
Nabi Musa as menampar Malaikat Maut hingga terkeluar sebelah biji mata
Malaikat Maut kembali mengadu pada Allah swt
Maka Allah pun kembalikan biji mata Malaikat Maut dan perintah kembali jumpa Nabi Musa as
Meminta Nabi Musa letak tangan di atas punggung lembu
Maka setiap bulu lembu yang terlekat pada Nabi Musa akan menambah satu tahun umurnya......
( Muslim dalan Sahih, melalui jalur yang banyak, yang berasal dari kitab Abu Hurairah dalam bab keutamaan Nabi Musa, Kitab "Fadha il, jilid 2, hlm 309. Bukhari dalam Sahih bab Wafatnya Nabi Musa dalam kitab penciptaan, jilid 2, hlm 163)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
PENGHINAAN NABI MUSA BERLARI SAMBIL TELANJANG BULAT

Apakah Rasul pilihan Allah bersikap tidak senonoh berlari sambil telanjang bulat???
Ini suatu cerita penghinaan yang cukup jelas
Abu Hurairah meriwayatkan
ringkasan...
Bani Israel suka mandi telanjang, Tapi Nabi Musa mandi di balik batu bersendirian
Bani Israel kata Nabi Musa ada penyakit burut, maka sebab itu dia mandi sendirian
Satu hari ketika Nabi Musa mandi, batu bawa lari pakaian mandi Nabi Musa
Maka Nabi Musa pun lari mengejar batu dalam keadaan telanjang bulat sambil menjerit "Wahai Batu, Baju ku!!!"
Maka Bani Israel pun melihat kemaluan Nabi Musa dan berkata,
"Demi Allah, Musa tidak ada penyakit burut"
Terus Nabi Musa menampar batu itu
(Muslim dalam Sahihnya yang berasal dari Abu Hurairah dgn banyak jalur, bab Fada'il Musa jilid 2, hlm 308; Bukhari dalam Sahihnya, jilid 2,hlm 163)

BENARKAH ALLAH MENCIPTA ADAM PADA HARI JUMAAT SESUDAH ASAR

Amat melucukan dan menafikan SIFAT ALLAH YANG MAHA
Muslim meriwayat dalam Sahihnya dari Abu Hurairah
Allah cipta bumi pada hari Sabtu,
Buat gunung pada hari Ahad
Pokok pada hari Isnin
Perkara jelek kotor pada hari Selasa
Cahaya pada hari Rabu
Binatang pada hari Khamis
Adam pada hari Jumaat
(Imam Ahmad dan Nasa'i di riwayatkan berasal dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Allah swt cipta langit dan bumi selama 6 hari)

ALLAH TURUN KE LANGIT DUNIA

Maka inilah antara mengapa ada aliran Mujasimah menyakini Allah itu berjisim
Abu hurairah meriwayatkan, Rasul saw bersabda, " Pada setiap malam Allah swt turun ke langit dunia pada sepertiga malam dan berseru, Barang siapa yang berdoa kepada Ku necaya akan aku kabulkan, barang siapa meminta akan Ku berikan dan barang siapa memohon pengampunan akan aku Ku ampuni" (Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi kisah hadis yang saya yakin umat Islam sendiri meragukan dan tidak mengamalkan hingga kini

Antaranya Abu Hurairah meriwayatkan sayap lalat sebelah ada racun dan sebelah sayap ada penawar. Jika masuk dalam air maka rendam lah sayap tersebut. Sedangkan lalat adalah serangga kotor dan tidak ada satu kajian menunjukan sayap lalat ada penawar dan tidak pernah di praktikankan langsung.

Abu Hurairah juga meriwayatkan dari Rasul saw tidak ada penyakit di dunia ini yang menular. Ini dapat kita buktikan dengan jelas terlalu banyak penyakit yang menular dari zaman dulu seperti wabak taun, kurap, denggi dan sekarang H1N1 dan ebola. Persoalanya apakah Rasul saw tidak tahu semua ini dan main cakap cakap saja. Sedangkan setiap cakap Rasul saw adalah wahyu.



Dan banyak lagi pembohongan dan pendustaan hadis.....

RUMUSAN 
Apa yang saya sampaikan
Siapakah sebenar Abu Hurairah yang banyak sekali meriwayatkan Hadis
Sehingga meragukan tahap maksima
Sehingga di anggap semua sahih belaka 
Menyebabkan umat Islam beriman pada hadis yang jelas menyanggah dengan Al Quran
Apakah kerana hadis ini menyebabkan hilangnya kekuasaan umat Islam
Umat Islam yang di anggap terbaik
Sebaliknya tidak dan ketinggalan jauh di belakang umat lain
Kerana beriman secara tanpa menggunakan akal
Umat Islam menjadi buih sekarang
Kerana beriman pada 5374 hadis hadis rekaan Abu Hurairah!!!!
Semak kembali kebanyakan hadis Abu Hurairah tidak langsung menyebut orang yang meriwayat kepadanya. Semua darinya sendiri.. Walhal terlalu singkat masa beliau bersama Rasul saw.
Sahabat sahabat besar sendiri meragui Abu Hurairah dan mengelarnya sebagai pembohong
Lalu kenapa mempertahankan sangat pada Abu Hurairah......
Kerana akibat meninggalkan Ahlul Bait
Penyambung warisan Nabi





MENGENALI ABU HURAIRAH PERIWAYAT HADIS KONTROVERSI (SIRI KE DUA)



Sambungan 

Bila membicarakan bila Abu Hurairah masuk Islam 
Selepas Perang Khaibar (semua sepakat tanpa bantah) tahun ke 7H
Namun persoalannya yang perlu kita fikirkan

Dari Abu Hurairah, Rasul saw berkata kepada bapa saudaranya Abu Thalib;
" Katakanlah 'La ilaha ilallah' dan dengan ini aku akan menjadi saksi di hari kiamat. Abu Thalib menjawab,' Andaikata saja kaum Quraish tidak mengejekku dan mengatakan; Dia di paksa melakukannya! maka aku akan mengucapkan perintahmu. Maka Allah swt menurunkan ayat,' Engkau tidak dapat memeberi hidayat kepada siapa yang engkau sukai, tapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa Ia berkenaan."

Kontroversi yang berlaku di sini

Abu Thalib wafat di Makkah pada 3 tahun sebelum Hijrah sedangkan Abu Hurairah masuk islam pada tahun ke 7 H.. Sedangkan pada waktu itu ia tidak berada di situ kerana Abu Hurairah datang dari  daerah DausYamen 10 tahun setelah Abu Thalib meninggal.
DIA MENYAMPAIKAN HADIS INI SEBAGAI SAKSI MATA!!!....

Hadis ini di katakan muncul 40 tahun selepas kewafatan Abu Thalib

Ada lagi satu hadis di riwayatkan oleh menantu dan anak murid Abu Hurairah bernama Sa'id bin Musayyib yang di katakan dengar dari ayahnya yang mengatakan Abu Thalib tidak mau membaca syahadat pada saat sakarat. Namun Sa'id bin Musayyib adalah seorang yang di kenali sangat memusuhi Imam Ali as.

Diceritakan bahawa tatkala Abu Thalib tidak mau mnegucapkan 'La ilaha ilallah, Rasul saw hendak memohon agar Allah swt mengampuni Abu Thalib lalu turunlah surah Taubah, "Tidak pantas bagi nabi dan orang orang beriman bahawa mereka meminta ampun bagi orang orang musyrik, sekali pun mereka kaum kerabat setelah nyata padanya bahawa mereka penghuni neraka".

Sedangkan surah Taubah termasuk surah surah Madinah terakhir dan turun sepuluh tahun sesudah Abu Thalib wafat.

Maka apakah benar Abu Thalib mati dalam keadaan kafir?

Kenapa tidak di ambil dari mereka yang berada di sisi Abu Thalib ketika wafat seperti riwayat Abbas yang seharusnya di jadikan bahan bukti...

Berlaku percanggahan dalam periwayatan??

Ibn Abil Hadid meriwayatkan dari banyak jalur dari Abbas bin Abu Muthalib dan sebahagian lagi Abu Bakar bin Abi Quhafah
" Sesungguhnya Abu Thalib sebelum meninggal dunia berkata, " La ilaha ilallah Muhammad Rasul Allah"

Begitu juga menyebut Abu Thalib tatkala sedang sakarat kelihatan berbicara pelan. Dan melihat bibir bergerak. Abbas saudaranya mendekatkan kuping telinga dan mendengar Abu Thalib membaca syahadah.
(Sirah Ibnu Hisham jilid 2 hlm 27; Tarikh Ibnu Katsir jilid 2 hlm 123; Ibnu Sayyid An Nas, Uyun al Atsar jilid 1 hlm 131....... dan banyak lagi)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Bukan itu saja.. Abu Hurairah meriwayatkan pelbagai hadis Isra ilyiat dan Khurafat serta hadis hadis penghinaan dan perlecehan terhadap Allah dan para Nabi. Ada adakalanya di lihat lucu dan membodohkan umat Islam sendiri

Antaranya
1. Adam yang di ciptakan seperti bentuk Allah
2. Syaitan lari terkentut  bila mendengar suara azan
3. Nabi Sulaiman mengancam akan membelah bayi yang di perebutkan oleh 2 ibu
4. Allah meletakan kakinya ke neraka
5. Nabi Sulaiman meniduri 70 wanita dalam satu malam tapi melahirkan bayi separuh manusia
6. Nabi membakar sarang semut kerana di gigit seekor semut
7. Nabi Isa akan turun membunuh babi di akhir zaman
8. Awan yang bicara 
9. Lembu dan Serigala bertutur bahasa Arab
10. Allah marah sekali pada Adam dan tidak pernah marah seperti itu kerana Adam melanggar perintah Allah

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tidak salah untuk kita mengkaji
Masih banyak untuk saya ketengahkan lagi pada siri akan datang
Hadis Hadis yang di kategorikan SAHIH tapi amat meragukan
Maka gunakanlah akal untuk mencari kebenaran 

Bersambung lagi.....

Monday, 17 November 2014

MENGENALI ABU HURAIRAH PERIWAYAT HADIS KONTROVERSI (SIRI 1)

Sebelum kita berhujah, lebih baik kita melihat riwayat hidup beliau dan tingkah lakunya
Tujuan saya tulis mengenai Abu Hurairah adalah untuk kita sama sama menilai dengan ilmiah siapa Abu Hurairah
Tidak salah untuk kita bertanya kerana ini suatu pengkajian bersama untuk kebaikan




Ringkasan asal usul
Gelaran Abu Hurairah adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.
Beliau datang kepada Rasul saw pada bulan Safar tahun 7 H/JUN 628M setelah PERANG KHAIBAR
Ia tinggal di luar masjid Madinah (SHUFFAH) sehingga bulan Zulkaidah tahun 8H/Mac 630M
Ia di suruh oleh Rasul saw ke Bahrain menemani al-Ala al Hadrami sebagai muazin
Ia meninggal pada tahun 59H

Dalam riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim... Abu Hurairah berkata' " Aku adalah seorang miskin, aku bersahabat dengan Rasul saw untuk mengisi perutku yang lapar".

Sekembalinya dari Bahrain, Umar Al Khatab mencurigainya mengelapkan wang baitulmal. Ketika itu ia menjadi Gabenor ketiga di Bahrain setelah al Ala al Hadrami dan Qudamah bin Mazhun.
(Ibnu Sa'd dalam Thabaqat, jilid 4, hlm 59-60; juga oleh Baladzuri dan lain lain)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Jarud al Aqdi menemui Umar dan melaporkan Qudamah bin Mazhun seorang peminum arak dan mabuk.
Umar bertanya: "Siapa yang menyaksikan bersama anda?"
Jarud jawab: "Abu Hurairah"
Umar memanggil Abu Hurairah untuk kesaksian
Abu Hurairah menajwab: " Aku tidak melihatnya minum, tapi aku melihatnya mabuk dan muntah"
Umar jawab: " Engkau Hurairah telah mengubah kesaksian"
Umar memanggil isteri Qudamah dan meminta kesaksian & akhirnya isterinya mengaku.
Akhirnya Qudamah (adalah pengikut Perang Badar)  di hukum kerana kesalahan meminum arak.
(Ibnu Abd al Barr, Kitab al Isti'ab, jilid 2, hlm 548: Fath al Abari jilid 7, hlm 255)

Abu Hurairah juga seorang yang kesukaannya memakan terlalu berlebihan.
Aisyah menuduhnya sebagai 'cakap tak ketahuan (mazzah), berbohong (kadzdzab) dsbnya'
Aisyah mengatakan ia tidak pernah mendengar Rasul bercerita seperti yang di sampaikannya
Umar ibn Khattab pula pernah melarang Abu Hurairah  menyampaikan hadis dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran
Ali menuduhnya sebagai pembohong umat
Ia mewarisi hadis yang penuh dengan khurafat, isykalat dan israilliat

Hadis Abu Hurairah berjumlah 5734 hadis sedangkan ia tidak lama bersama Rasul saw ,
Ini jika di bandingkan dengan
Abu Bakar 142 hadis (dalam Bukhari 22),
Umar 537 hadis ( yang di anggap sahih 50),
Uthman 146 hadis ( Bukhari 9 & Muslim 5) dan
Ali 586 hadis ( sahih 50)

Keanehan Hadis Abu Hurairah
Ia sering menjadi saksi melapurkan sesuatu kejadian walhal ia tidak ada di tempat itu
Ia hanya tinggal 1 tahun 9 bulan di Shuffah Masjid Madinah iaitu antara bulan Safar 7H hingga Zulkaedah 8H.
Setelah itu beliau ke Bahrain.
Bukhari menulis bahawa Abu Hurairah berkata, " Kami membuka (takluk) Khaibar dan kami tidak mendapat apa apa harta rampasan perang.........." Sedangkan ia masuk islam selepas Perang Khaibar
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bayangkan bagaimana sesuatu hadis yang di katakan sahih di riwayatkan oleh Abu Hurairah sedangkan ia terlalu sekejapa bersama Rasul saw dan banyak hadis di riwayatkan oleh beliau dari saat kewafatan Abu Thalib sedangkan ketika itu ia masih belum memeluk Islam...

Kita akan bersambung dalam siri yang seterusnya beberapa hadis yang amat meragukan.

Selepas ini kita akan membawa beberapa hadis Abu Hurairah untuk kita nilai bersama

Bersambung.....


Saturday, 15 November 2014

SAHABAT AMMAR BIN YASIR DI BUNUH OLEH PASUKAN MUAWIYAH



Antara sahabat yang terkemuka
Masuk Islam bersama ayah (Yasir) dan ibunya ( Sumaiyah)
Keluargnya di siksa hingga mati kerana di ketahui keislamannya
Namun Ammar bin Yasir tidak memperlihatkan keislamannya
Dia berpura pura menjadi kafir di hadapan kaum musyrikin ketika itu

Amar bin Yasir pergi mengadu kepada Rasul saw akan tindakan beliau itu
Kerana berita tersebar luas Amar bin Yasir telah kafir
Namun Rasul saw menafikan bahawa Amar bin Yasir telah kafir

Maka turunlah ayat Quran
“Barangsiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman ( dia mendapat kemurkaan Allah) kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam keimanan ( dia tidak berdosa). Akan tetapi, orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar ” (QS. an-Nahl [16]: 106)

** Perhatikan dengan jelas kecuali di paksa

 Al-Qurthubi berkata: Al-Hasan berkata, “Taqiyah itu dibolehkan bagi manusia hingga hari kiamat.” Para ulama sepakat bahwa orang yang dipaksa agar menjadi kafir sehingga ia takut dirinya akan dibunuh, ia tidak berdosa untuk menampakkan kekafiran tetapi hatinya tetap tenang dalam keimanan, ia tidak bercerai dari istrinya dan tidak dihukumi sebagai orang kafir. Ini adalah pendapat Malik. para ulama Kufah dan asy-Syafi’i.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Siapakah yang membunuh Ammar bin Yasir????
Apakah Ammar di bunuh oleh kaum kafir?
Atau Ammar di bunuh oleh kumpulan sahabat sendiri?

Dalam sebuah hadis sahih

Sabda Rasulullah SAW kepada Amar: “Betapa kasihan Ammar, golongan pemberontak telah membunuhnya, padahal dia menyeru mereka kepada kebenaran (surga) sementara mereka menyeru kepada kesesatan (neraka)(Hr. Bukhari, Muslim, At Tirmidzi dan Ahmad)

Ternyata Ammar bin Yasir mati di bunuh dalam Perang Siffin
Peperangan antara Imam Ali as yang di tentang Muawiyah
Ammar bin Yasir berada bersama Imam Ali as
Berpandukan kepada hadis di atas
Ternyata Ammar bin Yasir berada dalam golongan yang menyeru kepada kebenaran (surga)
Muawiyah berada dalam golongan yang menyeru kepada kesesatan ( neraka)

Ibnu Qutaibah menceriterakan dalam al Ma’arif bahwa yang mengaku membunuh ‘Ammar yang telah berumur 93 tahun itu adalah Abu al Ghadiyah. Ia sendiri yeng mengaku membunuh ‘Ammar: “Sesungguhnya seorang lelaki menikam dan membuka tutup kepala ‘Ammar dan memenggal kepalanya. Kepala ‘Ammar telah berubah rupa”.  ( Ibn Qutaibah, AlMa’arif, hlm. 112 )

Abu Umar menceriterakan ‘Ammar dibunuh oleh Abu al Ghadiyah dan yang memenggal kepalanya adalah Ibnu Jaz as Saksaki ( Ibn Abil Hadid, Syarh NahjulBalaghah,jilid 10, hlm.105. )


SHAHIH BUKHARI NO.428

MERIWAYATKAN BAHWA RASUL MENGATAKAN BAHWA AMMAR BIN YASIR AKAN DIBUNUH KELOMPOK PEMBERONTAK AHLI NERAKA

حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُخْتَارٍ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ وَلِابْنِهِ عَلِيٍّ انْطَلِقَا إِلَى أَبِي سَعِيدٍفَاسْمَعَا مِنْ حَدِيثِهِ فَانْطَلَقْنَا فَإِذَا هُوَ فِي حَائِطٍ يُصْلِحُهُ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَاحْتَبَى ثُمَّ أَنْشَأَ يُحَدِّثُنَا حَتَّى أَتَى ذِكْرُ بِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَقَالَ كُنَّا نَحْمِلُ لَبِنَةً لَبِنَةً وَعَمَّارٌ لَبِنَتَيْنِ لَبِنَتَيْنِ فَرَآهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَنْفُضُ التُّرَابَ عَنْهُ وَيَقُولُ وَيْحَ عَمَّارٍ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ يَدْعُوهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ وَيَدْعُونَهُ إِلَى النَّارِ قَالَ يَقُولُ عَمَّارٌ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الْفِتَنِ

Telah menceritakan kepada kami [Musaddad] berkata, telah menceritakan kepada kami ['Abdul 'Aziz bin Mukhtar] berkata, telah menceritakan kepada kami [Khalid Al Hadza'] dari ['Ikrimah], Ibnu ‘Abbas kepadaku dan kepada Ali, anaknya, “Pergilah kalian bedua menemui [Abu Sa'id] dan dengarlah hadits darinya!” Maka kami pun berangkat. Dan kami dapati dia sedang membetulkan dinding miliknya, ia mengambil kain selendangnya dan duduk ihtiba`. Kemudian ia mulai berbicara hingga menyebutkan tentang pembangunan masjid. Ia mengkisahkan, “Masing-masing kami membawa bata satu persatu, sedangkan ‘Ammar membawa dua bata dua bata sekaligus. Saat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihatnya, beliau berkata sambil meniup debu yang ada padanya: “Kasihan ‘Ammar, dia akan dibunuh oleh golongan durjana. Dia mengajak mereka ke surga sedangkan mereka mengajaknya ke neraka.” Ibnu ‘Abbas berkata, “‘Ammar lantas berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari fitnah tersebut.”

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Amru bin Ash yang pernah mendengar berita ini dari Rasul saw
Amru bin Ash berada dalam kumpulan Muawiyah
Setelah mengetahui Ammar bin Yasir di bunuh maka beliau jadi terkejut
Maka Amru terus bertemu dengan Muawiyah

Berikut ringkasan perbualan
Amru: "Ammar bin Yasir telah di bunuh oleh kita"
Muawiyah: "Apa masaalahnya?"
Amru menjawab “Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Yang akan membunuhnya adalah kelompok pemberontak.’” 
Muawiyah menjawab: "Ali yang membawa Ammar masuk ketengah tengah peperangan, maka Ali lah yang membunuhnya"

KELICIKAN MUAWIYAH MENIPU PEMIKIRAN AMRU BIN ASH YANG MENUDUH ALI YANG MENYEBABKAN KEMATIAN AMMAR BIN YASIR.

Maka jelaslah Muawiyah yang mengepalai kumpulan pemberontakan adalah golongan yang mengajak ke neraka seperti yang di sampaikan dalam hadis tersebut.

Maka tidak ujud konunnya yang benar dapat 2 pahala dan yang salah dapat 1 pahala dalam Perang Siffin.


Friday, 14 November 2014

HUJR BIN ADI AL KHINDI YANG DI BUNUH KEJAM OLEH SAHABAT



MAQAM HUJR BIN ADI AL KHINDI DI BOM OLEH MEREKA YANG MENGAKU PEJUANG WALHAL ADALAH PENGKHIANAT AGAMA
Mungkin ramai yang tidak mengenali
Namun bila Pejuang Jahanam meletupkan maqamnya baru baru ini
Dalam konflik di Syria baru baru ini
Di pinggir kota Damsyik, Syria
Nama Hujr kembali di sebut

SAMADA FOTO INI BENAR HUJR BIN ADI AL KHINDI
MOGA ALLAH MELAKNAT PENGEBOM DAN PEMUSNAH MAQAM BELIAU


Hujr bin Adi al Khindi
Sahabat yang cukup berani
Menjadi Utusan Rasul saw
Terlibat dalam Perang Qadisah
Hujr juga turut serta dalam Perang Jamal dan Siffin


Mari kita amati sejarah di kala akhir hayat Hujr
Kerana beliau di anggap pendukung kuat Imam Ali as

Hujr pernah berkata pada Imam Ali as
”Aku bersumpah demi Allah, seandainya aku dicincang dengan pedang lalu dibakar, aku tidak akan berpaling darimu.”

Imam Ali as berkata,
”Semoga Allah memberimu balasan yang baik dan taufik dalam setiap kebaikan.”

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Muawiyah begitu menyimpam dendam pada pendukung Imam Ali as
Muawiyah  telah memerintahkan pengikutnya membunuh Hujr bin Adi .

Ketika Hujr hendak di bunuh
Beliau sempat berkata
"Biarkan aku berwuduk"

Mereka membenarkan dia berwuduk
Beliau berkata lagi, "Biarlah aku solat 2 rekaat"
Maka Hujr pun melaksanakan solat 2 rekaat

Setelah selesai solat tersebut ia berkata lagi
“Sekiranya aku tidak khawatir mereka akan mengatakan bahwa aku cemas karena akan mati, niscaya aku akan memanjangkan kedua rakaat shalat tersebut.” 

Ia melanjutkan, “Kedua rakaat tersebut telah didahului banyak shalat."

Hujr di bawa ke suatu tempat yang sudah siap kubur yang di gali
Mereka berkata,“Engkau telah berkata bahwa engkau tidak gentar.”

Hujr menjawab,  “Aku tidak akan gentar walaupun telah kulihat kubur yang telah tergali, kafan yang telah terbentang, dan pedang yang telah terhunus!“

Mereka berkata, “Ulurkan lehermu!”

Hujr menjawab, “Aku tidak akan membantu pembunuhan terhadap diriku.”

Selepas itu mereka membunuh Hujr

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Aisyah berkata :
“Muawiyah..! kau telah membunuh Hujr dan sahabat-sahabatnya, Demi Allah, Rasul (saww) berkata kepadaku ; “Di lembah Adra tujuh orang akan terbunuh, yg membuat Allah dan seluruh (isi) langit murka”
(Tarikh, olh ibn Asakir, juz. 12 hal.227 “Dzikr Hujr bin Adi”)

Muawiyah menjawab : “Wahai Umul Mukminin, Aku melihat bahwa kematian mereka lebih baik untuk umat dan hidupnya mereka akan membawa kerugian umat”

Aisyah berkata : “Aku mendengar Rasulullah (saw) berkata : “Beberapa orang akan terbunuh di Adra, Allah dan penduduk surga akan murka karena hal itu”

Ibn Qutayba Dinwari (213-276 H) mencatat dalam karyanya yg masyhur “Al Ma’arif’”hal 76 :
Ia datang kepada Rasulullah saw sebagai utusan dan masuk Islam, ia hadir dalam perang Qadsiya, ia juga hadir dalam perang Jamal dan Sifin bersama Ali, lalu Muawiyah membunuhnya di Adra bersama kelompoknya”

KESIMPULAN

Dalam Al Quran
Oleh karena itu kami tetapkan (suatu hukum) bagi bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain , atau bukan karena membuat kerusakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya (Surah Al Maidah 32)

Muawiyah adalah pembunuh sahabat Rasulullah (saw) yang sekaligus pengikut Imam Ali (as), maka cukup bagi kami bahwa murka Allah kepada Muawiyah membebaskan kami untuk melaknat orang terkutuk ini.









Thursday, 13 November 2014

BANGSA PARSI YANG DI PUJI ALLAH DAN RASUL TETAPI DI CERCA OLEH UMAT ISLAM

SALMAN AL FARISI

Nama asal beliau Rouzbeh
Seorang dari keterunan Parsi/Iran lahir di kota Kazerun, Fars, Iran.

Seorang dari keterunan kaya raya
Ayahnya amat menyayangi beliau sehingga menjaga beliau seperti di penjara.

Ringkas cerita dari seorang penyembah api (Majusi)
Beliau berusaha untuk keluar mencari agama dan akhirnya sampai ke Madinah.

Bertemu dengan Rasul saw dan memeluk Islam,

Salaman terkenal dengan peristiwa Perang Khandaq 







:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ramai kita suka melakukan pendustaan dan memfitnah Iran
Namun Rasul saw memuji bangsa Parsi
Malangnya kejahilan umat Islam sekarang lupa akan pesanan dalam Al Quran siapa bangsa Parsi yang Allah kasih mereka dan mereka kasih pada Allah.

Kejahilan umat Islam lupa bahawa bangsa Parsi adalah bangsa yang di sebut akan menggantikan bangsa Arab sekarang yang berpaling dari agama sebenar kerana tidak menggunakan akal dalam mencari kebenaran sebenar.

Bangsa yang sering di cerca sekarang tetapi tidak takut akan orang cerca mereka. Sekarang ini sudah berlaku realiti apa yang di sebut jelas dalam Al Quran.
Tapi mari kita lihat dalam beberapa hadis mengenai orang orang Parsi yang di puji oleh Rasul saw tetapi di cerca oleh majoriti umat Islam sekarang.


Ketika mana Rasul membaca
 “Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu." (Surah Muhammad ayat 38)

Sahabat bertanya,"Siapakah mereka yang akan menggantikan kami?"

Rasul saw menjawab sambil memegang bahu Salman Al Farisi "Dia dan kaumnya. Demi Dia yang nyawaku di tanganNya, jika agama ini tergantung di bintang-bintang, kaum lelaki dari bangsa Parsi pasti akan mengambilnya.” [Tafsir al-Mizan, v. 18, p. 250]

Dalam suatu kisah lain 

Abu Hurairah yang berkata, “Kami sedang duduk bersama para sahabat Rasulullah saw ketika Surah Jumuah turun kepada baginda lalu baginda membacakan ayat ” … Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum datang …”

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw sebanyak dua atau tiga kali tetapi baginda tidak menjawab. Bersama kami adalah Salman al-Farisi. Rasulullah saw berpaling kepadanya dan meletakkan tangan baginda ke atas paha Salman seraya bersabda, “Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya.” (Sahih Muslim, Kitab al-Fada’il as-Sahabah hadis 6178 dan Sahih Bukhari, Kitab Tafsir, Jilid 5, halaman 108).

Dalam suatu kisah yang lain

Seterusnya Rasulullah(sawa) apabila ditanya tentang ayat ini:

“Hai orang-orang beriman, barangsiapa yang murtad di antara kamu dari pada agamanya, kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang beriman dan keras terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang pada jalan Allah, dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya, Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.” (Al Maidah :54)

Baginda bersabda:

Jika agama ini tergantung di bintang-bintang, kaum lelaki dari bangsa Parsi pasti akan mengambilnya.[Majma`a al-Bayan, v. 3 p. 321]

MAQAM SALMAN AL FARISI DI DAERAH KELAHIRANNYA
SELEPAS ANDA MEMBACA TULISAN BLOG INI MAKA TERPULANGLAH PADA ANDA SEKELIAN SAMADA MAU MENERUSKAN CERCAAN DAN FITNAH ATAU SEBALIKNYA PADA BANGSA PARSI YANG DI PUJI RASUL SAW .

SAMADA ANDA MEMAHAMI DAN BERIMAN ATAU SEBALIKNYA 
PADA SURAH AL MAIDAH YANG MENCERITAKAN 
PERIHAL BANGSA PARSI YANG MENGGANTIKAN 
BANGSA ARAB YANG KINI PENUH DENGAN KEJAHILAN.


Tuesday, 11 November 2014

KISAH KEKEJAMAN PENGUASA TERHADAP ABU DZAR GHIFFARI

Ramai yang mengenali Abu Dzar Ghiffari
Nama asalnya adalah Jundub bin Junadah bin Sakan
Sahabat Rasulullah yang berasal dari suku ghiffar dan termasuk golongan orang yang pertama masuk Islam
Walaupun sebelum Islam beliau seorang Perompak Jalanan yang hebat
Namun Hidayah Allah swt mengatasi segalanya
Adalah antara 10 awal memeluk Islam bersama Rasul saw

Abu Dzar di kenali sebagai sifat-sifat pemberani, terus terang dan jujur.
Ia tidak menyembunyikan sesuatu yang menjadi pemikiran dan pendiriannya.
Begitu gigih beliau menyebarkan agama Islam
Nabi Muhammad Saw dengan bangga mengucapkan: “Ghifar…, Allah telah mengampuni dosa mereka! Aslam…, Allah menyelamatkan kehidupan mereka!”

Perjuangannya selalu siap berkorban untuk menegakkan kebenaran Allah dan Rasul-Nya.
Sosok pribadi Abu Dzar tidak terdapat perbedaan antara lahir dan batin.
Ia satu dalam ucapan dan perbuatan.

Abu Dzar seorang yang berjuang untuk masyarakat bawahan
Beliau kuat menentang Pemerintah dan Penguasa yang hidup bermewah kaya raya
Sedangkan rakyat bawahan terpaksa menggadai untuk membeli sekeping roti
Harta ghanimah dan Baitul Mal milik kaum muslimin banyak disalah-gunakan untuk kepentingan pribadi, keluarga dan golongan

Walaupun beliau sangat tegas dalam hal ini, namun beliau tetap setia dengan pesanan Rasul saw
Pesanan Rasul saw, "Jangan menghunus pedang. Berjuang sajalah dengan lisan!"
Abu Dzar dengan senjata lidah berjuang memperingatkan para penguasa dan orang-orang yang sudah tenggelam dalam perebutan harta kekayaan.
Pendukung Abu Dzar adalah terdiri dari fakir miskin dan orang-orang yang hidup sengsara.
Muawiyah bin Abi Sufyan, yang menjabat kedudukan sebagai Gabenor Syam, memandang kegiatan Abu Dzar sebagai bahaya yang dapat mengancam kedudukannya.

Ketika berhadapan dengan Muawiyah, Sambil menuding Abu Dzar berkata: “Bukankah kalian itu yang oleh Al-Quran disebut sebagai penumpuk emas dan perak, dan yang akan dibakar tubuh dan mukanya pada hari kiamat dengan api neraka?!”

Kini Abu Dzar di anggap berbahaya kerana suaranya yang lantang
Lantah Muawiyah mengutus surat kepada Khalifah Ustman
Dalam surat itu Muawiyah melaporkan tentang Abu Dzar menghasut orang banyak di Syam.
Muawiyah mengesa supaya di ambil tindakan
Beliau mencadangkan supaya berikan kekayaan atau kedudukan kepada Abu Dzar
Jika dia menolak maka buanglah dia ke suatu tempat yang jauh

Ketika Khalifah Uthman memanggil mengadap untuk memberikan tawaran dunia
Abu Dzar menjawab "Aku tidak memerlukan tawaran duniamu"
Walaupun di asak dengan tawaran namun Abu Dzar tetap tegas


Maka akhirnyanya Khalifah Uthman memutuskan Abu Dzar di buang daerah di Rabadzah
Dalam keadaan tak boleh ada seorang pun mengajaknya berbicara dan tak boleh ada seorang pun yang mengucapkan selamat jalan atau mengantarkannya dalam perjalanan.

Abu Dzar membalas ucapan pada Khalifah Uthman
“Demi Allah, seandainya Uthman hendak menyalibku di kayu salib yang tinggi atau diatas bukit, aku akan taat, sabar dan berserah diri kepada Allah. Aku pandang hal itu lebih baik bagiku. Seandainya Uthman memerintahkan aku harus berjalan dari kutub ke kutub lain, aku akan taat, sabar dan berserah diri kepada Allah. Kupandang, hal itu lebih baik bagiku. Dan seandainya besok ia akan mengembalikan diriku ke rumah pun akan kutaati, aku akan sabar dan berserah diri kepada Allah. Kupandang hal itu lebih baik bagiku.”

Khalifah Uthman  memerintahkan Marwan bin Al Hakam membawa Abu Dzar berangkat dan mengantarnya sampai ditengah perjalanan. Tak ada seorang pun dari penduduk yang berani mendekati Abu Dzar, kecuali Imam Ali, Aqil bin Abi Thalib dan dua orang putera Imam Ali, yaitu Imam Hasan dan Imam Husain. Beserta mereka ikut pula Ammar bin Yasir.

Abu Dzar mati bersama isteri dan anak anaknya dalam keadaan kelaparan di tengah padang pasir
Inilah antara kekejaman Khalifah Uthman terhadap seorang sahabat setia Rasul saw
Hukuman terhadap beliau bukan kerana kesalahan sebagai seorang penjenayah
Tetapi menegakan keadilan dan perjuangan hak rakyat bawahan
Menentang penyalahgunaan wang rakyat
Menentang pembaziran di kalangan penguasa
Salah guna dan salah urus tadbir Baitul Mal
RABAZAH  engkau menjadi saksi atas kekejaman seorang penguasa zalim

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Rujukan Hadis kemuliaan sahabat

1. Sunan Tirmidzi
5/636 no 3718 menuliskan Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW mengatakan kalau Allah SWT memerintahkan Beliau untuk mencintai empat orang sahabat dan Rasulullah SAW juga diberitahu bahwa Allah SWT mencintai keempat sahabat tersebut. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW siapakah keempat sahabat yang mendapat keistimewaan seperti itu. 

Rasulullah SAW menyebutkan bahwa mereka adalah Ali RA, Abu Dzar RA, Miqdad bin Aswad RA, dan Salman Al Farisi RA. Hadis ini diriwayatkan dalam,.

Berikut hadis riwayat Tirmidzi
:حدثنا إسماعيل بن موسىالفزاري ابن بنت السدي حدثنا شريك عن أبي ربيعة عن ابن بريدة عن أبيه قال قال رسولالله صلى الله عليه و سلم إن الله أمرني بحب أربعة وأخبرني أنه يحبهم قيل يا رسولالله سمهم لنا قال علي منهم يقول ذلك ثلاثا و أبو ذر المقداد و سلمان أمرنيبحبهم وأخبرني أنه يحبهم 

Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Musa Al Fazari Ibnu binti As Suddi yang berkata telah menceritakan kepada kamiSyarik dari Abi Rabi’ah dari Ibnu Buraidah dari Ayahnya yang berkata,

“Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanKu untuk mencintai Empat orang dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah SAW tolong sebutkan nama-nama mereka”. Rasulullah SAW bersabda Ali diantaranya (Beliau menyebutkan itu tiga kali) kemudian Abu Dzar, Miqdad dan Salman. Allah SWT memerintahkanKu untuk mencintai Mereka dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai mereka."

2Sunan Ibnu Majah

1/53 no 149 (Dengan redaksi sama dengan di atas)
حدثنا إسماعيل بن موسى الفزاري ابن بنت السدي حدثنا شريك عن أبيربيعة عن ابن بريدة عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إن الله أمرنيبحب أربعة وأخبرني أنه يحبهم قيل يا رسول الله سمهم لنا قال علي منهم يقول ذلك ثلاثاو أبو ذر المقداد و سلمان أمرني بحبهم وأخبرني أنه يحبهم 

Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Musa Al Fazari Ibnu binti As Suddi yang berkata telah menceritakan kepada kami Syarik dari Abi Rabi’ah dari Ibnu Buraidah dari Ayahnya yang berkata

Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanKu untuk mencintai Empat orang dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah SAW tolong sebutkan nama-nama mereka”. Rasulullah SAW bersabda “Ali diantaranya (Beliau menyebutkan itu tiga kali) kemudian Abu Dzar, Miqdad dan Salman. Allah SWT memerintahkanKu untuk mencintai Mereka dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka.

3. Musnad Ahmad
 5/351 no 23018 (Dengan redaksi sama dengan no 1)

 حدثنا إسماعيل بن موسى الفزاري ابن بنت السدي حدثنا شريك عنأبي ربيعة عن ابن بريدة عن أبيه قال قال رسو الله صلى الله عليه و سلم إن اللهأمرني بحب أربعة وأخبرني أنه يحبهم قيل يا رسول الله سمهم لنا قال علي منهم يقولذلك ثلاثا و أبو ذر المقداد و سلمان أمرني بحبهم وأخبرني أنه يحبهم 

Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Musa Al Fazari Ibnu binti As Suddi yang berkata telah menceritakan kepada kami Syarik dari Abi Rabi’ah dari Ibnu Buraidah dari Ayahnya yang berkata

“Rasulullah SAW bersabda,
‘Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanKu untuk mencintai Empat orang dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah SAW tolong sebutkan nama-nama mereka”. Rasulullah SAW bersabda “Ali diantaranya (Beliau menyebutkan itu tiga kali) kemudian Abu Dzar, Miqdad dan Salman. Allah SWT memerintahkanKu untuk mencintai. Mereka dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka.

4. Mustadrak Al Hakim
3/130 no 4649 (Dengan redaksi sama dengan no 1)

حدثنا إسماعيل بن موسى الفزاري ابن بنت السدي حدثنا شريك عنأبي ربيعة عن ابن بريدة عن أبيه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم إن اللهأمرني بحب أربعة وأخبرني أنه يحبهم قيل يا رسول الله سمهم لنا قال علي منهم يقولذلك ثلاثا و أبو ذر المقداد و سلمان أمرني بحبهم وأخبرني أنه يحبهم 

Telah menceritakan kepada kami Ismail bin Musa Al Fazari Ibnu binti As Suddi yang berkata telah menceritakan kepada kami Syarik dari Abi Rabi’ah dari Ibnu Buraidah dari Ayahnya yang berkata

“Rasulullah SAW bersabda
‘Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkanKu untuk mencintai Empat orang dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka. Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah SAW tolong sebutkan nama-nama mereka”. Rasulullah SAW bersabda “Ali diantaranya (Beliau menyebutkan itu tiga kali) kemudian Abu Dzar, Miqdad dan Salman. Allah SWT memerintahkanKu untuk mencintai Mereka dan Allah SWT memberitahuKu bahwa Dia pun mencintai Mereka.